Followers

Friday, August 26, 2011

Pemecah belah orang Melayu yang sebenar adalah orang itu! Siapa? Arr...apa namao??

Kalau mengikut keterangan Harussani, maka boleh dirumuskan bahawa pemecah-belah bangsa Melayu yang sebenar adalah orang itu, bukan Anwar Ibrahim seperti yang selalu dituduh oleh para pemimpin dan media pencacai Umno Baru sejak sekian lama. Harussani cuba memberi nasihat tapi tak dapat masuk dan dia tak dengaq pun! Apa Harussani kata?

Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan.

Perkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.

Maka jelas, Najib hanya penerus kepada kerja memecahbelah Melayu. Tapi yang memulakannya adalah , "apa namao...arr apa namao...!!" Malang sungguh bagi orang Melayu yang masih keliru dan tertipu di kampung-kampung dan di felda-felda dengan orang yang merasakan dirinya cerdik dan hebat ini! Rumah kata pi, kubuq kata mai namun masih belum sedaq-sedaq juga lagi!!

malaysiakini


Thursday, August 25, 2011

Jeng...jeng...jeng... satu lagi alasan Pak Pandir woi!

Sudah menjadi Suruhajaya Putarbelit Rakyat nampak? Masalahnya kalau ada parti yang daftar si mati (Umnolah tu!), kenapa kamu masukkan dalam daftar pemilih? Dah apa kerja kamu? Kata pengurusan kamu canggih dan cekap, tak kan tak boleh kesan nama yang hendak didaftar itu dah mati ke belum? Bila kena tekan, macam-macamlah alasan!

'Parti dakwa senarai kotor tapi cuba daftar si mati'


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengesahkan bahawa kira-kira separuh daripada mereka yang cuba untuk mendaftar sebagai pengundi, adalah tidak layak.

Malah, menurutnya, parti-parti politik yang sering mengadu daftar pemilih kotor, cuba untuk mendaftar "orang mati, orang bawah umur dan penduduk tetap".

"Parti-parti politik ini sepatutnya menapis terlebih dahulu orang yang mereka cuba daftar," katanya.

Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditanya
mengenai surat yang dikeluarkan pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman pada 22 Ogos yang mengkehendaki salinan MyKad pemohon disertakan bersama borang pendaftaran pengundi.

Dalam surat itu, Dzulkifli berkata "hampir 50 peratus" permohonan pendaftaran ditolak kerana pemohon telah meninggal dunia, mempunyai alamat tidak sama dengan kad pengenalan, telah mendaftar sebelum ini, bahkan ada yang merupakan penduduk tetap".

Untuk mengatasinya, mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan dengan salinan MyKad pemohon, akan terus ditolak.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Aziz berkata, syarat tersebut hanya boleh digunakan di Selangor kerana masalah tersebut paling teruk di negeri tersebut.

"Selangor mempunyai permohonan paling banyak daripada mereka yang tidak layak," katanya.

'PAS perlu semak dengan JPN'

Mengenai perkara yang berasingan, Abdul Aziz menjelaskan, caj RM200 jika bantahan terhadap daftar pemilih tidak berjaya, bukanlah satu "penalti' tetapi adalah satu bentuk "pampasan".

"Apabila bantahan dibuat, pendengaran dijalankan untuk pembantah
dan orang yang statusnya dibantah.

"Jika bantahan itu tidak berjaya, maka orang yang statusnya dibantah akan diberi pampasan kerana perlu menghadiri pendengaran tersebut," katanya.

Jumlah maksimumnya adalah RM200 dan ia diputuskan berdasarkan kepada kes-kes, kata Abdul Aziz ketika ditanya sama ada PAS perlu membayar penalti RM200,000 untuk 1,000 bantahan yang dikemukakannya.

malaysiakini


Tuesday, August 23, 2011

Iyer ke masuk?

Kalau kaki ini yang bercakap, aku tak percaya. Dia lebih kurang tuan dia jugak. Esok lusa kalau ada yang tanya Najib pula, agaknya dia akan kata, "ikut pandai kitalah nak bincang cadangan apapun kerana kita ada 'prerogative'". Asal sikit prerogative, membuli orang tak kira! Jenis lidah bercabang memang tak boleh pakai!

Bila Pakatan nak nilai balik cadangan main-main Najib mengenai penubuhan JTP, barulah terhegeh-hegeh katakan 8 cadangan NGO (BERSIH 2.0?) ada dimasukkan dalam cadangan penambahbaikkan sistem pilihanraya. Kalau tidak dia ingat Pakatan R macam Pak Pandir mudah-mudah dia nak main-mainkan!

Sebutkan dulu bagi jelas apa 8 cadangan yang akan menjadi komponen utama rangka kerja JTP itu. Kalau tidak...piiiraahh!



Tuntutan BERSIH dalam rangka kerja JK khas

Cadangan oleh beberapa NGO akan dijadikan komponen utama rangka kerja bagi Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji penambahbaikan kepada sistem pilihan raya di negara ini.

Menteri di Jabatan Pedana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, bagaimanapun, enggan mengesahkan sekiranya cadangan-cadangan itu datang daripada gabungan pilihan raya bersih dan adil, atau lebih dikenali sebagai BERSIH 2.0.

"Kita telah membincangkan secara terperinci mengenai rangka kerja itu. Kami juga bersetuju dengan apa yang telah dicadangkan oleh kandungan memorandum yang diberikan oleh pelbagai NGO supaya pembaharuan pilihan raya dimasukkan ke dalam rangka kerja.

"Kandungan itu membabitkan rangka kerja, termasuk lapan perkara yang dibangkitkan oleh NGO itu," kata Nazri.

Ditanya sama ada NGO yang dimaksudkan itu termasuk daripada BERSIH 2.0, Nazri cuba mengelakkan soalan itu dan hanya berkata: "Saya pasti beberapa daripada NGO itu adalah pertubuhan yang sah”.

Selepas bermesyuarat dengan perwakilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih satu jam hari ini, Nazri berkata mereka telah memutuskan bahawa tanggungjawab menggalur rangka kerja berkenaan akan diserahkan kepada SPR sebelum ia dibentangkan kepada kabinet.

"Sebaik sahaja diluluskan, rangka kerja yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen,” katanya.

malaysiakini.


CHEHH!!

Ini 'menganjing' rakyat namanya! Main-main, tidak serius dan sangat membuli. Kalau begitu buat apa JTP tu. Pilihanraya yang perlu direform bukan PRU ke 14 tapi PRU ke 13 lah woi!!


Syor JTP tidak sah jika Parlimen dbubarkan

Syor-syor jawatankuasa khas parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya akan terbatal dan menjadi tidak sah sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum ia dilaksanakan, kata timbalan speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jika ahli parlimen pada sidang baru menentang cadangan yang disyorkan sebelum ini, semua usaha meminda undang-undang pilihan raya di negara ini akan juga terbatal, kata Wan Junaidi dipetik akhbar Oriental Daily News.



Dalam wawancara dengan harian berbahasa Cina itu yang diterbitkan hari ini, beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa khas berkenaan akan terbubar jika Dewan Rakyat dibubarkan supaya pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum panel tersebut menyelesaikan tugasnya.



Dalam erti kata lain, cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa itu akan terbatal jika ia tidak diterima pakai oleh kerajaan sebelum pilihan raya umum.



Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, Parlimen dan kerajaan baru yang dibentuk selepas pilihan raya akan memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan kerja yang dilakukan oleh jawatankuasa itu.



Sekiranya kerajaan baru menyokong inisiatif pembaharuan pilihan raya, ia boleh membentangkan usul baru untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas parlimen baru bagi meneruskan kerja-kerja jawatankuasa sebelumnya.



Sebaliknya, jika sebahagian besar daripada ahli parlimen yang baru dilantik menentang reformasi pilihan raya, maka rancangan itu akan diketepikan.


http://www.malaysiakini.com/news/173742

Monday, August 22, 2011

Uek!!


Nak muntah aku....Ikhlas taik kucing, awal-awal dah cakap Pilihanraya tak tertakluk kepada kerja-kerja yang akan dibuat oleh JTP! Kalau siapa tak sangsi memang buang tabiat! Sepupu sapa tu...!!

Jangan Sangsi Keikhlasan Kerajaan Tambah Baik Sistem Pilihan Raya - Najib


KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) merupakan komitmen oleh kerajaan untuk menjadikan sistem pilihan raya negara lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya harap inisiatif kami mengenai JTP menunjukkan keikhlasan kami. Ini tidak bermakna kami percaya wujud manipulasi dalam sistem itu tetapi kami mahumenambahbaik lagi sistem itu.

"Jangan sangsi dengan keikhlasan kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia yang kedua di Bandar Tun Razak di sini, Ahad.

Najib berkata demikian ketika mengulas dakwaan beberapa pihak tertentu bahawa JTP adalah tidak bermakna sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakantanpa melakukan reformasi sistem pilihanraya.

"Tarik pilihanraya adalah prerogatif kami tetapi kami komited untuk penambahbaikan sistem pilihanraya," katanya.

Pada Rabu lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan JTP dengan usul cadangan penubuhan itu dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

JTP diketuai oleh seorang menteri dan akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga daripada pembangkang dan seorangwakil rakyat Bebas. - BERNAMA


Sunday, August 21, 2011

Taik!

Boleh percayakah? Heh...sepupu sapa dia ni!

Tiada Kompromi Kelayakan Pengundi: Hishammuddin


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad berkata kerajaan mempunyai pendirian yang jelas dan tegas dalam soal kelayakan untuk berdaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Beliau berkata walaupun proses permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan daftar lewat kelahiran diselesaikan dengan segera melalui penambahbaikan sejak lebih dua tahun lalu, ia tidak melibatkan perubahan dasar dan syarat-syarat peruntukan undang-undang serta peraturan sedia ada.

Kementerian juga mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengemas kini rekod-rekod warganegara Malaysia yang sah dan berdaftar sebagai pengundi awal minggu lalu, selaras dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Hishammuddin berkata langkah mengemas kini rekod di bawah kementerian yang dikendalikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memastikan rekod kedua-dua pihak antara JPN dan SPR dapat diselaraskan dan pada masa yang sama dapat dikemas kini dengan segera dan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang salah tafsir atau salah faham oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata kementerian dan JPN perlu melipatgandakan usaha dan memastikan wujudnya sistem yang telus dan memuaskan semua pihak, dan mahu agar pangkalan data yang menyimpan permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan daftar lewat kelahiran dapat dikemas kini dan menunjukkan status semasa dengan tepat.

Mengenai jawatankuasa itu, Hishammuddin berkata keputusan Kabinet untuk menerima cadangan penubuhannya adalah langkah terbaik untuk menjawab dan menangani segala bentuk persoalan dan tuduhan yang selama ini dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata ia juga merupakan peluang terbaik untuk menonjolkan peranan ahli-ahli Parlimen muda dalam negara untuk mengemukakan pandangan serta buah fikiran mereka khususnya mengenai penambahbaikan proses pilihan raya memandangkan mereka adalah suara yang akan mewakili generasi masa depan.

"Perubahan yang akan diputuskan kelak akan memberi kesan langsung terhadap proses dan kaedah kerja yang diamalkan selama ini termasuk oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Apa yang boleh dan tidak boleh dibuat sepanjang tempoh kempen pilihan raya juga perlu diputuskan berdasarkan keputusan yang akan dibuat kelak.

"Setelah kesemua cadangan berkenaan diluluskan, adalah penting agar semua jabatan dan agensi terlibat membentuk kerjasama rapat antara satu sama lain bagi memastikan segala keputusan yang dicapai dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Hishammuddin berkata jawatankuasa itu juga merupakan platform terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pihak kerajaan tidak mempunyai apa-apa perkara yang perlu diselindung.

"Kita senantiasa menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan sama ada kita masih diperlukan atau tidak. Di atas asas dan keyakinan itulah kerajaan merasakan rakyat perlu mendapat gambaran yang tepat serta tidak mudah terpedaya dengan dakwaan-dakwaan tak berasas," katanya. - BERNAMA


Ini satu lagi, kalau agama lain dulu bagi bantuan kecoh lagi 1Malaysia! JKM tido ka?

Ibu tunggal 5 anak tunggu jawapan bantuan JKM


Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Kerchut, Batu 10, di Jitra, Kedah berhadapan dengan kesukaran dalam hidupnya apabila terpaksa menanggung kehidupan lima anaknya, yang semuanya masih bersekolah.

Azimah Ali, 39, menjadi ibu tunggal selepas bercerai lima bulan lalu, menyara kehidupannya dan lima anak terdiri empat perempuan dan seorang lelaki yang berusia antara lima hingga 13 tahun, dengan membuat kuih dan dihantar ke kedai-kedai makan untuk memperoleh pendapatan kira-kira RM400 sebulan.

"Saya ada memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mei lepas tetapi sehingga kini masih tiada jawapan. Saya berharap JKM dapat mempercepatkan proses permohonan saya," katanya ketika dikunjungi ahli parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom, yang turut bersahur bersama keluarga itu awal pagi ini.

Azimah berkata dia dan lima anaknya itu tinggal di rumah arwah ibunya bersama seorang kakaknya Azizah, 43, yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah berhampiran.

Katanya kakaknya yang tidak berkahwin itu turut membantu menanggung perbelanjaan anak-anaknya manakala bekas suaminya hanya membantu sekali-sekala.

Anak sulung Azimah, Wildayanti Mohd Rais, 13, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Darul Aman manakala Wilmayani, 12; Mimi Wahida, 11; dan Amylia Suhaida, 9, belajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Darul Aman sementara anak bongsunya Fitri Haikal, 5, belajar di sekolah tadika.

Azimah berkata rumah yang didudukinya itu sudah uzur dan banyak bahagian bumbung yang bocor dan jika hujan, bahagian rumah tamu akan dipenuhi air.

Mohd Johari berkata pihaknya meluluskan bantuan awal RM10,000 untuk kerja-kerja membaiki rumah itu dan berharap ia dapat dijalankan segera.

Beliua juga akan berusaha mendapatkan bantuan persekolahan untuk anak-anak Azimah bagi memastikan mereka dapat belajar dengan sempurna dan keperluan lain untuk meringankan beban keluarga itu.

"Kami akan uruskan bantuan dengan JKM. Kami juga akan cuba dapatkan bantuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu program membasmi kemiskinan di bandar memandangkan Jitra adalah kawasan bandar. Tengok sama ada skim itu boleh digunakan atau tidak. Bantuan itu lebih banyak," katanya yang turut memberikan sumbangan barangan keperluan dan hari raya kepada keluarga itu.

Mohd Johari, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani berkata kementeriannya akan menyediakan mesin asas tani bagi membantu Azimah membuat kuih.

Azimah berkata dia terharu dengan bantuan yang diberikan Mohd Johari bagi meringankan beban kehidupannya.

Bantuan kepada Azimah dan keluarganya boleh dibuat dengan menghubunginya di talian 012-5290118 atau memasukkan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional di atas nama Azizah Ali (02100-29-86167187-2).

malaysiakini.com

Antara ular dan pemimpin Umno, nak 'ketuk' yang mana dulu?


BN Sudah Bersedia Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 - Rais

KUALA KLAWANG, 20 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.

Beliau berkata negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.

"Jadi dengan perubahan ini...kita sudah bersedia, malah kita sudah diberi amaran dan gesaan supaya jawatankuasa piliharaya ditubuhkan dalam DUN dan kawasan Parlimen masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan miskin di Masjid Simpang Durian dekat sini.

Rais, yang juga anggota Parlimen Jelebu, berkata jentera pilihanraya di kawasannya sudah digerakkan, malah pelbagai program telah direncanakan selepas Aidilfitri nanti, bagi menguji kekuatan parti dan memberi kebajikan kepada rakyat.

-- BERNAMA