Followers

Saturday, August 06, 2011

Pengkhianat dan penderhaka sebenar sudah terang lagi bersuluh

Dengan beberapa jam sahaja setelah didedahkan, status pemastautin tetap telah menjadi warganegara, tidakkah itu memberi isyarat hakikat sebenarnya bahawa terdapat pengkhianat yang mengancam keselamatan negara dan mengkhianati kedaulatan Raja-raja Melayu di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR?


Manakah lebih bahaya antara mereka yang membawa baju T yang bergambarkan Rashid Maidin dan tokoh-tokoh PKM yang tak tahu entah di mana dan uzur-uzur belaka dan yang berdemonstrasi aman BERSIH 2.0 ATAU mereka yang ‘menganugerahkan kerakyatan’ kepada warga asing dalam masa dua tiga jam sahaja tanpa penilaian ketat demi tuan mereka meraih undi dalam pilihanraya negara?


Siapakah yang lebih wajar dituduh berniat ‘memerangi’ (kalau hendak sangat guna tuduhan ini) Yang Dipertuan Agong, antara mereka yang membawa T-shirt bergambar tokoh-tokoh PKM yang telah uzur ATAU mereka di Jabatan Pendaftaran Negara yang ‘menganugerahkan, mengarah menganugerahkan’ ‘taraf warganegara segera’ kepada warga asing yang tidak diketahui tahap kesetiaannya kepada negara dan Raja-raja Melayu?


Kalau hendak sangat gunakan Undang-undang Darurat (EO) kepada kepada rakyat, siapakah yang lebih patut ditahan dibawa EO ini, antara mereka yang membawa T-shirt….T-shirt tokoh PKM yang umum telah arif sangat, tokoh-tokoh itu sudah tidak laku lagi di mana-mana ceruk dunia pun, ATAU pihak-pihak di JPN (Jariah ?) dan SPR (Aziz dan Wan Ahmad ?) yang ‘menganugerahkan warganegara mie segera’ dan ‘masukkan dalam daftar pemilih pilihanraya’ demi mengampu para pemimpin Umno/Bn yang telah hilang kewarasan dan pedoman?


Jelas, bukan rakyat marhaen yang dahagakan keadilan dan integriti ini, yang mengancam dan membahayakan keselamatan negara dan mengkhianat kedaulatan Raja-raja Melayu tetapi pihak-pihak tertentu yang sudah terang lagi bersuluh!


Kini telah mula kedengaran di kampung-kampung Melayu keresahan mengenai hal ini dan mengenai cincin RM24 juta! Selamat datang PRU ke 13!


Friday, August 05, 2011

Muhyiddin 'jolok' Flom palsu!


Lihat gambar, Muhyiddin anak Yassin 'jolok' Flom palsu untuk mengiringi F.L.O.M yang sebenar. Muhyiddin sudah mengena Najib agar orang-orang Umno tengok gambar ini. Pasti orang-orang Umno dari peringkat bawah hingga atas bengang dan semakin meluat dengan sikap over dan perasan flom palsu itu.

Apabila itu berlaku, ia adalah bonus buat Muhyiddin dalam keadaan terdengar-dengar sayup-sayup ada pihak dalam Umno mendesak Najib berundur! Huhuhu Najib sudah kena!

Sedikit masa nanti desakan dari dalam agar Najib benar-benar berundur akan lebih vokal kerana bahana Flom tiruan yang berkawan dengan bakal besan yang kata surat khabar Indonesia bakal besannya itu ada hubungan dengan mafia Rusia! Mafia Rusia woi!

Semakin perasan Flom tiruan, semakin suka Muhyiddin Yasin kerana semakin ramai yang menyampahkan Najib Razak baik di luar Umno mahupun di dalam. Muhyiddin anak Yasin hanya menunggu suara Mahathir sahaja lagi. Berbunyi sahaja Mahathir, Muhyiddin akan berbunyi! Najib akan semakin 'cedera parah' dalam Umno!

Nota: Kata seorang kawanku kakitangan kerajaan; "Alangkah baiknya jika RM25 juta di tangan Rosmah Mansor seorang itu menjadi sebahagian tokok peruntukan bonus untuk 1 juta kakitangan kerajaan. Rosmah Mansor seorang boleh dapat 25 juta seorang diri, takkan 1 juta kakitangan kerajaan tak boleh dapat bonus 2 bulan gaji! Malaysia yang selalu diulas oleh pakar-pekar pemerintah, 'ekonomi sentiasa memberangsangkan' ini, pelabur suka (!) adalah sebuah negara yang kaya dan banyak simpanan duit, buktinya ialah RM25 juta untuk Rosmah Mansor seorang! Seorang diri tak berkongsipun!. So jangan cakap bonus tak boleh bagi kerana ekonomi tak memberansangkan, aku tak percaya...BOHONG!"


Thursday, August 04, 2011

Daulat Tuanku! Benar sekali apa yang ditulis ini Tuanku!

Raja-Raja usah dengar cakap Umno sahaja

Mohd Rashidi Hassan

MINGGU ini Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menekankan dalam titahnya betapa perlunya Raja-Raja Melayu mempunyai penasihat yang berani menyatakan kebenaran.

Berucap dalam Wacana Ilmu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertema "Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga" di Shah Alam baru-baru ini, Raja Nazri mahu Raja-Raja disembah maklumkan secara berterus terang mengenai cerita sebenar dan sama sekali tidak dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri sehingga Raja tergamak diperalatkan.

"Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar," titah baginda seperti yang dilapor Bernama.

Menurut baginda, Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun, kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Raja tidak dapat berperanan secara bermakna sekiranya Raja sentiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran.

"Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja, menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggungjawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga," titah baginda.

Baginda bertitah adalah benar persaingan politik semakin sengit dan juga benar isu agama dan isu kaum amat sensitif tetapi persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudikan isu agama dan isu kaum serta mengeksploitasi sentimen ketidakpuasan hati rakyat yang lebih rencam.

"Dalam setiap perselisihan dan dalam segala perbalahan tidak mungkin satu pihak betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, elemen adat, elemen moral dan elemen agama," titah Raja Nazrin.

Baginda bimbang jika suhu politik semakin panas, impian untuk membina perpaduan akan menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan.

Raja Nazrin bertitah untuk itu amatlah penting dipastikan Raja kekal dalam disiplin yang berada di atas polemik politik tetapi Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun secara damai.

"Tetapi Raja tidak memiliki lampu ajaib yang boleh memupuk perpaduan dalam sekelip mata apatah lagi jika suasana sudah terlalu berkecamuk," titah baginda.

Menurut Raja Nazrin, sebaik peranan kepada Raja adalah untuk memberi nasihat secara tertutup kepada pelbagai instrumen negara mengenai tanggungjawab masing-masing supaya Raja tidak disalahtafsir mencampuri secara langsung urus tadbir negara.

Baginda bertitah bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang selepas pilihan raya umum ke-12 di mana perlu ada penerimaan kepada realiti dan pemahaman bahawa tuntutan melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam.

"Perpaduan memerlukan kesediaan melakukan pengorbanan, menerima kekalahan dengan reda dan merayakan kemenangan dengan keinsafan," titah baginda.

Raja Nazrin Shah juga bertitah bahawa dalam dinamik politik yang sedang berlaku, adalah bertambah penting Raja selaku tonggak kestabilan dan payung penyatuan rakyat, bersifat berkecuali supaya semasa berlakunya krisis, Raja berupaya memberikan nasihat, teguran dan pandangan yang mencerminkan keadilan tanpa memihak.

Meneliti apa yang ditekankan Raja Nazri, pada hemat saya, saranan baginda harus diimplementasikan dari kalangan golongan istana terlebih dahulu. Ini kerana Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam. Raja-Raja juga harus memerintah yang adil dan bijaksana. Raja-Raja juga harus menjadi contoh dan teladan terbaik untuk diikuti oleh rakyat jelata.

Ada dua elemen penting yang menentukan sama ada saranan Raja Muda Perak diambil kira atau tidak. Pertamanya ialah sikap Raja-Raja Melayu itu sendiri, yang harus kekal berkecuali. Kedua, Raja-Raja tidak seharusnya bergantung bulat-bulat kepada penasihat-penasihat sebelah pihak, khususnya Umno-Barisan Nasional sebagaimana yang dilihat rakyat kebanyakan.

Jika Raja-Raja tidak mempunyai sifat yang selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Raja Nazrin, jangan sesekali dipersalahkan, jika rakyat mempunyai persepsi yang negatif terhadap institusi Diraja. Raja-Raja harus membuka minda untuk mendengar pandangan semua pihak sebelum baginda memutuskan tentang sesuatu perkara.

Yang menjadi punca di sini ialah Umno-BN. Kerakusan mereka di Perak pada Februari 2009 misalnya, menjadi antara punca utama rakyat semakin tidak selesa dengan institusi istana.

Dalam soal masa depan Melayu misalnya, kebimbangan Raja-Raja Melayu adalah amat wajar ditujukan kepada kegagalan Umno selama lebih 60 tahun berkuasa dalam negara, tetapi kedudukan ekonomi bangsa Melayu terhakis, bahasa Melayu semakin terancam dan sebagainya.

Begitu juga dalam soal Perhimpunan Bersih 2.0. Sepatutnya Raja-Raja Melayu tidak boleh campurtangan dan bersikap adil sebagaimana contoh yang ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, rakyat boleh melihat dan membaca dengan jelas terdapat kenyataan pihak istana yang menghentam Bersih 2.0 berikutan eksploitasi yang diadu-domba oleh media talibarut Umno-BN.

Oleh kerana itu, jika Raja-Raja Melayu hendak bersikap adil dan dilihat adil serta bijaksana, jika Raja-Raja mahu negara aman dan damai, mereka tidak harus mendengar nasihat Umno-BN secara bulat-bulat dalam isu berkaitan agama, politik, perkauman dan sebagainya.

Raja-Raja harus mendapat pandangan kedua tentang sesuatu isu yang dianggap sensitif terutamanya daripada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mewakili suara rakyat yang besar. Raja-Raja tidak perlu menunggu memorandum daripada rakyat.

Pada bila-bila Raja-Raja boleh memanggil pemimpin Pakatan Rakyat ke istana. Pakatan Rakyat akan memberikan sepenuh kerjasama kepada institusi Diraja kerana, kami mahu mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dengan aman, tiada kekacauan.

Pakatan Rakyat mahu kerjasama semua pihak termasuk istana, tentera, polis dan jentera kerajaan, bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat dipelihara sebaiknya. Daulat Tuanku.

Sumber Harakahdaily

Tuesday, August 02, 2011

Pengkhianat dan musuh negara tidak lagi berada dalam hutan....

Kalau dulu musuh dan pengkhianat kepada kedaulatan negara berada di dalam hutan tapi kini mungkin tidak lagi. Dengan terbongkarnya kes seorang penduduk tetap, berstatus penduduk tetap pada sebelah pagi, berubah kepada status warganegara pada sebelah petang mengukuhkan sangkaan umum bahawa musuh dan pengkhianat negara berada hampir dengan pejabat Perdana Menteri, di tengah-tengah pusat pentadbiran negara!


Apakah bukan musuh negara ini, apakah bukan pengkhianat negara ini, jika seorang Penduduk Tetap diberi status warganegara pada sebelah petangnya yang dapat dikesan dalam WEB SPR? Apakah Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR ‘buta’ untuk melihat hal ini atau memang hal ini disengajakan malah mungkin bertimbun lagi kes-kes seumpama ini melalui proses kerja laknat yang mampu mengancam keselamatan negara dan merampas hak asasi rakyat Malaysia bagi hanya semata-mata mahu menjamin kuasa kemaruk Najib-Rosmah?


Mereka yang menganggotai SPR pada hari ini memang tidak layak untuk menguruskan pilihanraya adil kerana semua mereka adalah abdi kepada satu kuasa kemaruk yang akan melakukan apa sahaja. Apabila SPR asyik berkata mereka tiada kuasa untuk buat itu dan ini ke arah pilihanraya yang adil, sudah cukup menjadi bukti bahawa mereka yang berada dalam SPR itu bukan pihak yang berkecuali, bukan pihak yang adil dan mereka tidak layak berada di situ.


Kita juga bimbang apakah dalam pejabat Pendaftaran Negara itu terdapat pengkhianat dan musuh-musuh negara yang sedang melakukan kerja yang mampu menjahanamkan negara ini?


Siapa sebenarnya musuh negara ni? Rakyat yang tuntut pilihanraya adil atau siapa? Adalah malang dan memang malang bagi negara ini, jika dalam keadaan daftar pemilih pilihanraya bertimbun dengan warga asing yang dijelmakan sebagai pengundi, Parlimen diterima dibubarkan. Malang bagi keselamatan dan hak asasi rakyat!


Dengan isu seumpama ini seluruh rakyat baik dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional yang cintakan negara ini harus vokal menentang dan tidak bertolak ansur dengan segala bentuk pengkhianatan demi keselamatan negara dan rakyat, bukan demi keangkuhan kuasa para pemimpin dan kroniUmno/Bn.


Syed Hamid yang kecewa...kah..kah...kah...kah!!

Berita yang sangat mengecewakan Syed Hamid Albar seorang menteri yang 'dipencenkan’ ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) TIDAK LAKU apabila para pemandu teksi agaknya malas hendak pergi berjumpa dengan SPAD!

Syed Hamid yang juga Pengerusi SPAD berkata, "Pengangkutan awam adalah isu kepentingan orang ramai, bukan isu untuk meraih kepentingan politik. Kerajaan mahu beri yang terbaik kepada industri pengangkutan awam di negara ini.

"Kita tidak wajar menjadikannya satu modal politik untuk hentam kerajaan," katanya lagi.

Amboi...amboi kalau Pakatan Rakyat bercakap jika berkuasa nanti mahu membela para pemandu teksi; itu modal politik!

Yang awak tu bercakap, ”tindakan pembangkang (Pakatan Rakyat) menggunakan isu yang dibangkitkan persatuan pemandu teksi untuk menghentam kerajaan tidak menguntungkan pihak berkenaan,” bukan politik!?

Yang awak tu bercakap, "Pengangkutan awam adalah isu kepentingan orang ramai, bukan isu untuk meraih kepentingan politik. Kerajaan mahu beri yang terbaik kepada industri pengangkutan awam di negara ini,” ini bukan kenyataan politik ?

"Kita tidak wajar menjadikannya satu modal politik untuk hentam kerajaan," itu bukan politik?

Yang awak tu apabila pemimpin Pakatan Rakyat berjumpa pemandu teksi kemudian barulah kamu terhegeh-hegeh nak jumpa, bukan politik?

Inilah rupanya antara ahli politik taik kucing Umno! Apa yang datang dari Umno sahaja betul dan boleh, dari orang lain semua tak betul dan tak boleh!

Pigiraah Umno! Umno kian kesemputan kini!!

Monday, August 01, 2011

Najib bedah lutut? TIPU...TIPU...AKU TAK PERCAYA, BERLAKON JE TU!!

Tipu...tipu...aku tak percaya! Berlakon je tu….hendakkan simpati rakyat! Mana x-ray-nya? Mana rakaman CCTV yang menunjukkan bola langgar lutut? Tunjuk dulu! Atau main bola apa ni sampai sakit lutut ni? Berahi benar main bola?


Saja je tu nak menyalahkan bola! Elleh...nak kata bola zalimlah tu!


PM Malaysia selamat jalani pembedahan lutut

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan "arthoscopic" di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.


Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan hari ini.


"Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya.


Dr Hasan berkata Perdana Menteri telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan.


Khamis lalu semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu.


Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.


Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.


Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.


- Bernama

Mereka yang berkuasa, yg membenar, yg membawa kurma Isreal ke pasaran Malaysia dan senyap-senyap berdagang dengan rejim haram Israel, memang JAHAT!!

Memang, apa yang di dedahkan oleh blog che’GuBard ini cukup tidak menyenangkan. Rupa-rupanya kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Umno/Bn begitu rapat dengan rejim ganas dan zalim Israel yang saban hari membunuh umat Palestin di Gaza dan memusuhi dan memfitnah umat Islam. Dalam menjalinkan hubungan dagang dengan Israel apakah sikap sebenar pemimpin dari spesis Umno ini terhadap nasib umat Palestin yang sering menjadi mangsa ratahan rejim Isreal ganas itu?


Benarlah kalau dikatakan, mereka ini bersikap munafik! Tak kanlah perkara begini tidak boleh di atasi oleh agensi kerajaan Umno/Bn atau agensi-agensi ini sebenarnya memang sering menjadi barua kerajaan pimpinan Najib Rosmah Umno/Bn Apco ini? Tak kan mereka tidak sedar bahawa umat Islam di negara ini amat marah dengan kekejaman rejim Israel terhadap umat Islam khusus umat Palestin?


Kenapa masih ada kurma dari Israel yang di bawa masuk ke pasaran Malaysia untuk dijadikan hidangan berbuka puasa bagi umat Islam Malaysia yang sedang menjalankan ibadah puasa? Mana Najib? Mana Mat Mustafa? Mana Jamil Khir? Mana anak Mahatahir Timbalan Menteri yang bercakap banyak itu konon pelabur Jepun terkejut dan bimbang dengan himpunan aman BERSIH 2.0? Mana pemimpin-pemimpin Umno yang lain? Memang mereka ini tidak sensitif dan tidak boleh diharap dalam hal Islam!


Kebulur benarkah Malaysia sehingga perlu berdagang dengan rejim ganas Israel? Papa benarkah Malaysia jika tidak berdagang dengan rejim ganas itu? Bangsat benarkah kerajaan Umno/Bn sehingga terpaksa membeli kurma dari Israel? Sudah habis kontangkah kurma dari negara-negara lain sehingga tergamak membawa dan membenar masuk kurma dari regim haram zionis Israel ke Malaysia untuk dimakan oleh umat Islam di sini?


Mereka yang berkuasa yang membuat tak kisah isu ini dan yang membawa serta membenar kemasukan kurma dan apa sahaja barang termasuk kanister gas pemedih mata dari Israel ke Malaysia memang jenis manusia yang tuli dan buta mata hati! Sungguh kecewa! Kamu jahat walaupun kamu mendakwa kamu beragama Islam, kamu menyentuh sensitiviti umat Islam! Maka benar, kerajaan Umno/Bn yang berselingkoh senyap-senyap dengan rejim haram Israel ini perlu dijatuhkan oleh rakyat! Mereka tak guna!


Hati-hati kurma Israel, Malaysia negara munafik

http://chegubard.blogspot.com

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sempena Ramadhan ini juga che'GuBard dan SAMM sekali lagi memperbaharui desakan untuk Malaysia menghentikan segala bentuk hubungan dengan negara haram Israel.

Dalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel sepertimajalah Israel-Asia Trade, Israel Review, bukuAdvantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Sebelum ini dalam sidang media dan banyak siri ceramah che'GuBard telah banyak kali mendedahkan beberapa bukti seperti borang kastam membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel terus 'segar' dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama 'maqamnya' dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Kepada Mukhriz anak kepada Dr. Mahathir, harus tampil menyatakan pendirian sebenar dalam isu ini bukan diam berkubu di MITI yang menjadi pusat pengkhianatan yang menjadikan Malaysia negara munafik.

Sunday, July 31, 2011

SPR terus buat derk! mahu BERSIH 3 pula. ????

Sehingga hari ini Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang kontraversi itu masih belum melayan sebarang tuntutan BERSIH 2.0. Sebaliknya SPR sibuk mengeluarkan kenyataan-kenyatan yang sentiasa berusaha memperbodohkan keupayaan berfikir rakyat. Kenyataan-kenyataan SPR seringkali seiring dan senada dengan tuan besarnya para pemimpin Umno.

SPR menjadi tidak peka kepada tuntutan BERSIH 2.0 kerana terlalu mengikut telunjuk parti politik yang tidak bermaruah seperti Umno. Kerana Umno, SPR semakin hilang kehormatan. Namun para pengurus SPR yang tahu impak ini, tetap masih mahu menjaga tembolok besar para pemimpin Umno. SPR kerana Umno telah memilih jalan berhadapan dengan rakyat walaupun jawapan yang diberikan menunjukkan kebodohan dan keabdian SPR!

SPR masih belum mengambil serius soal pembersihan daftar pemilih yang begitu jenuh dengan orang yang telah mati dan yang berusia terlalu tua hingga berabad, pengundi boleh undi berkali-kali dan sebagainya. Pelbagai alasan yang dihelahkan oleh SPR untuk tidak mahu menerima aduan dari parti yang bertanding.

Jika begini sikap SPR, bagaimana lagi perbincangan, dialog, bahas dan laporan polis yang dimahukan oleh SPR untuk dianya berubah? Atau mahu melihat satu lagi BERSIH3.0?