Followers

Saturday, June 18, 2011

Sokong Umno bermakna terus mengayakan pak-pak menteri !

Aku petik ini daari blog chegu Bard. Bukan dengki tapi dalam suasana ekonomi hari ini geram betul rasanya. Bagi aku, jelas orang yang mengundi Umno selama ini terutama yang miskin di bandar-bandar dan di kampung-kapung serta di FELDA, FELCRA, memang perjuangannya mengayakan orang yang kaya-kaya macam bapak-bapak menteri. Tapi tengok pada mutu kerja pak-pak menteri tak ada yang dapat dibanggakan langsung. untuk rakyat, bini makin bergaya...ya! Akibatnya menteri-menteri dan keluarga makin kaya, rakyat semakin menghampiri papa kedana. Bukan rakyat yang membangkang kerajaan menteri itu sahaja yang semakin miskin malah rakyat yang menyokong, mengampu dan membasuh bontot menteri lagi teruk papa kedananya! Tak sedar-sedar!

Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah ...


1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Thursday, June 16, 2011

Halang Bersih 2, mengesahkan pilihanraya di Malaysia memang tak adil !

Suasana panik puak-puak Umno dan kuncu-kuncu mereka makin terserlah dengan lebih 350 laporan polis yang dibuat bagi menghalang perhimpunan aman BERSIH 2.0.

Umno bimbang perhimpunan Bersih 2.0 akan memberi pengajaran yang wajar kepada SPR agar mengedalikan perjalanan pilihanraya dengan adil dan penuh integriti. Dasar Umno yang tidak pernah pentingkan keadilan dan integriti kian dibenci oleh rakyat termasuk oleh orang-orang melayu yang malu dengan sikap dan tingkah laku hodoh Umno itu.


Dalam keadaan panik itu Umno ’mengerahkan’ seluruh kuncu-kuncu mereka membuat laporan polis bagi mencetuskan suasana yang penuh provikatif sebelum perhimpunan aman Bersih itu dianjurkan agar suasana itu menjadi alasan kukuh buat PDRM membuat tindakan yang jelas tidak wajar.


Benar, Timbalan Ketua Polis Negara yang baru dalam kedaan terteleng-teleng telah mula sibuk memberi amaran itu dan ini agar perhimpunan aman Bersih 2.0 dibatalkan. Pendek kata Umno kian tak tentu arah dengan perhimpuan aman Bersih 2.0 dan seluruh perkakas Umno pula menjadi kian sawan cuba menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 siang dan malam.


Suasana panik dan sawan babi Umno dan kuncu-kuncunya cuba menghalang perhimpuan Bersih 2.0, menjadi bukti kukuh dan jelas, bahawa Pilihanraya di Malaysia yang diuruskan oleh SPR memang berat sebelah dan memang tidak adil lagi jahat! Oleh yang demikian Perhimpunan Bersih 2.0 wajar diteruskan kerana ia memang perhimpunan aman lagi Bersih! Perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah kehendak rakyat !


Dari harakahdaily:

Tunai tuntutan Bersih atau hadapi perhimpunan rakyat


KUALA LUMPUR, 16 Jun: Ratusan laporan polis yang dibuat oleh Umno dan sekutunya terhadap perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan bahawa golongan itu akan terus mempertahankan segala ketidakadilan dan kepincangan dalam sistem politik negara.

“Bahkan mereka akan terus mempertahankan keburukan sistem ini semata-mata bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka,” bidas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut mengenai laporan media pro-Umno yang menyebut lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh “pelbagai pihak” terhadap Bersih 2.0, beliau berkata sepatutnya golongan itu melihat secara rasional kenapa perhimpunan Bersih perlu diadakan.

“PAS ingin tegaskan bahawa himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara tidak mendatangkan hasil.

“Pelbagai dialog, diskusi, laporan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pru di Malaysia, namun sayangnya tiada sebarang tindakan diambil,” tambahnya.

Tambah beliau, himpunan itu bukan dibuat suka-suka bagi menimbulkan kegawatan atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang dibimbangi oleh orang ramai.

Malah, katanya diskusi dan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus diadakan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung 9 Julai ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perhimpunan Bersih 2.0 bakal berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda Pakatan Rakyat kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik,” kata beliau.

Laporan polis yang dibuat Umno, kata Tuan Ibrahim juga mencerminkan sikap double standard mereka kerana muktahir ini merekalah yang menjadi juara dalam menganjurkan demonstrasi di negeri Pakatan Rakyat.

“Sayangnya, pasukan polis hanya ‘boleh’ menonton sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum,” katanya dengan kesal.

Tuan Ibrahim turut berkata sebenarnya ia adalah amat mudah bagi kerajaan untuk mengatasi himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

“Terimalah saja tuntutan Bersih 2.0 kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanakan,” kata beliau.

Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa segala tindakan menyalahgunakan kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat.

Oleh itu, adalah amat perlu untuk kerajaan menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat, tambah beliau.

“Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat.

“Tujuan kami amat senang, jelas, mudah difahami dan mampu dilaksanakan kerajaan iaitu satu demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara,” tegasnya.

Wednesday, June 15, 2011

Nazri Aziz kata, lawatan RM ke luar negara memberi impak positif...KAH..KAH...KAH...KAH! Lebih lawak daripada maharaja lawak!

Dipetik dari berita Bernama:

Penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam pelbagai konvensyen mahupun seminar antarabangsa dilihat sebagai sesuatu yang positif dalam memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata undangan sebegitu seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan yang baik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak serta aspek pembangunan wanita dan kebajikan.


KAH…KAH…KAH…KAH…KAH!!! Kalau ya pun nak bodek patut padan lah, Nazri! Macam ini punya menteri ada juga ke?


Hal Rosmah kerap ke luar negara, positif? Mana ada positifnya? Mana ada memartabatkan nama Malaysianya? Mana ada pengiktirafan antarabangsanya? Mana ada penghormatannya?


Perasan, ada! Pergi membazir, ada! Tidur hotel berpuluh ribu semalam, ada! Koleksi beg tangan Birkin (?) hampir Rm 1 juta, ada! Itu belum lagi harga coli, seluar dalam, baju tido yang Najib lepaskan cukai dalam belanjawan lalu. Impak positif kah begitu? Nazri belajar di mana itu impak positif?


Konon ada kepakaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan penjagaan kanak-kanak serta aspek pembangunan wanita dan kebajikan! Betulkah? Sudahkah orang itu pergi menjenguk anak perempuannya dan cucu sulongnya? Anak perempuan itu bukan wanita ke? Cucu sulong tu bukan kanak-kanak ke?


Kepakaran apa bendanya kalau apa yang dipanggil Permata Pintar hanya menjadi Permata Putar! Rakyat di mana-mana pun dalam negara ini tidak terasa langsung kewujudan Permata Pintar si gajah putih peliharaan Rusmah itu. Yang rakyat terasa kesan dan kewujudannya ialah PASTI dan Tadika KEMAS! Permata Pintar dengan RM111nya tak terasa apapun. Semakin hampir sudah dengan belanjawan akan datang, projek Permata Pintar dengan RM111juta itu, semakin hendak hilang ia entah ke mana! Silap hari bulan, akan dapat lagi bajet baru!


Yang rakyat terasa wujud berkaitan Rusmah ialah perasan FLOM-nya, kerap keluar negara, beg tangan Birkinnya dan macam-macam lagi.


Impak positif apa kebendanya begitu? Cukuplah Nazri janganlah buat lawak lagi!


Tuesday, June 14, 2011

Memang haramjadah!

Apa dah nak jadi dengan puak-puak Umno yang memerintah kerajaan hari ini ? Dalam rakyat merungut merintih susah nak hidup dan menanggung anak-anak, semacam juga kerajaan Umno buat kerja gila!

Apa ni...facebook apa RM1.8 juta ni? Gila babi! Hey...duit sapa ngko guna RM1.8 juta tu weyyy! Taunya mentakedarah duit rakyaaatt! Dahlah beg tangan yang seorang itu Rm 1juta!

Adoii...Mana tak bankrap negara?

Sapalah yang bodoh nak pangkah lagi Umno ni...memaaang bodohh!




Monday, June 13, 2011

Cheh malulah, Ambiga pun tak gentar Begheheng! Siaplah Begheheng kena lenyek!

Ambiga tak gentar ugutan Ibrahim Alli

Hafiz Yatim

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan tidak gentar dengan pertembungan kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan aman 9 Julai ini.

Ketika dihubungi petang tadi, Ambiga berkata beliau menghormati pandangan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang berikrar akan menghalang perhimpunan berkenaan.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ambiga berkata perhimpunan BERSIH diadakan secara bertanggungjawab, aman dengan matlamat murni agar pilihan raya bebas dan adil diadakan di negara ini.

"Ramai rakyat Malaysia yang berkongsi pendapat ini, mereka menyokong penuh usaha kami. Saya tidak akan bergaduh dengan PERKASA yang membantah perhimpunan ini kerana ia adalah selaras dengan proses demokrasi dan kebebasan berpersatuan,” katanya.

"Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan,” kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.

Katanya yang penting BERSIH 2.0 mahu perhimpunan aman dan pada masa yang sama berharap tanggapan pihak berkuasa, khususnya polis mengenai perhimpunan seumpama itu akan juga berubah.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/166787

Sunday, June 12, 2011

Persidangan Meja Bulat Online 1Malaysia medan beretorik!

Bukan untuk bersikap persimistik tetapi begitulah biasa, hasilnya tidak ke mana sekadar retorik yang tidak kesampaian. Perbincangan Meja Bulat Online 1Malaysia yang bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri esok, Isnin akan menjadi satu lagi medan bercakap banyak dan bergurau senda, bukan medan membuat kerja-kerja praktikal yang dapat dirasai selesa oleh rakyat yang benar-benar hidup tertekan sekarang.

Sebab itu kita persoalkan, apakah kesan Perbincangan Meja Bulat Online 1Malaysia ini kepada segala lapisan rakyat? Kalau mengikut pengalaman-pengalaman lampau semuanya itu hanya ’drama’ atau hanya medan ’penggubalan cerita dongeng’ semata-mata!


"Saya berharap kita semua akan menggunakan peluang ini untuk bersatu dan melahirkan idea dan penyelesaian yang kreatif. Sampaikanlah inisiatif ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda supaya kita semua akan mendapat cadangan sebanyak yang mungkin," kata Perdana Menteri dalam entri terbaru laman blognya bertajuk "Sertailah Meja Bulat Online 1Malaysia".

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa beliau begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk menyertai perbincangan Meja Bulat 1Malaysia apabila ia dilancarkan Isnin ini untuk mendapatkan idea-idea yang baru dan segar dan jalan penyelesaian daripada rakyat.

Najib berkata perbincangan sebegini akan membolehkan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kedudukan geografi, profesion dan usia, mengemukakan komen, cadangan atau idea yang saksama dan konstruktif untuk meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia.

Antara bidang yang akan dibincangkan termasuklah ekonomi, perpaduan nasional, kesihatan, penyertaan belia dan sukan.


Apakah pernyataan Najib itu benar-benar ikhlas untuk memastikan kehidupan rakyat yang tertekan hari ini menjadi benar-benar lega? Rasanya itu semua hanya impian semata-mata. Selesaikan isu-isu ini dahulu sebelum meminta idea-idea lain daripada rakyat.


1. Apakah kerajaan Umno/Bn akan turunkan harga minyak jika ada rakyat meminta berbuat demikian dalam persidangan itu, kerana terdapat janji Pakatan Rakyat jika mereka memerintah mereka akan turunkan harga minyak?

2. Apakah kerajaan Najib akan mengkaji semula perjanjian dengan IPP jika ada rakyat dalam persidangan itu meminta kerajaan sekarang berbuat demikian, kerana Pakatan Rakyat berjanji akan melakukannya jika mereka menang PRU ke 13 nanti?

3. Apakah Najib akan turunkan tarif elektrik jika ada rakyat meminta beliau berbuat demikian dalam persidangan itu, kerana terdapat janji dari Pakatan Rakyat untuk berbuat demikian demi kebajikan rakyat?

4. Apakah Najib akan melaksanakan dasar pemberian tender terbuka yang benar-benar telus, tanpa rasuah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira amalan politik ?

5. Apakah dalih Najib untuk tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan jika ada rakyat bertanya hal itu dalam persidangan itu nanti.

6. Macam-macam pertanyaan lagi yang kalau ditanyai oleh rakyat nanti, apakah Najib akan memberi jawapan yang praktikal dan realistik atau berputar belit ke hulu ke hilir! Kita lihat nanti!


Jawapan yang mudah diduga daripada Najib dan kerajaan Umno/Bn ialah akan memburuk-buruk dan meremehkan lawan mereka dan beretorik sepanjang masa, tanpa membuat sesuatu apa pun tranformasi yang benar-benar dirasai selesa oleh rakyat. Dan lumrahnya, apa sahaja idea dan penyelesaian kepada isu-isu di atas akan menjadi sampah-sarap belaka.


Pendek kata sekiranya masalah pokok negara seperti di bawah ini tidak diselesaikan oleh Najib dan kerajaannya, jangan harap persidangan seumpama itu bakal membawa berita gembira melainkan ’kempen politik’ belaka!


1. Masalah rasuah dalam kalangan para pemimpin dan ikan jerung belum nampak ada ketelusan ke arah pembasmian.

2. Masalah kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan masih terlalu lemah dan dhaif.

3. Masalah penganugerahan tender yang penuh dengan perlindungan kepada kroni, rasuah dan ketisisan terlalu bermaharaja lela.

4. Masalah kerajaan Umno/Bn yang bersikap penuh atau semacam hipokrit (seperti yang bekas mufti Dr Asri katakan) dan kehilangan integriti (seperti yang Dr Aziz Bari katakan) terlalu menjolok mata.

5. Masalah pengagihan kuasa antara Parlimen, Kehakiman dan Eksekutif dirosak dan diperkakaskan oleh kerajaan semasa.

6. Masalah hilang sikap akauntabiliti dan ketelusan dalam kerajaan Umno/Bn.

7. Masalah ekonomi negara dalam pengurusan Umno/Bn semakin hari semakin merosot dan meruncing.

8. Masalah slogan ’rakyat diutamakan’ tidak langsung dirasai oleh rakyat secara nyata dengan kenaikan harga petrol, tarif eletrik, barang keperluan rakyat dan kadar pengangguran dan pekerjaan yang tidak terjamin.


Jika 8 masalah di atas tidak diselesaikan segera, buatlah 1 juta Perbincangan Meja Bulat Online 1Malaysia atau apa bentuk pun, ianya tidak akan memberi makna apa-apa kepada kononnya penyelesaian yang kreatif, saksama dan konstruktif, melainkan membuang masa kerana asyik berpolitik dan beretorik semata-mata.