Followers

Saturday, July 09, 2011

Di 'negara maju' Malaysia berjalan cepat sambil melaung "BERSIH", "REFORMASI" dan "ALLAHU AKBAR", ganas!

Jika Malaysia di bawah pemerintahan Umno/Bn berhasrat menjadi negara maju, lupakan sahaja. Apa yang berlaku hari ini 9 Julai 2011 tidak memperlihatkan Malaysia bakal menjadi negara maju walaupun pada tahun 2020 jika sekiranya puak-puak Umno dan kuncu-kuncunya yang gelojoh dan tidak cerdik atau mungkin nyanyuk terus dipilih memerintah negara.


Hari ini dengan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandar polis membuktikan Malaysia yang diperintah oleh Umno/Bn yang berketuakan laki Rosmah semakin secocok untuk bergelar sebagai sebuah lagi negara Mugabe di ASEAN!


Penganjur Himpunan Aman Bersih memberi jaminan tidak akan berlaku apa-apa gangguan dan kekacauan awam, Polis pula yang terus menghuru-harakan keadaan. Para demontran yang hanya berjalan beramai-ramai sambil bersembang pelbagai kaum dikatakan demonstrasi ganas! Berjalan cepat, bersembang santai sambil sekali sekala melaungkan “Bersih” “Allahu Akbar” dan “Reformasi” dikatakan ganas.


KPN kontrak itu berkata polis bertindak secara paling minima? Anwar yang tecedera, pengawal peribadi Anwar yang luka, Mat Sabu dirempuh polis dan jatuh motosikal telah cedera teruk. Khalid Samad luka kepala, seorang peserta himpunan yang bernama Baharudin Ahmad 58 tahun yang terkena tembakan gas dan semburan kimia tidak tahu bagaimana nasibnya setakat masa kini (apakah telah meninggal dunia?) dan ramai yang tercedera, apakah semua itu tindakan polis paling minima? Kerana arahan Umno/Bn, Polis-lah yang menjadi brutal kepada para demonstran yang berjalan aman.


KPN kontrak itu juga telah memaklumkan himpunan Bersih 2 hanya dihadiri oleh seramai lebih kurang 5000 orang sahaja. Tak tahulah sama ada orang tua ini nyanyuk atau memang tak tahu membilang atau mungkin dia baru belajar membilang dengan Utusan Meloya dan Berita Hairan. Kalau 5000 yang hadir, yang kena tangkap seramai 1401 orang makna yang tinggal berdemonstrasi tadi hanya 3599 orang. Hah...memang pandir mengira dia ini! Atau dia menyangka orang yang menonton TV semuanya bodoh membuat anggaran. Dalam TV pun sudah cukup menunjukkan bilangan demonstran yang begitu ramai, apatah lagi gambar-gambar terkini yang tersiar dalam internet!


Satu perkara lagi yang terlihat pada hari ini ialah para pemimpin utama Umno/Bn nampaknya kian mahu malah ’menjadi raja’ di negara ini. Mengikut Sasterawan Negara A Samad Said, Agung telah bersetuju untuk menerima memorandum tetapi arahan siapakah yang menyebabkan polis pandai-pandai menghalang BERSIH menyampaikan apa yang hendak disampaikan kepada Agung petang tadi? Mudah dijangka, Umnolah yang menggagalkan hasrat Agung dari menerima memorundum pada hari ini. Oleh yang demikian nampaknya Umnolah yang begitu berani mempermainkan Institusi Raja. (Agung).


Kesimpulannya pemerintahan Umno/Bn dan segala kuncu-kuncunya kian membawa Malaysia jauh ke belakang ke zaman Idi Amin di Uganda dahulu atau Najib kini bukan lagi Najib Razak tapi Najib Mugabe?


Maka itu tak usahlah kamu wahai para pemimpin Umno/Bn, bercakap soal membawa Malaysia ke arah negara maju, kerana kamu hanya membohongi rakyat.


Friday, July 08, 2011

Khalid Samad: MemBERSIHkan Pencuri, Perkuda, Penipu dan Penakut

MemBERSIHkan Pencuri, Perkuda, Penipu dan Penakut

Ada yang menghebohkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram yang di pimpin oleh Dato’ Ambiga, seorang peguam Hindu yang membela golongan murtad. Oleh itu, menurut mereka lagi, BERSIH tidak bersih dan PAS dengan menyertai BERSIH, terbukti tidak lagi mengutamakan Islam. PAS, menurut mereka, sanggup ‘diperkudakan’ orang seperti Dato’ Ambiga demi ingin berkuasa. Hujjah dangkal mereka menzahirkan betapa terdesaknya mereka ini!

1. BERSIH DAN DATO’ AMBIGA

BERSIH adalah program atau event yang dianjurkan oleh gabungan 62 NGO sah dan berdaftar. Dato’ Ambiga dipilih untuk bertindak sebagai Pengerusi program BERSIH. Oleh kerana semua NGO yang bergabung di bawah BERSIH adalah sah dan berdaftar, maka BERSIH tidak boleh sewenang-wenangnya dilabelkan sebagai sesuatu yang haram, lebih-lebih lagi sebuah ‘pertubuhan’ haram.

Dalam soal ianya dipimpin oleh Dato’ Ambiga, itu tidak menjadi satu masalah. Kepimpinan Dato’ Ambiga adalah terhad kepada agenda yang dibawa oleh BERSIH, iaitu menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Agenda ini adalah sesuatu yang baik serta layak dan patut disokong oleh semua. Hakikat BERSIH menerajui usaha ini dan Dato’ Ambiga adalah pengerusinya tidak mengurangkan kenyataan bahawa tuntutan BERSIH adalah sesuatu yang wajib disokong.

Sebagai contoh, sekiranya ada usaha mengejar seorang pencuri untuk menangkapnya, tidakkah usaha ini perlu dibantu? Sekiranya orang yang mengejarnya adalah seorang Hindu atau yang bukan Islam, adakah usaha ini tidak perlu dibantu oleh kita sebagai orang Islam? Sudah pasti perlu dibantu, lebih-lebih lagi apabila pencuri tersebut mencuri dari rumah kita semua, Hindu, Budha, Islam dan sebagainya, setiap hari dan setiap bulan selama berpuluh tahun.

Sekiranya pencuri itu orang Melayu, beragama Islam, adakah pencuri itu perlu dibiarkan? Sudah pasti tidak boleh dibiarkan. Itulah yang diberikan amaran oleh Rasulullah (SAW) sebagai ‘AsSobiyyah’, iaitu menolong kaum kamu dalam kezaliman. Rasulullah (SAW) tidak mengaku ummat! Maka pencuri Melayu beragama Islam lebih perlu untuk kita berusaha tangkap bersama kerana dia mencemar nama baik Islam dan bangsa Melayu. Dengan menangkapnya dapat kita halang dia dari terus menzalimi dirinya sendiri dan masyarakat secara umumnya; Islam dan bukan Islam.


Maka inilah keadaannya. BN mencuri kuasa melalui pilihan raya kotor dan dengan kuasa itu, mencuri dari rakyat, kita semua termasuk, untuk diberikan kekayaan Negara kepada kroni dan suku sakat mereka. Mereka adalah pencuri yang paling terkutuk, mencuri di siang hari, depan mata semua dan meminta rakyat merestui amalan mereka atas alasan kononnya ianya adalah untuk kebaikan kita bersama! Sudahlah mencuri, menipu pula. Mengadu-domba pula, sehingga sanggup dilagakan satu bangsa dengan satu bangsa yang lain, demi mempertahankan amalan mencuri mereka. Mereka memaksa polis membela mereka pula, sehingga rakyat yang tidak bersalah dipukul dan dipenjara!

Ini bukan pencuri biasa. Ini bagaikan Mafia! Lagi wajib ditentang.


2. MEMBELA GOLONGAN MURTAD

Dato’ Ambiga sebagai peguam, sepertimana para peguam yang lain, pernah dan akan terus membela berbagai jenis orang yang dituduh melakukan berbagai jenis kesalahan. Adakalanya dia kena membela orang yang dituduh mencuri, adakalanya yang dituduh membunuh dan adakalanya juga orang yang menuntut untuk keluar dari Islam (murtad) disebabkan tidak lagi beriman pada Islam.

Itu adalah sebahagian tuntutan kerjayanya sebagai seorang peguam. Dalam soal ini, beliau bergerak mengikut lunas-lunas undang-undang yang sediada. Beliau tidak keluar dari ruang undang-undang Negara tetapi mengikut sistem perundangan yang telah dikuatkuasakan selama ini. Sekiranya dalam sistem itu ada ruang untuk seseorang menjadi murtad melalui sistem mahkamah sivil, maka salahnya adalah sistem perundangan yang membenarkannya.

Perlu juga diambil kira, Dato’ Ambiga sendiri bukan orang Islam. Kefahamannya berhubung konsep kebebasan beragama adalah mengikut kefahaman dirinya sendiri, bukan mengikut kefahaman Islam. Sekiranya dia bertindak mengikut kefahamannya sendiri melalui ruang undang-undang yang sediada, kita tidak boleh menyalahkan dirinya. Kita kena tanya, mengapa ruang undang-undang sebegitu masih wujud. Mengapa tidak kes ‘murtad’ dibawa ke mahkamah Syariyyah?

Kedua, umat Islam perlu juga berusaha untuk memahamkan semua berhubung persoalan hukum murtad mengikut Islam dan meyakinkan mereka akan keadilan hukum itu. Dengan itu membuktikan keadilan Islam itu sendiri. Para ulama’ juga perlu dibenarkan berhujjah mengenai hukuman terhadap orang murtad samada ianya hukum had atau ta’zir tanpa apa-apa tekanan politik dari mana-mana pihak.


3. PAS DIPERKUDAKAN BERSIH

Berdasarkan apa yang dikemukakan di atas, amat jelas bahawa BERSIH menentang amalan pilihan raya kotor yang diamalkan BN selama ini. Sesiapa yang menentang amalan ini dan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil adalah golongan yang telah bebas dari penipuan UMNO/BN. Sesiapa yang berdiri bersama UMNO/BN mempertahankan yang kotor, mereka diperkudakan UMNO/BN!

Kita tidak diperkudakan sesiapa kalau kita berdiri atas kebenaran dan keadilan, walaupun yang berdiri bersama atau dihadapan kita adalah orang bukan Islam. Ini adalah kerana kita berdiri di pihak yang benar. Kita hanya diperkudakan apabila kita berdiri mempertahankan yang kotor, rosak dan bobrok, walaupun yang berdiri di depan atau bersama kita adalah orang Melayu yang beragama Islam.

PAS semenjak dahulu lagi telah memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil. Dari dulu lagi PAS telah menentang penyalahgunaan kuasa oleh BN untuk membantu kemenangan BN dalam pilihan raya, seperti menggunakan Jabatan Penerangan, Radio dan Televisyen Malaysia, daftar pemilih yang tercemar dan lain lain. Oleh itu PAS, dan juga parti-parti politik PR yang lain, tidak ‘mengikut’ BERSIH, tetpai bersama BERSIH kerana mereka menuntut apa yang telah lama dipersetujui sebagai sesuatu yang ingin diperjuangkan bersama.

Ada yang bertanya, “kenapa PAS tidak memimpin BERSIH?” Hakikatnya BERSIH adalah program NGO dan NGO berhak membuat apa-apa aktiviti yang mereka inginkan. Yang baik, kita sokong, yang kurang baik kita tidak bersama atau tentang sekiranya ianya membawa keburukan. Tidak semestinya semua kegiatan dipimpin oleh PAS ataupun PR. Perlu diingat, bahawa parti komponen di dalam PR bukan sepertimana UMNO yang akan hijack program pihak lain semata-mata untuk kepentingan politik mereka.


Lagipun, sekiranya BERSIH dipimpin oleh PAS, maka akan dikatakan ianya bermotif politik kerana dipimpin sebuah parti politik. Oleh itu ada baiknya NGO mengadakan program bersama rakyat jelata supaya mereka yang ingin melihat keadilan untuk rakyat, di mana suara mereka didengari dan pilihan mereka dihormati, dapat digerakkan dan digabungkan bersama. Ini yang dinamakan ‘civil society initiative’ atau apa yang biasa diterjemahkan sebagai usaha masyarakat sivil atau, bagi saya, masyarakat awam. Ianya initiatif masyarakat awam yang tidak didorong mana-mana parti politik.


UMNO/BN sudah hilang sokongan masyarakat awam dan oleh itu takut pada pilihan raya yang bersih dari penipuan. Sepertimana yang saya sebutkan dulu, pilihan raya bersih = BN kalah.


4. UMNO/BN PENIPU dan PENAKUT

Akhir kata, amat jelas bahawa UMNO/BN adalah penipu dan penakut. Pada mulanya dikatakan “buatlah di Stadium dan pekik-pekiklah sekuat hati kamu di sana”, tetapi sekarang, di Stadium pula tidak dibenarkan! Mereka tahu rakyat tidak inginkan mereka lagi dan oleh itu, sekiranya dibenarkan rakyat berkumpul untuk menunjukkan sokongan terhadap satu pilihan raya yang adil dan bersih, mereka yakin Stadium itu akan dibanjiri rakyat dari setiap lapisan masyarakat! Oleh itu mereka tiada pilihan lain, selain tarik balik cadangan mereka sendiri dan terus mengharamkan perhimpunan rakyat!


UMNO/BN melakukan ini walaupun ianya bercanggah dengan nasihat DYMM SPB YDP Agong. Siapa yang derhaka sekarang? ‘Perhimpunan’ demi ‘perhimpunan’ yang mengutuk BERSIH dibenarkan, setiap hari keluar akhbar. Tetapi perhimpunan menyokong BERSIH atau perhimpunan BERSIH itu sendiri tidak dibenarkan! UMNO/BN dalam ketakutan.


Saya rasa masanya sudah tiba. Saya rasa UMNO/BN pun sudah rasa begitu. Masa untuk negara ini diperintah oleh selain dari UMNO. PAS ganti UMNO!

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Thursday, July 07, 2011

BERSIH 2 dalam Stadium Mereka, tak usah halang lagi!

Penganjur BERSIH 2 lebih bersikap ikhlas dan bertanggungjawab dalam usaha mereka untuk berdemonstrasi dalam usaha mengiringi penghantaran memorundum tututan 8 perkara untuk pilihanraya Malaysia yang BERSIH.

Sikap ikhlas dan bertangungjawab telah ditunjukkan dengan membatalkan hasrat untuk berdemo sebaliknya akur dengan perundingan dan nasihat DYMM SPBY Agung. Penganjur BERSIH 2 menerima TAWARAN PERDANA MENTERI, kalau mahu berhimpun sangat, berhimpunlah dalam stadium!


Apa yang malang, sikap munafik telah mula kelihatan dari beberapa kenyataan dan para pencacai Najib selaku Perdana Menteri Malaysia selepas tawaran Najib dan selepas BERSIH mengadap Agung.. Perhimpunan BERSIH 2 yang dicadang Najib sendiri untuk diadakan di stadium telah mula diberi alasan-alasan yang berbagai-bagai untuk tidak membenarkan penggunaan Stadium Merdeka.


Tidak malukah Najib dan Umno kepada dunia dengan sikap berdolak-dalik mereka ini? Alasan munafik bagaimana lagi yang akan diberikan dalam menggagalkan hasrat BERSIH 2 untuk berhimpun di Stadium Merdeka? Tidak ada perarakan dijalan raya, tidak ada perhimpunan di tengah Kuala Lumpur, cuma hanya mahu berhimpun BERSIH 2 di Stadium Merdeka, pun sukar mahu dibenarkan? Apakah negara ini hanya Najib dan pencacai Umno yang punya?


Apakah tidak serik bagi spesis Umno dan kepimpinannya meruntuhkan lagi kredibilti mereka untuk terus menjadi sejenis makhluk yang memang tidak boleh dipercayai dan diharap, yang masih ada di atas muka bumi Allah ini? Atau Allah memang menggelapkan mata hati mereka daripada berfikiran dan bertindak murni dan ikhlas disaat-saat mereka semakin hampir ke liang lahad?


Semoga Perhimpunan BERSIH 2 dalam Stadium Merdeka tidak lagi dihalang dan benar-benar menjadi kenyataan atau rakyat akan terpaksa berarak juga ke Stadium Merdeka pada 9 Julai ini bagi memperlihatkan kepada dunia akan bertapa jahat dan brutalnya mereka yang sedang fobia dengan warna kuning dan perkataan BERSIH itu ?


Tuesday, July 05, 2011

GST tetap akan 'menggigit' dan sapu BERSIH pendapatan rakyat!

Walaupun katanya tidak dilaksanakan dalam masa terdekat, pasti kerana bimbang akan kemarahan rakyat, namun ia tetap akan dilaksanakan. Jika Umno/Bn terus menang PRU ke 13, GST PASTI akan 'menggigit' rakyat marhaen sebagaimana kenaikan harga minyak dan tarif elektrik yang menghenyak kehidupan rakyat kini!


Untuk tidak digigit oleh GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) maka rakyat pelbagai kaum perlu berazam untuk tidak mengundi parti yang penuh putar belit ia itu Umno/Bn dalam PRU ke 13 nanti. Untuk BERSIH-kan GST, tolak Umno/Bn! Jika tidak kerajaan Umno/Bn akan terus sapu BERSIH pendapatan rakyat yang ala-kadar ini dengan pelbagai cukai yang tidak sepatutnya!

GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat

Regina Lee

Pendapat umum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih berada pada tahap rendah dan atas sebab itu pelaksanaannya akan ditanggunguhkan lebih lama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkata pelaksanaan sistem itu juga memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan.

"Malah jika kerajaan membuat keputusan hari ini, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan sebelum sistem itu berjalan kerana semua pengusaha perlu menukar sistem mereka, dan undang-undang kawalan harga perlu dimansuhkan.

"Jadi, jangan jangka ia dilaksanakan secepat mungkin. Ia tidak akan berlaku esok,” katanya.

Berdasarkan tempoh lama yang diperlukan sebelum GST boleh dilaksanakan, besar kemungkinan ia tidak akan diperkenalkan sebelum pilihan raya ke-13 yang perlu diadakan paling lewat pada awal 2013.


Sumber: Malaysiakini


Sunday, July 03, 2011

Boros: Kekotoran yang perlu di-BERSIH-kan!

Pembaziran dan boros ini adalah juga kerja KOTOR dalam keadaan rakyat diserata ceruk negara berhadapan dengan tekanan inflasi yang berat. Maka berbelanja boros seperti ini adalah manifestasi perasaan bongkak dan tidak sensitive dengan masalah yang dihadapi rakyat jelata. Maka tabiat dan perasaan bongkak ini perlu diBERSIH-kan.


Dalam satu jawapan bertulis terjadap soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, menyebut perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri dan isterinya berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011.


Dilaporkan Najib dan Rosmah membelanjakan 2008 hingga 2010:

2008 – RM1,739,332.85

2009 – RM4,811,837.48

2010 – RM5,140,307.99

2011 sehingga Jun – RM5,427,172.26


Dewan Rakyat juga pernah dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia berjumlah RM134,317.76.


Rosmah juga didakwa turut berbelanja boros hampir RM140.000 bagi penginapan hotel mewah di Dubai hanya untuk satu malam!


Perbelanjaan lawatan Muhyiddin dan isteri dalam tempoh yang sama RM8,020,328.07.


Dalam isu pembiayaan kerajaan Umno/Bn bagi kediaman kedua-dua PM dan TPM juga memperlihatkan satu bentuk perbelanjaan yang bermewah-mewahan dengan menggunakan wang pembayar cukai dan wang rakyat.


Bayangkanlah sewa kediaman bagi tempoh lima tahun dilaporkan RM32,972,115.55. Jika dibahagi sebulan berjumlah RM549,535.26 dan jika bagi mengikut hari RM18,317. Gila, sewa satu hari RM18 ribu lebih!!


Kos baik pulih (baru buat sudah ada baik pulih?) untuk tempoh lima tahun ialah RM3,581,744.78 yang jika dibahagi ikut bulan RM59.696.263.


Kos elektrik bagi tempoh lima tahun rumah PM dan TPM ialah RM10,267,868.15 jika dibahagi ikut bulan RM171,131,13 dan jika ikut hari kerajaan bayar bil elektrik sehari RM5,704.


Kos bil air sebanyak RM32,789,776 sebulan atau sehari bil air RM1,092.


Dan katanya belanja jamuan majlis pertunangan anakpun menggunakan peruntukan JPM?


Peruntukan RM111 untuk projek Permata Pintar yang tidak dirasai langsung akan wujudnya dan tidak menampakkan apa-apapun impak positif secara melata juga satu bentuk pembaziran dalam keadaan pra-sekolah dan Tadika Kemas telah wujud. Kerajaan Umno/Bn sudah hampir kepada pembentangan bajet baru sekitar September atau Oktober ini, RM111 juta tidak tahu ke mana dibelanjakan dan apakah Permata Pintar akan terus mendapat peruntukan baru yang lebih besar?


Semua perangai pemboros dan pembazir para kuasawan rakus Umno/Bn dan isteri ini nampaknya semakin memburukkan imej negara ini dari segi integriti dan kredibiliti. Maka semua ini jelas dan terang perlukan BERSIH kerana ia terlalu KOTOR!


Masalahnya, dengan tangkapan demi tangkapan di sana sini kerana hanya baju BERSIH kuning atau warna kuning, telah memperlihatkan Malaysia yang diperintah oleh kerajaan Umno/Bn, dan seolah-olah lahir sebuah lagi Mynmar Baru, jelas cuba membentuk Malaysia sebagai anti-BERSIH hanya kerana himpunan BERSIH 2 yang BERSIH!