Followers

Friday, May 20, 2011

Peduli apa rakyat...UMNO kan PERKASA!

Peduli apa borak kedai kopi rakyat!

Hanya borak kosong, lagipun tak apa rakyat yang itu tak pandai serius !


Peduli apa bisikan rakyat!

Hanya bisikan dalam kelambu!


Peduli apa sok sek sok sek rakyat!

Hanya menzahirkan manjanya kamu rakyat...cheh!


Peduli apa rungutan rakyat!

Hanya rungutan yang tidak akan ke mana!

Rakyat masih sayangkan kita (UMNO)....kerana hanya kita pandai membawa pembangunan....tengok di luar sana semua hidup primitif!!!

Bertuah rakyat kita!


Peduli apa kecoh rakyat!

Hanya hantar FRU, kecut dan lanjut semua!


Peduli apa susah rakyat!

Hanya susah sikitpun tak boleh....

Rosmah Mansur lagilah susah..,

kesian Rosmah!!

Rakyat hanya mengada-ngada....tak boleh susah sikit....cheh!


Peduli apa komplen rakyat!

Hanya membuang masa,

Urusan keparat koperat kroni masih banyak dan penting!


Peduli apa rakyat....

bulan depan harga baru Ron 95 tetap akan diisytiharkan!


Peduli apa rakyat...

rakyat yang itu semuanya bodoh,

bukan tahu bahawa harga baru itu maksudnya harga RON 95 naik!


Peduli apa rakyat...

padan muka rakyat yang itu....

yang undi UMNO/BN itu.....BN kan Barang Naik atau Batang Naik!


Peduli apa rakyat!

Harga Ron 95 pasti akan naik....

untuk selaras subsidilah bodohh!!


Peduli apa rakyat....

Naiklah apa pun...orang Melayu yang itu akan tetap pangkah UMNO!


Peduli apa rakyat ....

asalkan orang Melayu yang itu terus bodoh!!

UMNO adalah segala !


Peduli apa rakyat….

mari kita gumbira ramai-ramai….

RON 95 akan hanya diselaraskan harga sahaja bulan depan!!!!


Harga Baru RON95 Awal Bulan Depan

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.


"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.


Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama dengan hypermarket/pasaraya, syarikat minyak dan persatuan hotel di sini, Jumaat.


Sumber:mstar



UMNO mahukan PAS bukan untuk perpaduan Melayu tetapi untuk dijadikan 'makanan' politik kotornya

UMNO pasti tidak akan terima tawaran balas Dr Dzulkefly Ahmad itu kerana bukan menjadi satu niat tulen UMNO untuk berbincang tentang perpaduan Melayu. UMNO hanya menjadikan isu perpaduan Melayu dengan PAS sebagai provakasi untuk hanya menenangi hati orang-orang Melayu. Yang penting bagi UMNO bukan PAS tetapi undi orang-orang Melayu. Jika UMNo kini telah bulat memperolehi undi Melayu, UMNO pasti akan tendang PAS ke longkang. PAS tidak berguna satu senpun buat UMNO sewlagi UMNo boleh berdiri sendiri! Itulah wajah hodoh UMNO.

Kalau benar UMNO ikhlas mahukan perpaduan dalam kalangan orang-orang Melayu selesaikan isu Anwar Ibrahim dengan adil dan Islamik kerana ramai orang-orang Melayu yang berada dan menyokong PKR malah Anwar dan keluarganya itu sendiri orang Melayu.

Kalau benar UMNO ikhlas mahukan perpaduan dalam kalangan orang-orang Melayu berikan royalti minyak kepada Kelantan, yang merupakan sebuah negeri majoriti Melayu.

Tidak, UMNO bukan mahukan PAS demi perpaduan Melayu tetapi UMNO hanya mahu kan PAS sebagai makanan politik Machievelli-nya! Yang penting bagi UMNO undi Melayu untuknya dalam PRU ke 13 nanti bukan PAS.

Oleh itu tawaran Dr Dzul itu adalah wajar jika UMNO benar-benar ikhlas dalam sikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorongnya terhadap PAS!


PAS setuju tapi bukan atas kesatuan Melayu

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno bila-bila masa tetapi bukan atas dasar ketuanan Melayu tetapi mengajak parti itu melaksanakan keadilan Islam.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau yakin PAS sejak dari awal bersedia berbincang dan berdiskusi dalam semangat dan tuntutan ‘agama itu nasihat’, semangat ‘at-Tawaasi- ingat mengingait’ dan ‘at-Tadaafu’-semak dan imbang’ seperti yang tuntut al-Quran.

"Ajaran agama inilah yang menjadi dasar dan asas kami bertindak sekaligus merupakan tuntutan Allah SWT dalam Al-Quran," kata beliau.

Bagaimanapun, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor, tentunya pertemuan ini perlu melepasi hanya isu dan topik kesatuan Melayu "kerana ada yang lebih penting, lebih besar dan lebih dhoruri dan menekan hari ini untuk dibincangkan."

Dr Dzulkefly menjawab pelawaan Umno melalui ketua penerangannya, Datuk Ahmad Maslan yang sekali lagi mengundang PAS untuk berbincang atas nama kesatuan Melayu.

Bagi beliau, Umno telah menggunakan kaedah dan pelawaan ini beberapa kali dalam waktu yang lalu, bagi membuktikan bahawa mereka serius tentang isu ini dan PASlah yang enggan dan dipaparkan oleh media Umno-BN sebagai sombong dan angkuh.

"Ini adalah taktik Umno memenangi hati-budi orang Melayu terutama golongan yang tidak mendapat maklumat selain dari sumber media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia, RTM cetak dan elektronik," katanya kepada Harakadaily.

Sehubungan itu, beliau memberikan beberapa asas penting yang perlu menjadi topik perbincangan yang antaranya:-

(i) Bagaimana Islam hari ini telah tercemar dan kesucian Islam sebagai agama dan satu cara hidup yang menatijahkan kehidupan bernegara yang berkat dan sejahtera, kerana amalan dan urus-tadbir sebuah kerajaan yang hanya mengaku Islam tetapi membawa tata-kelola dan pengurusan kerajaan atau ‘governance’ yang sarat dengan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme yang kesemua merosakkan imej dan kesucian Islam dan tanggapan buruk kaum dan agama lain terhadap orang Melayu-Islam. PAS merasakan topik ini paling penting untuk Islam dan survival dan daya saing orang Melayu.

(ii) Bagaimana Islam sebagai agama dan Rasul sebagai ‘Rahmatan lilL ‘Aalamin’ rosak dengan doktrin yang diperjuangkan oleh Umno dengan mengangkat ketuanan Melayu sempit mereka. Islam tercemar dengan gagasan ketuanan Melayu ini, dan orang Melayu-Islam sangat mahu Islam dan kedudukan orang Melayu sebagai etnik terbesar di negara ini tidak perlu dilihat sebagai melakukan ‘dominasi’ dan ‘menindas’ kaum dan agama lain.

Islam akan menyelamatkan orang Melayu-Islam khususnya dan agama serta kaum-budaya lain di negara ini dengan sifat Islam yang Rahmah dan Ihsan-Belas kepada semua. Umno memburukkan imej dan citra Islam – ini perlu dibincangkan segera terutama mutahir ini.

(iii) Bagaimana Umno sebagai paksi pemerintahan BN hari ini terus-menerus gagal menggunakan media perdana cetak-elektronik bagi mewujudkan iklim dan suasana yang sihat untuk kebangunan akhlak dan minda serta sikap yang positip di kalangan muda-mudi dan orang dewasa tetapi sebalik secara jelek dan keji, menggunakan media perdana menonjolkan dan mencorakkan serta menaja ‘politik jelek, keji dan jijik’ dalam media perdana yang merosakkan akhlaq serta imej baik Islam di Negara ini.

Media sepatutnya memurnikan akhlak dan iklim politik bukan sebaliknya merosakkan termasuk juga segala program buruk yang mencetuskan pelbagai gejala kebejatan dan keruntuhan akhlak muda-mudi dan juga tabiat serta gelagat buruk golongan dewasa.

(iv) Bagaimana sebuah negara yang kaya dengan hasil sumber per kapita yang tertinggi di dunia seperti yang diakui oleh Bank Dunia, hari ini mengalami dan berdepan dengan kedudukan ekonomi yang hilang daya-saing sekaligus gagal mengamit pelaburan asing.

Negara juga terperangkap dalam jajaran ekonomi ‘berpendapatan sederhana’, jurang antara kaum dan dalam kaum yang terus melebar, hutang awam semakin meningkat, jurang pembangunan wilayah semakin ketara anatara negeri miskin dan kaya, ketirisan dalam system ‘delivery’ kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Semua ini bertentangan dengan tuntutan Islam yang mahukan pertumbuhan mapan dan agihan adil serta pengurusan yang bebas rasuah dan pembaziran. Ini yang wajar dan wajib diperbincangkan atas tuntutan ‘At-Ta’awun – tolong menolong dalam kebajikan dan ketaqwaan.

(v) Orang Melayu sudah bersatu kerana pegangan akidah – ini tuntututan Allah SWT – Wa’tasimu bi HabliLah – bersatu berpegang tali Allah yakni Islam! Kita sudah Islam – PAS dan Umno sudah Islam. Tetapi mengapa Umno tidak komited untuk memperjuangkan tuntutan Islam seperti yang ditegaskan secara ringkas di atas tadi? Kesatuan memperjuangkan Islam itu yang penting dengan apa jua cara dan organisasi itu yang dituntut Alah SWT.

"Ini yang perlu kita bincangkan dan diskusikan! Bukan kesatuan Melayu!" tegas Dr Dzulkefly lagi.

Katanya, buat apa Melayu bersatu kalau membelakangi dan tidak komited mendokongi Islam.

"Ahli akar umbi Umno mesti menyeru pimpinan tertinggi mereka untuk melaksanakan tuntutan Islam sepenuhnya – bukan bila ianya sesuai dengan kepentingan politik mereka – melaungkan slogan jihad pada tempat yang salah dan memperjungakan Islam secara sempit yang akhirnya menakutkan orang bukan-Islam dan mencemarkan kemurnian dan kesejagatan Islam.

"Islam bukan untuk orang Islam sahaja dan Islam tentunya bukan untuk orang Melayu sahaja. Islam ialah “Rahmatan lIlL'," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengundang Umno, demi kepentingan Islam dan orang Melayu khasnya, kesejahteraan negara amnya berdiskusi dan mencari penyelesaian tuntas atas semua isu-isu ini.

"Melayu akan selamat dan kaum serta agama lain juga akan selamat dengan cara ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.


Sumber: harakahdaily

Thursday, May 19, 2011

Sindrom gila babi tak mampu disekat lagi, ROS 'pesakit' terbaru!

Apa sahaja yang berkaitan dengan manusia yang bernama Anwar Ibrahim akan dihapuskan. Nama manusia ini begitu trauma kepada UMNO, parti yang konon menjadi parti Melayu terbesar itu. Sebut sahaja nama Anwar Ibrahim, seluruh para pemimpin dan bekas presiden dan totok UMNO akan menjadi gila babi kalau tidak pun menjadi pandy kutty! Begitulah UMNO !


Sejak dipecat dari UMNO oleh Raja UMNO iaitu Mahathir, Anwar Ibrahim dibelasah separuh nyawa. Muka dan mata Anwar Ibrahim lebam! Tulang belakang Anwar Ibrahim terus menerima bahana akibat terjatuh akibat karate seorang bekas KPN. Racun arsenic pernah menjadi ancaman kepada nyawa Anwar Ibrahim.


Anak Anwar Ibrahim telahpun menerima ugutan bunuh yang mengakibatkan Nurul Izzah terpaksa membuat laporan polis. Isteri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah pernah digesa memohon bercerai daripada Anwar Ibrahim oleh totok UMNO hanya kerana fitnah yang direka sendiri oleh UMNO parti mereka yang tidak ada akhlaq dan maruah itu, bukan kerana krisis rumah tangga. Malah kereta yang dinaiki oleh Datin Seri Wan Azizah isteri Anwar Ibahim disyakki pernah cuba disabotajkan!


Kini parti yang dianggotai oleh Anwar Ibrahim, PKR juga akan dilenyapkan melalui perkakas yang bernama ROS pula setelah mungkin telah terlihat oleh UMNO tidak mampu untuk menghadapi PKR dan Pakatan Rakyat di medan pilihanraya? Nampaknya kemaraan berterusan Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat telah menyebabkan UMNO sesak nafas dan menggelabah tak keruan sehingga terpaksa menambah hamba abdi dan perkakas jahat untuk mempertahankan nasfu dan kuasa rakus mereka.


Dalam kes video seks itu, semua tokoh Islam menentang fitnah seks terhadap Anwar Ibrahim tetapi para pemimpin utama UMNO dan tokoh-tokoh agama UMNO terus membiarkan fitnah berpanjang malah menggalaknya lagi!


Tokoh ulama fiqh dan perundangan Islam, pengarang kitab ‘Fiqhul Islam Wa Adillatuh’, Dr Wahbah Zuhaili menegaskan video dan DNA tidak boleh dijadikan hujah dalam pendakwaan tuduhan zina video seks kerana Islam telah menetapkan dalam masalah itu menyediakan empat orang saksi yang adil yang membawa maksud tidak mengingkari perintah dan menjauhi larangan-Nya serta taqwa.


Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap dengan pendiran mahukan kes yang melibatkan pertuduhan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dibicarakan mengikut hukum Islam. Katanya lagi ini bukan sahaja kes Dato Seri Anwar, bahkan termasuk kes Najib mesti ada empat orang saksi mengikut cara Islam.


Jika beginilah sikap kerajaan UMNO terhadap Anwar Ibrahim, tidak terkejut dan tidak keterlaluan jika ada dakwaan, bukan sahaja maruah dan aib Anwar brahim tidak selamat, mungkin nyawa Anwar Ibrahim pun tidak berapa selamat kerana kemaraan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang terus-terusan mendapat sokongan rakyat kecuali yang bodoh macam UMNO, akan terus menggila-babikan UMNO!


Membabitkan Anwar Ibrahim, perancang konspirasi dalam UMNO memang gila babi sungguh dan nampaknya yang terbaru mendapat syndrome gila babi ini ialah ROS! Buatlah sementara engkau berkuasa dan bawa baliklah hasil upah dan gaji dari kerja-kerja mengkhianati orang lain atau pihak lain itu untuk diberi makan kepada anak bini kamu!


Tuesday, May 17, 2011

Kini Malaysia bebas kencing manis!

Keadaan ekonomi rakyat semakin tertekan kini. Harga gula telah naik atas alasan konon untuk menjaga kesihatan rakyat! Alangkah baiknya kerajaan UMNO/BN dalam menjaga kesihatan rakyat. Naikkan harga gula agar rakyat tidak ambil gula berlebihan. Maka sebahagian orang Melayu yang masih bodoh politik, terus angguk kepala menerima dalil UMNO yang penuh dengan auta itu. Kesihan mereka!


UMNO terus menipu sebahagian Melayu yang masih bodoh itu. Dan tipu UMNO menjadi. Sebahagian Melayu bodoh itu terus akan mengundi UMNO walaupun kerana kebodohan mereka, mereka bakal menghadapi tekanan hidup yang getir. Biarlah pemimpin UMNO senang, kita (sebahagian Melayu bodoh itu) susah sikit tak apa!


Bodohnya sebahagian Melayu itu kerana mereka gagal mememikirkan auta UMNO yang penuh muslihat dan jahat itu! Kalau UMNO ikhlas mahu menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat, tutup segera kilang sisa radioaktif di Lynas Gebeng Kuantan itu. Negara Jepun yang mempunyai kepakaran yang berintegriti tinggi tidak mampu menghalang penyebaran radioaktif akibat tsunami, apakah kerajaan UMNO/Bn yang penuh dengan pecah amanah, rasuah dan skandal mampu memberi jaminan radioaktif tidak membahayakan rakyat jika berlaku sesuatu kepada kilang Lynas itu? Rasanya orang gila pun tidak akan yakin dengan jaminan kerajaan UMNO/BN itu, apatah lagi orang-orang yang waras. Jadi siapa yang yakin akan jaminan bohong kerajaan UMNO/BN Adnan Yaakob? Mungkin hanya sebahagian Melayu bodoh!


Orang-orang Melayu di kampung-kampung yang miskin dan di FELDA yang terus menyokong UMNO akan terus menerima bahana kenaikan harga barangan keperluan. Sudah terlihat riak-riak minyak Ron 95 akan dinaikkan harga, Namur sebahagian orang Melayu bodoih terus menyanjung UMNO sebagai parti yang berjaya dan berjasa kepada mereka walaupun kehidupan mereka penuh dengan hutang dan kemiskinan.


Mereka terus merungut namun kebodohan mereka menyebabkan mereka terus menyokong UMNO yang semua pemimpin-pemimpinnya kaya raya! Kalau tidak terbakar tiada orang Melayu yang sedar dan tahu bahawa rumah Setiausaha Agung UMNO empat tingkat!


Antara perkara yang cuba memperbodohkan orang-orang Melayu ialah:

  1. Hanya UMNO yang boleh membawa dan membuat pembangunan. Orang yang percaya ini memang bodoh!
  2. Hanya UMNO adalah parti yang paling berjasa kepada orang Melayu. Orang yang percaya ini juga bodoh kerana apakah jasa kepada Melayu ialah dengan memberi kerakyatan kepada orang asing dengan cara jus soli dahulu?
  3. Hanya UMNO/BN yang boleh menjamin kedaulatan negara Malaysia. Orang yang percaya ini pun bodoh jugak. Singapura terlepas, Pulau Batu Putih terlepas tanpa setitik darah, satu jaminan UMNO boleh jamin kedaulatan negara? Taik!
  4. Hanya UMNO yang mampu menjaga maruah Islam. Orang percaya ini lagilah bodoh. Islam ajar tidak memfitnah orang, tidak mengaibkan maruah orang, tidak membiarkan murtad di sana sini, tidak membuat pertunjukan fesyen pakaian Islam yang mendedah aurat dan menghina nabi Muhammad.
  5. Hanya UMNO yang mampu menyenangkan kehidupan rakyat. Orang yang percaya dongeng ini pun bodoh kerana itu adalah dongeng para pemimpin UMNO semata-mata. Harga barangan keperluan hidup dan makan rakyat, naik melambung. Harga gula naik, harga minuman akan naik, harga kuih naik, harga petrol berkualiti naik, harga barangan keperluan pembinaan naik, harga ron 95 yang katanya sesuai untuk mesin rumput pun bakal naik, harga tambang pengangkutan awam akan naik, perbelanjaan sekolah anak naik – sebahagian rakyat Melayu yang bodoh terus tersengih sambil terus memangkah UMNO yang para pemimpinnya kaya raya sambil melancong ke sana-sini!

Sekali lagi aku menyeru cukuplah kita menjadi Melayu bodoh kerana UMNO…bodoh tidak bertempat! Buktikan kita adalah Melayu cerdik dengan sama-sama menghumban parti UMNO yang sudah keterlaluan memperbodohkan kita selama ini. Kenaikan harga gula tidak akan menyumbang kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia kerana mungkin rakyat Malaysia akan lebih cepat mati kerana tekanan kenaikan harga barangan keperluan hidup mereka!


Monday, May 16, 2011

Kenaikan harga Ron95 kian tidak mampu ditahan kerana UMNO rasa rakyat memang bodoh!

Begitulah rupanya UMNo dan pemimpinnya, parti dan pemimpin yang tidak habis-habis sumber kuasa dan rezeki mereka dengan cara mahu menipu rakyat. Namun rakyat yang akan terus tertipu adalah sebahgian rakyat yang sering membodohkan diri untuk ditipu UMNo demi taik dan kepala taik.

Rakyat yang celik dan cerdik sudah tahu bahawa UMNO/BN jenisnya memang penipu besar tetapi sistem dalam negara sejak akhir-akhir ini, yang penuh dengan kecacatan, menghalang mereka untuk menikmati demokrasi yang tulin.

Oleh yang demikian kenaikan harga minyak Ron95 yang semakin hampir perlu menjadi titik yang lebih jelas dan bersemangat untuk rakyat menghukum UMNO/BN dalam PRU ke13 nanti. Jika tidak, memang rakyat akan terus cuba diperbodohkan!


Ron 95: Rakyat akan ditipu lagi

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Rakyat terus ditipu lagi dengan permainan licik kerajaan Umno BN, apabila harga petrol RON95 akan dinaikkan setelah harganya kini begitu membebankan.

Pada hal tiga lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tidak perlu risaau kerana harga RON95 tidak akan dinaikkan.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, cakap Datuk Ismail Sabri itu bagaimanapun tidak boleh dipakai kerana ia hanyalah untuk mengelirukan rakyat.

Menurut beliau, kenaikan petrol RON95 tidak sepatutnya berlaku kerana jika RON95 dinaikkan ia pasti akan melibatkan bebanan seluruh rakyat.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan RON97 yang hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja, tetapi jika RON95 dinaikkan ia pasti akan turut melibatkan kenaikan harga barangan lain yang pasti akan lebih menghimpitkan lagi kehidupan rakyat pelbagai peringkat.

"Dalam hal ini, saya cukup hairan apabila tiga hari lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri yang mengatakan harga RON95 tak akan dinaikkan, hari ini dia sendiri pula yang minta rakyat bersedia kerana RON95 akan dinaikkan lagi atas alasan kenaikan harga minyak dunia.

"Jadi ini jelas menunjukkan cakap pemimpin Umno yang tak boleh dipakai, cakap orang yang tak ada penelitian, tak tegas dan ternyata hanya untuk mengelirukan rakyat sahaja," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama hari ini yang mengatakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat bersedia dengan kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95.

Menurut Ismail, kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya ketika mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata, kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut kesal dan hairan dengan kenyataan Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku.

"Kenyataan itu amat pelik kerana harga minyak dunia sendiri ada turun naiknya. Jadi kenapa pula harga minyak di Malaysia tak ada penurunannya?

“Ini adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta Kerajaan BN mengkaji balik cadangan untuk mengkaji kembali rasionalisasi subsidi kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat.

"Malah dalam apa keadaan sekalipun, rakyat amat memerlukan subsidi dari kerajaan terutama yang melibatkan minyak. Subsidi untuk minyak pula terutama RON95 melibatkan seluruh rakyat.

"Kerajaan BN jangan pula hanya memberikan subsidi kepada pihak tertentu sahaja seperti IPT yang hanya untuk golongan tertentu sahaja, manakala subsidi RON95 yang melibatkan pelbagai peringkat hendak dikurangkan lagi," katanya.