Followers

Saturday, June 11, 2011

Najib dengan politik hingusannya!

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sangat memalukan apabila di sedari atau tidak, telah bermain politik secara budak hingusan. Jika takdirnya cara politik begini diketahui dunia, pasti 1 Dunia akan tergelak atau sekurang-kurangnya akan mengeleng kepala melihat berapa tidak matangnya Najib. Bila politik Najib semakin tidak matang maka Najib semakin tidak membawa keuntungan kepada parti yang dipimpinnya, kerana hari ini semakin ramai rakyat sudah tidak bodoh lagi.


Apabila Najib berkata bahawa PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan semasa, maka itulah politik budak hingusan atau politik budak-budak persembahan Najib Razak.


“Hah engkau tiru aku..tiru ye! Mana aci tiru tiru ni…malas aku kawan dengan engkau”, itulah yang biasa kita dengar apabila kanak-kanak hingusan bermain-main sesama mereka. Lepas itu kanak-kanak itu akan terus mengata dan merajuk. Inilah gaya politik Najib yang kononnya ada Najibnomic itu!


Kalau ya lah PAS dikatakan tiru BN (sebenarnya tidak tiru pun!) kerana semata-mata PAS menggunakan istilah ’kebajikan’, jadi apa salahnya? Apakah dalam kefahaman Najib, menawarkan kebajikan itu hanya hak Umno/Bn sahaja? Apakah dalam kefahaman Najib, Allah hanya membenarkan Umno/Bn sahaja yang boleh memberi kebajikan kepada rakyat?


Sepatutnya, Najib yang diuar-uarkan bijak oleh pengampunya dalam mengurus ekonomi negara (!), bukan cuba menghina dan menghalang PAS daripada menawarkan konsep negara berkebajikannya, sebaliknya Najib perlu berusaha dengan lebih keras dengan segala kuasa yang ada padanya, untuk memberi kebajikan yang lebih baik kepada rakyat. Kalau PAS kata, dia akan turunkan harga petrol, Umno/Bn turunkanlah segera harga lebih rendah dari yang ditawarkan oleh PAS. Kalau PAS kata dia mahu mesra pelabur, Najib dengan Najibnomicnya tariklah lebih ramai pelabur daripada yang PAS mampu lakukan. Kalau PAS kata dia mahu kaji semula perjanjian IPP, Najib perlu kaji semula dengan segera secara telus perjanjian itu demi kebajikan yang dapat dirasai oleh rakyat.


Hari ini PAS belum berkuasa, sedangkan Najib dan Umno/Bnnya telah pun berkuasa. PAS baru menawarkan janjinya, Umno/Bn buat sekarang kebajikan untuk rakyat. Kebajikan yang sebenar-benarnya bukan kebajikan yang penuh dengan muslihat dan tipu daya serta bersepalit dengan nanah rasuah di sana-sini dan penuh perlindungan kepada kroni!


Malangnya Najib melepaskan peluang untuk membuat kebajikan yang dapat dirasai oleh rakyat apabila:


  1. Najibnomic gagal memulihkan ekonomi negara dengan tabung kewangan negara berada dalam keadaan sangat kritikal. Ini bukan kerja kebajikan untuk rakyat.

  1. Najibnomic gagal membersihkan para pemimpin utama Umno/Bn dari daki rasuah. Ini bukan kebajikan sebaliknya terus menghilangkan keyakinan rakyat.

  1. Najib gagal memberi harga minyak yang murah kepada rakyat walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Menaikkan harga minyak setiap bulan, sama sekali ini bukan kebajikan.

  1. Najib menawarkan kebajikan ala-Umno/Bn dengan menaikkan tariff eletrik untuk rakyat. Ini bukan jenis kebajikan yang rakyat gemar. Rakyat menyamlah dan meradang!

  1. Najib gagal menyediakan mechanisma kawalan harga barangan keperluan rakyat sehingga rakyat menjadi gelisah kerana kehidupan rakyat setiap hari ditekan oleh kenaikan harga barangan.

  1. Najib sebenarnya banyak berpolitik dari berkerja untuk rakyat dengan Najibnomic-nya, NKRA-nya, dengan KPI-nya, dengan slogan 1Malaysianya, dengan Konvensyen Wasatiyyah-nya, Himpunan 1 juta Belia-nya, dengan Myplan-nya dan dengan Slogan Rakyat Diutamakan-nya namun semua itu tidak banyak dirasai kebajikan oleh rakyat! Apa yang rakyat rasai? TAK ADA APAPUN!

Jika begitulah kepimpinan Najib, apakah perlu Najib bising konon PAS tiru kebajikan yang dilakukan oleh Umno/Bn. Apa yang dikatakan kebajikan Bn oleh Najib itu, tak ada kena mengena langsung dengan kebajikan yang PAS tawarkan. Jauh bagai langit dengan bumi! Baca Buku Jingga, Najib!


Nampaknya politik Najib memang politik Mugabe. Oleh yang demikian hasrat untuk mencapai wawasan 2020 Malaysia sebagai negara maju pasti tidak akan tercapai jika beginilah pemikiran seorang Perdana Menteri. Antara pra-syarat pertama negara maju ialah Perdana Menteri yang berjiwa besar tidak dimiliki oleh para pemimpin Umno/Bn terutama Najib Razak!


Agak-agak Najib mamai atau sudah tak mamai?

Dari laporan Bernama, antara isi ‘kuliah’ Datuk Seri Najib Razak:


Datuk Seri Najib Razak berkata, umat Islam sewajarnya memperbetulkan ehwal mereka dahulu sebelum mampu menjadi obor petunjuk kepada umat manusia sebagaimana umat Islam satu ketika dahulu.


"Ternyata masalah umat Islam adalah masalah dalaman yang walaupun tampak seolah sukar dikawal urus tetapi jalan penyelesaiannya memang ada dan wujud dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar," kata Perdana Menteri.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di Putrajaya hari ini.


Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Koh Tsu Koon.


Najib turut mempersoalkan kenapa umat Islam sebagai umat yang bermaruah sanggup membenarkan Islam dipandang remeh dan diperkotak-katik lantaran ketidakmampuan mengurus masalah umat Islam itu sendiri.


Yeaah betul tu Najib! Perbetulkan hal ehwal sendiri dulu, lepas itu baru sedap kalau nak cakap ‘lawa’ pun!








Kesian Dr Mahathir !

Kita harus kesian melihat Dr Mahathir. Di saat usianya seperti hari ini, Dr Mahathir masih lagi degil dengan kekeliruan dan mengelirukan. Dalam tulisan terbarunya bertajuk, "Kejatuhan Negara Islam PAS", Dr Mahathir sekali lagi menulis dengan penuh rasa geram dan sindiran terhadap usaha PAS membina negara berkebajikan jika berkuasa. Dr Mahathir, walaupun kelihatan bijak namun masih gagal memahami erti Islam yang sebenar.


Konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini jika sekiranya diterima oleh rakyat berbilang kaum, tetap akan terlaksana atas dasar dan prinsip negara berkebajikan. Kerana negara Islam itu adalah sebenarnya negara berkebajikan.


Pelaksanaan hukum hudud jika disekiranya diterima oleh rakyat berbagai kaum, tetap kerana prinsip mahu memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin. Pelaksanaan undang-undang yang diredhai Allah adalah untuk menjamin keselamatan rakyat. Menjamin keselamatan rakyat adalah antara asas kebajikan yang utama.


Namun apa yang berlaku, rakyat berbagai kaum gagal memahami perjuangan dan tawaran PAS dalam menegakkan konsep negara Islam dan hukum hudud, bukanlah salah perjuangan PAS, tetapi adalah kerana peranan jahat yang dimainkan oleh Umno dan agen Umno sendiri.


Para pemimpin Umno dan media Umno, selama PAS menawarkan konsep negara Islam, telah siang malam mengelirukan rakyat berbilang kaum tentang konsep negara Islam yang murni itu. Malah Dr Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri pada waktu-waktu tersebut telah menjadi antara penghalang utama kepada perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud yang cuba diperkenalkan oleh PAS.


Siapakah pihak yang sering mempropagandakan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini adalah "Negara Islam Ala-Pas" sehingga rakyat berbilang kaum menjadi keliru?


Siapakah pihak yang celupar siang malam menabur fitnah konon Hukum Hudud yang cuba ditawarkan oleh PAS itu sebagai "Hudud PAS" bukan Hudud Islam yang sebenar sehingga kebanyakan rakyat menjadi haru dan keliru?


Tidak lain ialah para pemimpin Umno, media Umno dan Dr Mahathir sendiri.


Hakikatnya, kegagalan rakyat memahami dan menerima tawaran Konsep Negara Islam dan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS selama ini, bukan kerana kegagalan PAS mengemukakan tawaran terbaik untuk rakyat, tetapi adalah kerana berjayanya para pemimpin Umno dan agen-agen Umno (media) malah Dr Mahathir sendiri, memfitnah perjuangan suci PAS dan terus-terusan mengancam, menghasut dan mengelirukan rakyat berbilang kaum untuk terus memahami Konsep Negara Islam dan Hukum Hudud secara salah.


Sayang sungguh, sehingga ke saat ini Dr Mahathir masih cuba mengelirukan. Kesian Mahathir!!


Friday, June 10, 2011

Penulisan terpandir setakat hari ini: "Pas hilang arah, Umno harus tubuh sayap ulama segera!"


Pelik lagi pandir. Atau biul lagi sewel! "Pas hilang arah: Sayap Ulama Umno harus ditubuh segera".

Nak kata tak cerdik, memang agaknya tak cerdik pun! Apanya pula kalau Pas hilang arah, Umno yang perlu tubuh sayap ulama segera? Apa kena mengena Pas dengan Umno. Pas parti lain, Umno parti lain woi! Awak dok kutuk Pas hari-hari biar lantaklah dia hilang arah. Yang Umno kelam-kabut kalau "Pas hilang arah" apasal pulak!

Kalau orang kata Umno dan pencacainya kena penyakit gila babi, marah pulak...kasarlah... biadaplah! Memang ya nya gila babi!

Inilah yang orang ramai semakin menyampah dengan Umno dan Utusannya. Kalau nak tulis, "Umno hilang arah: Sayap ulama Umno harus ditubuh segera!", tulis je lah! Kerana itu lah yang logik dan munasabah bunyinya, malah memang pun hakikat yang sebenarnya! Menulis pun tak pandai...konon Timbalan Ketua Pengarang Utusan!

Memang yang sebenarnya pencacai ini nak tulis "Umno hilang arah: Sayap ulama Umno harus tubuh segera" atau dia nak tulis, "Ulama muda umno hilang arah dan bisu: Sayap ulama Umno harus tubuh segera", tapi jenis cari makan .... nak tulis macam tu bimbang woi, mis soruuu!!


Thursday, June 09, 2011

Juga adu kepada Allah, mereka yang mengkhianati; 'menganugerahkan' warga asing MyKad dan menjadikan mereka pengundi pilhanraya!!

Setiap pengkhianatan perlu ditentang. Jika bantahan dan penentangan sudah dibuat dengan mengikut peraturan, namun tetap tidak dipedulikan dan hanya dipersetankan oleh mereka (SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara) yang mengkhianati daftar pemilih dengan memasukkan warga asing, maka langkah yang wajar bukan sahaja membuat demonstrasi Bersih 2 malah juga membuat pengaduan kepada Allah.

Pengaduan kepada Allah perlu dilakukan, memohon kepada Allah agar memberi balasan yang sewajarnya kepada mereka dalam SPR dan JPN serta mana-mana pihak yang mengarah pengkhianatan, yang mengkhianati dan membuli Pakatan Rakyat melalui pendaftaran daftar pemilih dengan memasukkan warga asing.


Isu ini perlu diambil serius kerana penganugerahan MyKad kepada warga asing adalah pengkhianatan yang melampau dan benar-benar membahayakan keselamatan negara. Membenarkan warga asing menjadi pengundi juga satu kerja syaitan yang wajar ditentang habis-habisan.


Kalau ikutkan geram dan sakit hati, mulut yang berdolak-dalik dan penuh kepura-puraan dalam menghadapi aduan dan komplen yang ikhlas terhadap penganugerahan Mykad kepada warga asing dan daftar pemilih SPR, perlu ‘dibisukan’ atau ‘ditelorkan’ terus sehingga benar-benar tidak mampu berkata-kata lagi!


Jika tidak membuat aduan kepada Allah, selagi itulah SPR dan JPN ini bersikap pekak badak dan bodoh sombong sebagai pembuli brutal kepada Pakatan Rakyat!. Mereka ini nampaknya sudah tidak takut lagi membuat dosa, di atas pengkhianatan kepada negara yang mereka lakukan. Mereka tidak cuak langsung membawa balik gaji atau elaun bulanan dari pendapatan hasil dolak-dalik, mengampu dan mengkhianati pihak lain untuk diberi makan kepada cucu dan anak bini mereka! Dahsyat betul mereka ini!


WAN AHMAD WAN OMAR 'UMNO DALAM SPR', LETAK JAWATAN SEGERA!

Memang sangat diyakini, sah, bahawa dalam SPR ada hantu Umno. Antaranya ialah Timbalan Pengerusi SPR itu sendiri. Sejak sekian lama ’mulut’ Wan Ahmad Wan Omar berbau bau busuk Umno. Maka itu orang ini perlu letak jawatan segera. Dengan beradanya Wan Ahmad di situ dia tidak membantu pelaksanaan pilihanraya yang memuaskan hati semua pihak kecuali tuan yang memelihara hantu ini.

Perkara yang membabitkan hantu Umno ini bukan sahaja berlaku di Kelantan seperti berita di bawah malah di mana-mana. Umno sibuk menyerang , memprovokasi dan konon ajak PAS ke arah perpaduan tetapI hantu Umno seperti Wan Ahmad Wan Omar berkerja siang malam untuk ’mencekik leher’ PAS dalam PRU ke 13 nanti.


Maka itu sekali lagi dilaungkan Wan Ahmad Wan Omar LETAK JAWATAN!

Pegawai kanan SPR pertahan agenda Umno

M Faqih

KOTA BHARU, 8 Jun: Di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Gual Ipoh, Tanah Merah jentera pilihan raya PAS mengesan lebih 300 orang tidak dikenali pada senarai pemilih baru suku pertama dipamerkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dan ketika proses bantahan dikendalikan SPR kesemua pemilih baru itu tidak hadir.

Ini bermakna mereka tidak dapat dikesan SPR biar pun disenarai pada senarai pemilih baru di Dun berkenaan.

Begitu juga di Dun Kemahang dan Bukit Panau dikesan lebih 100 orang tidak dikenali di setiap Dun terbabit pada senarai pemilih suku pertama tahun ini.

Dan ketika proses bantahan dilakukan petugas PAS kesemua pemilih baru terbabit tidak hadir. Bagaimanapun setiap seorang yang dibantah perlu dibayar sebanyak RM10 oleh pembantah.

Wang deposit bantahan tersebut tidak dikembalikan biar pun pembantah menang pada perbicaraan dikendalikan SPR.

Malah pada 2004 seramai 1,800 orang tidak dikenali disenarai di Dun Bukit Panau, dan ketika proses bantahan kesemua mereka tidak hadir.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, bantahan penting dilakukan bagi memastikan pemilih baru benar-benar penduduk tempatan.

“Ini sudah terbukti kerana banyak proses bantahan sebelum ini orang yang disenaraikan pada pameran pendaftaran pemilih baru setiap suku tahun memang ramai tidak dikenali.

“Tetapi hari ini mengapa tiba-tiba Timbalan Pengerusi SPR menganggap proses bantahan mempunyai agenda politik parti tertentu.

“Kalau pegawai SPR itu tidak bekerja untuk memenangkan Umno sudah tentu tidak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana proses bantahan dibenarkan dalam peraturan pilihan raya,” katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata, proses bantahan dianggap mempunyai agenda politik menyebabkan 81,000 pemilih tidak dapat disahkan dalam suku pertama tahun ini.

Malah dakwanya ada pihak kurang bertanggungjawab dan mempunyai agenda politik mahu menghalang pendaftaran baru di satu-satu kawasan.

Oleh itu Mohd Khir berkata, sudah terbukti setiap bantahan dikemukakan berjaya kerana orang yang tidak dikenali cuba didaftar bukannya penduduk tempatan.

“Kalau benar pemilih baru disenarai SPR penduduk tempatan mengapa mereka tidak datang ketika proses bantahan berlangsung bagi mempertahankan diri,” katanya.

Beliau juga berkata, Timbalan Pengerusi SPR sewajarnya meletak jawatan memandangkan banyak kenyataannya sebelum ini mencalar imej suruhanjaya terbabit.

Menurutnya nampak sangat pegawai kanan berkenaan seolah-olah bekerja untuk Umno dan bukan meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPR.

Hujah itu turut dipertahankan Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa di mana katanya, gambaran SPR menjadi orang suruhan Umno semakin jelas sekarang.

”Ada orang tidak dikenali dikenal pasti ketika pendaftaran baru dipamerkan SPR setiap suku tahun. Mereka tidak tinggal pada alamat yang didaftar.

“Contohnya ada kes satu alamat terdapat sehingga 30 orang. Mereka berasal dari Johor, Melaka, Perak dan negeri-negeri lain lagi,” katanya.

Menurutnya kenyataan Timbalan Pengerusi SPR itu memperlihatkan secara jelas perancangan Umno dengan kerjasama SPR bagi mengekalkan kuasa politik secara tidak sah.

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, setiap bantahan dibuat adalah berdasar kepada fakta kes.

Kata beliau sekiranya ada kekeliruan dan ketidakmunasabahan bantahan perlu dibuat demi ketelusan dan kebertanggungjawaban setiap warga negara.

Namun malangnya kata Abdul Aziz ada pegawai kanan SPR cuba menyanggah peraturan digubal SPR sendiri.

Harakahdaily

Wednesday, June 08, 2011

Mahathir baru keluar hospital cari sakit lagi, dah tak pasal-pasal kena 'tempeleng' 3 biji

Tak pasal-pasal sebaik keluar dari hospital Mahathir kena ‘tempeleng’ 3 biji. Sepatutnya selepas keluar hospital tak payahlah cari sakit. Duduk je diam-diam dalam rumah, berzikir ka, baca buku agama ka, buat solat sunat banyak-banyak ka, tapi takk, Mahathir cari penyakit jugak. Dah kena ‘tempeleng’ !


‘Tempeleng’ pertama daripada Saifuddin Nasution. Setiausaha Agung PKR itu ‘tempeleng’ Mahathir sebagai AHLI POLITIK HAPRAK! Saifuddin kata begitu kerana Mahathir kata Karpal halang pelaksanaan hudud sedangkan diri dia sendiri merupakan penghalang tegar pelaksanaan hudud! Tak ada lagi dalam Malaysia yang dianugerah haprak secara individu kecuali Mahathir. Selama ini yang orang tahu hanya Melayu penyokong Umno yang mudah lupa sahaja, yang Mahathir kata HAPRAK, rupanya apabila Saifuddin bagi tahu, baru orang sedar, Mahathir lagi HAPRAK! Cheh!


‘Tempeleng’ kedua dari Karpal Singh yang berdiri pun tak mampu. ‘Tempeleng’ Karpal lebih perit daripada ‘tempeng’ Saifuddin. Kata Karpal, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya, “Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,”. Adoii….Karpal pun tahu apa ia itu taubat, Mahathir tak sedar-sedar jugak lagi! Nampaknya lagi banyak Mahathir bercakap lagilah orang faham bagaimana keadaan Mahathir sekarang!


‘Tempeleng’ ketiga dari Tok Guru Nik Aziz. Lagi bisa walaupun Tok Guru berjalanpun bertongkat. Nasib baik Tok Guru tak ketuk dengan tongkat! ‘Tempeleng’Tok Guru bunyinya ‘kelepeh’ je tapi hah engkau bahana…Kata Tok Guru “Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh. Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,”. Aku bimbang dengan ‘tempeleng’ Tok Guru itu Mahathir menjadi lupa sungguh!


Aku berdoa semoga Mahathir berhentilah cari penyakit. Duduk diam-diam kat rumah dan ikut jejak Pak Lah! Sudah-sudahlah tu!


Biarkan pemimpin Umno 'gila'....gila talak !

Dalam usaha hidung tak mancung pipi tersorong-sorongnya, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terus bagaikan orang gila talak mengajak PAS berpadu dengan Umno. Ahmad Maslan bertingkahlaku seperti orang benak yang sukar benar untuk memahami apa yang orang lain (PAS) kata. Atau Ahmad Maslan kini sedang berada di pihak yang sedang desprate dengan terlalu mengharapkan ‘tongkat’ daripada PAS. Atau Ahmad Maslan sebenarnya tidak ikhlas dalam usahanya itu melainkan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan Ahmad Maslan itu sebenar terlalu mudah untuk dijangka.


Ahmad Maslan meminta PAS melupakan apa yang beliau sebutkan sebagai ‘memori silam antara kedua-dua parti’. Sudah tentulah agaknya memori itu pahit kerana Ahmad Maslan minta PAS melupakannya. Apakah memori silam itu, hanya Ahmad Maslan yang tahu.


Sebenarnya tidak perlulah Ahmad Maslan sebut tentang memori silam itu, tapi fikirkan sahaja apa yang para pemimpin Umno buat sekarang, sama ada masih relevan atau tidak untuk mereka menawarkan perpaduan kepada PAS sebuah parti yang jelas berintegriti dan patuh kepada ajaran Islam yang berlandaskan al-Quran, al-Hadith, Ijmak ulamak dan qias yang disepakati.


Apa yang para pemimpin Umno buat sekarang selepas ‘memori silam’ itu?


  1. Umno pernah mencipta Islam Hadhari semata-mata mahu melawan perjuangan Islam PAS.
  2. Jamil Khir Baharom pernah kata konsep 1Malaysia tidak berbeza dengan Islam Hadhari yang dicipta untuk menyaingi perjuangan PAS.
  3. Operasi Lalang telah ramai menyumbat para pemimpin PAS dalam ISA.
  4. Menukar royalti minyak kepada wang ihsan di Trengganu sewaktu PAS memerintah Trengganu dan kemudian menukar semula kepada royalti minyak untuk Trengganu sewaktu Umno memerintah Trengganu sekarang.
  5. Minyak di perairan Kelantan dinaikkan di Thailand dan kemudian tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan kerana hanya yang memerintah Kelantan ialah PAS.
  6. Merampas kuasa secara khianat dan tidak berperlembagaan kerajaan yang bermenteri besarkan PAS di Perak.
  7. Menggunakan agensi-agensi kerajaan, PDRM dan SPR dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan Pakatan Rakyat dengan memberi MyKad kepada warganegara asing yang sedang berlaku secara gila-gila sekarang.
  8. Membiar atau mengawal SPR menguruskan pilihanraya secara tidak adil dan penuh putar belit demi ketamakkan kuasa Umno yang rakus di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS.
  9. Mengkhianati penyokong-penyokong PAS dalam kalangan kakitangan kerajaan dengan pertukaran dan tindakan yang tidak wajar dan khianat.
  10. Memarahi dan mengecam para ulama dan para pemimpin PAS menolak fitnah lucah yang Umno sebar luaskan.
  11. Menuduh Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS berpolitik mahu merebut jawatan Perdana Menteri.
  12. Menghalang secara haprak kerajaan PAS melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan.
  13. Kerajaan Umno dengan jahatnya tidak pernah memberi ruang barang setengah jam kepada para pemimpin PAS untuk muncul berucap dalam radio atau TV melainkan hanya keluar wajah dengan gerak bibir tapi suara tetap suara juruhebah pencacai Umno.
  14. Kerajaan Umno meluluskan judi bolasepak yang ditentang keras oleh seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS.
  15. Secara jahil melalui media-medianya Umno telah memfitnah dengan menuduh PAS menolak kepimpinan ulama selepas Muktamar PAS baru-baru ini.
  16. Merancang gangguan kepada ceramah-ceramah PAS melalui FRU dengan semburan air kimia, belasahan dengan belantan malah ada penyokong PAS yang kena tembak seperti di Batu Buruk Trengganu dulu, sekatan jalan raya dan macam-macam lagi.
  17. Menyindir perjuangan Islam PAS dengan pelbagai sindiran jahat, Parti Anak Syaitan-lah, parti kampung-lah, parti kain pelekat-lah, parti ektremis, parti pelampau Islam, PAS kuda tunggangan DAP-lah dan macam-macam.
  18. Pemimpin NGO Umno, ‘mengecil hati’ seluruh ahli PAS dengan melabel Tuan Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS sama seperti ayah pin.
  19. Umno memfitnah Datuk Seri Nizar MB Perak (PAS) menderhaka kepada raja walhal Umnolah yang sebenarnya penderhaka kepada raja-raja Melayu.
  20. Menyekat peruntukan tahunan kepada para wakil rakyat PAS kerana para wakil rakyat PAS pembangkang. Peruntukan tahunan dari hasil cukai rakyat dibuat macam hak mak ayah dia sahaja. Itulah Umno!
  21. Melambatkan atau melengah-lengahkan peruntukan kewangan tahunan untuk kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS.
  22. Mewujudkan ‘kerajaan dalam kerajaan’ di negeri-negeri yang di perintah oleh PAS.
  23. dan macam-macam lagi perangai jahat kerajaan Umno terhadap PAS. Ianya bukan sahaja berlaku dalam ‘memori silam’ malah sekarang ini PAS masih ditekan malah kalau boleh sentiasa mahu ‘dipulas telinga’ oleh Umno.

Inikah yang Ahmad Maslan kata Najib, Muhyiddin dan ahli majlis tertinggi Umno yang lain tidak terlibat? Taik kucing! Haprak! Poorah!


Umno dengan para pemimpinnya seperti yang ada pada hari ini, perlu ditumbangkan bukan bersepadu dengannya. Biarkan para pemimpin Umno 'gila'.....gila talak!


Tuesday, June 07, 2011

Dok kata Melayu haprak, rupanya Mahathir yang haprak...cheh!

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.


Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."

Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Kebajikan ala-Umno!!!

"Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.

"Perubahan slogan tagline PAS yang bukan lagi untuk mewujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru tetapi labelling baru saja," katanya dalam sidang media dengan wartawan Malaysia di hari pertama lawatan rasminya ke Kazakhstan di Astana, Isnin."


Najib kata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati cirri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.

Yeahh….negara kebajikan ala-Umno/BN:


  1. Menaikkan harga minyak Ron 97 setiap bulan
  2. Cuba naikkan harga minyak Ron 95, nasib baik rakyat bangkang! Tapi rakyat belum selamat dari kenaikkan harga Ron 95 jika Umno/BN menang pilihanraya ke 13.
  3. Subsidi untuk rakyat marhaen diselaraskan yang mengakibatkan kenaikan tariff eletrik tetapi subsidi untuk 5, 6 orang kroni IPP tidak diusik langsung!
  4. Dihapuskan lesen TV kemudian untuk mendapat gambar yang terang rakyat terpaksa menggunakan Astro dengan bayaran bil yang mahal. Bayaran lessen TV di serap dalam bayaran Astro. Rakyat kena tipu.
  5. Pemberian laptop 1Malaysia dikatakan percuma namun hakikat sebenar pelajar yang menerima laptop 1 Malaysia kena bayar ansuran harga laptop itu selama 2 tahun melalui pembayaran bil TM ? Bayar bil TM satu kemestian walaupun tidak ada coverage di kawasan itu.
  6. Harga gula dinaikkan atas alasan menjaga kesihatan rakyat.
  7. Harga barangan untuk rakyat semakin meningkat, rakyat terus tertekan dan Umno terus menyelaras subsidi, Umnoputra terus kaya raya!
  8. Wakil rakyat baru Umno belum habis penggal sudah berkereta mewah ke hulu ke hilir, rakyat hanya mampu memilik Viva!
  9. Biasiswa diganti dengan PTPTN yang membebankan dalam keadaan pelajar yang sudah tamat pengajian belum tentu dapat kerja.
  10. Membezakan pembayaran yuran asrama sekolah kepada para ibubapa berdasarkan pendapatan kasar ibubapa bukan pendapatan bersih. Ibubapa yang terbeban dengan tanggungan beberapa orang anak yang bersekolah yang tinggal di beberapa asrama, yang terpaksa membayar pinjaman rumah, pinjaman kenderaan dan sebagainya terus terbeban!
  11. Kontraktor-kontraktor Umno gagal menyiapkan secara sempurna dan lengkap projek-projek pembinaan yag mengakibatkan kegagalan menggunakan bangunan baru pada masa yang sepatutnya untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Bangunan-bangunan baru pula cepat retak, cepat rosak, cepat bocor, cepat jahanam dan cepat roboh kerana rasuah keterlaluan dalam projek-projek kerajaan dan kontraktor-kontraktor Umno.
  12. Orang muda semakin tidak ada pekerjaan, jika pun ada pekerjaan hanya kerja yang tidak setimpal dengan kelulusan anak-anak muda.
  13. Kerajaan Umno/Bn menyediakan pendidikan tinggi yang kurang memberi kemahiran yang mengakibatkan ramai anak-anak muda tiada kemahiran untuk membuat kerja-kerja dalam kehidupan mereka. Akhirnya kerajaan Umno/BN tetap menyalahkan sikap anak-anak muda sendiri jika tidak berjaya mendapat pekerjaan.
  14. Kebajikan untuk anak-anak rakyat ialah sistem pendidakn di dalam negara manakala kebajikan untuk anak-anak para pemimpin utama Umno adalah di luar negara.
  15. Umno memberi ikan kepada rakyat...itu pun ikan yang kecil bertaraf ikan selar kuning bukan memberi joran. Akibatnya rakyat banyak bergantung kepada kerajaan Umno/Bn walaupun terpaksa mendapat kelapa ikan selar kuning yang tidak berisi.

Demikian antara kebajikan yang Umno berikan buat rakyat.

Nampak macam tak berapa cerdik rupanya memang sungguh, benaknya terlampau

Kata yang mudah pun sukar difahami. Macam manalah dia ni boleh dilantik menjadi menteri. Apakah sebab kewibawaannya atau sebab sepupu?

Katanya ”PAS Jangan Berdolak-dalih Kes Video Seks!”. mengikut Kamus Dewan makna berdolak-dalik ialah bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yg sama).


PAS kata:

  1. Mengikut kaedah Islam, video seks tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes tuduhan zina.
  2. Orang yang menuduh orang lain berzina bukan mengemukakan video seks tetapi kemukakan empat orang saksi yang adil.
  3. Mengemukakan video seks dengan menuduh orang lain berzina adalah fitnah.
  4. Oleh kerana kes video seks itu fitnah maka Dewan Ulamak PAS malah PAS keseluruhannya menolak video seks itu.
  5. Orang yang dituduh adalah tidak bersalah sebelum didapati bersalah.

Apa berbelit-belitnya? Apa yang terserlah ialah seleuruh kepimpinan PAS begitu konsisten dalam hal seumpama kes video seks itu.


Rungut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, PAS sebagai satu parti yang bersandarkan ajaran Islam sepatutnya mencari kebenaran video tersebut.

"Ini kerana yang dituduh menjadi pelakon atau pelaku dalam video berkenaan menawarkan diri sebagai pemimpin negara... bukan orang biasa.


Inilah dia menteri UMNO, orang kata benak, marah! Tapi memang pun!


PAS memang mahu mencari kebenaran yang bersandarkan ajaran Islamlah, maka PAS mahukan kes itu dibicara dibawah undang-undang Islam iaitu hudud atau qazaf. Sebab bersandarkan undang-undang Islam-lah, maka PAS begitu konsisten dalam hal video seks itu. Sebab bersandarkan undang-undang Islam, maka PAS tidak mahu membangkit isu pelakon atau pelaku dalam video lucah yang ditayangkan oleh T3 itu sebagai orang itu atau orang ini dalam muktamarnya.


Maka yang jelas dan terang berdolak-daliknya, kamu para pemimpin Umno, bukan PAS dan para pemimpin PAS.


Susah juga dapat menteri yang nampak tak berapa cerdik tapi rupanya memang benaknya terlampau.


PAS Jangan Berdolak-dalih Kes Video Seks - Hishammuddin

Oleh AU YEONG HOW


KUALA LUMPUR: PAS sepatutnya tidak berdolak-dalih dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PAS sebagai satu parti yang bersandarkan ajaran Islam sepatutnya mencari kebenaran video tersebut.

"Ini kerana yang dituduh menjadi pelakon atau pelaku dalam video berkenaan menawarkan diri sebagai pemimpin negara... bukan orang biasa.

"PAS sepatutnya melihat kepada pengisiannya. Tengok apa yang berlaku kepada pemimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pemimpin di Turki.

"Apakah bezanya pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kes video tersebut dengan mereka. Jadi nak berdolak-dalih sama ada ia dirakam oleh si polan, si polan.. itu perkara kedua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di sini, Isnin.

Media pada Isnin melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah 'besi' sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan identiti pengendali laman Twitter, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan terus menghina kesucian Islam dalam tulisannya.


sumber:mstar

Sunday, June 05, 2011

Mulai hari ini Mat Sabu mulai dinilai.

Tahniah kepada Tuan Haji Mohmad Sabu (Mat Sabu) yang telah memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS. Melihat kepada track record dan susur galur perjuangan Mat Sabu dalam PAS maka Mat Sabu sebenarnya memang layak berada di tempatnya hari ini. Tidak ada sesiapapun yang boleh menafikan bahawa Mat Sabu adalah antara pemimpin tulen parti PAS yang benar-benar MEMAHAMI apa itu parti politik yang bernama PAS. Malah Mat Sabu adalah antara pemimpin muda zaman awal PAS yang turut membentuk wajah PAS seperti mana PAS yang ada pada hari ini. Adalah diyakini dua calon berkalibar yang tewas dan semua pihak turut mengakui hal ini.

Dengan kemenangan Mat Sabu selaku Timbalan Presiden, dan 3 Naib Presiden yang baru dipilih, adalah diyakini PAS akan lebih dinamik dan agresif dalam segala tindakan kemasyarakatan dan politik dan aktivitinya. Jika tidak begitu, maka meletakkan Mat Sabu di situ adalah tidak pulang modal dan Mat Sabu sudah pasti akan ditukar pula dengan orang lain pada Muktamar 2 tahun lagi atau sekurang-kurangnya Mat Sabu tidak akan lama di situ.


Mengenai isu kumpulan ulama dan kumpulan professional sebenarnya aku dari awal bersetuju dengan apa yang difahami dan diterangkan oleh Mat Sabu sendiri. Kepimpinan ulama harus ditakrifkan dengan struktur yang meletakkan Majlis Syura dan Dewan Ulama sebagai penentu dan penjaga matlamat, dasar dan perjuangan PAS bukan soal yang membabit jawatan eksekutif dalam parti. Ini adalah kerana realiti yang berada di dalam PAS pada hari ini adalah, ada ulama yang professional dan ada professional yang ulama. Sekadar 2 contoh yang mampu disebut di sini ialah Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan Dr Zulkifli Ahmad. Oleh yang demikian maka sudah-sudahlah kepimpinan dan ahli-ahli PAS termasuk dalam perangkap musuh PAS sendiri iaitu Utusan Meloya, Berita Hairan yang bertuankan Umno yang sekular itu yang tidak akan henti-henti untuk memecah-belahkan harakah Islamiah ini. Yang penting walaupun apapun latar belakang kemimpinan PAS, mereka mestilah bertaqwa, berakhlaq dan dinamik dalam memimpin parti.


Bagi Mat Sabu, yang menjadi tugas berat bagi Mat Sabu dan 3 Naib Presiden yang dicap ramai orang konon sebagai golongan professional itu ialah:


  1. Masih terlalu ramai orang Melayu tidak merasai PAS adalah parti Melayu Islam.

  1. Masih terlalu ramai orang Melayu terutama di luar bandar tidak merasai PAS adalah parti yang mesra dengan mereka, dan menganggap PAS hanya parti yang suka membangkang, PAS hanya parti yang banyak bercakap, PAS kalau memerintah sama juga dengan Umno mungkin lebih teruk dan macam-macam.

  1. Masih terlalu ramai pemimpin PAS yang tidak popular di bibir mulut orang-orang Melayu terutama di luar bandar malah ada yang tidak kenal siapa itu Haji Hadi Awang, siapa Salahuddin Ayub, siapa Husam, siapa Mahfuz Omar, apatah lagi siapa Dr Mahfuz Mohamad!! Kalau ada yang kenal Mat Sabu pun hanya kerana ceramahnya. Kata mereka, Mat Sabu suka maki hamun ”pemimpin kerajaan!!”.

  1. Masih terlalu ramai aktivis PAS di cawangan-cawangan yang tidak dapat bergerak lawas kerana kekakangan atau ancaman tertentu dari pihak pemerintah Umno/Bn terutama di negeri-negeri yang dikuasai oleh Umno/Bn. Ini menyebabkan cawangan-cawangan PAS menjadi lemah dan lesu! Melahirkan aktivis tulen peringkat cawangan adalah tuntutan mendesak PAS pada saat ini.

  1. Masih terlalu ramai orang Melayu di kawasan luar bandar yang takut mendekati atau menjadi ahli PAS...macam-macam takut!

  1. Terlalu ramai para pemimpin hebat PAS terlalu sukar untuk dilihat berada di bawah dan mesra di akar umbi masyarakat kecuali hanya berada dalam kelompok orang-orang PAS sahaja.

Semoga kehadiran Mat Sabu bersama 3 Naib Presiden dan kabinet baru yang dipilih oleh perwakilan akan dapat benar-benar membantu Presiden untuk merealisasikan hasrat dakwah dan politik PAS secara peribadi mahupun hasrat bersama dengan Pakatan Rakyat.


Maka mulai hari ini Mat Sabu mulai dinilai oleh seluruh pencinta parti Islam PAS sebelum tiba ke muktamar pemilihan 2 tahun dari sekarang. Selamat berjuang dan semoga PAS terus cemerlang dengan sebenar-benar cemerlang.