Followers

Saturday, September 03, 2011

Tak payah gaduh-gaduh, kalau nak cari sangat pengkhianat bangsa, ni ha pengkhianat bangsa yang sebenarnya!

Hakikat sebenarnya bukanlah Mat Sabu mahupun Mat Indra itu pengkhianat. Tak ada pun! Mat Indra bukan pengkhianat kerana menyerang rumah pasung di Bukit Kepung! Mat Sabu pun bukan pengkhianat pejuangan bangsa kerana mengatakan Mat Indra antara pejuang kemerdekaan. Polis British itu pun bukan pengkhianat cuma jadi orang makan gaji begitulah cara bertugasnya! Pengkhianat yang sebenar ialah Umno ! Sah Umno! Tak percaya baca:


Berikut adalah sedutan Ucapan Tun Hussein Onn semasa Pilihanraya Kecil Bukit Raja, Oktober 1988. (dipetik dari malaysiatimes.)


….Persoalan saya…dimanakan Umno Asal itu? Umno yang disayangi oleh orang Melayu, yang telah menyatupadukan umat Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain, dimana telah membawa kesejahteraan dan keamanan kepada negara ini dan rakyatnya dan telah dengan jayanya berjuang untuk kemerdekaan – Umno itu sudah tidak lagi wujud. Ianya telah diisytiharkan haram dan terbubar oleh Dr. Mahathir dan rakan-rakanya dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan Umno Baru. Sekiranya kita membandingkan bentuk dan struktur Umno baru dengan Umno Asal, sama ada dari sudut perlembagaan ataupun prinsip, dimanakah persamaanya? Penubuhan Umno Baru adalah satu tindakan pengkhianatan yang tidak boleh diampun, sama ada oleh ahli-ahli Umno Asal ataupun Umno baru. Walaupun kesihatan saya tidak begitu memuaskan termasuk serangan jantung, Saya berjanji bahawa saya akan berjuang untuk menentang pengkhianat-pengkhianat ini sehingga akhir."


Ha…kan, itulah pengkhianat-pengkhianat yang sebenarnya! Hussien Onn kata tak boleh diampunkan lagi!


Maka pecah lagi satu tembelang bahawa pengkhianat bangsa Melayu dan bangsa Umno yang sebenar ialah Umno Baru, Umno Apco yang ada pada hari ini!


Kahkahkahkah...31 Ogos tarikh kemerdekaan pergi keluar negara...Cheh!!


Memang sungguh meloyakan!!


1Malaysia semakin dikuasai oleh bini Perdana yang tidak disudi oleh mana-mana yang waras pun? Suami terus membisu, bini perdana pula berlebih-lebih! Semua yang menonton menyampah dan terasa sangat loya serta mual! Asyik tengok wajah dia yang memenuhi screen TV. Kalau tengok wajah Wardina ke, rasa aman juga dunia!! Ini wajah itu...eukk!! 1Malaysia Najib, selalu buat benda pelik!

Dahlah tu...orang menyampah, tau tak !!!


Ucapan raya: PAS pertikai slot istimewa untuk Rosmah


Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 2 Sept: Slot ucapan hari raya khusus untuk Datin Seri Rosmah Mansor adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.


Dan bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ia mungkin untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merudum teruk.



"Sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya. Sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang mendapat slot seperti itu.


"Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri," katanya.


Mahfuz tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuknya sendiri bagi memberikan ucapan selamat Hari Raya.


"Maklumlah kuasanya besar sebagai isteri Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil merujuk kepada begitu banyak tuduhan yang mendakwa Rosmah lebih berkuasa dari Perdana Menteri sendiri.


Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.


Tetapi dengan sinis Mahfuz berkata, mungkin juga Rosmah menuntut slot khas itu untuk memulihkan tahap puas hati (approval rating) terhadap Najib yang merudum ke tahap paling teruk sejak September 2009.


"Mungkin bila slot ucapan hari raya Najib dan slot yang khusus untuk Rosmah dipaksakan berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus," sindir Mahfuz .



Dengan sinis juga beliau menyatakan bahawa beliau sangat berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka.


Tahap puas hati terhadap Najib merudum sehingga 59 peratus, yang paling rendah sejak beliau menjadi Perdana Menteri.


Menurut soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Center antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap puas hati kepada Najib memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6 peratus kepada 59 peratus - buat kali pertama di bawah paras 60 peratus dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009.


Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72 peratus pada Mei 2010, dan selepas itu terus merudum dan merudum.


Berdasarkan kaum, tahap puas hati terhadap Najib di kalangan orang-orang Melayu jatuh ke bawah paras 70 peratus, buat kali pertama sejak Disember 2009.


Tahap puas hati di kalangan kaum Cina pula merudum kepada 38 peratus, 11 peratus lebih rendah berbanding hasil soal selidik tiga bulan yang lalu.


Menurut Merdeka Review, penurunan tahap puas hati dari kalangan Cina mungkin sesuatu yang diduga, namun asakan retorik perkauman terhadap kaum Melayu nampaknya tidak memberi kesan positif untuk Najib - sesuatu yang mungkin di luar jangkaan ramai.


Dari kesemua responden dalam soal selidik itu, 51 peratus daripada mereka tidak terdedah kepada maklumat internet, dan hanya 29 peratus responden mendapat pendidikan tinggi.


Thursday, September 01, 2011

Awas, dalam isu ini media terlalu menguasai keadaan !

Dalam keadaan orang Melayu di kawasan luar bandar dan felda masih bodoh berpolitik dan media pencacai Umno menguasai keadaan yang mampu membentuk persepsi umu secara meluas maka isu serangan rumah pasong di Bukit Kepong perlu diselesaikan segera. Media pencacai Umno yang telah mampu memesong fakta sebenar, dikhuatiri akan berjaya menanamkan rasa cuak masyarakat Melayu berkenaan, kepada PAS.

Walaupun fakta yang dinyatakan Mat Sabu itu betul dari segi sejarah dan logik namun kedangkalan pemikiran politik masyarakat luar bandar yang ramai, yang masih sensitif dengan apa yang dipanggil komunis tidak boleh dinafikan kesannya. Kesan yang besar sedang cuba dibentuk oleh media pencacai untuk 'mencederakan' PAS yang tidak ada media yang meluas untuk menerangkan apa yang dimaksudkan oleh Mat Sabu.

Adalah tidak strategik bagi Pas untuk memanjangkan isu ini disaat-saat hampir dengan pilihanraya. Isu seumpama ini hanya boleh dibangkitkan sebaik selesai pilihanraya. Jika Pas ada media yang meluas, tidak menjadi masalah, tetapi Harakah tidak mampu untuk menjadi media bagi maksud menerangkan apa yang Mat Sabu maksudkan secara meluas!

Aku sempat meninjau beberapa lokasi tumpuan di luar bandar mengenai isu ini, ramai juga orang kampung yang mengeleng kepada sambil merungut, 'apalah Mat Sabu ni!'. Mereka tidak tahu apa yang Mat Sabu ucapkan yang sebenar-benarnya! Hingga ke saat ini nampaknya media Umno terlalu menguasai keadaan dalam isu ini!

Tindakan bijak harus dilakukan segera oleh Pas dalam isu ini.




Tuesday, August 30, 2011

Madah seorang barua

Madah seorang barua, “SPR menyiasat dakwaan tersebut melalui pegawai-pegawai SPR dan anggota-anggota polis yang bertugas di tempat-tempat yang berkenaan, terbukti semuanya pembohongan dan cerita rekaan sebagai alasan kekalahan mereka yang terbabit.”

Piiraahh, siasat melalui pegawai-pegawai SPR dan anggota-anggota polis! Macam tanya buaya, “awak tengok kerbau-kerbau yang menyeberang sungai selamat tak?” “Selamatnya”, kata buaya!


Kata barua itu lagi, “Pihak yang membuat tuduhan tersebut telah terlupa bahawa setiap tempat mengundi dipantau dari awal hingga tamat pengiraan oleh ejen-ejen calon yang hadir. Manakala di tempat-tempat lain ada pihak yang kalah mendakwa berlaku rasuah ‘membeli undi’ dengan sogokan wang dan sebagainya. Yang peliknya mengapa mereka berkenaan tidak membuat laporan kepada pihak polis atau SPRM untuk disiasat dakwaan tersebut,”.


Barua pelik kononnya, kenapa tak buat laporan kepada singa ganas atau badak yang memang pekak badak! Laporan memang akan diterima tapi lepas itu laporan itu dibuat apa? Kalau Umno/Bn buat laporan tak sempat salin seluar, cepat je buat siasatan dan dakwaan. Tengok apa yang berlaku kepada Mat Sabu. Tapi kalau Pakatan Rakyat buat laporan, peram dan buat pekasam? Tak buat laporan lagi katanya? Piiraahhh taik!!!


Kami sudah tidak hingin lihat barua di situ!


Monday, August 29, 2011

Cheh...khianat betul Mat Sabu !


Ya....Mat Sabu pengkhianat kepada Umno! Kini kerana Mat Sabu,Umno bagaikan cacing kepanasan. Mengelupur! Muhyiddin dan segala hulubalang cangkul Umno mengecap Mat Sabu sebagai pengkhianat bangsa, pengkhianat negara, biadap, angkuh, alpa, buta sejarah, mengagungkan komunis, tidak sensitif dan ketandusan idea serta macam-macam lagi hingga tiada kata lagi yang boleh dikutip untuk cap Mat Sabu. Memang sesungguhnya Mat Sabu pengkhianat! Pengkhianat kepada Umno yang sedang ‘behave like crazy’!!


Sesungguhnya Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS itu pengkhianat kerana berceramah bersembur-sembur air liur, mengatakan apa yang dia katakan! Apa yang dia kata? Apa yang dihebuh-hebuhkan oleh akhbar-akhbar pencacai Umno! Ya…hanya dengan berceramah dan berkata apa yang dia dikatakan berkata, maka Mat Sabu adalah Pengkhianat Bangsa!!! Bagaimana pula dengan yang ini:


  1. Yang menjadikan PATI warga negara Malaysia dalam masa 2 jam?

  1. Yang mendaftarkan PATI sebagai pengundi dalam daftar pemilih pilihanraya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang terus buat bodoh?

  1. Yang mengaut-borong PATI untuk dijadikan alat mengekalkan nafsu dan kuasa haloba dengan mengenepikan peranan rakyat tempatan yang setia dan cintakan kepada negara?

  1. Yang menyerahkan Pulau Batu Putih kepada negara asing dengan begitu mudah dan secara tongong?

  1. Yang menyerahkan dengan tiba-tiba tanah Melayu KTM di Singapura kepada Singapura secara bangang yang tidak pernah dan tidak akan dibuat oleh mana-mana negara berdaulat dalam dunia ini?

  1. Yang menjadikan orang Melayu di kampung dan Felda sebagai bahan murahan yang boleh dibeli dengan nilai wang ringgit yang tidak seberapa dan menghina, setiap kali musim pilihanraya?
7. Yang menjalankan dasar membodohkan bangsa Melayu melalui
propaganda di media perdana untuk senang dijajah minda demi kuasa
politik yang curang?

  1. Yang tidak kisah apa yang berlaku di Pulau Pisang untuk akhirnya mendapat nasib yang serupa dengan Pulau Batu Putih ?

  1. Yang menghilangkan hampir 3 suku tanah simpanan Melayu dan masih belum berganti hingga kini?

  1. Yang menghilangkan berbillion saham bumiputra dan bangsa Melayu?

  1. Yang menghapuskan biasiswa yang diperuntukan oleh perlembagaan kepada bumiputra dan Melayu?

  1. Yang pernah membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk mengurangkan kuasa politik Melayu?

  1. Yang menyekat bantuan dan royalti minyak kepada negeri-negeri Melayu yang bukan dikuasai Umno/Bn?

  1. Yang menghumban ke longkang Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan negara Malaysia dalam semua bidang terutama dalam bidang pendidikan dan pelajaran (PPSMI)?

  1. Yang menghapuskan tulisan Melayu iaitu tulisan jawi dengan menggantikannya dengan tulisan rumi?

  1. Yang menolak beberapa kali cadangan atau usul Akta Anti Murtad di parlimen ?

  1. Dan banyak yang...yang lagi?

Nak kata apa kepada mereka yang begini? Bukankah ini lebih dahsyat dari apa yang Mat Sabu lakukan yang sekadar berucap dengan bersembur-sembur air liur sahaja? Bukankah ini sebenarnya pengkhianat bangsa, pengkhianat negara, biadap, angkuh, alpa, buta sejarah, mengagungkan komunis, tidak sensitif dan ketandusan idea atau sebenarnya mereka ini memang sebenarnya HARAMJADAH?


Kenyataan Mat Sabu Khianati Pejuang Bangsa, Negara - Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohamad membuat kenyataan itu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.

Muhyiddin berkata pemimpin PAS itu turut membuat kenyataan biadab dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan.

"Beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mohamad Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air," katanya.

Muhyiddin menegaskan Mohamad wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu.

"Beliau (Mohamad Sabu) lupa bahawa hasil perjuangan mereka (pemimpin Melayu), bangsa Melayu telah mendapat suntikan semangat dan kesedaran politik luar biasa untuk bangkit menentang penjajah Inggeris dan Malayan Union.

"Hasil sumbangan tokoh-tokoh besar pemimpin Melayu inilah, bangsa Melayu bangkit bersatu melalui persatuan-persatuan Melayu, yang kemudiannya melahirkan wadah Umno untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam," kata Muhyiddin.

Beliau berkata hasil perjuangan suci barisan pemimpin Melayu berkenaan, negara bukan sahaja mencapai kemerdekaan, malah kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak yang sah bagi kaum lain telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya perkara asas ini yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia yang merdeka, telah terpahat dalam perlembagaan dan terpelihara sehingga ke hari ini.

"Hakikatnya, penyatuan bangsa Melayu dan persefahaman murni dengan kaum-kaum lain yang dipelopori oleh pemimpin kita terdahulu telah membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan dalam masa yang singkat tanpa pertumpahan darah.

"Hakikat sejarah ini tidak boleh dipadamkan atau ditulis semula oleh sesiapapun," tegas Muhyiddin.

Muhyiddin menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah apabila beliau sanggup bersubahat dengan orang zalim dan pembunuh dengan mengagungkan komunis.

"Perjuangan komunis bukanlah untuk membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan. Sebaliknya, mereka hanya berminat untuk membentuk sebuah negara komunis dengan pemerintahan kuku besi," jelas beliau.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang mengingati dan memahami sejarah tentunya tidak lupa tentang keganasan komunis yang telah mencetuskan rusuhan, pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan perbalahan kaum sejurus selepas tentera Jepun menyerah kalah.

"Jika dilihat sejarah hitam kekejaman pemerintahan rejim komunis di beberapa buah negara di rantau ini sewaktu negara kita bergelut menentang kegiatan subversif Parti Komunis Malaya, kita pastinya bersyukur kerana rakyat berbilang kaum di negara kita telah memilih untuk tidak menyokong perjuangan komunis," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh, Ismail Mohamed hari ini membuat satu laporan polis di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor berhubung kenyataan Mohamad itu.

Dalam laporan itu, Ismail berkata kenyataan Mohamad itu menunjukkan beliau tidak sensitif dan ketandusan idea demi kesinambungan politik murahan pakatan pembangkang sehingga menidakkan kebenaran.

Pemimpin PAS itu juga menyifatkan Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis, adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis Bukit Kepong. BERNAMA


Sunday, August 28, 2011

Dakwat kekal...dakwat kekal...tak ada dakwat!!?


Dakwat kekal...dakwat kekal...tak ada dakwat, kapal tak sampai ke pelabuhan, entah hanyut ke mana tak dapat dikesan! Kapal ditawan lanun Somalia, dakwat kekal hitam dilarikan ke kubu-kubu orang kulit hitam itu! Syarikat-syarikat kapal tak mahu membawa dakwal kekal ke Malaysia kerana bimbang tertumpah atas kapal di musim tengkujuh, kerana dakwat itu kekal!! Rupanya kilang yang kita mahu tempah dakwat kekal telah ditutup dan kini hanya mengeluarkan dakwat tidak kekal yang tak boleh digunakan untuk PRU ini!! So? Sorry!

Entahlah...susah nak percaya puak-puak Umno ni, baik yang dalam Umno sendiri mahupun puak-puak Umno yang dalam SPR dan JPN. Hendak percaya macam mana kerana bagi Umno, kalau ulamak masuk politik mereka sama sahaja tarafnya dengan ahli-ahli politik lain dalam Umno cuma ada ilmu agama sahaja lebih sedikit! Tak percaya tanya seorang pemimpin AJK pusat Umno dari Melaker, kerana kenyataan ini dia yang kata begitu!


Balik kepada dakwat kekal, SPR hanya bercakap kebarangkalian menggunakan dakwat kekal setelah pihak Pakatan bertindak mahu memulau Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang hendak ditubuhkan sebaik sahaja mulut celupar Najib berkata pilihanraya tetap boleh diadakan pada bila-bila masa tanpa mengambil kira hasil Jawatankuasa itu! SPR hanya berkata akan kebarangkalian, tetapi Najib dan Umnonya tak kata apa pun! Apakah tuan besar SPR itu boleh menerima pendapat SPR dalam pada SPR selalu beralasan...’SPR tak ada kuasa...SPR tak ada kuasa?’.


Ini semua sebenarnya bohong dan cuba mempermain-mainkan semua orang sahaja! Kita bukan lagi berada di zaman pemerintah boleh main-mainkan kebijaksanaan rakyat tetapi pemerintah mestilah sentiasa ikhlas berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama.


Ikhlaskah kalau sehingga hari ini, Najib masih belum membatalkan cadangan sistem biometriknya yang mahal itu? Ikhlaskah kalau rakyat tidak setuju akan pembinaan apa yang dipanggil Menara Warisan, Najib dan Umnonya mahu bina jugak? Ikhlaskah, dalam rakyat tidak redha tanah Melayu KTM di Singapura diberi tanpa untung apa-apapun kepada Singapura, Najib dan kerajaan Umnonya bagi jugak? Memperlihatkan akan betapa bodohnya kerajaan Melayu Umno memerintah negara!! Memang puak-puak ini sudah hilang kredibiliti lagi untuk dipercayai termasuklah SPR, melainkan mereka menerima kesemua 8 tuntutan BERSIH 2.0 secara serius! Jika tidak, bullshit!!


BERSIH 3.0 perlu bersiap-sedia!


Dakwat Kekal: Jangan peristiwa 2008 berulang

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengalukan hasrat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.


Bagaimanapun, timbalan ketuanya, Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasrat itu jangan hanya sebagai menyedapkan hati rakyat sahaja seperti berlaku pada PRU ke-12 pada tahun 2008 dahulu.


"DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12.


"Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini,' katanya.


Beliau mengulas pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa sistem biometrik yang dipersetujui kerajaan untuk digunakan pada PRU akan datang lebih banyak masalah berbanding jika menggunakan dakwat kekal.


Sambil menyokong kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR, biliau berkata tindakan itu walaupun dilihat tradisional dan tidak menggunakan teknologi canggih, tetapi ia mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang.


Menyifatkan ianya sesuai di semua tempat sama ada di bandar atau di ceruk kampung, kos penggunaan dakwat kekal juga jauh lebih murah dari sistem biometrik.


"Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem." katanya lagi.


Lebih dari itu ujarnya, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali.


"Setidak-tidaknya, penggunaan dakwat kekal boleh selesaikan satu daripada beberapa isu terhadap sistem pilihanraya di Malaysia dan boleh meredekan seketika suhu kemarahan rakyat.


Selebihnya, SPR perlu berusaha keras memenuhi semua tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 nanti benar-benar adil dan bersih dari sebarang penipuan," tegasnya.