Followers

Saturday, May 28, 2011

Proses pembangunan paling cemerlang yang hanya Umno/Bn mampu lakukan....

Dalam gumbira menyambut berita Ron95 tidak naik harga, tariff elektrik pula dikaji-kaji akan dinaikkan! Itulah negara 1Malaysia di bawah pemerintahan Umno/Bn, pemerintahnya, yang hanya mereka yang pandai membuat dan membawa pembangunan dalam 1Malaysia ini, kini tak ada fikiran lain,hanya kerja nak naik sahaja! Nampak sangat 1Malaysia sudah semakin kotai!

Kenapa kotai ? Kerana hanya para pemimpin Umno/Bn sahaja yang pandai memerintah. Itulah sebab kotai. Bahana takbur para pemimpin Umno tertunai sudah dengan bala pelataka yang dipanggil kebuntuan menghadapi kemelesetan ekonomi.


Selama ini para pemimpin Umno sibuk menyongsangkan pemikiran rakyat yang kurang membaca dengan falsasah hanya kerajaan Umno/Bn sahaja yang pandai, boleh dan mampu membawa kesejahteraan dan pembangunan untuk rakyat. Ya....kini sampailah ke tahap pembangunan menaikkan harga barangan keperluan rakyat! Pembangunan yang paling menggembirakan para pengundi Umno yang kurang membaca dan berfikir. Asalkan Umno ya.....miskin pun tak apa!


Harga gula sudah naik, harga barang-barang keperluan dapur banyak yang naik, harga sayur, ikan dan ayam tak usah cakap, harga minyak Ron97 kalau boleh pemimpin Umno/Bn mahu naikkan hari-hari, harga makan para pelajar di perantauan pun naik hingga ada para pelajar yang makan nasi dengan hanya berlauk ikan goreng dan berkuah kicap tanpa sayur dan lain-lain, harga makanan dan kuih muih di kantin-kantin sekolah dan institusi pendidikan turut naik, harga gandum dan beras...tunggu saja !



Harga minyak Ron 95 yang cemas-cemas mahu dinaikkan akan tetap dinaikkan. Bila? Jika hari ini Umno/Bn menang PRU ke 13, tak lama selepas itu harganya akan naik! Fitnah? Apa pula fitnahnya! Sebelum PRK Tenang dulu, harga minyak dikatakan tidak akan naik tapi sebaik selepas Umno/Bn menang PRK Tenang semua terbuntang biji mata 1Malaysia mendengar pengumuman kenaikan harga Ron 7! Ini juga akan berlaku kepada harga Ron95 jika Umno/Bn menang PRU ke 13 nanti!


Jom kita menangkan Umno/Bn lagi kerana menaikkan harga keperluan rakyat atas projek pembangunan penyelarasan subsidi, selepas kemenangan itu adalah pembangunan paling cemerlang yang hanya mampu dilakukan oleh pemerintahan Umno/Bn!


Friday, May 27, 2011

Bila 2 ekor badut 'berperang'.....

Peperangan memang menggerunkan. Semua orang tidak mahu berlakunya peperangan. Mendengar akan peperangan semua orang rasa cemas, takut dan menggigil. Tapi apa yang berlaku di 1Malaysia apabila dua ekor badut ’berperang’ semua orang gelak, semua orang tak ntakut pun, tak gerunpun, malah ada yang geli hati terguling-guling agaknya!

Perangan badut bukan sahaja nampak kelakar malah memang kelakarpun! Satu badut botak, satu badut bulat! Dua-dua tetap badut! Dua memang badut! Badut yang cuba menggembirakan ketua badut! Soalnya gembirakah dan gelihatikah ketua badut itu? Nampak macam masam saja mukanya....!


Siapa yang sebenarnya badut?


Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya? Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.


“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat. “Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM. “Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.


Nazri pada Selasa lalu berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung isu 'perang salib' kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif. “Telah lebih 10 hari sejak Ibrahim membuat kenytaannya. Saya tidak lihat sebarang huru-hara. Saya tidak fikir orang ramai perlu mengambil serius dengan apa yang dikatakannya... jika kenyataannya mencetuskan reaksi, maka kita boleh tangkap dan dakwanya,” kata Nazri. Merujuk tindakan pemimpin negara yang melarikan diri itu, Ibrahim berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka. “Ianya nama 'hero pengecut bukan jaguh pecut,” perli Ibrahim pada akhir kenyataannya itu.


Presiden PERKASA itu pada 15 Mei lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.


“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya.


Thursday, May 26, 2011

MUBARAK macam orang mabuk je!

MUBARAK singkatan kepada Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (ini pasti wakil rakyat Umno/Bn je sebab wakil dari parti lain mana yang nak anggota MUBARAK…baik pi makan Murtabak), telah mengatakan Ustaz Nasha ok, Tuan Ibrahim ok dan MUBARAK tak kata apa mengenai pencalonan Mat Sabu, maka maknanya Mat Sabu mungkin tak ok bagi MUBARAK!


Kata MUBARAK, dengan dua calon ok maka ada sinar perpaduan Melayu! Begitulah analisis politik MUBARAK. Mudah sahaja kira-kira MUBARAK!


Nampaknya MUBARAK yang telah lama tidak berpolitik tetap sekali sekala mengeluarkan pandangan politiknya. Tapi malang analisis politik MUBARAK jauh ketinggalan zaman, streotaip dan begitu lapok bunyinya! MUBARAK melihat sinar perpaduan Melayu kepada pencalonan Ustaz Nasha dan Ustaz Dato Tuan Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Maka inilah yang lapoknya, malah kalau difikir dua tiga kali nampak pula benaknya.


Kenapa dikatakan begitu? Kerana terdapat 3 faktor yang tidak tercapai difikiran MUBARAK untuk dihadamkan.


Pertama, apakah orang Melayu tidak berpadu? Rakyat berbangsa Melayu kelihatannya hidup seperti biasa dengan pelbagai aktiviti kehidupan, gotong-royong, kenduri kendara, urusan kematian, tidak ada yang saban hari bertetak bertembak sesama mereka malah tiada apa-apa tergambar ada pepecahan. Bagaimana pula MUBARAK melihat konon ada sinar kepada perpaduan Melayu? Bilanya Melayu berpecah! Adik beradik aku ada PAS, PKR malah ada UMNO totok, elok saja kami berkeluarga!


Kedua, kalau benarlah kononnya Melayu perlukan perpaduan, MUBARAK bukan sepatutnya melihat kepada PAS, malah mesti melihat kepada UMNO yang berkerajaan di Putrajaya itu. Alasannya, Kelantan negeri Melayu, kenapa kerajaan UMNO tak bagi royalti petroleum kepada kerajaan negeri tersebut demi perpaduan Melayu? Trengganu yang juga negeri majoriti Melayu, sebaik diperintah oleh PAS, kenapa kerajaan UMNO dengan khianatnya tukarkan royalti menjadi wang ehsan? Dalam persempadan semula kawasan pilihanraya, kenapa tidak dibuka lebih banyak kawasan majoriti Melayu di negeri-negeri majoriti Melayu? Anwar Ibrahim mempunyai begitu ramai penyokong dalam kalangan Melayu, kenapa saban hari maruah Anwar diaibkan? Tidakkah MUBARAK terfikir mengaibkan Anwar Ibrahim bermakna mengaibkan bangsa Melayu yang terkenal sopan santunnya? Perbuatan UMNO mengaibkan Anwar Ibrahim juga telah menjatuhkan imej mulia orang-orang Melayu yang beradab. UMNO mengaku sebagai parti Melayu tetapi berperangai tidak beradab dan sungguh kurang sopan sehingga tergamak mencerita semua perkara dan hal dalam kain dan lubang dubur orang Melayu juga! Dilihat oleh bangsa lain maka seolah-olah begitulah perangai orang-orang Melayu sedangkan itu perangai UMNO sebenarnya! Dalam hal ini Umno tidak menyumbang kebaikan kepada imej dan maruah orang-orang Melayu!


Maka jelas yang menggugat perpaduan dalam kalangan Melayu bukanlah PAS tapi UMNO itu sendiri yang berkerajaan secara gedebe itu. MUBARAK sepatutnya melihat dan seru harapan kepada Umno bukan mengharap perpaduan Melayu dari kedudukan Timbalan Presiden PAS yang tidak boleh membuat keputusan parti secara sendirian itu.


MUBARAK sepatutnya berkata, PAS ok, Pakatan Rakyat ok, BN tak ok, UMNO lagi tak ok, Najib terus KO! Ekonomi negara di bawah Najib terus semput apatah lagi akhlak para remaja Melayu! Maka sekali lagi Najib memang tak ok!


Wednesday, May 25, 2011

Antara kejayaan UMNO yang cukup bergaya!

Inilah agaknya antara sebab bangganya Khairy terhadap UMNO sebagai hanya satu-satu pembela Melayunya! Dan sudah tentu Melayu yang sering dan tidak serik-serik dipandirkan UMNO berbangga teramat sangat dengan pencapaian hebat UMNO sang pembela Melayu itu!


Antara ‘kejayaan membanggakan’ oleh pemerintahan UMNO kebanggaan KJ dan golongan lemah fikiran adalah:

  1. 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000-2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara miskin).

  1. 4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun 1990 dan 2009.

  1. 40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia.

  1. 3 dari empat keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputra.

  1. 34% dari pekerja Malaysia (dianggar seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan iaitu bayaran di bawah para kemiskinan.

  1. 62% dari jumlah RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan yang ditanggung kerajaan setiap tahun adalah subsidi kepada sector korporat (penjana bebas, konsesi lebuhraya) bukan untuk rakyat jelata.

  1. RM4 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang cuba ditarik balik Umno/Bn, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya setiap tahun.

  1. RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat yang cuba ditarik balik.

  1. RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia paling buruk di Asia…paling buruk di Asia tau!!

  1. Malaysia yang diperintah oleh Umno dominan Bn, kini berada ditangga ke 16 dari 20 negara dalam senarai kedudukan ‘Daya Saing Ekonomi’ 2011 oleh Institut Pembangunan Pengurusan daripada tangga ke 10 tahun 2010.

  1. Kedudukan Malaysia yang diperintah UMNO bertambah teruk dalam indeks Persepsi Korupsi (CPI) oleh Badan Transparency International setelah jatuh ke tangga 56 setaraf dengan negara Namibia dan Turki.

  1. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diperintah oleh UMNO telah mencatat kesederhanaan 4.6% untuk suku pertama tahun 2011 berbanding 10.1% suku pertama tahun 2010 dan 4.8% pada suku keempat tahun 2010.

  1. Malaysia yang diperintah UMNO ini mempunyai perkhidmatan jalur lebar yang teruk dan kadar penetrasi rendah iaitu di bawah 50 peratus.

  1. Dan sudah tentu ‘kejayaan yang paling bergaya’ Malaysia yang diperintah oleh anggota dominan BN iaitu UMNO, yang telah disahkan oleh WHO adalah menduduki tangga ke 10 pengguna arak terbesar dunia dengan anggaran rakyat Malaysia menghabiskan RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak yang begitu mudah diperolehi termasuklah di tempat-tempat seperti di Pulau Tioman, Pahang! Terbukti satu dasar penggalakan minum arak yang mampu menjadi model dunia!!

  1. Antara kehebatan Yang terkini, ialah kerajaan pimpinan UMNO ini suka membuat kerja-kerja pelik yang mungkin dirasakan sebagai satu bentuk ‘kreativiti dan inovasi’ iaitu sedang berusaha keras untuk “mengharamkan” Parti Keadilan Rakyat melalui perkakas yang bernama ROS. Begitulah bergayanya UMNO, semakin ting-tong gaya pergerakan dan pemikirannya, arak yang sepatutnya diharamkan, Parti Keadilan Rakyat pula yang mahu diharamkan.

Demikianlah antara ‘kejayaan kerajaan pimpinan parti yang paling dominan dalam BN iaitu UMNO yang begitu disanjung oleh KJ sebagai hanya satu-satunya pembela Melayu !! Yaehh…hanya satu-satunya pembela melayuuuuuuu!!!!!


Felda sakit atau Felda pandir: Berniaga sawit masih meminjam duit!

Kalau orang kata meniaga macam Pak Pandir pasti Felda marah. Yang lebih-lebih marah ialah UMNO dan para pemimpinnya. Apa tak pak pandirnya, orang membuka ladang dan meniaga berkaitan kepala sawit sekarang boleh buat duit, untung, Felda yang ladang kelapa sawit penuh Malaysia, meminjam lagi duit dari KWSP!


Biasanya orang meminjam ini ialah orang tidak ada duit atau tak cukup duit. Dalam konteks Felda, adalah tidak munasabah tidak ada duit atau tak cukup duit.


Habis tu kenapa Felda meminjam lagi dari KWSP (duit rakyat)? Aku agak, pasti ada polong yang tak cukup-cukup duit hingga Felda tak tersuap dengan duit tabung sendiri! Tabung dah kotai! Maka terpaksalah Felda meminjam. Atau mungkin betul kata bekas timbalan menteri yang pernah jaga Felda dulu, felda dah pokai?


Inilah dia kalau diberi labu kepada tikus atau labu dapat kepada tikus. Semua dapat kepada dia, jahanam atau bankrap!


Untuk apa Felda pinjam RM6b dari KWSP

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta kerajaan menjelaskan tujuan Felda membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya laporan yang diterima pihaknya dua minggu lalu itu tidak benar, Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mesti membuat penafian dan sekiranya tidak benar, Anak menuntut penjelasan segera mengenai penggunaan wang tersebut.



"Laporan yang anak terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?



"Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda dan keseluruhannya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.



Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa Felda sedang mengalami krisis kewangan yang serius sehingga terpaksa membuat pinjaman tersebut dalam pada Felda diwarwarkan sebagai agensi yang mempunyai keuntungan yang tinggi selepas Petronas.



Laporan Felda meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab Felda belum lagi reda.



"Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.



"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.



Ahmad dalam jawapannya itu memberi alasan bahawa kemerosotan itu disebabkan sejumlah wang digunakan untuk tujuan tertentu.



RM2 bilion katanya digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda.



Mazlan berkata, meskipun laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan mengenai penggunaan wang tersebut, dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sehingga hari ini tidak ada sebarang maklumat daripada pihak polis.


Sumber: Harakahdaily

Sunday, May 22, 2011

Orang Kelantan bertuah, orang di tempat lain tolak tuah!

Begitulah hebat, kental dan bergayanya dakwah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Sentiasa mentarbiah semua golongan rakyat tak kira siapa mereka sehingga ke kapten pasukan bola sepak pun. Orang-orang Kelantan khususnya orang-orang Melayu di sana yang kuat pegangan Melayu dan Islamnya bertuah kerana mempunyai seorang alim dan wara menjadi Menteri Besar. Semuanya itu kerana orang-orang Kelantan itu sendiri yang mahu MB yang begitu, alim dan wara' yang boleh memimpin bukan sahaja untuk kehidupan dunia malah juga untuk kehidupan di akhirat nanti.

Di negeri-negeri lain seperti Perlis, Johor, Perak, Pahang, Melaka, Trengganu dan Negeri Sembilan bagaimana?

Orang-orang Melayu Kedah alhamdulillah, telah mengikut jejak orang-orang di Kelantan maka Ustaz Azizan telah dijadikan MenteriBesar. Hakikatnya ialah orang-orang Kedah mahukan begitu, mahukan Menteri Besar yang bukan sahaja bijak hal ehwal dunia malah cendikiawan dan alim hal ehwal agama Islam. Hasilnya Kedah semakin cemerlang!

Orang Melayu Perlis? Setakat ini orang-orang Perlis masih tetap mahukan Isa Sabu yang menyebabkan Shahidan Kassim juga terliur untuk kembali ke situ. Orang-orang Perlis terutama orang-orang Melayu mahukan MB yang begitu, yang macam Isa Sabu atau yang macam Shahidan Kassim. Setakat hari ini orang-orang Melayu di Perlis masih tak mahu MB Melayu yang macam Tuan Guru Harun Din atau Ustaz Hashim Jassin. Yang pandai tafsir Quran dan hadith dan boleh buat macam-macam termasuk mandi dan solat jenazah mana-mana orang yang mati di Perlis, orang Perlis masih tak mahu dari jenis itu. Pelik, apa istimewanya MB dari jenis Isa Sabu atau Shahidan Kassim? Dan kenapa agaknya orang-orang Melayu Perlis tak mahu bernaung di bawah pimpinan ulama macam orang Kelantan?

Di Perak, nasib orang Perak agak malang kerana kuasa jembalang telah meletakkan pakar ancak ke kerusi Menteri Besar. Tak apalah jangan putus asa cuba lagi dalam PRU ke 13 nanti!

Di Johor, Datuk Mahfoz yang alim, wara’ dan cedikiawan itu pun tidak diingini Melayu Johor. Peliknya Cina Johor mahu pulak Datuk Mahfuz! Orang-orang Melayu Johor macam juga Halimah Saddique dan pemimpin-pemimpin UMNO lain tetap mahukan Ghani Osman jadi MB mereka. Kalau begitu akan malang dan kempunanlah orang-orang Melayu Johor jika mahu mengikuti kuliah agama mingguan dari Ghani Othman dan berimamkannya dalam apa juga solat di Johor! Di Kelantan kapten bola sudah mahu dijadikan imam, di Johor MB pun belum jadi imam lagi!

Di Pahang pun sama. Orang-orang Pahang ada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang alim dan wara' amalan Islamnya tapi tetap mahukan Adnan Yaakub yang terkenal pandai membuat isyarat lucah itu. Itulah keistimewaan dan kekuatan Tok Nan. Allah memberi peluang jika mahu berimamkan seorang Menteri Besar pilihlah PAS dari Pakatan Rakyat, orang-orang Pahang terutama orang-orang Melayu tak mahu Tuan Ibrahim kerana mungkin Tuan Ibrahim tak ada keistimewaan tak pandai nak buat isyarat macam Tok Nan buat! Maka tak merasalah orang-orang Pahang nak solat ramai-ramai di Stadium Darul Makmur apatah lagi nak memiliki Stadium yang ada masjid! Untuk bergalak dalam Fiesta Idola, no problem, kerajaan Adnan Yaakub boleh uruskan kerana itu sahajalah yang kerajaan Adnan Yaakob pandai! Adnan Yaakub ini juga ada sediakan sebuah kilang radioaktif Lynas di Gebeng! Memang Adnan seorang MB yang bijak kerana kilang yang semua negara tak mahu, Adnan dengan wawasannya yang melangkau planet bumi itu telah membawa kilang itu ke Pahang! Itulah namanya bijak...mengalahkan pemimpin dunia yang lain!! Namun kalau nak merasa cacat seumur hidup, bantut atau mati dek kerana kebocoran radioaktif dari kilang Lynas nanti, datanglah dan menetaplah di Pahang!

Di Melaka pula dah ada Ustaz Ghani Abdul Rahman yang alim dan wara’, tapi orang-orang Melaka tetap mahukan Ali Rustam yang pandai berkokok itu. Orang Melaka tidak mahu Ustaz Ghani yang tak pandai berkokok gamaknya. Kalau di Kelantan Tuan Guru Nik Aziz mahu bina stadium yang ada masjid dan berimamkan kapten pasukan bolasepak Kelantan, maka di Melaka, Ali Rustam bina Sekolah Hamil dan melahirkan lebih ramai ibu-ibu hamil tiba-tiba di Melaka! Syabas orang Melaker!

Di Trengganu diharap orang-orang Trengganu telah belajar dari kesilapan lampau. Kembalikan orang-orang alim, wara' atau yang berjurus mentadbir Trengganu. Kan Trengganu ada Tuan Guru Haji Hadi, ada Datuk Harun Taib, ada Tuan Syed Azman, ada Wahid Endut, tak kan nak bagi kepada Mat Saad jugak! Atau nak kembalikan kepada Mat Deris Jusoh semula? Pelik mu !

Maka kesimpulannya orang-orang Kelantan dan Kedah juga yang bertuah. Mempunyai MB yang ulama, wara’ dan alim agama Islam untuk mampu dijadikan panduan dunia dan akhirat oleh rakyat. Orang-orang Melayu dan Islam di negeri-negeri lain nampaknya, setakat ini masih menolak tuah! Atau bukan orang berjurus, bukan orang alim dan wara’ menjadi MB itu merupakan satu tuah? Bertuah kita ulama dan orang wara’ tidak menjadi MB! Bertuah kita Ali Rustam, Ghani Othman, Mat Hassan, Isa sabu dan Zambry jadi MB kita....selamat kita dunia dan akhirat? Begitu ? Begitulah agaknya!