Followers

Saturday, July 23, 2011

Nampaknya kepimpinan Najib-Rosmah terus tegar dengan keegoan!

Najid Razak kata kerajaan akan bagi peruntukan kepada SPR untuk menggunakan sistem biometrik. Payah sungguh Najid Razak mahu terima cadangan mudah dan lebih murah ia tu menggunakan dakwat kekal.

Nampaknya selagi ianya Najid Razak dari team Najib-Rosmah Umno/Apco, pasti penggunaan sistem biometrik ada udang disebalik batu. Aku tetap tak percaya, ini semua idea auta untuk memanipulasi terus sistem pilihanraya.

Jelas kelihatan kepimpinan pemerintah Najib-Rosmah tidak mahu mengambil pengajaran dan ikhtibar bahawa rakyat semakin menyampah kepada mereka. Mereka tidak tahu serik dan masih mahu menunjuk kuasa yang tidak perlu terhadap keresahan rakyat. Najib tidak mahu rakyat buat demo untuk selesai masalah tapi Najib terus mengongkong SPR agar pilihanraya terus bermasalah buat lawan-lawan Umno/Bn! Aku tak percaya mereka!


Friday, July 22, 2011

Kesian! Semua menjadi haru-biru dan celaru kerana mempertahankan penguasaan Najib dan Rosmah

Dengan adanya integriti, sikap pertanggungjawab dan ketelusan semuanya mudah untuk diselesaikan. Namun demikian nampaknya selagi Umno/Bn tidak dijatuhkan dalam PRU ke 13 nanti, suasana dalam negara ini terus akan menjadi bertambah celaru. Hari ini pelbagai perkara celaru kedengaran baik PDRM, SPRM, KDRM mahupun dari apa yang dipanggil suruhanjaya.


Kini macam-macam boleh berlaku kepada rakyat. Celaru habis! Rakyat yang sudah bodoh akan terus menjadi bodoh jika terus percaya dapatan-dapatan bodoh. Rakyat yang dulu bodoh mungkin boleh tiba-tiba menjadi cerdik dengan tak logiknya berita dan dapatan bodoh. Manakala rakyat yang cerdik rasanya tak mungkin menjadi bodoh kerana mendengar benda-benda yang berbunyi tolol!


SPR kata tuntutan 8 perkara oleh BERSIH 2.0 ’mengancam keselamatan negara’, ewah! Agaknya bagi SPR, ini lebih bahaya daripada ’penganugerahan’ Mykad kepada warga asing untuk didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih? Dari daftar pemilih SPR pengundi yang lahir di kurun ke 18 masih ada lagi sebagai pengundi! BERSIH tuntut guna dakwat kekal yang lebih murah, SPR nak guna sistem biometrik yang berkos lebih tinggi! BERSIH tuntut tempoh kempen 21 hari, SPR kata tempoh itu akan menyebabkan kos kempen tinggi. SPR yang berkempen ke? BERSIH 2.0 tuntut direformasikan undi POS agar terjamin kerahsiaan pengundi POS, SPR kata tak boleh hapus undi POS! Laaa...boddoww!!


Dari PDRM, katanya orang mati itu, tulang rusuk patah mungkin kerana CPR. Logik jugaklah tapi alangkah bangangnya, pegawai hospital yang memberi CPR itu. Bapak gergasi kot yang memberi CPR itu? Yang paling pening, gigi patah kerana terjolok getah plastik melalui mulut! Alahai...carilah alasan yang logik sikit, jatuh atas tangga ke, jatuh tersembam ke! Terjolok getah plastik? Eh..eh..eh...ehhh...macam tak cerdik je bunyinya!


Dari suruhanjaya TBH pula dapatannya bunyi membunuh diri akibat soalsiasat yang 'agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan' oleh SPRM!


Wujudkan suasana siasatan yang aggresif, tidak wajar, langgar peraturan itu tidakkah itu merupakan usaha ke arah membunuh? Jadi tak payah sebutlah bunuh diri tu, sebut je mahu dibunuhnya sebab tekanan yang aggresif itu adalah perkara utama yang menyebabkan berlaku kematian! Macam Yahudi-lah, sekat segala bantuan ke Gaza bukan bertujuan untuk penduduk Palestin di Gaza hidup sihat segar bugar dengan aman damai melainkan untuk tujuan pelan-pelan membunuh mereka, biar penduduk Palestin pelan-pelan kebulur, lepas itu mati! Membunuhlah tu...rasa akulah! Kan?


Entahlah rasanya selagi Umno/Bn tak dijatuhkan, selagi itulah akan banyak kedengaran alasan-alasan yang tidak berintegriti dan mengarut kerana agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan habis jadi celaru dan keliru! Kesian kerana pemerintahan Umno/Bn, pegawai-pegawai atasan kerajaan menjadi haru!


Thursday, July 21, 2011

Maka tak semena-mena menerangkanlah 'jurucakap' Berahim Ali seorang Menteri itu!

Maka berkatalah sang jurucakap Ibrahim Ali (rupanya Ibrahim Ali ada jurucakap!) yang bertaraf menteri, bahawa Ibrahing Ali sebagai bekas pelajar hendak pulang balik (sumbangan) kepada universiti tempat Berahing belajar dulu!!


KAH…KAH…KAH…KAH…KAH...KAH!!! Berahim nak pulang balik!!!


OI...BERAHING NAK PULANG BALIK PADA UiTM LAH WEH!!!


Buat anugerah nak pulang balik sumbangan...ewah...ewah !! Di Harvard agaknya ada berbilion-bilion anugerah kerana sumbangan bekas-bekas pelajar! Maka kalau ada lagi bekas-bekas pelajar UiTM yang nak pulang balik buatlah anugerah bagi diri sendiri hantar kepada pentadbir UiTM kini. Lepas itu, kita masuk UiTM dalam Guiness Book of Record sebagai institusi tengik yang paling banyak anugerah atas planet bumi! Wau maka akan terserlah kehebatan tahap kepandiran NC dan para pengendali UiTM kini, jika terus mahu menyandar kepada hujah dan alasan Menteri sang jurucakap itu.!


Aku ingat NC yang bemisai tebal dulu sahaja yang bengong, rupanya NC yang cermin mata besar ini pun lebih kurang! Tambah pula dengan menteri cap taik kucing yang tergamak jadi jurucakap orang yang tak turun demo kerana bini tak izinkan. Menteri bercakap merapu! Orang bukan soal bekas pelajar nak pulang balik sebagai sumbangan bekas pelajar, orang persoalkan apa yang hendak dinamakan 'anugerah Ibrahim Ali' itu! Sapa Ibrahim Ali tu?


Yang sebenar patut dipulangkan oleh Berahing ialah kerusi Parlimen Pasir Mas tu. Bertanding atas ihsan PAS, bila menang, tak ada apa yang tak dikatakan pada PAS dan Tok Guru Nik Aziz. Cheh... dasar manusia tak terpakai! Daripada wujudkan anugerah Ibrahim Ali, lebih baik wujudkan "Anugerah Burung Punai" sempena sejenis burung yang tak becok dan sentiasa berterbangan cantik dan damai berkawan di ruang udara!




Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang tidak mahu terheret secara langsung dengan kontroversi Anugerah Ibrahim Ali yang ditawarkan kepada mahasiswa UiTM berkata menjadi kelaziman bagi universiti mendapatkan sumbangan daripada bekas pelajar mereka.


"Kita lihat mana-mana pembangunan kepada universiti di luar negara,
satu daripada kekuatannya (adalah) setiap universiti sumbangan dibuat oleh bekas pelajarnya.

"Di (Universiti) Harvard, ia mengumpulkan berbilion dolar daripada bekas-bekas pelajarnya, kerana dia (pelajar) tahu dia dapat ilmu daripada institusi ini. Sekarang giliran dia pula untuk memulang balik (sumbangan).

"Jadi Ibrahim Ali pun sama. Dia pun nak pulang balik (sumbangannya). Jadi beliau menawarkan kepada pelajar-pelajar di UiTM sesiapa nak anugerahnya.

"Sesiapa yang mahu anugerah, beliau sanggup beri RM5,000," katanya dalam satu sidang media.

Menurut Mohamed Khaled, anugerah tersebut bukan ditawarkan oleh pihak universiti, sebaliknya ditawarkan oleh presiden PERKASA itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang juga ahli parlimen Pasir Gudang berharap perkara tersebut tidak "digembar gembur".

"Jadi tak perlu kita gempar. Ini Ibrahim Ali, bekas pelajar UiTM, Dia nak (beri) balik ke universiti, dia nak tawarkan... Tidak perlu digembar-gemburkan, ini hasrat dia," tegas Mohamed Khaled.


Sedutan dari: Malaysiakini

Wednesday, July 20, 2011

Bebelan seorang bekas FRU yang baru lepas mengigau!

Untuk membuktikan FRU berkasar tak perlu semua pendemo BERSIH 2.0 buat laporan polis. Cukuplah dengan yang pecah kepala, pecah kepala lutut, rabak muka, pengsan, meninggal dunia kerana lemas gas kimia, yang ditindih dihenyak, semburan gas ke kawasan larangan, dikejar dengan belantan tak kira tua muda lelaki perempuan, diikat dengan tali plastik dan macam-macam lagi. Lagi pun zaman sekarang zaman internet yang tidak ada lagi batasan kawasan dan halangan waktu untuk membuktikan kekasaran FRU pada hari itu.

Penganjur sudah kata mereka mahu buat himpunan aman. Benarkanlah! Apa susahnya! Ok himpunan aman, kalau engkau buta kekacauan engkau tanggung akibat! Ok!


Kalau berlaku juga kekacauan oleh pendemo tangkap sajalah pendemo itu dan penganjur sekali. Ini apa ke jadahnya yang FRU awal-awal larang, sembur, kejar, terkam mereka yang berarak aman? Lepas itu tuduh pula, ada yang bawa pisaulah, nak buat rusuhanlah!


Ikut sangat Umno tu!


Tak payah FRU pencen ini membebel. Pokoknya jangan jadi barua Umno, itulah padahnya. Buruk imej sendiri juga! FRU tolong jaga rakyat bukan tolong jaga para pemimpin Umno dan isteri dengan cincin 24 juta, yang berada di atas kayangan itu!


Bekas komander: Jika FRU berkasar, ramai di hospital


Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.


Supt (B) Sulaiman Menga Din berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).



Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.



"Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," kata Sulaiman.


Beliau berkata semasa perhimpunan 9 Julai itu, para pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing.


Insiden terpilih



"Anda perlu faham pada masa ini hampir setiap tindakan atau pergerakan direkodkan dan dalam tempoh sekejap sahaja ia telahpun dimuat naik dalam laman web dan penonton malah boleh mengikuti perkembangan hampir secara langsung."



"Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian," kata Sulaiman.


Beliau berkata masalah berlaku apabila hanya insiden terpilih atau terpencil ditonjolkan dan polis tidak berpeluang untuk mempertahankan diri mereka.



Sulaiman yang merupakan komander FRU antara 1996-99 berkata polis gagal untuk memahami prosedur yang digunapakai oleh polis pencegah rusuhan dalam negara berbanding dengan negara-negara lain.



"Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia," katanya.


Sulaiman berkata berdasarkan pengalamannya pada 1998, ia merupakan tugas yang sukar untuk menghimpunkan 1,600 penunjuk perasaan dan menjalankan saringan sebelum membebaskan mereka menjelang 9 malam.


Tak sampai 10 orang


Beliau berkata tidak sampai 10 orang yang datang ke balai polis keesokan paginya untuk membuat laporan jika mereka benar-benar dilayan secara buruk.


"Tapi orang ramai hanya bercakap mengenai kecederaan yang dialami di kalangan penunjuk perasaan. Bagaimana tentang orang kami yang cedera semasa demonstrasi pada 1998 di mana lastik dan batu digunakan terhadap mereka," katanya.



Malah, Sulaiman berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya mendakwa bahawa mereka terkena kanister gas pemedih mata, kedua-dua mereka dibenarkan mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta mengikut pilihan mereka dan polis tidak menghalang atau mengancam untuk menangkap mereka.


Beliau menegaskan bahawa setiap anggota polis telah dilatih untuk menghormati hak seseorang individu dan hanya campur tangan jika mereka menyalahi undang-undang.



"Apa yang kita tengok pada 9 Julai adalah para penunjuk perasaan telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang dan orang kami yang beruniform hanya menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.. mudah sahaja," tegas Sulaiman.

Mengenai pengambilan kakitangan FRU, Sulaiman berkata mereka yang mempunyai kualiti yang diperlukan terutama yang sentiasa tenang dan memahami undang-undang akan diberi keutamaan.


Sulaiman berkata post-mortem juga diadakan secara tetap untuk mengenal pasti kelemahan atau sebarang salah laku oelh pegawai dan anggota semasa operasi.



"Pada masa-masa lalu, tindakan diambil terhadap mereka termasuk menyingkirkan mereka daripada daripada unit itu," katanya.



- Bernama

Tuesday, July 19, 2011

Kalau betollah maka Uitm letak diri bawah ketiak tengik Berahim! Teruk betul!


Dengan terwujudnya apa yang dipanggil anugerah Ibrahim Ali di UITM maka institusi pengajian tinggi itu telah berjaya meletakkan taraf kecendikiawanannya di bawah ketiak tengik Ibrahim Ali.

Apakah sudah hilang kreativiti puak-puak yang mentadbir UITM sehingga tergamak mengadakan anugerah yang 'meloyakan' itu? Banyak lagi tokoh yang boleh dipilih untuk dijadikan anugerah kepada para pelajar UITM bersabit bangsa Melayu kalau hendak sangat wujudkan anugerah tapi bukanlah anugerah sempena nama itu. Buruk sangat bunyinya! Kalau Hang Tuah dan Jebat masih hidup pun, mereka pasti malu dengan anugerah yang bergelar sempena nama itu! Tak kena langsung!

Apakah jasa Ibrahim Ali kepada UITM dan Melayu kalau hendak dibandingkan dengan Hang Tuah, Jebat, Tun Seri Lanang, Tun Dr Ismail, Ghafar Baba, Harun Idris, Tun Razak, Tunku Abdul Rahman, Arshad Ayub, Ainuddin Wahid, Zaaba, dan ramai lagi tokoh-tokoh yang lain kalau pun tak mahu ambik tokoh-tokoh bukan Umno.


Ini apa punya cendiakawan ni di Uitm ni, sampai pilih Ibrahim Ali? Tak tahukah kamu Ibrahim Ali hanya berjasa menyembur air liur ke sana ke mari sambil tersengih-sengih dan hanya tahu ber-onk-onk bagaikan memanggil hujan. Cakap sering berdegar-degar tapi tak turun demo alasan kerana bini tak izinkan!! Alahai!

Aku setuju dengan ramai, carilah tokoh lain untuk tidak dikatakan bodoh dan bahlul kerana tak pandai pilih tokoh untuk dibuat anugerah!

Anugerah Ibrahim Ali? Alahai....buat malu Melayu! Jangan kait dengan Melayulah!


Monday, July 18, 2011

Masihkah ada perasaan malu dalam diri spesis Umno?

Pusat Hiburan: Umno patut malu dengan PAS

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Bertarikh: 18 Julai 2011

Sumber: Harakahdaily

Sunday, July 17, 2011

Antara 1Malaysia yang tak menjadi dengan 1Malaysia sejati!


Gagasan 1Malaysia Najib Razak kelihatan macam ada yang tidak kena. Tidak cukup orang dewasa maka ibu itu terpaksa memimpin sianak kecil untuk menyain kempen 1 juta sokongan. 1 juta!!?? Begitulah resahnya puak-puak Umnoapco dengan gagasan 1Malaysia yang tidak menjadi ini. Berapa banyak agaknya kos yang terpaksa dikeluarkan untuk kempen-kempen seumpama ini.

Tidak terkejut jika sekiranya nanti, kempen ini akan masuk 'menghantui' IPT-IPT, sekolah-sekolah, tadika-tadika, kandang-kandang lembu, kerbau, kambing dan ayam daging untuk sokongan 1 juta bagi melawan FB 100,000 mendesak Najib Razak berundur!


Dalam kelam-kabut dan resah gelisah puak-puak songkok tinggi mengampu dan membodek bos yang mengeluarkan idea gagasan 1Malaysia yang tiba-tiba sama dengan kempen 1Israel yang pernah berlaku di negara Yahudi itu, tiba-tiba BERSIH 2 dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan 1 Malaysia yang sejati pada 9 Julai 2011 yang lalu dalam himpunan BERSIH 2 oleh rakyat pelbagai kaum. Maka kerananya, resah gelisah terus menghantui puak-puak ini, bimbang kalau-kalau 1Malaysia yang tidak menjadi itu dan penuh hipokrasi itu, akan senasib dengan Islam Hadhari sedikit masa lagi!

Buat pemulaan ini himpunan BERSIH2.0 yang dizalimi, cincin dan gelang berjuta telah mula menyingkap kekekotoran gagasan itu!