Followers

Saturday, June 04, 2011

FELDA, apa lagi yang tinggal?


Dengan pembongkaran isu-isu FELDA yang tidak ternafikan oleh kerajaan Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah sejak akhir-akhir ini menjadikan keadaan FELDA begitu merbahaya. Tidak keterlaluan jika dijangkakan bahawa jika Pakatan Rakyat tidak memenangi PRU ke 13 nanti, FELDA mungkin akan tergadai. Silap-silap haribulan dengan peneroka-peneroka FELDA sendiri akan tergadai.

Dakwaan ini bukan keterlaluan tetapi ada kemunasabahannya. Tidak tergadaikah FELDA kalau dah kemerosotan rizab tunai sebanyak RM2.73 bilion…billion dalam tempoh lima tahun? Hal ini didedahkan sendiri oleh Pengerusi Anak-anak Peneroka FELDA (ANAK) saudara Mazlan Aliman. Apakah yang akan berlaku kepada FELDA dalam tempoh lima tahun selepas itu kalau Umno/Bn terus memerintah? Tidak mungkinkah lagi merosot rizab tunai?


Kemerosotan rezab tunai FELDA dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 seperti yang diakui oleh Ahmad Maslan Timbalan Menteri Umno yang jaga FELDA di Dewan Rakyat 16 Jun 2010.


Dakwa Mazlan Aliman, zaman Najib Razak, kawalan kewangan FELDA begitu diragui dan pemborosan berlaku keterlaluan termasuk membayar faedah persaraan kepada bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Yusof Noor sebanyak RM84,923.


Selain itu Mazlan mendedahkan wang FELDA digunakan dalam kempen PRK Parlimen Hulu Selangor, PRK Dun Tenang Johor dan Dun Kerdau Pahang yang menelan belanja jutaan ringgit.


Pengerusi FELDA yang baru Tan Sri Isa Samad menjadikan FELDA bagaikan terlepas dari mulut biawak masuk ke mulut harimau. Belum sampai setahun menjadi Pengerusi FELDA, Isa Samad telah banyak melakukan pembaziran dan penyelewengan kuasa, menyerang staff FELDA yang menyokong PR, menghentam peneroka yang urus kebun sendiri dan memperbanyakkan program politik bagaikan FELDA salah satu lagi sayap parti Umno.


Jika beginilah keadaan FELDA di bawah penguasaan Umno yang kian gelojoh, tidak tergadaikah FELDA? Iya.... silap-silap gaya dengan peneroka-peneroka sendiri bakal tergadai! Semoga peneroka FELDA berani membuat perubahan untuk 'menyelamatkan diri dari tergadai!


Friday, June 03, 2011

Urusan perniagaan yang lebih bangang dari cara Pak Pandir, ilham si maharaja!

Di bawah satu lagi antara kehebatan pemerintahan Umno/Bn dalam menjayakan perniagaan ala Pak Pandir malah mungkin lebih bangang dari Pak Pandir! Semua ini hanya demi perut dan bawah perut serta untuk terus memperbodohkan mana-mana penyokong mereka yang masih bodoh.

Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendedahkan bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 'memperkudakan' Petronas untuk membantu kroni-kroni bukan Melayu dengan mengwujudkan Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

"Dr Mahathir menggunakan krisis bekalan eletrik yang berlaku pada 1996 dengan menjadikan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope sebagai kambing hitam serta memaksan TNB membuat perjanjian membeli tenaga daripada IPP dengan kadar yang mahal," kata Rafizi ketika dihubungi.

Menurut beliau, Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biarpun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

"Petronas membeli satu tong dengna harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10 dan TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas tersebut walhal TNB mampu untuk mengadakan janakuasa sendiri," ujar beliau yang juga Pengarah Strategik KEADILAN.

Katanya kesan dari bebanan tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

"Amat jelas IPP mendapat keuntungan berlipat ganda kerana mendapat potongan harga istimewa daripada Petronas melalui subsidi harga minyak dan keuntungan besar pula dengan menjual tenaga kepada TNB dengan harga yang mahal.

Menyentuh mengenai keengganan kerajaan untuk menghapuskan subsidi kepada IPP, Rafizi berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat takut dengan pengaruh Dr Mahathir.

Sumber: Suara Keadilan

Bapak ketam bermadah: Ketepikan fahaman politik

Ketepikan fahaman politik! Begitulah bunyi madah bapak ketam yang dikumandangkan apabila melakukan sesuatu yang membabitkan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Antara madah bapak ketam ialah Kerajaan Pusat (pimpinannya) SENTIASA mengutamakan kepetingan rakyat dan SANGGUP mengetepikan fahaman politik apabila bersedia menjalin kerjasama dengan negeri yang dikuasai pembangkang (Pakatan Rakyat) menerusi perjanjian penstruktur semula perkhidmatan bekalan air.



Tak kiralah melalui perjanjian air atau apapun makna yang boleh difahami ialah demi kesejahteraan rakyat, bapak ketam SANGGUP ketepikan fahaman politik.


Iya ke?


Kerajaan Kelantan (PR) menggelupur menuntut royalti minyak demi kesejahteraan rakyat! Di mana bapak ketam dalam hal ini? Sampai bila rakyat Kelantan terpaksa menggelupur menuntut royalti yang menjadi hak mereka. Apakah hingga terpaksa membawa ke mahkamah itu bermaksud mengetepikan faham politik oleh kepimpinan bapak ketam?


Kerajaan Selangor (PR) jenuh cuba mendapat hak demi kebajikan rakyatnya dalam isu air dengan SYABAS kroni bapak ketam, apakah bapak ketam berjaya benar ketepikan fahaman politik dalam isu ini?


Dalam kes royalti minyak kepada Trengganu. Semasa Wan Mokhtar Umno/Bn memeritah, Trengganu dapat royalti. Apabia Tuan Guru Haji Hadi dari PAS (PR) pembangkang Umno /Bn memerintah royalti bertukar tiba-tiba menjadi wang ehsan. Dan apabila Mat Said Umno/Bn parti pimpinan bapak ketam memerintah, wang ehsan bertukar semula menjadi royalti. Nampaknya di Trengganu, royalti menjadi sesumpah kejap merah atau biru, kejap hijau. Ketepi fahaman politik haram jadah apa begini?


Wakil-wakil rakyat Umno/Bn mendapat peruntukan mewah setiap tahun, bagaimana pula dengan peruntukan tahunan untuk wakil-wakil rakyat pembangkang (PR). Apakah tidak memberi peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang itu dinamakan mengetepikan fahaman politik oleh kerajaan bapak ketam?


Walaupun sudah selesai dan telah berlalu, apakah kerajaan bapak ketam ketepikan fahaman politik dalam perlantikan SUK negeri Selangor? Bagaimana agaknya kerajaan Selangor hari ini jika MB Selangor tidak tegas dalam menerima SUK itu? Bapak ketam memang pandai ketepikan fahaman politik mengikut caranya!!


Perhimpunan 1 juta belia (?) dapat permit, perhimpunan 1 juta Bersih tak boleh! Satu lagi ketepikan fahaman politik gaya bapak ketam.


Sesungguhnya banyak lagi kalau hendak disebutkan bahawa bapak ketam memang bapak ketam sungguh! Cakap tidak serupa bikin....ketepikan fahaman politik konon!!!


Ketepikan fahaman politik - PM


Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan NAZMIL NASIRUDDIN


PUTRAJAYA 2 Jun - Kerajaan Pusat sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan sanggup mengetepikan fahaman politik apabila bersedia menjalin kerjasama dengan negeri yang dikuasai pembangkang menerusi perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permuafakatan dalam merealisasikan pelaksanaan dasar itu adalah demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat.

''Penstrukturan semula industri air adalah satu inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu memodenkan industri bekalan air di negara ini agar lebih bersifat holistik dan efisien.

''Kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bagi kerajaan, saya berharap agar negeri lain di Semenanjung Malaysia akan segera turut serta kerana matlamat kita ialah menyediakan bekalan air bersih dan berkualiti kepada rakyat pada harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negeri Pulau Pinang, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

sumber:utusan

Thursday, June 02, 2011

Timbalan Presiden: Aku akan pilih ketiga-tiganya.

Dalam Muktamar PAS di Taman Melewar hujung minggu ini, nampaknya pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah yang paling menarik perhatian, bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli PAS malah seluruh rakyat Malaysia umumnya.

Pertandingan tiga penjuru antara penyandang jawatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan pencabar tegar Tuan Haji Muhamad Sabu dan pencabar baru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.


Aku dapat menjangka pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS antara ketiga-tiga mereka ini telah sedikit sebanyak menyukarkan para pewakilan untuk membuat pilihan.


Bagi aku secara peribadi, aku tidak kisah siapa yang menang kerana kesemua mereka ada kelebihan masing-masing. Aku tidak bersetuju terlalu banyak politicking dalam pengundian memilih Timbalan Presiden PAS ini kerana aku yakin seorang Timbalan Presiden PAS tidak boleh membuat apa-apa secara peribadi kerana struktur parti yang menentukan segala keputusan penting mestilah mematuhi konsep syura dalam jemaah.


PAS bukan UMNO malah PAS tidak akan seperti UMNO walau pun ada pendapat yang mengatakan PAS seolah-olah mahu dijadikan seperti UMNO. Hakikatnya PAS tidak akan menjadi seperti UMNO selagi perjuangan PAS berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis. Soal jika ada pemimpin PAS mahu menjadi UMNO dan memang boleh menjadi UMNO, itu bukan masalah kepada PAS kerana PAS bukan tempat kepada pemimpin yang seperti itu. Secara otomatik pemimpin seperti ini akan keluar kerana itulah realiti dan pengalaman. Sedangkan PAS terus mara berbanding masa lampaunya !


Sebab itu aku tidak gusar siapa yang akan memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS itu. Kalau Ustaz Nasa, ok. Kalau Haji Mat Sabu, suka. Kalau Dato Tuan, no problem.


Nasib baik aku bukan perwakilan yang mengundi, jika tidak aku akan pilih ketiga-tiganya! Mungkin ada yang mengatakan pemikiran politik aku terkebelakang dan tidak mengikut perkembangan semasa tapi hakikatnya walau siapa pun di situ PAS perlu terus mara dan menjadi lebih berkesan dalam dakwah dan tarbiyah Islamiah serta kebajikan rakyat jelata melalui penguasaan Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.


Ayuh bekerja, PRU ke 13 hanya 2 bulan sahaja lagi!


Wednesday, June 01, 2011

SPR pekak !

SPR sedang alami sindrom pekak. Panggillah, merayulah, merintihlah, mengadulah, SPR tidak akan dengar. Untuk menyedari SPR bahawa ada pengaduan yang mesti dilayan dan diambil tindakan, langgar SPR! Jika SPR tidak dilanggar, SPR tidak akan dengar segala rayuan.

Rezeki, upah dan gaji yang dibawa balik ke rumah oleh bos-bos SPR dalam mempertahankan kuasa Umno secara tidak adil, khianat kepada parti pembangkang, diberi makan kepada anak-anak dan cucu-cucu, malah untuk makan sendiri kurang baik pertumbuhan sahsiah yang diredhai Allah. Rezeki itu diperolehi dari kerja-kerja yang penuh pengkhianatan! Ada SPR kisah?

SPR didesak buat keputusan segera

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat keputusan segera mengenai bantahan yang dikemukakan oleh PAS berhubung pertambahan pengundi luar biasa di Selangor.

Desakan tersebut dibuat memandangkan tempoh bantahan yang diberikan oleh SPR terlalu singkat, manakala jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS), Hasbullah Mohd Ridzwan memberitahu, jumlah pertambahan pengundi sebanyak itu pada suku pertama tahun ini sememangnya amat meragukan, memandangkan ia amat jauh melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang.

Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, PAS Selangor telah mengemukakan bantahan yang munasabah berhubung perkara itu di pejabat SPR Selangor di Shah Alam akhir April lalu, tetapi sehingga kini masih belum diberikan tindakan sewajarnya.

Katanya, bantahan PAS berhubung perkara itu berdasarkan beberapa alasan yang antara lain terdapat nama-nama warganegara asing yang diangkat menjadi warga negara Malaysia, bagi membolehkan mereka turut menjadi pengundi pada pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

"Warganegara asing itu sememangnya akan mengundi bagi membantu BN. Sejauh yang dikesan oleh PAS, jumlahnya memang agak besar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain itu, menurut beliau, terdapat juga nama-nama yang didaftarkan itu tidak wujud pada alamat yang dicatatkan, manakala sesetengahnya pula tercatat nama pengundi yang tidak selaras dengan alamat yang dicatatkan.

"Dalam sesetengah kes yang kami kesan, terdapat juga nama-nama pengundi yang didaftarkan tanpa pengetahuan individu itu sendiri.

"Inilah yang menimbulkan kemusykilan kepada kami. Siapakah yang daftarkan mereka itu?

"Adakah Umno Selangor sendiri yang melakukannya secara rambang akibat tekanan Umno pusat untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat?" tegasnya.

Tindakan yang dilakukan oleh Umno itu, katanya, merupakan satu strategi yang diperbaharui semula oleh Umno di Terengganu dalam usaha Umno BN merampas Terengganu dari PAS pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu.

Realiti itu dapat dikesan apabila didapati pemimpin Umno yang terbabit dalam penyusunan strategi di Terengganu itu adalah Datuk Seri Idris Jusoh sendiri yang kini telah diangkat memainkan peranan penting oleh Umno di peringkat pusat.

"Namun dari apa yang dilakukan itu, kami amat sedih apabila warganegara asing turut dibabitkan dalam perkara itu sehingga menyebabkan mereka begitu mudah diberikan taraf sebagai warganegara.

"Ini jelas merupakan satu pengkhianatan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap negara kerana perbuatan itu memang boleh mengancam keselamatan negara dan merbahayakan tanah air kita sendiri dari pelbagai sudut," katanya.

Tindakan itu pula, ujarnya, dilakukan oleh Umno setelah mendapat lampu hijau dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar Umno melakukan apa sahaja untuk membolehkan Umno BN merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

"Semua itu jelas membuktikan Umno BN kini berada dalam keadaan sangat terdesak untuk merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, pemuda PAS tidak akan membiarkan Umno BN bertindak sedemikian. Sebaliknya, Pemuda PAS Selangor seperti juga pemuda-pemuda PAS di negeri-negeri lain di seluruh negara mempunyai makanisme tersendiri untuk mengekang gelombang itu dengan menggerakkan kebangkitan rakyat.

"Antara makanisme kami itu, kami akan mengekang gelombang itu dengan menggerakkan rakyat agar mengikuti Himpunan Bersih Kedua yang akan diadakan Julai nanti," ujar beliau.

Sumber: Harakahdaily

Tuesday, May 31, 2011

Jom kita naikkan lagi harga....kita naikkan lagi...kita naikkan!

Jom kita naikkan lagi harga yang boleh dinaikkan, rakyat tak marah pun...rakyat Malaysia bukan pandai marah!!

  1. Perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad tak perlu dirombak kerana rakyat tidak faham apa itu berat sebelah! Biarkan!

  1. Perjanjian itu menguntungkan ahli-ahli perniagaan yang rapat dengan pemimpin kerajaan Umno/Bn sedangkan rakyat menanggung beban kenaikan tarif elektrik... biarkanlah, itu pun nak kecoh ke? Kalau rakyat tidak tanggung beban, siapa lagi yang nak tanggung? Apa salah berikan keuntungan kepada ahli-ahli perniagaan itu kerana mereka semua orang susah, rakyat semua ke hulu ke hilir berkerja dengan senang lenang!

  1. Kerajaan yang terlalu menjaga kebajikan rakyat ini tidak perlu semak semula harga yang dikenakan IPP ke atas TNB termasuk elemen harga tetap kerana kalau semak semula susah IPP nak bagi duit kepada Umno/Bn! Kan PRU ke 13 dah dekat ni! Tak sporting langsung...cheh!

  1. Perjanjian itu direka bagi memastikan 26 syarikat IPP kroni itu dilindungi dari risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu, okay lah tu! Apa salahnya mengelakkan IPP rugi kerana IPP hanya ada 26 syarikat. Eloklah rakyat yang rugi sedikit kerana kenaiikan harga barang sebab harga minyak dan tarif elektrik naik kerana rakyat ada 25 juta! Ini sifir yang bijak!

  1. Di Thailand tarif eletrik jauh lebih rendah dari di Malaysia walaupun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa kerana para pemimpin Thailand tidak cerdik dan tidak prihatin rakyat, kalau nak dibandingkan dengan para pemimpin Malaysia di bawah pimpinan Najib! Perbezaan tarif elektrik antara Malaysia yang cerdik memerintah dan Thailand yang tidak cerdik memerintah : Untuk pengguna Thailand – 25 sen per kWh (kilowatt hour manakala untuk pengguna Malaysia – 37 sen per kWh (perbezaan harga 48%).

  1. Kerajaan Umno/Bn menarik subsidi gula bernilai RM116 juta tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada Syarikat IPP seperti YTL Corporation, Malakoff dan Gentin Sanyen kerana mengikut perkiraan matematik kurikulum baru Kementrian Pelajaran Malaysia di bawah pimpinan dan idea bernas para pemimpin Umno/Bn, RM116 juta lebih besar dari RM19 bilion! Itu pun tak tahu?

  1. RM22 bilion subsidi gas (RM19 bilion pada 1999) yang diberikan kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, tidak mengapaaa....kerana kalau tidak silap yang terlibat dengan kenaikan tarif elektrik hanya para penyokong pembangkang (Padan muka penyokong pembangkang!). Para penyokong Umno/Bn okay apa! Jual Malaysia pun tak kisah...janji masa PRU ke 13 nanti dapat kain pelekat cap semut, beras hancur 5kg, minyak masak kitar semula satu botol besar, sebuah basikal kecik, wang RM200 untuk makan 5 tahun dan zinc untuk bumbung dapur...okay lah tu! Hidup 1 Malaysia!

  1. Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM65 juta untuk pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri Seri Perdana di Putrajaya. Pakatan Rakyat kata peruntukan yang begitu tinggi itu amat tidak wajar hanya untuk mengubahsuai kediaman yang masih dalam keadaan baik! Alah....respectlah sikit kan ada yang perasan FLOM kat dalam tu, kalau tak ubah suai FLOM tak boleh tidur, gatal-gatal badan....miang!!

Sesungguhnya itulah UMNO kita = Untuk Melayu NO! Untuk rakyat apatah lagi! Habis itu Umno untuk siapa? Kah...kah...kah...kah...buat tak tahu konon!

Kebijaksanaan pemimpin Umno uruskan kebajikan rakyat terbukti!

Yang dikatakan kebijaksanaan mengurus negara dan menjaga kebajikan rakyat ialah naikkan kadar tarif elektrik (naikkan bayaran eletrik rumah dan premis) kepada;


  1. Rakyat marhaen
  2. Sekolah-sekolah (untuk kegunaan pelajar dan guru)
  3. Para pelajar IPT
  4. Peniaga kecil
  5. Kakitangan kerajaan
  6. Rakyat dipinggir bandar
  7. Rakyat di bandar
  8. Penyokong pembangkang (biasalah...)
  9. Penyokong totok Umno/Bn (aik kena bayar mahal juga?)

Dan kekal malah kalau perlu tambahkan subsidi demi wang besar syarikat IPP:


  1. YTL Corporation Berhad yang dimiliki oleh Yeoh Teong Lay,
  2. Genting Sanyen (Tan Seri Lim Kok Tay),
  3. Tanjung (Ananda Krishnan)
  4. Malakoff (Syed Mokhtar Bukhari)
  5. Powertek Bhd
  6. Sime Darby
  7. IPP Kroni Umnoputra yang lain

Itulah kebijaksaan 1Malaysia dari ilham Rosmah dan Najib Razak!


Tahniah kepada yang masih terus totok dan masih berhasrat kekal bersama Umno/Bn untuk teruskan perjuangan bersama Umno/Bn menaikkan harga barangan atau apa sahaja atas nama penstrukturan semula subsidi bagi terus menyusahkan rakyat dan menguntungkan kroni!


Apalah ada pada rakyat marhaen yang rata-rata tidak cerdik belaka hanya tahu komplen, sedang IPP lubuk duit 'kita'!!


Monday, May 30, 2011

Kini dadah bukan lagi musuh nombor satu negara Malaysia tetapi pembangkang!

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak semakin kritikal sakitnya. Sakitnya Najib sebagai seorang Perdana Menteri kerana sudah tidak dapat membezakan antara parti pembangkang yang berdaftar di bawah undang-undang negara dengan musuh sebenar negara ini.

Kerana kekeliruan mental yang keterlaluan itu telah menyebabkan Najib mengajak seluruh belia dalam negara ini mempertahankan Putrajaya walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Putrajaya mesti dipertahankan. Jerit Najib kepada sekumpulan belia yang berkumpul di Putrajaya tempoh hari.


Ramai yang menduga, walaupun Najib tidak menyebut mana-mana parti politik dalam ucapannya, tetapi adalah jelas ia merujuk kepada Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP). Dihadapan lebih kurang 8000 para belia, Najib seorang Perdana Menteri sebuah kerajaan telah mengisytiharkan parti-parti pembangkang yang berdaftar di negara yang dipimpinnya sebagai musuh nombor satu negara.


Kalau dahulu kerajaan Umno/Bn sering melaungkan dihadapan para belia bahawa dadah musuh nombor satu negara, kini bagi kerajaan Malaysia pimpinan Najib, parti-parti PAS, PKR dan DAP!


Sungguh malang nasib negara ini, kerana musuh utama kerajaan yang memerintah, yang perlu dikerah seluruh tenaga dan jiwa rakyat walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa ialah parti-parti yang dipimpin oleh seorang ulamak berwibawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang reformis tulen Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang ahli politik veteran Malaysia Lim Kit Siang!


Bagi menjustifikasikan pengisytiharan parti-parti pembangkang sebagai musuh utama Putrajaya, Najib Perdana Menteri terus membudayakan politik murahan atau ’politik eskay’ dengan mendakwa Putrajaya akan dilelong oleh Pembangkang (PAS, PKR, DAP) walaupun realiti sebenarnya kerajaan Umno/Bn Najiblah yang telah ’melelongkan’ dengan harga murahan sahaja tanah warisan pusaka bangsa, Pulau Batu Putih dan Tanah KTM di Singapura!


Maka dengan pengisytiharan Najib itu, wawasan 2020 di mana negara akan dijadikan negara maju wajar dibakul-sampahkan kerana tiada mana-mana negara maju dalam dunia ini yang mengisytiharkan parti-parti pembangkang negara mereka, sebagai musuh utama negara, hanya di negara malang ini, Malaysia!


Nampaknya kerajaan Najib tidak mampu untuk terus bergerak ke arah kemajuan tetapi terus ke belakang bagaikan 'hantu baran' yang jalan mengundur!


Sakit....memang kronik sakit dia!

Sunday, May 29, 2011

Politik Mahathir dan Najib lebih teruk daripada teruk!

IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir

Aslani


KOTA BHARU, 28 Mei: Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat sini malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PRK Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, belum pun kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara rasmi, bil terbaru yang diterima pengguna sudah tercatat kadar tarif baru.

Katanya, ramai terkejut menerima bil bulanan terbaru mereka apabila tercatat kenaikan tarif elektrik biar pun kerajaan belum mengumumkan secara rasmi.

Menurutnya juga mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga Petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

”Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” ujarnya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

”Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi membodek Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

”Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” ujarnya.


sumber:harakahdaily