Followers

Thursday, July 28, 2011

Najib tu 'lubuk', jangan desak dia letak jawatan!

Menuntut Najib Razak meletak jawatan adalah percaturan yang silap dan tidak bijak. Biarkan terus Najib laki Rosmah Mansur itu memerintah melalui pilihanraya ke 13 nanti. Kita memerlukan Rosmah Mansor untuk terus berada di tempatnya dalam Umno/Bn mengharungi pilihanraya ke13 kerana Rosmah Mansor adalah modal besar untuk menyedarkan rakyat betapa Najib adalah seorang Perdana Menteri yang lemah yang perlu dikecundangkan melalui pilihanraya.


Jika dituntut Najib Razak laki Rosmah letak jawatan sekarang, seluruh ahli Umno akan lebih gembira jika itu terjadi untuk Muhyiddin Yasin ambil alih. Walaupun Muhyiddin mungkin dua kali lima dengan Najib Razak tetapi barang diingat ramai rakyat Malaysia agak mudah tergoda dan mudah lemah jiwa dengan Perdana Menteri yang baru naik. Dengan alasan, bagilah peluang untuknya membuat perubahan seperti yang dikehendaki dan Muhyiddin membuat sedikit perubahan luaran, akan ada rakyat yang tergoda. Dan Pakatan rakyat akan terpaksa mengambil masa yang lebih panjang untuk menguasai Putrajaya.


Maka itu jangan tuntut Najib Razak letak jawatan! Biarkan Najib terus di situ untuk seketika. Najib Razak kini adalah liabiliti buat Umno dan BN. Kelemahan yang ada pada Najib dan bininya Rosmah adalah modal ampuh untuk menyedarkan rakyat akan betapa pemerintah Umno/Bn perlu dikalahkan dalam PRU ke 13 dan peluang Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya akan lebih cerah dan mudah.


Kita perlu terus bagi tahu rakyat bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia kini bercincin berlian berharga RM24 juta, bergelang RM1.65 juta, beg tangan RM300,000, peruntukan Permata RM111juta, anjur persidangan ‘perasan’ Wanita Pertama Dunia RM4.5 juta dan banyak lagi juta-jutanya. Konon katanya duit yang digunakan untuk membeli itu semua adalah duit tabungan Rosmah Mansor? Hah!


Jika tidak ada Najib akan tiadalah Rosmah Mansor, maka akan tiadalah cerita itu. Maka biarkan Najib Razak disitu untuk Imelda Rosmah terus bergaya dalam keadaan majoriti rakyat berhempas pulas dihimpit hutang dan kos hidup tinggi untuk sebuah kehidupan yang paling mencabar kini!


Maka mendesak Najib Razak, 'lubuk', meletak jawatan sebelum membawa Umno/Bn mengharungi PRU ke 13 adalah tidak bijak!


Wednesday, July 27, 2011

Antara jawapan paling bangang Timbalan Pengerusi SPR

Dalam Wacana Apa Selepas 9 Julai, apabila ditanya seorang lelaki berhubung "bukti" bahawa seorang anggota tentera didapati mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan awam dan tentera, Timbalan Pengerusi SPR telah mengeluarkan jawapan yang paling bangang, "Saya suruhanjaya, kami bincang tentang dasar tapi tuan bawa kerani punya isu."


Ini bukan sahaja jawapan bangang dari Timbalan Pengerusi SPR itu, malah kalau menggunakan istilah yang pernah digunakan oleh wartawan TV Wan Kamaruddin satu ketika dahulu, jawapan itu adalah jawapan ‘haramjadah’ namanya!


Orang yang tidak serius sambil membuli dan mempermain-mainkan kecerdikan minda rakyat, tidak layak berada di kerusi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi apa yang dipanggil Suruhanjaya Pilihanraya yang berintegriti atau tukarkan sahaja nama Suruhanjaya Pilihanraya itu kepada Jabatan atau Biro Pilihanraya Umno/Bn !


Monday, July 25, 2011

Pelaburan merudum, pelabur makin menyampah kerana pelbagai senario dan tindakan pelik Najib-Rosmah di 1Malaysia

Dari aspek pelaburan, pelabur manakah yang bodoh mahu melabur di Malaysia di bawah kepimpinan Najib-Rosmah? Bukan sahaja rakyat yang menyampah dengan pemerintahan Najib-Rosmah malah juga para pelabur asing dan tempatan kerana pelbagai perkara dan senario yang berlaku cukup tidak menyenangkan, yang telah menjejas teruk imej negara ini:

  1. Kes mahkamah Anwar Ibrahim yang dirancang oleh para konspirator peringkat tertinggi telah mencemar keluhuran perlembagaan Malaysia . Kes ini menjadi tumpuan seluruh dunia yang menilainya setiap hari.

  1. Kes pembunuhan Althantuya Sharibu masih menjadi persoalan seluruh dunia. Dunia masih terpinga-pinga kenapa dua orang itu bunuh Althantuya? Apakah Althatuya sekeh kepada mereka!? Di 1Malaysia yang pelik, cari orang yang membunuh jangan tanya kenapa bunuh!

  1. Kes Teoh Beng Hock yang konon mati membunuh diri kerana siasatan marathon yang aggresif di bangunan SPRM. Guna ayat pun tak telus. Apa benda siasatan aggresif tu, teranglah bagi jelas? Inilah masalah dalam 1Malaysia…siasatan aggresif!? Dunia mengikuti kes ini!

  1. Kes ‘kekejaman’ PDRM dalam menyurai himpunan aman BERSIH 2.0 seantero dunia tahu. Sibuk membela pemerintahan Najib-Rosmah, PDRM menjadi bagaikan hilang pedoman. Akhirnya buat filem yang tidak berkualiti untuk tayangan umum. Naya! Dunia memerhati termasuk para pelabur!

  1. Kes Sarbini seorang pegawai kastam yang tiba-tiba juga dikatakan membunuh diri di bangunan SPRM. Berahi sungguh orang membunuh diri di bangunan SPRM? Apakah nanti siasatan Sarbini akan menjadi macam cerita TBH juga? Rasanya harus! Dunia juga akan menilai kes ini!

  1. Sehingga ke hari ini SPR masih belum memberi jawapan kepada tuntutan BERSIH 2.0. Hal ini diperhati oleh pelbagi pihak teermasuk para pelabur di seluruh dunia. Kerajaan Najib-Rosmah dan SPR yang cakap berbelit-belit dan tidak profersional cukup membimbangkan para pelabur asing untuk melabur di negara ini. Akibatnya pelaburan asing makin sikit, peluang pekerjaan pun semakin renggeh, pengangguran belia makin meningkat!

  1. BERSIH 2.0 tuntut guna dakwat kekal, Najib kata guna sistem biometrik yang digunakan oleh Jabatan Pendeftaran Negara! Kahkahkahkahkah…sistem biometrik yang digunakan oleh JPN!!! Alamatnya akan ramailah yang berjaya mendapat MyKad palsu yang ditulinkan. akan mengundi. Makin sedaplah JPN buat kerja untuk memenangkan tuan yang membelanya! Pucuk dicita ulam mendatang. Pakatan rakyat jangan masuk perangkap, mampos nanti!

  1. PDRM buat video polis melayan baik para demontran, pun dipertikai orang ramai. Memang tak meyakinkan. Ramai orang pertikai, mana wajah Mat Sabunya? Sebut sahaja Mat Sabu tak dilanggar tapi wajah Mat Sabu tak ditunjukpun, sapa nak percaya lu! Sudahlah begitu, siapa yang ketuk kepala Khalid Samad, siapa pula yang cocok muka Fayad pengawal Anwar Ibrahim, gas kimia siapa yang terhidu oleh Allahyarham Baharuddin sehingga membawa ajal, siapa pula yang ketuk tempurung lutut Mat Sabu? Oo..Mat sabu ketuk pecah lutut sendiri! Tu yang dalam gambar yang tersebar diseluruh dunia yang kena sepak, yang kena ikat dengan tali plastik, yang kena sembur gas kimia, yang kena henyak, siapa yang buat? Gamaknya yang buat itu semua pahlawan ilmu silat yang berdegar-degar itu, yang pandai ghaib!

  1. Pengusiran peguam William Bourdin dari Perancis merosak terus imej Malaysia di mata dunia. Pemerintahan Najib-Rosmah seolah-olah telah memberi makna apa yang diucapkan oleh peguam itu mengenai kapal selam itu adalah betul! Najib yang cuba menjadi setaraf Mat Taib Sarawak yang suka usir orang daripada masuk ke Sarawak, kini terus bertaraf lebih tinggi sama dengan taraf junta tentera Mynmar pula! Pelabur dunia memang tak senang melihat telatah pemerintahan Najib-Rosmah. Pelabur bodoh mana yang mahu melabur di 1Malaysia kecuali APCO!

  1. Terkini dengar ceritanya Syarikat Penerbangan Air Asia mahu memindahkan pusat pentadbirannya ke Indonesia pula! Apa maknanya ini? Maknanya iklim pelaburan dalam zaman pemerintahan Najib-Rosmah membawa banyak jerebu kepada para pelabur sama ada asing mahupun tempatan. Tak berjerebu apa kalau para kontraktor yang membuat projek janji Umno/BN di PRK Galas dahulu katanya masih belum mendapat bayaran hingga kini!

Jelas keadaan di negara ini sebagai lubuk yang mampu merangsang ekonomi para pelabur semakin malap. Ramai yang semakin menyampah dengan kehilangan integriti yang mengakibatkan berleluasanya rasuah, kroni, tidak telus dan seumpamanya yang berlaku di zaman 1Malaysia ini. Yang semakin tidak sedar dan galak hanyanyalah mereka dan orang-orang Melayu berfikiran jumud, kuno dan statik yang setiap hari masih ’berkitabkan’ Utusan Meloya dan Berita Hairan dan ’berkiblatkan’ TV1, T2, T3 dan seumpamanya.