Followers

Saturday, July 16, 2011

Antara tindakan paling minimam

Wah...begini rupanya antara tindakan paling minimam PDRM, perkakas pemerintahan Najib-Rosmah. Kalau paling maksima agaknya mati terus apa?


Mulut dijahit kerana kelongsong pemedih mata Mohd Sabri Said

BALIK PULAU, 15 Julai: Roslan Hussain, 41, mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

Ketika kejadian, beliau yang datang secara berkumpulan dari Balik Pulau memasuki kawasan KL Sentral setelah makan di sebuah premis makanan segera di situ.

Selepas menunaikan solat Zohor, lalu beliau keluar bersama kumpulan yang lebih ramai, tiba-tiba polis bertindak menghalau untuk menghalang orang ramai berkumpul.

Katanya, pada masa orang ramai berasak-asak dan ketika itu terasa satu benda keras terkena tepi mulut.

Waktu itu dia hanya rasa kebas sahaja tetapi apabila lepas beberapa minit berlari mengelak daripada kepedihan asap pemedih mata ada orang menegur mulutnya berdarah.

"Semasa kena, saya terasa kebas sahaja manakala di bahagian dada rasa panas. Pada mulanya saya ingatkan batu rupanya pemedih mata. Terbukti pasukan keselamatan menembak paras kepada tidak ke atas seperti mana biasa," terangnya pada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff serta rakan taulan yang datang menziarahinya.

Menurutnya, dalam keadaan bajunya berlumuran darah dan sakit yang teramat sangat lalu mendapatkan teksi untuk ke Pusat Perubatan Univesiti Malaya.

“Di sana saya melihat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga ada beliau menerima enam jarum di bahagian belakang kepala,” katanya.

Setelah kembali ke Balik Pulau beliau terus mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta dan pihak hospital mendapati kecederaan serius di bahagian dagu.

Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.

Fauzi menyiifatkan itu adalah antara keganasan polis yang menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Katanya, mereka bertindak ikut suka hati malahan tiada perikemanusiaan terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil yang datang secara aman.

Yusmadi pula menyarankan Roslan membuat laporan polis segera kerana beliau telah diperlakukan sebegitu rupa sedangkan tidak melawan polis.


Sumber: Harakahdaily

Thursday, July 14, 2011

Hanya buat Rosmah Mansor!

Cincin RM74 juta (juta?) campur dengan gelang RM1 juta, jumlah RM75 juta!


Alahai...bagi Najib laki kepada bini perdana ini, apalah sangat RM75 juta di tangan bininya Rosmah Mansur itu. Tapi bagi rakyat, kalau betullah yang ada hanya di tangan Rosmah Mansur itu begitu....ia boleh:


1. membiayai biasiswa lebih kurang 1800 orang pelajar universiti! (justru itu mahasiswa universiti yang tak cukup biayai hidup di universiti, sering lambat dapat PTPTN, adalah tidak cerdik jika masih menyokong Umno/Bn). Atau,


2. digunakan untuk membina lebih kurang 1200 buah rumah untuk rakyat miskin. Atau,


3. digunakan untuk membeli lebih kurang 900 buah van jenazah untuk kampung-kampung atau mukim atau khairiah yang memerlukan. Atau,


4. digunakan untuk membiayai kos baikpulih bangunan dan pendawaian elektrik lebih kurang 300 buah bangunan sekolah atau asrama pelajar sekolah. Atau,


5. Dengan senang boleh melahirkan 75 orang jutawan dalam kalangan rakyat.


Memang Imelda Marcos sungguh! Memang Trabulsi sungguh! Memang Suzan Mubarak sungguh! Memang gila sungguh......gila babi !!!


Islam tidak akan berkembang selagi Umno memerintah!

Para pemimpin Umno semakin jumud. Kata-kata yang selalu dicapkan kepada para pemimpin PAS dahulu kini terpalit kepada diri mereka sendiri. Selagi Umno memerintah Malaysia, Islam tidak akan menjadi agama yang menarik dan Islam akan semakin sukar didekati oleh bukan Islam.

Selama pemerintahan Umno, tulisan Jawi yang dulu pernah juga dibaca oleh ramai apek-epek Cina telah kecundang, Bahasa Melayu menjadi jahanam, kini Islam pula semakin ditegah oleh Umno untuk dipelajari oleh bukan Islam.

Kalau berpegang kepada perangai wakil Rakyat Umno di Dun Selangor itu, Umno patut juga buat demonstasi, marah bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair yang selalu membaca al-Quran! Kita tengok kalau Umno buat demonstrasi kutuk Tony Blair, sama ada orang akan kata Umno waras atau Umno gila atau gila babi!

Para pemimpin Umno jahil atau buat tidak faham soal menghina Islam ini? Orang bukan Islam menggunakan maksud hadis yang dipelari untuk berhujah dikatakan menghina Islam, bagaimana pula orang yang menganjur atau yang menjadi penaung apa yang dipanggil Festival Fesyen Islam di Monaco yang pakaiannya mendedah aurat dan terpampang tulisan "Muhammad" dalam jawi di dada seorang perempuan?

Memang pemimpin Umno dalam kebengongan!

KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, ini kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis.

Perkara tersebut disiarkan dalam salah satu akhbar perdana kelmarin yang bertajuk ‘Adun DAP tak layak berhujah guna hadis’.

Berdasarkan laporan berita tersebut, Adun Umno itu dipetik berkata: “Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis”.

“Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.

“Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra’ yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir.

Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’.

Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.

“Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya.

Sumber : harakahdaily

Anak Yatim yang panik kata Anwar gabra! Hapuskan perkataan "REVOLUSI" pula!

Kalau warna, dulu Hijau kini Kuning tidak boleh dipakai! Kalau perkataan, perkataan BERSIH haram, perkataan REFORMASI juga bakal dihapuskan dari kamus pelajar. Dan kini perkataan REVOLUSI pula jangan disebut!


Negara bertamadun tinggi sibuk memperluaskan perbendaharaan kata bahasa kebangsaan, negara yang di perintah oleh kerajaan Rosmah Najib ini pula sibuk bertindak semacam mahu mengecilkannya!


Justeru, Rais menyeru agar rakyat di negara ini berwaspada dengan perkataan revolusi yang cuba dibawa oleh Anwar yang disiarkan oleh media luar negara dan tidak termakan dengan angan-angan politik beliau yang boleh merosakkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia.


Anak Yatim yang menjadi Menteri Penerangan Komunikasi dabn Kebudayaan itu nampak macam cerdik tetapi bila bercakap tidaklah secerdik mana. Asal sebut REVOLUSI tidak ada yang difikirkannya:


“Kita tidak terima sebarang bentuk revolusi sebab revolusi bermakna juga tumpah darah, perubahan yg membawa kepada pelbagai pihak, Raja-raja Melayu, hak adat istiadat, Islam, institusi Diraja dan dan institusi Parlimen,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya.


Pandai-pandai pula dia memberi makna konon itulah yang orang maksudkan:


Menurut Rais, perkataan revolusi yang disebutkan ketua umum PKR itu membawa konotasi keganasan, kekerasan dan menggunakan pelbagai alat bagi mencapai tujuan politik sesuatu pihak.


Nampaknya anak Yatim begitu panic dan gemuruh:


Rais juga meminta supaya rakyat berfikir, meneliti dan tidak terus mengikut apa yang disarankan oleh pihak penganjur untuk mengadakan demonstrasi jalanan tanpa tahu tujuan sebenar ia diadakan.


“Jadi pada rakyat, kita harus beritahu, suara majoriti di negara ni adalah suara yangg dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Dia (Anwar) hanya mewakili satu minoriti, tapi dia guna istilah revolusi, yang sangat bertentangan dengan inistitusi demokrasi di Malaysia,” katanya.


Parlimen yang diketuai oleh Speaker kangaroo dikatakan saluran terbaik untuk menyuarakan sesuatu? Hanya orang bodoh boleh ditipu berkali-kali!:


Menurut Rais institusi Parlimen adalah saluran terbaik dan tepat untuk menyuarakan sesuatu atau membawa pembaharuan kepada perjuangan, undang-undang atau struktur sosial yang hendak dilakukan.


"Institusi Parlimen lah yang terbaik digunakan oleh beliau (Anwar) dan konco-konconya serta sahabat-sahabat beliau dan tidak menggunakan revolusi seperti yang beliau sebutkan itu. Jika dilakukan juga, maka institusi Parlimen kita akan jadi nombor tiga atau empat," katanya.


Anak yatim membidas konon dunia siber memberi liputan perhimpunan secara yang tidak berpatutan..huhuhu!!! Kalau ikut media anak Yatim, yang hadir ke himpunan BERSIH seperti yang disebut oleh KPN 5000-6000 orang, tolak yang kena tangkap 1500 orang, hanya yang tinggal berarak di jalan raya berjumlah 4500 orang! Rakyat kalau terus bergantung kepada media anak Yatim yang membuat liputan ’berpatutan’ itu, akan terus bodoh membilang macam KPN!:



Rais juga membidas media di dunia siber yang didakwa memberi liputan perhimpunan Sabtu lalu dengan cara yang tidak berpatutan berbanding media cetak.


“Media cetak sebenarnya beri liputan saya kira berpatutan, cuma yg dikhuatiri apa yg dikeluarkan melalui (media) siber, (tetapi) kita tak boleh pantau semua,” katanya.


Kesian anak Yatim, gelisah kerana Anwar anak Ibrahim turut berada dalam himpunan BERSIH 2.0 yang diketuai Ambiga hari itu!


Foy Yoy...."Macam lembu dicucuk hidung" kata Noh Omar

Wah sedap betul ayat Menteri Pertanian dan Asas Tani yang bernama Noh Omar kepada ahli-ahli parlimen Pakatan, “macam lembu dicucuk hidup” dengan mengikut kata-kata Ambiga! Orang bersama tuntut pilihanraya BERSIH dan ADIL dikatakan “macam lembu dicucuk hidung! Macam manalah boleh jadi menteri dia ni?


Itu yang tidak terlarang bini membeli cincin RM24 juta dengan menggunakan wang rakyat tu, macam apa?


Itu yang tidak terlarang bini membeli beg tangan Hermezz Matte RM361, 259.99 tu, macam apa?


Itu yang tidak terlarang bini menginap di hotel di Dubai RM140,000 satu malam, macam apa?


Itu yang tidak terlarang bini berpejabat di JPM tu, macam apa?


Itu yang tidak terlarang bini berbelanja mewah semasa lawatan ke luar negara itu, macam apa?


Itu yang tidak terlarang bini fitnah Islam dengan konon festival fesyen pakaian Islam di Monaco tetapi mendedah aurat dan menghina Nabi Muhamad SAW dulu tu, macam apa?


Itu yang bangang-bangang serah tanah KTM Tanjung Pagar kepada Singapura itu, macam apa ?


Itu semua bukan lagi ‘macam lembu dicucuk hidung’ malah macam haramjadah dan ‘macam bapak atau tok lembu yang bukan sahaja dicucuk hidung tetapi yang telah di kerat anunya!!!”.


Tuesday, July 12, 2011

Selepas BERSIH 2: Umno, PDRM dan SPR masih tidak belajar . Tidak belajar itu adakah kerana benak, bodoh atau keras kepala?

Betullah kata orang, para pemimpin Umno, Polis dan SPR tidak mahu belajar. Orang yang tidak mahu belajar biasanya orang bodoh. Adalah sangat buruk kelihatannya jika orang bodoh ini sombong pula. Bodoh sombong!


Cakap tetap berdegar-degar taik lekat di gelegar. Walaupun sudah terbahana dengan himpunan BERSIH 2 yang sepatutnya banyak pelajaran dipungut dari situ, namun kebebalan tetap menguasai puak-puak Najib yang dikuasai RM ini. (Adoi...cincin RM 70 juta?!!! Cincin apa ke jadah????)


Dalam keadaan ramai yang sakit dan cedera, dalam keadaan ada yang mati, masih sempat mengejek orang tercedera, masih tiada perasaan dan jiwa untuk menerima berita kematian rakyat walaupun seorang, masih tergamak warning sana warning sini, malah yang cukup mengecewakan masih tergamak lagi menipu dan memanipulasi! Apalah nak jadi dengan geng-geng Najib ini? Siapalah agaknya penasihat mereka ini, teruk benar gayanya?


Mengejek kasar Anwar yang tercedera. Menuduh Mat Sabu dan Khalid Samad berlakon minta simpati. Begitu cepat mendakwa yang meninggal dunia kerana penyakit yang dihidapi. Berlagak konon mampu kumpul ahli Umno sejuta untuk lawan BERSIH? Menteri yang kalau bercakap bersembur air liur itu sibuk warning ambil tindakan kepada rakyat yang konon tuduh polis bertindak ganas. Menafikan sembur air kimia dalam perkarangan hospital.


Pengerusi SPR pula tiba-tiba mengigau, konon kalau ada apa-apa perubahan yang SPR lakukan selepas ini adalah bukan kerana tekanan BERSIH. SPR tak tertekan langsung dengan BERSIH. SPR memang nak buat perubahan! Nak muntah aku dengar! Tak kiralah, tak tertekan ke, tak ada kena mengena ke, selesaikan dulu isu seumpama yang 8 perkara BERSIH tuntut itu...kalau tidak lebih ramai lagi rakyat akan BERSIH 3.0 SPR sekali lagi!


Najib & the gang, PDRM dan SPR, please belajarlah daripada himpunan BERSIH 2 baru-baru ini. Jangan terus menjadi bebal dalam media-media kamu. Dunia memerhati dan menilai kamu... sama ada kamu cerdik atau bodoh wal bangang! Belajarlah menerima kelemahan diri sebelum kamu terlambat, sementera kini banyak lagi yang kamu boleh baiki untuk kebaikan kamu jugak. Jika tidak kamu bukan sahaja akan kalah juga malah kamu akan terus terkubur. Lebih baik kamu kalah daripada kamu dan Umno kamu terkubur! Wujudkanlah SPR yang adil dan telus, bukan terus bercakap berbelit-belit macam orang bengong dan bangang!


Dah 2 kali. tak BERSIH-BERSIH juga lagi, kita BERSIH lagi kali ke 3!

Tidak mustahil Bersih 3.0

Mohd Sabri Said

SEBERANG JAYA, 12 Julai: "Umno dan pihak keselamatan boleh rosakan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk terus berjuang sehingga matlamat memartabatkan kembali maruah negara yang telah musnah akibat permainan jahat Barisan Nasional (BN)," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di hadapan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau yang datang dengan kerusi roda akibat rempuhan kereta polis ketika membonceng motosikal untuk ke Masjid Negara pada 9 Julai lalu turut mengingatkan pihak keselamatan supaya segera mengubah sikap menjadi lebih profesional tidak mengikut telunjuk BN yang memerintah.

Katanya, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tidak akan berhenti di situ malahan berjanji akan mengadakan lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta kerajaan tidak memperdulikan lapan tuntutan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Tambahnya, seperti mana kata Presiden PAS, Bersih 2.0 merupakan 'mukadimah' kebangkitan rakyat dan seandainya SPR dan Kerajaan Malaysia masih berdegil, tidak mustahil Bersih 3.0 akan bangkit dengan lebih ramai rakyat yang rela bersama ke Kuala Lumpur berarak secara aman.

"Kali ni Najib rasa tertekan maka disuruhnya pihak polis bertindak. Akhirnya polis juga yang kena marah.

“Bagi menghilangkan perasaan yang bergelora Najib terus tinggalkan Malaysia buat seketika," jelasnya sambil melaungkan ‘Najib penipu’ beberapa kali semasa berucap.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya sedar polis bertindak berdasarkan arahan Najib yang tidak senang dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana anak muda secara terang-terangan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat sejak berkuasa di lima buah negeri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

Tambahnya lagi, kehadiran kaum Tionghua dan India ke himpunan Bersih 2.0 cukup membimbangkan pemimpin kerajaan Malaysia berbanding Bersih pertama dahulu.

Jelasnya, paling membingungkan pemimpin Umno BN adalah masih ramai lagi rakyat yang keluar bersama Bersih 2.0 walhal semua jalan ditutup dan sekatan dikenakan.

Tambahnya, ini tentunya ada yang tidak kena terhadap arahan tersebut atau rakyat sudah cerdik datang awal memasuki Kuala Lumpur secara diam-diam semata-mata menjayakan Bersih 2.0.

"Saya pun hairan di mana munculnya ratusan ribu manusia bersedia berhimpun secara aman sedangkan berbagai sekatan dikenakan.

“Saya ucapkan syabas kepada anak-anak murid yang sanggup mengepalai kumpulan besar dan kecil sehingga mencapai matlamat sebab semua kepimpinan PAS, KeAdiLan dan badan Bukan Kerajaan (NGO) ditangkap lebih awal," tegasnya pada program anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.

Pemidato utama yang berucap pada majlis pertama kali diadakan selepas himpunan Bersih 2.0 itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber : Harakahdaily

Sunday, July 10, 2011

Polis mengungkit jamuan yang diberikan kepada tahanan BERSIH 2!

Berita yang paling kelakar hari ini adalah cerita ‘amal’ PDRM yang dibangga dan dihebohkan sendiri oleh PDRM seantero dunia melalui media arus perdana pencacai kerajaan Rosmah Mansor!


WOII…PDRM-KAN, MENJAMU PESERTA HIMPUNAN AMAN BERSIH 2 YANG DITAHAN!!!


Nampak gayanya kalau ada lagi Himpunan Aman BERSIH 3 nanti, pasti akan lebih ramai lagi yang akan turut serta kerana dapat menghadiri jamuan PDRM yang ‘bagaikan kenduri kahwin’ itu!!! Bila lagi nak dapat belanja PDRM!


Tapi yang tak sedapnya, PDRM tak ikhlas…nak buat amal tapi kuat mengungkit! Belanja makan yang peserta Himpunan Aman BERSIH 2 tak minta pun, diungkit-ungkit PDRM! Pegawai PDRM yang bernama Amar mengunkit, PDRM berbelanja RM40.000 untuk hanya ‘melayan istimewa’ tahanan BERSIH 2.


Entah sedar entah tidak pegawai itu, bahawa RM yang diungkit itu duit siapa? Duit Ismail Omar ke ?


PDRM dengan Umno memang saling tak tumpah...macam taik dengan hampas taik! Kuat mengungkit!


Orang tak minta, dia yang kasi, dia ungkit pulak!!! Memang sah perangai Umno!!!


Walau apapun alasan, 9 Julai 2011 pemerintahan Umno/Bn merosakkan imej sendiri di mata rakyat dan dunia



Susah juga menjadi orang tidak cerdik yang bodoh sombong! Malah bukan setakat bodoh sombong, menceceh, merapu dan putar belit lagi.

Hishammuddin Hussein dalam kenyataan lelah dan paniknya terhadap himpunan aman BERSIH 2, yang dia fatwakan haram (sedangkan Agung tidak mengatakan BERSIH 2 Haram!), telah merumuskan konon, soal isu ketidakadilan SPR tidak timbul lagi melainkan pemimpin pembangkang cuba menonjol diri berbanding agenda utama BERSIH yang diperjuangkan!


Hishamuddin begitu bebal atau membebalkan diri untuk tahu, yang selama ini parti-parti pembangkanglah yang sering menjadi mangsa ketidak-adilan SPR dan ini sering disaksikan oleh begitu ramai pemerhati, NGO dan rakyat jelata yang celik maklumat, cerdik dan bijak. Maka itu apa peliknya para pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) turut serta dalam Himpunan Aman BERSIH 2 jika setiap kali Pilihanraya Umum, parti mereka sering diperkotak-katik-kan lantas kerap kali menjadi mangsa ‘pembodohan’ SPR dan kerajaan Umno/Bn?


Hishamudin begitu panik apabila para demontran BERSIH 2 melaungkan "REFORMASI", maka itu sepupu Najib yang seolah mahu menunjuk kuasa itu tapi sungguh tidak bijak, mengatakan BERSIH telah hilang arah dari tuntutan asal!


Telah hilang arah apanya, kalau salah satu tuntutan BERSIH ialah mereformasikan Undi POS? Kenapa menteri yang hanya gagah mengucup keris telanjang ini, begitu takut dan gerun dengan laungan REFORMASI? Kalau takut sangat perkataan REFORMASI itu, buat segera mesyuarat kabinet untuk keluarkan pula fatwa baru, perkataan ‘REFORMASI’ adalah haram! Buang “REFORMASI” dari semua kamus, jangan disebut di semua tempat, kalau sebut tangkap! Nampaknya negara ku selagi berada di bawah pemerintahan Umno/Bn kian pandir jadinya!


Hishamuddin terus menceceh, “To the very end, this group clearly did not take the initiative to assemble peacefully at a specific location although the government repeatedly gave its assurance they could meet anywhere, any stadium outside of Kuala Lumpur,”.


Boleh percayakah puak-puak ini? Sebaik mendapat titah nasihat Agung, penganjur BERSIH bersetuju mengambil cadangan Najib Razak, ‘kalau nak berdemonstrasi, demonstrasilah dalam stadium… boleh melalak sampai ke pagi!’.(Amboi… boleh melalak…!).


Najib setuju bagi stadium! Namun apabila BERSIH mohon guna Stadium Merdeka, diarahkan kabinet tidak membenarkan BERSIH guna Stadium Merdeka. Apa ? Apakah Stadium Merdeka itu hak Umno/Bn sahaja? Apakah kerajaan Umno/Bn tidak membenarkan BERSIH 2 (rakyat) mengiktiraf stadium bersejarah itu? Apakah hanya kerajaan Umno/Bn sahaja yang berhak bernostalgia dengan peristiwa kemerdekaan negara? Rakyat yang bukan Umno/Bn tak boleh? Betapa bangsatnya mentaliti yang cuba ditanam jika begitu!


Alasan tidak membenarkan mengguna Stadium Negara konon kerana faktor keselamatan adalah alasan tidak logik. Kalau betul kerana alasan keselamatan, apakah apabila Hishamuddin membenarkan stadium di luar Kuala Lumpur tidak ada alasan keselamatan atau keselamatan menjadi tidak penting? Apakah masyarakat yang berada di sekitar stadium merdeka sahaja yang dititik beratkan keselamatan mereka? Sebenarnya alasan ini hanya sekadar permainan kata-kata menteri berkenaan sahaja. Jika pun BERSIH bersetuju menggunakan stadium di luar Kuala Lumpur, Hishamuddin ini pasti tetap tidak membenarkannya konon juga alasan keselamatan dan kerana BERSIH adalah "haram"!


Pigi dah....sapa percaya sama makhluk lidah bercabang!


Hishamuddin menceceh lagi, para pemimpin pembangkang hanya 'berharap' agar ditangkap oleh polis untuk memberi gambaran buruk kepada pihak berkuasa. Alahai...Hishamuddin! Kalau kamu tangkap malah henyak lagi, orang yang hanya berjalan cepat sambil bersembang-sembang, sambil bawa botol plastik berisi air minum, tidak mengotorkan bandaraya, senyum ketawa lagi dengan penuh perpaduan pelbagai kaum, lelaki perempuan pelbagai usia untuk hanya menuju ke Istana Negara yang mana Agung sudah bersetuju menerima memorundum, memanglah akan memberi gambaran buruk kepada kamu malah tidak keterlaluan dunia akan kata kamu 'gila'!


Cuba kamu tidak tangkap, tidak sembur atau tidak henyak para demonstran, tidak mungkin kamu akan mendapat gambaran buruk malah kamu akan dipuji dan dikagumi. Tapi kini kamulah yang merosakan imej kamu sendiri bukan para peserta Himpunan Aman BERSIH 2!


Jelas kini pemerintahan Umno/Bn luka parah di mata rakyat kerana sindrom keras kepala, banyak beralasan, penafian, gemar 'purak-purak' dan penipuan fakta! Wahai Umno/Bn, dengarlah rintihan Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pelajaran anda. Apa lagi yang kamu hendak sorok tentang KOTOR Suruhanjaya Pilihanraya ni? Semua orang sudah nampak...lama dahh!