Followers

Saturday, August 20, 2011

Pilihanraya hak mak ayah dia ke ?

Tubuh Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk baiki dan tambahbaik sistem pilihan raya demi memastikan rakyat membuat pilihan yang sebenar-benarnya, tapi boleh pula katanya, umumkan Pilihan raya tanpa menunggu kerja-kerja jawatankuasa khas parlimen yang ditubuhkan itu. Dah tu buat apanya jawatankuasa khas parlimen itu?


Inilah yang dikatakan percakapan yang berkluk-klek. Perangai ini dah sebati dengan dia agaknya! Macam dulu jugak yang katanya, kalau nak demonstrasi sangat, demolah dalam stadium, melalaklah sampai ke pagi, tapi lepas itu bila orang mohon stadium merdeka, tak bagi pula guna stadium merdeka! Ini nampaknya lebih teruk daripada samy dan ular!


Nampaknya kena ada BERSIH 3.0 juga rasanya! Memang tak boleh pakai cakap puak-puak ni! Pilihanraya dah jadi macam hak mak ayah dia ke?


PM: P'raya boleh bila-bila masa, tak perlu tunggu PSC


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.


Perdana menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.


"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn hari ini.


Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.


Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.


"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.


Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.


Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.


Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.


Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.


"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.


Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.


Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.


Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.


Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.


Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.


"MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya.


Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.


"Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya.


- Bernama


Friday, August 19, 2011

JAIS perlu dakwa segera, jangan jadi POK DOGO!

Isu serbuan JAIS ke gereja di Damansara itu nampaknya semakin hangat dan menarik perhatian pelbagai pihak. Memang isu mahu memurtadkan orang Islam adalah isu hangat kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan negara malah ia sangat menggusar-berangkan umat Islam. Namun perkara dakwaan JAIS itu yang dikatakan hasil maklumat orang ramai, bahawa ada gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam telah berlaku, di lihat, didengari, diulas dan dibicara ramai.


Tak kiralah bagaimana serbuan itu dibuat, perkara itu telah pun berlaku dan tak mampu untuk di-‘rewind’-kan semula untuk dibuat pembetulan atau apa-apa. Cara dan pendekatan serbuan, jika dikatakan melanggar undang-undang, maka mahu tak mahu JAIS perlu mengambil iktibar untuk tugasan yang akan datang demi imej Islam yang mulia.


Namun demikian, di bahagian yang lain, JAIS tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mendakwa pihak yang didakwa cuba memurtadkan orang Islam di gereja itu. Panjang masa yang diambil oleh JAIS akan tersangka bahawa JAIS adalah sebuah agensi penguatkuasa agama yang tidak cekap, bercelaru serta tidak yakin dengan apa yang dilakukannya. Mengapa mesti dilihat begitu? Jika yakin dakwaan memurtadkan orang Islam itu benar-benar berlaku, segerakan tindakan tegas untuk memperlihatkan bahawa JAIS bukan ditunjuk oleh tangan-tangan ghaib di belakangnya akibat sebuah mainan politik kluk-klek murahan.


Masalahnya mungkin banyak pihak tidak yakin JAIS akan membuat dakwaan di mahkamah, cuma hanya akan membiarkan isu ini dipolimik oleh media dan pelbagai pihak untuk menghentam dan mengutuk satu sama lain. Apakah ini yang JAIS mahu?


Jika JAIS berani membuat serbuan, sudah pasti maklumat dan bukti-bukti yang JAIS perolehi diyakini sangat mencukupi, jika tidak JAIS tidak akan bertindak demikian. Maka itu jangan mengambil masa yang lama untuk membuat dakwaan di mahkamah. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, gunakan peruntukan undang-undang yang ada untuk bertindak mendakwa pihak-pihak berkenaan, kemudian biarkan hakim mahkamah membuat keputusan untuk keputusan itu dikaji kelemahan dan kekuatan, kekurangan dan kelebihan dan diambil pengajaran oleh semua pihak sama ada pihak berkuasa yang beragama Islam atau pihak yang bukan Islam.


Setakat yang ada pada hari ini, dakwaan di mahkamah adalah jalan terbaik menyelesaikan isu ini bukan bersikap huha-huha di sana sini yang menambah buruk imej Islam yang suci, namun hasil tidak ada apa pun…seperti kata orang penang..pi mai pi mai tang tu jugak!


Oleh yang demikian JAIS perlu membuat dakwaan mahkamah dengan segera tanpa mengambil kisah sebarang kecaman terhadapnya. Kecaman dari pelbagai pihak dalam hal ini adalah perkara biasa yang perlu ditangani dengan bijak bukan melalui kenyataan-kenyataan tidak cerdik dan emosi. Dan jangan kata masih tidak cukup bukti untuk membuat dakwaan kerana alasan itu menggambarkan malangnya sikap JAIS kerana sebuah tindakan yang gagal! Jika malang itu benar-benar berlaku, JAIS harus bertanya, siapakah yang menggagalkan peranan JAIS dan memburukkan imej agama yang mulia ini? Kini segala-galanya berada di tangan JAIS kecualilah ada tangan-tangan ghaib yang cuba menjadikan JAIS, POK DOGO-nya!


Terfikir juga, jika Umno melalui ahli-ahli Parlimennya, menyokong cadangan atau usul Akta Halang Murtad oleh PAS sebanyak empat kali di parlimen dahulu, mungkin perkara ini tidak akan berlaku! Tetapi Umno tetap Umno, sikap kepura-puraannya ada di mana-mana…dulu kini dan selamanya! Jadi JAIS bertindaklah dalam ruang-ruang yang ada! Untung sabut timbul, untung batu tenggelam!


Kereta tak rosak tapi kena baiki?


Baru tahu rupanya selama ini yang memerintah negara tidak berasaskan kehendak rakyat yang sebenar? PM yang kata ni!

Apabila Perdana Menteri berkata, “Kita boleh melakukan yang terbaik dan perbaiki proses pilihan raya. Kita tidak takut kepada pembaharuan tetapi ingin memastikan siapa yang memerintah negara mesti berasas kehendak rakyat sebenar," tidakkah boleh difahami bahawa, pihak yang memerintah negara selama ini tidak berasas kehendak rakyat sebenar? Habis kehendak siapa ya?

Dalam proses demokrasi, kalau keputusan pilihanraya bukan ikut kehendak rakyat yang sebenar tidakkah itu songsang namanya?

PM berkata penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen, tidak bermakna pilihanraya songsang! Kalau dah pilihan raya tidak songsang, maknanya okaylah pilihan raya itu! Dah tu kenapa nak buat pembaharuan agar sistem pilihanraya lebih baik? Untuk buat lebih baik juga bermakna yang sebelum-sebelum ini kurang baik kerana mungkin ada cacatnya.

Jadi baiki buat apanya kalau tak songsang? Kereta tak rosak tapi perlu dibaiki…gila namanya!

Maknanya ada kesongsanganlah tu apabila kerajaan Umno nak baiki benda yang tak rosak, tak songsang! Baiki buat apanya benda yang tak songsang?

Cakap sahajalah apa yang BERSIH 2.0 tuntut dan Pakatan Rakyat sedang bongkar kini memang membuktikan kesongsangan pilhanraya yang diuruskan oleh yang bernama Aziz dan Wan Ahmad, dua ekor agen Umno itu, demi kepentingan kuasa politik Umno yang kian lemah!!

Suruh orang fahami Al-Quran, tapi bercakap kluk-klek! Apalah!!!

KLANG 17 Ogos – Datuk Seri Najib Razak menegaskan keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya bukan bermakna perjalanan pilihan raya di negara ini songsang.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut mencerminkan keikhlasan kerajaan untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini selain membuktikan kerajaan sedia membuat pembaharuan agar sistem pilihan raya lebih baik.

“Ini bukan pengakuan tidak langsung menyatakan pilihan raya songsang dalam negara kita. Kalau songsang, kita tak serah Selangor kepada pembangkang. Kita kalah pada pilihan raya lalu tetapi kita pinjamkan sementara sahaja kepada pembangkang.

.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pangsapuri Seri Perantau, Selat Klang, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Najib berkata, beliau sebagai Perdana Menteri berasa amat bertuah kerana penduduk di negara ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni berbanding rakan sejawatannya di Britain yang baru berdepan rusuhan.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat agar tidak memperkecilkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi sekarang.

“Saya dapat merasakan perasaan rakan saya, PM (Perdana Menteri) Britain (David Cameron) yang berdepan dengan rusuhan. Bukan sekali tetapi menjangkau beberapa hari dalam sebuah negara yang dulunya menjajah kita yang dianggap sebagai negara yang telah membawa kepada amalan demokrasi berparlimen.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri Britain menyatakan bahawa masyarakat negaranya sudah dinodai akhlaknya yang membawa kepada masyarakat yang banyak penyakit," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan hasrat rakyat setempat sebagai mana yang disuarakan oleh UMNO Bahagian Kapar agar kerajaan membuka Kedai Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia.

Katanya, ini adalah bagi memberikan kemudahan kepada hampir 50,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang.

Selepas berbuka puasa dan mengerjakan solat Maghrib di Surau An-Nur di pangsapuri berkenaan, Najib kemudian beredar ke Masjid As-Syaadah di Bandar Sultan Sulaiman untuk menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.

utusan.com.my

Thursday, August 18, 2011

Bini Perdana 'bertimbalankan' Perdana Menteri? Kacau!

Maka berkatalah Bini Perdana : "Seharusnya rakyat di Malaysia bersyukur kerana negara kita bukan sahaja cukup makan, cukup pakai malah selamat...tidak ada orang hendak mengacau kita," katanya ketika berucap pada program Rahmat Ramadan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, malam semalam.

Memang tak ada orang yang kacau kita, tapi masalahnya ada orang yang perasan FLOM, yang kacau tugas Perdana Menteri dan Menteri Kabinet kita! Apabila Perdana Menteri cuti sakit sepatutnya Timbalan Perdana Menterilah wakil Perdana Menteri, tapi tidak, ada orang lain yang perasan pula yang kacau terhegeh-hegeh mewakili Perdana Menteri.


Lebih kacau lagi belanjanya boros hanya semata untuk menonjol dan menghiaskan diri!


Lagilah kacau apabila ada bekas AJK Umno Bahagian Wangsa Maju yang tulis buku memberitahu dunia, bahawa Bini Perdana antara ‘kekacauan’ yang boleh menjadi PM Najib, PM Umno terakhir!


Beginilah rupa jenis orang yang tak sedar diri, pandai memberi nasihat, tapi tak sedar diri sendiri adalah pengacau hingga rakyat melihat pun naik getik! Kenapa rakyat naik getik? Kerana rakyat sedang melihat telatah seolah-olah Bini Perdana yang bertimbalankan Perdana Menteri! Kacau!!


Bersyukurlah dapat ZINK dan KAYU LAPIS tuk, untuk keselesaan tuk!!

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, slogan 1Malaysia yang begitu mengujakan! Erti kudus slogan itu lebih kurang begini: baiki sebuah rumah yang bernama Seri Perdana di Putrajaya untuk sebuah keluarga HANYA RM65 juta dan baiki 200 buah rumah di Kalabakan untuk 200 buah keluarga dengan menggunakan ZINK dan KAYU LAPIS mencecah RM1juta! Fuhh!


Akibat rakyat yang tidak sedar diri baiki rumah pun mahu gunakan ZINK dan KAYU LAPIS! Namun kerajaan ini tak kisah walapun beban kewangan yang berat, demi Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan! YEAH!!


Bagusnya kerajaan Umno/Bn!

Baiknya kerajaan Umno/Bn!

Prihatinnya kerajaan Umno/Bn!

Cakna kerajaan Umno/BN!


Katanya, untuk projek Permata seorang isteri yang dominan hanya dapat RM111 juta! Itu pun nak bising? Katanya, untuk cincin seorang isteri yang berkerja keras untuk negara hanya RM 24 juta! Hanya RM24 juta itu pun nak kecoh ? Itu semua fitnah…fitnah….malas saya nak layan…saya banyak lagi kerja lain yang perlu dibuat demi Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!


Memanggg...mujur ada kerajaan Umno/Bn, kalau tidak macam mana rakyat nak dapat ZINK dan PAPAN LAPIS untuk berteduh di musim panas dan untuk buat dinding bagi menahan tempias di musim hujan! Rakyat yang dahlah marhaen, biarlah hidup susah sedikit untuk membantu kami yang terbeban teruk di Putrajaya ni! Sedar diri…sedar diri tu!


Hidup PM Najib yang berjiwa rakyat!!


Rabu Ogos 17, 2011 :


Najib Lulus RM1 Juta Bantuan Rumah Daif Di Kalabakan

TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk program bantuan zink dan papan lapis kepada rakyat daif di kawasan Parlimen Kalabakan, kata Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata urusan berkaitan pengagihan bantuan berkenaan termasuk menyeraikan nama penerima sedang dibuat bagi memastikan hanya penduduk yang benar-benar layak diberi bantuan itu.

"Selepas Hari Raya Aidilfitri ini, Wakil Rakyat akan turun padang dan pergi dari rumah ke rumah untuk melihat berapa keperluan zink dan papan lapis yang diperlukan," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan sempena Ramadan dan Hari Raya kepada anggota Persatuan Nelayan Kawasan Tawau di sini Rabu.

Ghapur berharap urusan pengagihan bantuan berkenaan akan selesai sebelum akhir tahun ini.

Katanya 200 buah rumah penduduk Kalabakan akan dibaiki untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat. - BERNAMA


Tuesday, August 16, 2011

Jawatankuasa Pemilih Parlimen: Boleh pakai ke?


Muhyiddin anak Yasin berkata pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen seperti yang diumumkan oleh PM untuk membincangkan reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem pilihan raya yang digunapakai selama ini tidak baik tetapi sebaliknya untuk memperkukuhkannya lagi!


Alahai Muhyiddin, tak tutup pintu ayam makan padi, tak kata begitu nak kata guane lagi!


Mujurlah BERSIH 2.0 berarak dijalanraya, kalau tidak semuanya sama ada dari PM hingga ke menteri-menteri apatah lagi SPR buat pekak badak sahaja. Itu pun entah boleh percaya atau tidak ! Muhyiddin kata untuk memperkukuhkan sistem pilihan raya. Tak tahulah itu, memperkukuh untuk Umno/Bn terus berkuasa atau untuk memastikan keadilan kepada semua yang terbabit dalam pilihan raya!


Kesimpulan mudah ialah jika Jawatankuasa itu tidak menjurus kepada 8 tuntutan BERSIH 2.0, ia pasti tidak akan melahirkan sistem pilihan raya yang kukuh untuk keadilan kepada semua sebaliknya ia akan menambah parah sistem yang telah sedia pincang itu! Kita tunggu dan lihat rentak tari Umno/Bn seterusnya!


Pembentukan Jawatankuasa Bukan Bermakna Sistem Pilihan Raya Tidak Baik

PUTRAJAYA: Pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem pilihan raya yang sudah digunapakai selama ini tidak baik tetapi sebaliknya untuk memperkukuhkannya lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata keputusan-keputusan pilihan raya sebelum ini tidak akan dipertikaikan yang kesemuanya dijalankan dengan telus, cuma ia akan diperbaiki berikutan minat kumpulan dalam masyarakat yang mahu supaya ia dilakukan.

"Dan itu juga diakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana perlu mereka memperkemaskan senarai daftar pemilih, memperkukuhkan cara undian dijalankan, undi pos, jadi itu proses yang sudah berjalan.

"Dengan adanya jawatankuasa, itu akan diambil kira dan jika ada perakuan yang mereka nak buat, mereka akan kemukakan supaya SPR dapat mengambil langkah sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 di sini, Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN)dan parti pembangkang untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Najib berkata jawatankuasa yang akan dibentuk dalam waktu terdekat itu adalah tindak balas proaktif kerajaan BN bagi menangani pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan pihak tertentu baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai pendapat serta polemik.

Muhyiddin berkata pembentukan jawatankuasa itu juga jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan BN dan sependapat dengan banyak pihak tentang perlunya ada satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

"Jadi, bukan satu tuntutan pihak pembangkang sahaja. Jika kita mahu pilihan raya itu berjalan dengan bersih dengan cara yang adil dan kita mahu dipilih sebagai kerajaan atas dasar yang saksama, dengan keputusan itu bermakna kita mengamalkan sikap yang telus.

"Kita mengambil pandangan dengan serius. Jadi, pastinya ahli-ahli parlimen yang terpilih daripada kerajaan dan pembangkang yang dikatakan akan bersidang dalam tempoh terdekat, mereka akan melihat aspek-aspek tertentu dari segi apa yang ada dalam sistem sekarang dan bagaimana cara untuk diperkemaskan dan diperbaiki," katanya.

Beliau berkata langkah itu akan melibatkan rundingan dengan pelbagai pihak termasuk SPR dan dengan muafakat daripada semua pihak, pastinya sistem pilihan raya boleh diperkukuhkan lagi.

Mengenai kenyataan Najib bahawa kerajaan akan mengkaji semula dasar penapisan media selaras dengan perkembangan lanskap dan persekitaran semasa, Muhyiddin berkata sebagai pengamal media, mereka perlu mengamalkan etika yang tinggi.

Beliau berkata golongan itu tidak seharusnya menggunakan hak dan kebebasan yang diperoleh untuk membuat sesuatu yang boleh memudaratkan masyarakat, menimbulkan ketegangan sosial atau memberi kesan buruk terhadap hubungan antarabangsa dan kaum.

Katanya mereka harus berpandukan kepada prinsip dan lunas serta asas yang berasaskan kepada etika, moral, akhlak dan sebagainya.

"Dalam dunia yang dikatakan tanpa sempadan di mana banyak laporan berita dikeluarkan bukan sahaja menerusi saluran rasmi tetapi juga alam maya, maka agak sukar bukan sahaja kerajaan Malaysia tetapi juga negara lain untuk mengambil tindakan untuk mengawal.

"Ini kerana soal kebebasan sekarang ini sudah merupakan hak individu bukan lagi menjadi hak institusi atau negara," katanya.

Beliau berkata sistem pemantauan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan kerajaan perlu sentiasa peka supaya hak kebebasan untuk berkomunikasi di alam maya tidak mencetuskan ketidaktenteraman awam.

Katanya jika jelas terbukti terdapat pengamal media berbuat sesuatu yang boleh dilihat sebagai melanggar mana-mana apsek perundangan, keselamatan dan sebagainya, ia juga tidak terkecuali daripada menghadapi tindakan undang-undang.- BERNAMA


Sunday, August 14, 2011

Seorang lagi menteri 'taik kucing'!

Ooohh...sedaplah jadi kerajaan tak boleh dipersalahkan! Rakyat kebulur, rakyat fakir, rakyat miskin, rakyat terbeban dengan kenaikan harga minyak, rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, rakyat mati kena rogol, rakyat tempatan terancam dengan ramai PATI jadi warganegara segera, rakyat murtad, jangan salahkan kerajaan!


Habis tu apa kejadahnya jadi kerajaan?


Jadi kerajaan hanya untuk makan kedarah komisyen kapal selam? Jadi kerajaan untuk bagi peruntukan RM111 juta kepada bini? Jadi kerajaan untuk beli cincin RM24 juta kepada bini? Jadi kerajaan untuk rasuah rakyat dalam kempen piihanraya? Jadi kerajaan untuk bagi PATI warganegara segera demi kuasa politik haramjadah? Jadi kerajaan untuk bagi gaji besar kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang senget itu dengan duit cukai rakyat? Jadi kerajaan untuk dapat tender sistem biometrik? Jadi kerajaan untuk membodohkan rakyat?


Ooohhh...sedaplah jadi kerajaan Umno/Bn! Gemuk macam badak sumbulah bini kalau gitu!


Sudah-sudahlah banyak bercakap, buat kerja, dan pantau sistem agihan bantuan dan pegawai-pegawai di bawah jagaan kamu!


Jangan salahkan k'jaan jika bantuan tak diterima


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit.


Beliau berkata kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini.

"Jangan salahkan kerajaan...selain kementerian menerusi JKM, terdapat juga banyak agensi lain yang terlibat, mana suami-suami (kepada ibu-ibu tunggal) yang mempunyai keluarga juga mesti bertanggungjawab, walaupun sudah bercerai atau berpisah," katanya.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai kementerian bertanggungjawb memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang tetapi ia tidak dapat dinikmati seorang ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapatkan makanan.


Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata kementerian sentiasa menemui kumpulan sasar dan menghulurkan bantuan pada setiap bulan agar mereka tidak bersikap menuding jari kepada kerajaan yang prihatin kepada nasib mereka.


Beliau juga kesal dengan tindakan segelintir suami yang mengamalkan budaya "lepas tangan" kepada pihak lain dalam soal memberikan nafkah kepada isteri yang ditinggalkan atau diceraikan.


"Mana bekas suami, ahli-ahli keluarga, anak-anak tidak membantu dan bersikap lepas tangan. Kalau mereka lepas tangan kepada orang lain, ia mengundang bahaya terutama ibu bapa yang tiada persaraan hidup harus dibantu...hentikan andaian (salahkan kerajaan)," katanya.


Beliau turut berpesan agar anak-anak tidak mengabaikan tanggungjawab dan mengambil tahu kebajikan terhadap ibu-bapa mereka yang telah uzur terutama pada musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.



- Bernama