Followers

Saturday, September 10, 2011

Malaysia tidak pernah dijajah: 31 Ogos Hari Malapetaka?

Kahkahkahkahkah....jika Zainal Anak Kling kata Malaysia tidak pernah dijajah, maka betullah kata si Tukar Tiub bahawa 31 Ogos 1957 bukanlah hari kemerdekaan negara yang bernama Malaysia sebaliknya ia adalah Hari Malapetaka bagi negara yang bernama Malaysia itu!

Betul juga Tukar Tiub rupanya! Kenapa hari Malapetaka? Kerana hari yang dikatakan Hari Kemerdekaan itu adalah hari penipuan terbesar para sejarahwan Malaysia kepada seluruh yang pernah belajar dan bersekolah di institusi pendidikan di Malaysia. Dari zaman Ilmu Tawarikh hingga ke zaman Ilmu Sejarah berjuta pelajar negara ini diajar bahawa 31 Ogos 1957 adalah hari Kemerdekaan Malaysia!

Begitu tergamak rupanya para sejarahwan kawan-kawan Zainal anak Kling menipu rakyat Malaysia? Maka itu agaknya, tidak salahlah kalau ada rakyat yang menamakan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka Malaysia bukan Hari Kemerdekaan?

Thursday, September 08, 2011

Umno kian tunggang-langgang!

Walau siapapun Mat Indra, kebenaran akan terserlah jua akhirnya nanti. Komuniskah dia? Pejuang kemerdekaankah dia? Jika kajian dibuat oleh sejarawan yang iklhas dan berintegriti maka fakta yang sebenar tidak akan dapat disembunyikan!

Masalah yang lebih besar ialah apa yang sedang berlaku kini, dalam Umno mengutuk Mat Sabu dan PAS sebagai kononnya penyokong komunis, bagaimana pula dengan spesis Umno yang dilaporkan baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CPC iaitu Parti Komunis China di Beijing? Kerana seorang Mat Indra begitu mudah Umno menuduh Mat Sabu dan PAS sebagai penyokong komunis. Mengguna kaedah Umno, apakah tidak boleh umum menuduh pula Umno sebagai juga penyokong perjuangan komunis kerana menjalin persefahaman bukan dengan individu sebaliknya dengan sebuah parti komunis yang terbesar dan berpengaruh di dunia? Maka kalau mengguna kaedah Umno itu jelas Umno juga penyokong komunis malah lebih komunis dari Mat Sabu!


Kedua, mana lebih jahat, antara Mat Sabu yang membela Mat Indra sebagai pejuang kemerdekaan dan menafikan Mat Indra sebagai komunis, dengan tingkahlaku pemerintah Umno yang menghantar pulang 11 daripada 16 pelarian Islam Uighur kepada kerajaan China komunis yang mendedahkan mereka keoada risiko diseksa? Kenapa Umno begitu tergamak meletakkan saudara seagama dalam mulut komunis?

Kerajaan Umno telah berbaik dengan kerajaan komunis China yang sentiasa menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur dan mengamal Islam sebagai keganasan dan penderhakaan. Tidakkah ini menggambarkan bahawa Umno lebih berjiwa komunis lebih daripada Mat Indra yang dituduh komunis itu?

Pendek kata Umno hanyalah parti hipokrit paling nyata apabila memainkan isu secara berterusan dan mengelirukan terhadap pandangan Mat Sabu terhadap Mat Indra. Nampaknya Umno kian desperate dan kian tunggang-langgang!

Beginilah jika bahagian pengurusan Islam bermentaliti Umnoputra!

Memang beginilah kalau pihak pengurusan Agama Islam di negara ini jika telah dihinggapi mentaliti Umnoputra. Yang penting bangunan tinggi, menara 15 tingkat-lah, Menara Warisan-lah dan macam-macam menara lagi. Ramai golongan mualaf yang terbiar dan terkontang-kanting biarkan! Ramai yang fakir dan miskin mengikat perut, biarkan! Ramai para pelajar yang kelaparan, biarkan! Yang penting menara bertingkat-tingkat! Yang penting bilik hawa dingin! Yang penting oejabat yang canggih!


Apakah puak-puak ini masih tidak sedar? Masih tiada perasaan atau sudah hilang sensitivity atau telah benar-benar tiada ‘kemaluan’ apabila ada lagi umat Islam yang terpaksa mengemis kepada gereja kristian? Kamu yang berada di bahagian pengurusan agama Islam kan semuanya berkelulusan agama, masih tak sedar-sedar lagikah apa yang sepatutnya menjadi prioriti walaupun pembinaan bangunan itu bukan menggunakan wang zakat?


Janganlah nanti pihak pengurusan agama Islam menjadi seperti harapkan pagar, pagar makan padi! Siapalagi yang hendak diharapkan jika ada umat Islam yang masih murtad? Cukuplah bahagian pengurusan agama Islam bermentaliti Umnoputra….akan jahanam dakwah Islamiah!


Bantuan untuk asnaf, bukan menara 15 tingkat


SEREMBAN, 7 Sept: Di tengah-tengah masyarakat membincangkan peranan institusi zakat dalam membantu umat Islam yang memerlukan bantuan untuk hidup, tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mahu membina menara 15 tingkat sudah tentu mendapat bantahan.


PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan jenteranya untuk membantah tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mainn) yang bercadang untuk membina menara 15 tingkat kerana ia bukan keperluan umat Islam sekarang.


"Umat Islam di negeri ini sekarang memerlukan bantuan Mains untuk membebaskan golongan asnaf penerima zakat dan bukannya menara yang tinggi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani kepada Harakahdaily.


Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Kamal Amran Kamarudin mengumumkan Mains akan membina sebuah menara 15 tingkat yang akan dikenali sebagai sebagai Kompleks Mains bertujuan akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.


Bagi Taufek, golongan asnaf (orang yang layak menerima zakat) sangat memerlukan bantuan dari Mains untuk menerukan kehidupan mereka.


Menurut Taufek, beliau pernah membawa isu ini di DUN Negeri Sembilan namun Menteri Besar menjelaskan, wang yang akan digunakan bukan wang zakat tetapi wang keuntungan dari projek yang dibuat oleh Mains.


Menurut Taufek, Mains mempunyai tiga sumber pendapatan iaitu zakat, sumber am dan wakaf.


Namun walaupun tidak digunakan wang zakat untuk membina menara itu, beliau masih bertegas Mains tidak perlu membina menara itu buat masa sekarang.


"Saya akui, Mains memerlukan bangunan untuk menyatukan aktivitinya yang bersepah-sepah namun tidaklah sampai membina menara tertinggi di Seremban," kata Tafufek.


"Apa salahnya, Mains membantu golongan asnaf ini dengan memberikan bantuan modal untuk berniaga kecil-kecilan, misalnya menjual goreng pisang, menjual buah atau menjual burger misalnya daripada berfikir untuk membina menara 15 tingkat.


"Tambahan lagi ketika umat Islam berbincang soal ada antara mereka terpaksa menerima bantuan dari pihak lain termasuk gereja untuk hidup, apa rasionalnya Mains mahu membina menara," kata Taufek kepada Harakahdaily.


Beliau mengganggap, buat masa ini tidak ada keperluan untuk Mains membina menara itu kerana di Negeri Sembilan sekarang ini kerana kegiatan hartanah di ini belum sampai ke peringkat keperluan untuk projek seumpama itu.


Ekoran itu, beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Pakatan Rakyat bagi membincangkan tindakan bersama.


"Di samping itu, saya akan meminta pihak Lajnah IT kita membina prasarana termasuk Facebook untuk menjelaskan isu ini," kata beliau lagi.


Sumber:Harakahdaily

Tuesday, September 06, 2011

Maka jadilah dia Khoo Kang Kong?

Tulisan di bawah ini mungkin sangat baik untuk mengenalpasti rupa-rupanya Prof ini pun kangkung jugak. Pelik, mengapa mesti dia korbankan rasa hurmat masyarakat terhadap pandangan sejarahnya selama ini. Kini di mana mahu diletakkan rasa hurmat itu jika dia juga mahu masuk kelab kangkung dengan pandangan yang banyak mengundang persoalan? Aiya...kay kim jugak mahu jadi kang kong arr?


Reaksi Khoo Kay Kim undang banyak persoalan


Mohamed Hadi al-Majwi

Saya tertarik untuk mengulas wawancara Berita Minggu bersama dengan tokoh sejarawan ara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK) yang disiarkan menerusi akhbar tersebutneg pada 4 September 2011. Sudah tentulah tujuan utama wawancara tersebut ialah untuk membidas Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu Mat Indera dan Bukit Kepong tetapi itu tidaklah menghairankan bagi akhbar yang menyokong parti pemerintah. Saya lebih berminat untuk mengulas jawapan-jawapan KKK yang saya sifatkan secara peribadi sebagai lebih banyak mengundang persoalan daripada merungkaikan jawapan.


Misalnya, KKK mempertahankan Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar dengan mengatakan bahawa mereka bukanlah pegawai British seperti mana yang didakwa oleh Mat Sabu. Menurut KKK, Tanah Melayu tidak pernah menjadi jajahan British dan beliau berikan alasan-alasan beliau seperti yang dimuatkan di dalam wawancara tersebut. Pandangan ini bukanlah baru, malah disokong oleh hujah-hujah yang berasas. Namun begitu, pelbagai persoalan timbul di dalam benak fikiran saya berkenaan isu Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah:


1. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, kenapa kita diajar sejak di bangku sekolah lagi bahawa British adalah penjajah?

2. Kalau negeri-negeri Melayu (kecuali Negeri-Negeri Selat) ialah Negeri-Negeri Melayu Naungan, mengapa British tidak digelar sebagai penaung?

3. Kalau British ialah penaung sahaja bukan penjajah, kenapa hasil bumi Tanah Melayu habis dikaut oleh British? Kenapa kuasa eksekutif terletak di tangan pegawai British bukannya di tangan istana? Adakah Negeri-Negeri Melayu Naungan benar-benar berdaulat kalau pemerintahannya dikendalikan oleh pegawai British?

4. Kalau 'nasihat' pegawai British di dalam pentadbiran mesti diikuti oleh raja-raja Melayu berdasarkan perjanjian yang telah mereka tandatangani (kecuali di dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu), adakah ini bukan penjajahan namanya? Kalau ini bukan satu bentuk penjajahan, maka istilah apakah yang selayaknya untuk kita panggil?

5. Kalau British bukan penjajah, kenapa Tanah Melayu perlu dimerdekakan? Lazimnya sesebuah negara yang merdeka akan bebas daripada cengkaman penjajah, tetapi Tanah Melayu ini merdeka daripada cengkaman siapa? Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 itu tujuannya apa pula?

6. Kalau British bukan penjajah, maka Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan sebagainya menentang siapa dan derhaka kepada siapa?

7. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, adakah segala usaha para pejuang kemerdekaan, baik golongan yang kanan, yang tengah mahu pun yang kiri untuk memerdekakan negara kita tidak boleh dianggap sebagai usaha mengusir penjajah?

8. Yang paling penting sekali, kalau kita betul-betul mahu membezakan status antara negeri naungan dan negeri jajahan, jawablah dengan hati yang jujur, adakah terdapat perbezaan ketara di antara kedua-duanya?


Saya tidak mengajukan soalan-soalan di atas kepada KKK kerana saya yakin beliau pun tahu jawapannya. Tetapi saya mohon supaya kita semua berfikir sejenak, adakah kita semua sedar mengenai fakta yang KKK kemukakan? Adakah fakta ini didedahkan kepada para pelajar kita menerusi mata pelajaran Sejarah mereka?


Disebabkan reaksi KKK inilah saya merasakan bahawa ada sesuatu yang sangat, sangat, sangat tidak kena mengenai sukatan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. Sejarah apakah (atau sejarah siapakah) yang sebenarnya diajar di sekolah-sekolah selama ini?

Sumber: Harakahdaily

Sunday, September 04, 2011

Umno tetap umno, Apco!

Isu serangan rumah pasong Bukit Kepong dan Mat Indra yang dibawa oleh Mat Sabu begitu mudah untuk diselesaikan. Namun demikian memang dasar UmnoApco akan mengambil apa sahaja kesempatan yang boleh untuk memanipulasikan isu itu bagi meneruskan proses 'pemandiran' rakyat.

Pandirnya rakyat khususnya orang-orang Melayu di kawasan luar bandar akan banyak memberi keuntungan kepada usaha pengekalan kuasa Umno/Apco. Sebab itulah apa sahaja isu yang mampu memanjangkan umur Umno mengikut penasihat-penasihat Umno perlu dimainkan sepanjang-panjangnya.

Isu kupasan Mat Sabu terhadap siapa sebenarnya Mat Indra nampaknya telah tidak timbul lagi. Yang timbul dan ditimbulkan sekarang untuk disuap bertalu-talu ke minda rakyat luar bandar yang sangat fanatik dengan suratkhabar Umno dan media elektronik umno ialah, 'media dan pencacai Umno berkata, Mat Sabu memberi ucapan (kata) sokong perjuangan komunis dan tidak menyokong polis yang mempertahankan Tanah Melayu dari penjajah British'.

Isu yang dipanjang-panjangkan sekarang bukan, apa yang Mat Sabu ucapkan tetapi apa yang media dan pencacai umno kata Mat Sabu ucapkan. Ini memang perangai Umno/ Apco yang sering mengatakan orang berkata.

Oleh yang demikian isu ini cukup mudah untuk diselesaikan tetapi oleh kerana dasar umno/Apco itu memang begitu, maka sampai kucing bertanduk pun Umno/Apco akan kata, Mat sabu kata begitu. Untuk berlaku adil kepada Mat Sabu bukanlah dari jenis spesis yang bernama Umno! Sorry lah!

Setiap kali isu Mat Sabu ini dibangkitkan, akan nampak hanya wajah Mat Sabu dengan mulut kumat kamit tanpa suara. Mulut yang bersuara tetap mulut pembaca buletin dan para pencacai Umno/Apco yang mengatakan Mat Sabu berucap menyokong komunis.

Bukankah mudah untuk diselesaikan isu sejarah ini jika perdengarkan kepada rakyat apa sebenarnya yang Mat sabu ucapkan kemudian biarlah rakyat membuat komen masing-masing? Atau pergi interview Mat Sabu secara langsung dan siarkan dalam Tv dan akhbar! Tapi jangan haraplah, ini tak akan berlaku dalam dunia 1Malaysia Apco ini. Yang tetap akan memenuhkan screen Tv ialah wajah dan suara badak air yang begitu meloyakan semua orang....wajah dan suara yang tidak diperlukan langsung dalam kehidupan rakyat Malaysia!

Jadi jelaslah isu ini sebenar bukan isu sebenar. Isu sebenar ialah isu rakyat yang begitu banyak menekan kehidupan, sosial dan emosi seperti isu barang naik, isu kecomotan daftar pemilih SPR, PATI sebagai pengundi dan sebagainya, bukan isu Mat Sabu dengan kupasan sejarahnya! Tapi umno tetap umno, Apco!