Followers

Saturday, April 30, 2011

WOOI....NAJIB AJAK PAS MASUK TONG TAIK!!!

Dalam kes sumpah laknat Datuk T, ulasan Najib sungguh malang bunyinya. Bagaikan kata orang, kelihatannya Najib itu sewaktu tidak membuka mulut macam bodoh, bila membuka mulut maka sahlah Najib bodoh.


Adakah sumpah laknat untuk memfitnah orang berzina itu hak peribadi? Kalau peraturannya, menuduh orang begitu adalah hak peribadi kenapa RPK melalui afidavitnya membuat jangkaan Rosmah berada dilokasi pembunuhan Althantuya diburu? Bukankah afidavit RPK itu hak peribadi?


Bengong sungguh bunyi. Menuduh kepada musuh politiknya ok itu hak peribadi, tertuduh diri sendiri urusan keselamatan negara! Taik kucing!!

Minggu lalu gagal menggoda DAP untuk bersama UMNO dan BN , minggu ini Najib ajak sekali lagi PAS masuk ke dalam tong taik. Buat pulut kuninglah kalau Tuan Guru Haji Hadi nak bawa PAS masuk ke dalam tong taik!


Buat Najib, "Selamat bergelumang dengan ulat-ulat taik dalam tong taik kamu itu."

Dalam menghadapi fitnah yang bertalu-talu, kepimpinan PAS perlu lebih tegas menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim

Tuduhan umum terhadap Anwar Ibrahim oleh Datuk T yang didokong oleh UMNO di bawah pimpinan Najib Razak dan dilindungi oleh PDRM jelas merupakan satu fitnah. Fitnah yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana pemimpin dunia.

Tahap fitnah yang begitu berat dilakukan kepada Anwar Ibrahim oleh Datuk T dan UMNO jelas mengukuhkan tanggapan bahawa hanya kepimpinan dan pengaruh Anwar Ibrahim sahaja yang mampu melenyapkan kekuasaan UMNO/BN dalam pentas politik dan kekuasaan di negara ini.


Sikap, ketahanan mental dan emosi Anwar Ibrahim begitu hebat. Walaupun beliau mungkin sangat tertekan dengan fitnah ini namun beliau tetap tidak sampai menjadi gila malah masih gagah menerajui gerakan perubahan ke arah politik baru untuk rakyat di negara ini. Anwar Ibrahim boleh menamatkan tekanan kepada dirinya dengan cukup mudah jika beliau mahu. Sama ada beliau berunding dengan Najib melalui pintu belakang dan bersara daripada politik atau melarikan diri keluar negara yang mana beliau mempunyai ramai sahabat handai di seluruh dunia, namun beliau nampaknya tidak berbuat demikian. Fitnah yang berat yang memalukan diri, keluarga dan seluruh keturunannya dihadapi dengan tabah dan penuh kecekalan. Bayangkan kalau Najib Razak menghadapi fitnah seumpama ini, aku tidak yakin beliau akan sekuat Anwar Ibrahim.


Oleh yang demikian seluruh parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP wajar meneruskan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan Anwar Ibrahim dalam menggerakkan reformasi di dalam negara. Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana beliau tidak pernah dikaitkan sebagai bersalah secara adil dan Islamik dalam mana-mana peruntukan undang-undang. Sebagai orang yang tidak bersalah maka Anwar Ibrahim harus terus disokong ke arah menguasai Putrajaya kerana buat masa ini hanya di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim UMNO/BN akan mampu ditumbangkan. Bukti betapa bahayanya Anwar kepada periuk nasi kepimpinan UMNO ialah fitnah yang silih berganti dihadapinya.


Oleh yang demikian kepimpinan PAS dan DAP wajar terus tegas dan menguatkan sokongan kepada Anwar Ibrahim melalui Pakatan Rakyat dalam menentang UMNO/BN yang zalim dan penuh penyelewengan itu. Pemimpin PAS baik dari kumpulan yang dipanggil Erdogan mahupun dari kumpulan yang digelar orang Perpaduan harus berhati-hati mengeluarkan kenyataan dalam menentukan sikap terhadap kepimpinan dan apa yang berlaku kepada Anwar. Pemimpin PAS adalah pemimpin parti Islam maka keputusan dalam menentukan sikap terhadap Anwar Ibrahim wajar juga secara yang dituntut oleh hukum Islam.


Friday, April 29, 2011

Alim ulamak Melayu perlu bertindak segera, bersatu dan nyaring hentikan fitnah ini

Fitnah besar sedang berleluasa. Pemfitnah terus menerus membuat fitnah. Pihak penguasa menjadi inspirasi kepada pemfitnah. Yang membuat fitnah orang Melayu. Yang difitnah hebat orang Melayu. Pemimpin yang memerintah yang menggalak dan meransang fitnah orang Melayu. Seluruh orang Melayu berbual seks lucah di mana-mana.

Ah…persetan orang Melayu. Orang Melayu dari dahulu memang sukan membuat fitnah. Cerita dongeng Melayu penuh fitnah. Mahsyuri Langkawi mangsa fitnah. Jatuh tamadun Melayu Melakan pun kerana fitnah.


Tapi bukahkah orang Melayu hampir semuanya beragama Islam? Sampai ada yang kata Melayu itu Islam, Islam itu Melayu!


Melayu itu Islam, Islam itu Melayu apa ke jadahnya kalau hidup mati bangsa Melayu asyik bergelumang dengan pemfitnah dan yang difitnah?


Orang Melayulah paling banyak Ketua Agama Islam. Di negeri Melayulah paling banyak Mufti-mufti yang katanya menjaga agama Islam! Dalam negeri Melayu juga penuh dengan Pengarah-pengarah Majlis dan Jabatan Agama Islam dan entah macam-macam lagi. Tapi kenapa dalam pemerintahan Melayu UMNO ini penuh dengan fitnah?


Kemana Ketua-ketua Agama Islam yang banyak-banyak di Malaysia ini? Kemana mufti-mufti yang menjaga Agama Islam? Kemana para ulamak alim Islam? Tak kan ulama-ualam PAS sahaja yang berbunyi siang dan malam. Tak kan bapak paderi yang sibuk kecam TV 3 kerana tayang video lucah sedangkan tok-tok mufti tidak ada tindakan konkrit yang diambil? Tidurkah semuanya walaupun rakyat semuanya resah dilanda fitnah? Janganlah komen hanya sekadar tak mahu diumpat dek orang sahaja. Beginikah caranya menjaga Islam? Sedih dan sungguh memalukan cara kamu menjaga hukum Islam. Kamu tak mampu langsung untuk nasihat seorang Najib untuk hentikan fitnah yang melata kini! Teruknya kamu!


Pada hari ini orang Melayu sungguh patut merasa malu kepada bangsa lain. Orang Melayu sendiri menghina budaya murni orang melayu dan hukum Islam. Hari ini kerana fitnah jahat ini, yang digalakkan oleh penguasa demi politik rakus, orang lain sedang melihat orang Melayu dengan penuh kehinaan dan jelek.


Menteri Agama pun sungguh memalukan. Apalah boleh diharap kepadanya sekiranya tidak mengajar ilmu yang betul. Membenar dan menyokong sumpah laknat dalam keadaan fitnah melata, membuktikan betapa bangangnya menteri agama negara ini. Tak kan seorang menteri agama tidak tahu di mana letaknya sumpah laknat itu dalam kaedah Islam. Patutlah dia menjadi penghalang besar kepada dakwaan Qazaf Saifol dahulu. Menteri agama yang memalukan!


Nampaknya mufti-mufti, para ulamak dan cendikiawan Islam tidak mampu hentikan fitnah ini maka rakyat perlu bersedia untuk bangkit dalam PRU ke 13 nanti untuk hentikan fitnah jahat yang berleluasa dalam media-media massa kerajaan dan pro. Kita semua patut kecewa dengan mereka yang sedang dibuai lena dengan kemewahan dan jawatan, walapun tahu agama tapi tak buat apa-apa malah membiar atau mungkin sedang bersekongkol dengan pemfitnah? Sepatutnya para ulamak termasuk mufti-mufti beramai-ramai pergi jumpa Agong, jumpa Najib, jumpa semua kabinet, jumpa KPN, jumpa peguam negara dan jumpa semua sultan-sultan untuk menghentikan fitnah jahat itu. Tapi mereka masih bersedap-sedapan di bilik hawa dingin masing-masing. Fitnah terus melata. Sedih!


Betullah kata Tuan Guru Nik Aziz bahawa dia tidak bangga jadi Melayu tetapi sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam! Melayu memang teruk hari ini! Melayu haprak bukan sahaja Mahatihir termasuklah mereka yang alim ugama tetapi tidak buat apa-apa untuk menghentikan fitnah ini! Rupanya beginilah yang dikatakan Melayu Haprak!


Thursday, April 28, 2011

11 fakta logik pelakon video lucah itu bukan Anwar Ibrahim

Lagi sekali dikeluarkan ke khalayak ramai melalui youtube apa yang dikatakan bahagian ke 2 video seks Anwar Ibrahim. Maka ramailah yang menonton, mengulas dan membuat analisis masing –masing. Aku bukanlah pengikut parti Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bukan pemimpin parti aku. Aku tidak ambik hal sangat apa yang Anwar Ibrahim lakukan secara peribadinya. Itu dia punya hak dan dia punya hal macam orang lain juga.

Namun demikian aku yang turut mengikuti isu video ini sejak dari awal, seperti juga orang lain, aku tetap mengatakan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Aku ada fakta sendiri yang cukup mudah dan simple. Aku kuat mengatakan bahawa video itu adalah hanya semata-mata untuk menghalang kemaraan Anwar Ibrahim dalam memimpin Pakatan Rakyat buat membelasah UMNO/BN dalam PRU ke 13 dan seterusnya nanti. Jika Anwar Ibrahim tidak dimatikan karektornya mahupun nyawanya mungkin, atau jika Anwar tidak digilakan, UMNO bakal mampus tidak berapa lama lagi. Maka itu bagi puak-puak jahat itu, daripada UMNO yang mampus maka lebih baik Anwar Ibrahim! Ini aku sangat yakin!


Aku mempunyai alasan kukuh bahawa orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim.


  1. Pertuduhan video seks Anwar Ibrahim yang disebar secara umum dan terbuka ini ‘dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan’, bukan sekali-kali mengikut kaedah Islam dan hukum syarak. Maka itu, pertuduhan secara terbuka ini adalah satu usaha meruntuhkan maruah seorang yang beriman. Jelas mengikut hukum Islam, ini adalah fitnah. Aku tidak rela terlibat sama dengan Datuk-datuk Tolol dan kuncu-kuncu UMNO dalam membuat fitnah besar ini. Aku tidak mahu turut membatalkan kesahan aku mengikut hukum syarak bagi menjadi saksi sepanjang hayat aku. Aku hanya akan percaya itu Anwar Ibrahim jika Datuk-datuk Tolol itu kemukakan 4 orang saksi yang beriman untuk Anwar Ibrahim dibicara di mahkamah syariah. Jika tidak jangan kata itu Anwar Ibrahim. Fitnah paling jahat!

  1. Jika kes video lucah itu dibicarakan di mahkamah sivil pula dan keputusan perbicaraan memutuskan itu adalah Anwar Ibrahim, aku tetap tidak mempercayainya. Alasan? Alasan aku adalah berdasarkan pengalaman lalu yang membabitkan manusia bernama Anwar Ibrahim ini, mahkamah di Malaysia tidak pernah memberi keyakinan kepada aku (sama ada rasa di hati nurani aku mahupun difikiran logic) untuk merasai Anwar Ibrahim bersalah. Dari kes apa yang didakwa liwat Azizan hingga kepada kes liwat Syaifool, aku yang sering mengikut berita perbicaraan dapat fikirkan dan merasakan banyak yang tidak betul telah dilakukan oleh sama ada Peguam Negara yang dah mati mahupun Peguam Negara yang masih hidup kini. Keputusan hakim mahkamah juga terlalu amat lemah dari aspek keadilan buat manusia bernama Anwar Ibrahim! Aku hanya boleh menerima Anwar bersalah jika aku merasakan mahkamah telah benar-benar berintegriti dan memberi keadilan sepenuhnya kepada yang tertuduh yang bernama Anwar Ibrahim itu. Sehingga ke tahap ini aku tidak merasai begitu sama ada di hati nurani aku mahupun difikiran rasional ini.

  1. Seterusnya aku yakin itu bukan Anwar Ibrahim kerana orang-orang yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim seperti Wan Azizah dan Nurul Izzah mengatakan secara tegas dan konsisten bahawa itu bukan Anwar Ibrahim. Siapakah orang lain yang boleh menafikan keupayaan mereka mengenali Anwar Ibrahim. Kita jangan melampau dan terlampau. Tambah lagi kawan-kawan Anwar Ibrahim yang rapat dengan Anwar seperti Johari Abdul dan Chegu Bard pun mengatakan itu bukan Anwar Ibrahim. Mengikut cerita Johari Abdul, Shuib Lazim salah seorang Datuk T pun tidak yakin itu Anwar Ibrahim. Kalau mereka yang rapat dan kenal Anwar Ibrahim mengatakan itu bukan Anwar Ibrahim, siapakah kita untuk dengan yakinnya mengatakan itu Anwar Ibrahim? Sekali lagi jangan melampau dan terlampau untuk aibkan maruah orang lain.

  1. Aku juga yakin orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim kerana rakaman video itu telah menggunakan alat rakaman yang terlalu koman dan hitam putih. Dalam dunia yang penuh dengan alat-alat rakaman yang canggih ini, bukankah dengan menggunakan alat yang lebih canggih untuk merakam gambar dengan terang dan warna-warni, akan lebih mudah untuk mengenali itu Anwar Ibrahim dan meyakinkan orang ramai? Apakah bodohnya merakam gambar musuh politik untuk didedahkan kepada khalayak, dengan hanya menggunakan alat rakaman yang tidak berkualiti? Tidakkah itu mesti dengan tujuan dan perancangan yang tertentu? Bagi aku rakaman video ini hanya untuk khalayak bercakap dan konfius berpanjangan sehingga PRU ke 13 nanti bahawa itu Anwar Ibrahim. Maka public opinion terhadap akhlaq Anwar Ibrahim telah berjaya dibentuk berdasarkan umpatan dan fitnah yang melata dalam negara. Satu bentuk pembunuhan karektor yang keji. Jika tidak disekat fitnah seumpama ini, bala boleh menimpa! Dan lagi adalah tidak logic dalam pelbagai alat rakaman canggih bersepah, Datuk T yang kaya raya yang boleh menggunakan kereta mewah, masakan tidak mampu membeli alat rakaman yang canggih, telah merakam musuh utama Eskay dan UMNO yang paling berbahaya, dengan hanya menggunakan alat rakaman bertaraf lebih teruk daripada rakaman perlakuan tidak senonoh budak-budak sekolah sesama mereka, yang memberi gambar yang tidak pasti dan tidak jelas muka Anwar Ibrahim. Atas alasan ini aku percaya ini memang perancangan jahat dan tidak percaya itu adalah Anwar Ibrahim kerana bikinan video yang sepatut begitu mudah untuk meyakinkan orang ramai, kelihatannya penuh dengan persoalan.

  1. Aku yakin itu bukan Anwar Ibrahim kerana cara PDRM membuat pengumuman sangat mengelirukan. Dua hari sebelum PRN Sarawak, KPN yang pengsan itu telah mengumumkan video itu tulin. Dengan pengumuman itu tanggapan sesetengah khalayak bahawa itu adalah Anwar Ibrahim kerana seolah-olah itulah pandangan yang mahu dibentuk. Sedangkan bukti sahih orang dalam video itu sebagai Anwar Ibrahim bukan dengan mengesahkan bahawa video itu tulin atau tidak. Tidak ada kena mengena ketulinan video itu dengan orang di dalam video yang kelabu hitam putih itu sebagai Anwar Ibrahim. Baru-baru ini pula TKPN yang baru dilantik mengumumkan bahawa PDRM akan mengumumkan siapakah orang di dalam video itu apabila tiba masa yang sesuai. Bilakah sebenarnya masa yang sesuai itu? Aku yakin dan pasti dalam bersibuk Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berkempen dalam PRU ke 13 nanti, akan terpacul pengumuman siapakah orang yang dalam video itu. Nama orang yang akan disebut itu sangat mudah untuk dijangka. Sekali lagi melalui cara PDRM bertindak ini, aku yakin orang yang berlakon lucah dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Kalau ini kes jenayah serius demi bangsa, negara dan agama, aku yakin PDRM tidak mengambil langkah lama untuk membuang masa dengan menunggu masa yang sesuai, serta tidak akan teragak-agak untuk membuat pengesahan pelakon video lucah itu. Ini semua hanyalah strategi ’musuh’ Anwar Ibrahim mahu melumpuhkan gerakan politik Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

  1. Aku yakin pelakon lucah itu bukan Anwar Ibrahim kerana kalau rakaman video itu berlaku di salah sebuah hotel di Lembah Kelang, apa kejadahnya ada tulisan Siam yang memberi alamat sebuah jalan di Siam? Apa kena mengenanya video lucah yang didakwa Anwar Ibrahim itu dengan tulisan dan nama jalan di Siam? Takkanlah nak proses video yang hanya ’sekeping’ itu terpaksa dihantar ke Siam! Dengar katanya 1Malaysia ini canggih belaka, semua ada! Kalau itu tulisan Cina atau India yang memberi tahu jalan Chow Kit atau Bukit Bintang agak munasabah dan logik juga. Ini tulisan dan nama jalan di Siam! Satu dapatan yang cukup mengelirukan, maka itu bukan Anwar Ibrahim yang sebenarnya..

  1. Aku yakin pelakon lucah itu bukan Anwar Ibrahim kerana katanya (aku tak menonton ye!) tiada kedengaran suara dalam rakaman itu. Salah satu bukti penting untuk membuktikan itu Anwar Ibrahim telah tidak ada, bagaimana mahu mengatakan itu Anwar! Kan lebih baik untuk Eskay membuktikan itu Anwar Ibrahim, rakamkan sekali suara Anwar dalam video itu! Bodoh untuk mengena Anwar Ibrahim supaya rakyat yakin terus dan tanpa boleh pertikai lagi, tidak merakam sekali suara Anwar Ibrahim. Mengapa suara tidak kedengaran? Maka sah itu bukan Anwar Ibrahim.

  1. Aku cukup yakin pelakon itu bukan Anwar Ibrahim kerana, Eskay kata dia terjumpa kamera rakaman itu. Dia terjumpa sewaktu mahu mencari jam omega. Habis siapakah yang merakamnya? PDRM wajar mencari orang yang membuat rakaman itu dan tanya dia atau mereka, siapakah orang yang dirakam itu, kenalkah dia dengan orang yang dirakam dan mengapa membuat rakaman? Kenapa sehingga ke hari ini PDRM masih belum menyiasat, menahan serta mendedahkan identiti orang atau pekerja hotel yang pandai-pandai membuat rakaman yang mengelirukan itu? PDRM begitu mudah menahan orang yang merakam Nasya Aziz dahulu, mengapa pula begitu payah untuk mencari orang yang membuat rakaman video lucah ini? Ini membuktikan pelakon yang didakwa Anwar Ibrahim itu bukan Anwar Ibrahim tapi orang yang mirip Anwar Ibrahim. Nampaknya sangat berisiko berada di hotel-hotel di Malaysia, mungkin dalam bilik penginapan terdapat alat rakaman hitam putih yang sedang merakam penghuni bilik hotel itu.

  1. Aku tidak yakin langsung pelakon video itu Anwar Ibrahim kerana yang mendedahkan video seks itu adalah ’musuh-musuh’ Anwar Ibrahim. Logiknya musuh mana mahu menceritakan baiknya akan musuhnya. Kalau Abdullah Mat Zin yang mendedahkannya percaya juga aku. Ini Rahim Tamby! Adakah lagi orang di Malaysia ini yang percayakan dia ni? Malang sungguh orang itu!

  1. Aku tidak percaya pelakon video itu Anwar Ibrahim kerana Umi Habisdah kata masih ada 18 video seks Anwar Ibrahim! Kalau nak menuduhpun biarlah munasabah dan patut padan! Itu taraf Anwar Ibrahim yang sakit tulang belakang ada 18 video seks, aku tak tahulah 1Malaysia APCO yang lain, mungkin 27, 39 kot video seks sorang-sorang!? Mengalahkan pelakon porno apa pemimpin Malaysia ni? Dengan kerja Anwar Ibrahim yang begitu cemerlang sewaktu dalam UMNO dan Pakatan Rakyat dan dalam keadaan sakit tulang belakang akibat dibelasah oleh Rahim Nor, dakwaan Makcik Umi Habisdah dan kuncu-kuncu UMNO tak logik langsung! Aku tak percaya itu Anwar Ibrahim, bukan Anwar Ibrahim!

  1. Aku tidak percaya itu Anwar Ibrahim kerana setiap dakwaan terhadap Anwar dipertikaikan ramai orang sama ada yang suka atau yang tidak sokong Anwar Ibrahim. Dan pertikaian orang ramai logik dan munasabah baik difikir mengikut sudut agama mahupun oleh akal rasional dan logik. Tidak seperti contohnya dakwaan terhadap Rahim Tamby Chik dahulu, terus orang ramai rasa yakin dan percaya. Ada seorang dua cuba pertikai dakwaan terhadap Rahim Tamby Chik pun tetap tidak boleh diterima oleh akal yang rasional orang ramai. Sangat meyakinkan!

Demikian antara fakta bahawa aku mengatakan pelakon video lucah itu bukan Anwar Ibrahim. Maka itu marilah kita berhenti membuat fitnah yang boleh mengaibkan maruah orang lain. Kepada para pemimpin utama UMNO di atas terutama Najib Razak cukuplah mendengar cakap isteri, kita suami adalah pemimpin rumah tangga dan terbaik sebagai pemimpin negara, cukuplah bernyawa atas fitnah aib terhadap Anwar Ibrahim. Arahkan segera mereka yang membuat fitnah itu hentikan kerja yang mampu mengundang bala bencana besar buat penduduk negara.


Berpolitiklah secara sihat dan waras. UMNO mampu untuk terus hidup tanpa menggunakan politik fitnah, samseng, jahat, rasuah dan zalim kerana rakyat Malaysia semakin matang dan cerdik berpolitik. Berlumba-lumbalah berpolitik untuk menaikan taraf hidup dan ilmu rakyat, bukan tak habis-habis dengan politik celah kelangkang dan lubang dubur yang kotor, tidak senonoh dan memualkan. Dengan politik begini UMNO akan lebih cepat ke lubang kubur untuk menjawab soalan mungkar nangkir nanti! Bersediakah UMNO dan para pemimpinnya untuk itu, sebelum sampai ke Mahkamah Maha Agong di Padang Mahsyar nanti? Astaghfirullah...


Wednesday, April 27, 2011

UMNO sedang mencuba 'ubat kuat' keluaran baru !

Nampaknya gagasan “1 Melayu 1 Bumi” akan menjadi asas perjuangan baru UMNO Baru. Walaupun Najib PM menguar-uarkan kejayaan dan kehebatan 1Malaysia namun panglima-panglima Najib seperti Zahid Hamidi terus memberi isyarat bahawa kepimpinan bosnya sangat menyetujui gagasan baru itu. Najib Rosmah terpaksa menggambarkan gagasan baru itu sebagai pandangan peribadi demi untuk menjaga hati kaum lain yang bukan Melayu. Namun jauh di sudut hati kepimpinan Najib, UMNO Baru akan mencanang terus ubat kuat baru ‘1 Melayu 1 Bumi’ demi mendapat tenaga baru yang kian mencemaskan kini.

UMNO mahu mengharapkan undi kaum Cina dalam menentukan hidup mati UMNO/BN mungkin telah menjadi satu harapan yang telah semakin kurang relevan dalam keadaan politik hari ini. Oleh yang demikian, demi mengekalkan kuasa politik UMNo yang kian lemah, UMNo telah mengambil langkah tidak terlalu mengharapkan kaum Cina. Justru kaum Melayu dengan gaya pemikiran politiknya hari ini harus menjadi simpanan tetap buat UMNO dalam kedaan PAS masih terlalu jauh ke belakang dari menguasai undi majoriti kaum Melayu. Bagi UMNO, PAS tak akan ke mana jika orang-orang Melayu terus tidak suka atau membenci PAS.


Jika UMNO gagal menguasai kaum Melayu, nyawa UMNO kian cepat sampai ke penghujung. Semangat dan emosi perkauman Melayu akan menjadi modal buat UMNo meneruskan hidup mati mereka. Maka langkah awal sebelum terlambat ialah naikkan semangat perkauman orang-orang Melayu untuk terus bersama UMNO. Mungkin UMNO akan mengambil tindakan yang lebih drastic dengan mewujudkan persempadan pilihanraya baru dengan membuka lebih banyak kawasan-kawasan majority Melayu di negeri-negeri yang dianggap kubu kuat mereka. Jika tidak buat begini UMNO yakin mereka akan kojol lebih cepat lagi.


Isunya, apakah persempadanan semula jika berlaku akan benar-benar meyelamatkan UMNO dari kecundang dari tampuk kekuasaan mereka? Bagaimana jika sekiranya proses persempadanan semula kawasan pilihanraya akan menjadi perangkap yang akan memerangkap UMNO agar lebih cepat tersungkur daripada yang disangkakan?


UMNO benar-benar tidak menentu kini dan PAS pula harus lebih cepat untuk menguasai sokongan majority Melayu dalam keadaan UMNO hari. Jika PAS lambat bertindak, PAS akan terus kalah lagi, kerana pemikiran politik majority kaum Melayu di kawasan luar bandar terutamanya agak terkebelakang dan mundur. Mereka akan mudah termakan dengan kononnya khasiat 'ubat kuat' baru UMNO Baru berjenama ‘1Melayu 1Bumi’ yang kononnya boleh mengeraskan UMNO Baru semula. Bagaimana pula jika ubat kuat baru itu terus melembekkan UMNO Baru?


Hah...rupanya selama ini PDRM tak cekap...!!

TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA

Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya. Sebaliknya ujar beliau, PDRM akan tampil secara terbuka dalam proses penguatkuasaan undang-undang termasuk peraturan lalulintas. Beliau seterusnya memberikan peringatan bahawa dengan pendekatan baru ini jika pengguna jalanraya disaman, mereka perlu menjelaskannya.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana secara tidak langsung ia mengesahkan perjuangan KASE selama ini bahawa tindakan menyorok di belakang tiang, menyorok di dalam belukar dan di atas jejantas dalam operasi perangkap laju yang disusuli dengan Saman Ekor adalah bukan suatu cara pendidikan undang-undang yang baik. KASE menyambut baik tindakan ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

Walaubagaimana pun pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar. Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi adalah bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat. Tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan PDRM sejak lebih dua dekad sudah terbukti bukan pendekatan yang baik dan wajar. Pengumuman TKPN ini adalah suatu permulaan yang baik tetapi ia telah membuka beberapa persoalan lain yang perlu diperjelaskan oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya. Kita merasakan amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?

Notis Pol 170A atau lebih popular dikenali sebagai “Saman Ekor” dikeluarkan ekoran perlaksanaan perangkap laju secara menyorok oleh PDRM. Apabila TKPN mengumumkan teknik menyorok tidak lagi akan digunakan, apakah status “Saman Ekor” yang dikeluarkan dahulu? Apakah status “Saman-saman Ekor” yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa “Saman-saman Ekor” yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira. Ini kerana “Saman-saman Ekor” tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul.

KASE seterusnya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap hadlaju. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (APJ 2010) mula berkuatkuasa pada 1/2/2011. Melalui APJ 2010 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dilaksanakan di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu melebihi hadlaju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas. Sistem ini akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap hadlaju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini? Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju?

Rakyat Malaysia juga secara keseluruhannya perlu faham bahawa APJ 2010 yang mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 telah memperakui “Saman Ekor” malah penguatkuasaan “Saman Ekor” pada masa depan tidak lagi bermusim malah secara 24 jam tanpa henti. Perlu diambil perhatian bahawa “Saman Ekor” di bawah APJ 1987 ialah Notis meminta maklumat di bawah Seksyen 115 APJ 1987 tetapi di bawah APJ 2010, Saman Ekor adalah saman yang sah bukan lagi notis. Walau pun PDRM mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menyorok tetapi apa yang lebih teruk ialah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalanraya selepas ini sudah diswastakan.

Akhirnya KASE mendesak kerajaan menghapuskira Saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyakkan kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya. KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Naib Presiden PAS

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

http://gemasuara.blogspot.com/

Tuesday, April 26, 2011

Kebarangkalian PAS kalah dalam PRU ke 13 nanti adalah tinggi

Ramai mengkritik PAS kerana telah banyak ketinggalan dalam memenangi pilihanraya baik PRK mahupun PRN Sarawak baru-baru ini. Beberapa siri kekalahan tersebut telah meningkatkan tekanan kepada PAS terutama kepada kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Macam-macam analisa dan pandangan serta kritikan dihamburkan.

Semua perhatian yang diberikan kepada PAS menunjukkan harapan rakyat kepada PAS terlalu tinggi. Namun dalam gelanggang politik Malaysia seperti yang ada pada hari ini, harapan yang tinggi itu masih tidak kesampaian.


Semacam sudah timbul rasa putus asa terhadap PAS, kenapalah PAS masih belum mampu menewaskan UMNO yang penuh dengan kekotoran itu, untuk menguasai undi masyarakat Melayu? Walaupun PAS sebuah parti yang berjuang atas dasar Islam yang sebenar dan bersih dari sebarang kekotoran moral, namun semakin hari semakin kelihatan PAS terus gagal memenangi hati orang-orang Melayu terutama di luar bandar dan kawasan-kawasan FELDA, yang dianggap kubu kuat UMNO.


Apakah rasa tidak puas hati dengan pencapaian PAS itu menunjukkan rakyat tidak sabar? Kalau begitu salahkah mereka itu bersikap tidak sabar?


Kalau ada yang bersikap tidak sabar mereka itu bukannya semua ahli jemaah PAS yang sentiasa dilatih akur kepada parti. Mereka adalah rakyat umum yang mahukan perubahan dan mengharapkan PAS menang dalam pilihanraya. Mereka bukan aktivis PAS tetapi mereka adalah rakyat yang celik politik. Di sini tidak boleh disamakan sikap politik rakyat prihatin yang mendesak dan mengharapkan PAS menguasai undi-undi masyarakat Melayu, dengan sikap ahli-ahli jemaah PAS yang merupakan pendokong parti. Namun demikian para pemimpin PAS wajar melayan rasa tidak puas hati itu kerana mereka mahukan Pas menang!


Nampaknya mahu tak mahu kepimpinan PAS mesti melakukan sesuatu secara jelas dan pratikal. Realitinya jentera parti PAS di peringkat cawangan dan kawasan begitu lemah pada masa ini. Apabila jentera parti lemah di peringkat bawah maka rakyat tidak nampak PAS berada entah di mana, atau PAS di bawah sana hanya sekadar berada di pinggiran dan bukan di aliran utama dalam kegiatan hidup masyarakat.


Kepimpinan PAS cawangan dan kawasan berada dalam keadaan terasing, malu-malu serta segan-segan dalam masyarakat. Keadaan ini wujud kerana kempimpinan Pas cawangan dan kawasan tidak ramai dalam kalangan yang berbakat dan berpengaruh dalam kepimpinan masyarakat. Kalau ada pun seorang dua sahaja dan mereka ini tidak mampu dibantu oleh AJK-AJK yang tidak berkemampuan baik dari kawasan mahupun cawangan.


Kedua ramai aktivis PAS di bawah sana terutama di kawasan luar bandar adalah kakitangan kerajaan yang mempunyai pergerakan terhad untuk beraktiviti secara terang-terangan dalam politik pembangakng (PAS) kerana ancaman terhadap mereka terlalu banyak. Mereka tidak bertaraf Mat Sabu atau Mahfuz yang rela melakukan apa sahaja dan diperlakukan apa sahaja oleh kerajaan zalim UMNO/BN. Ini mengakibatkan mereka ini hanya beraktiviti pada sebelah malam. Mampukah memenangi pilihanraya jika aktivis PAS dalam kalangan kakitangan kerajaan dan swasta hanya beraktiviti secara senyap-senyap pada malam hari?


Senario ini telah mengakibatkan para pemimpin PAS kawasan dan cawangan tidak kelihatan dalam urusan seharian masyarakat. Mereka jauh daripada masyarakat setempat. Ini mengakibatkan masyarakat tidak yakin untuk mengharapkan mereka menyelesaikan masalah kehidupan atau mereka tidak tahu langsung siapa para pemimpin Pas kawasan dan cawangan di tempat mereka. Walaupun UMNO begitu kotor dan tidak amanah, senario ini tidak berlaku kepada UMNO. Para pemimpin UMNO berselirat dalam masyarakat. Walau bagaimana pun para pemimpun UMNO ini, rakyat yang tidak kisah hal-hal politik tetap memilih mereka.


Isunya PAS perlu mencari jalan untuk menyegarkan aktiviti Pas dalam masyarakat (di peringkat cawangan atau kawasan) seperti yang dinyatakan oleh Datuk Husam. Pokoknya jika terdapat aktivis-aktivis Pas yang terikat dengan peraturan kerja dengan kerajaan, PAS tidak boleh mengharapkan mereka untuk berada di barisan hadapan walaupun mereka mungkin berbakat besar. Terdapat pula mereka yang tidak terikat dengan apa-apa ikatan tidak pula mempunyai bakat kepimpinan dan pengurusan yang boleh diharapkan. Inilah antara faktor yang mengakibatkan aktiviti PAS dalam masyarakat terutama di luar bandar terbantut.


Para pemimpin PAS harus sedar bahawa masih terlalu ramai para aktivis parti yang ramai terikat di bawah sana hanya bertugas menghadiri mesyuarat parti pada waktu malam dan program parti yang tidak membabitkan orang luar dan pengundi dalam kalangan masyarakat Melayu! Jika begini bilalah agaknya Pas boleh menang dalam kawasan Melayu yang dikuasai oleh UMNO? Nampaknya lambatlah lagi, bukan dalam PRU ke 13 nanti!

Sunday, April 24, 2011

UMNO sedang 'senak perut' dan hampir terkincit!

“1Melayu, 1Bumi” pula dah! Slogan 1Malaysia Najib Rosmah kian comot dan hodoh dengan pelbagai keresahan daripada para pahlawan cangkul dan NGO UMNO. Tidak pasal-pasal mereka menjadi resah melihat sokongan orang-orang Cina kepada DAP khususnya dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Keresahan itu mengakibatkan beberapa pahlawan cangkul dan NGO UMNO bagaikan isim jadinya, bimbang kononnya kuasa orang-orang Melayu akan lemah kerana apa yang dikatakan oleh mereka sebagai komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad!

Begitulah perangai para pahlawan cangkul dan NGO UMNO. Apa-apa yang dirasakan bakal berlaku kepada bangsa Melayu, mereka sering mahu menyalahkan orang lain. Inilah hakikatnya yang diajar oleh UMNO kepada para pahlawan cangkulnya dan NGO mereka.


Walaupun mereka telah memerintah selama lebih 53 tahun dan dikatakan berkuasa dalam pemerintahan negara, mereka nampaknya kian cemas bagaikan murai tercabut ekor! Mereka hanya tahu menyalak dan menyalahkan orang lain apabila dirasakan kuasa politik UMNO kian sampai ke paras hidung.


Sedangkan selama memerintah, UMNO berkuasa melakukan yang terbaik untuk bangsa dan komuniti Melayu tetapi mereka tidak berbuat demikian. UMNO bermula sejak awal zaman pemerintahan Mahathir, (zaman UMNO lama lebih baik untuk orang Melayu) telah melepas peluang membuat yang terbaik untuk orang-orang Melayu melainkan melakukan yang sekadarnya sahaja untuk komuniti itu. Yang UMNO tahu dan bersibuk sepanjang masa pemerintahannya hanya berpolitik murahan dan perkauman untuk mampu mengekalkan terus kuasa politik gelojoh mereka.


UMNO dan pahlawan cangkul serta NGO-nya sepatutnya malu untuk merasa resah kerana kononnya orang-orang Cina mahukan kuasa politik muktamad! Jikalah betul dakwaan itu, mereka patut tanya diri sendiri, pemerintahan siapakah yang selama 53 tahun ini yang membuka jalan untuk itu?


Sudah tahu politik orang-orang Melayu perlu terus berkuasa di negara ini, kenapa:

1. Minda orang-orang Melayu terus dijajah oleh UMNO mengikut kepentingan politik muarahan UMNO?

2. Minda orang-orang Melayu terus diperbodohkan sehingga apabila orang-orang melayu mahu menjadi cerdik sedikit dan kritis dalam politik akan terus dicop sebagai orang yang tidak bersyukur kepada UMNO?

3. Orang-orang kaya UMNO sendiri banyak yang mengayakan saudagar-saudagar Cina dari berusaha gigih mengayakan anak-anak dan komuniti Melayu?

4. Tanah-tanah orang Melayu banyak dijual kepada saudagar-saudagar Cina kerana kemiskinan orang-orang Melayu. 53 tahun telah diperintah di bawah UMNO yang konon sayangkan kuasa Melayu, orang-orang Melayulah yang paling ramai miskin, bodoh berpolitik, menganggur dan bangkrap! Tak kan ini pun UMNO tak sedar kerana inilah antara penyebab kelemahan politik komuniti Melayu.

5. RM 52 billion saham bumiputera hilang lesap entah ke mana di bawah pemerintahan parti Melayu?

6. Pemerintahan UMNO menjadi korup, tidak amanah, tidak telus, mengawal membabi-buta penyebaran Islam di masjid-masjid, pemutar belit maklumat, tiada integriti dan pembazir boleh dikatakan cukup memalukan imej Melayu yang baik dan beragama.

Sebenarnya banyak lagi kalau hendak diungkitkan tentang UMNO ini. Oleh yang demikian tak payahlah UMNO dan pahlawan cangkul mereka berpura-pura bimbang komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad, kerana UMNO lah yang sebenarnya membuka jalan untuk itu dengan melemahkan sendiri kuasa politik komuniti Melayu demi survival UMNO dan para kroninya bukan demi survival bangsa Melayu dan komunitinya!


Realitinya bukan politik komuniti Cina semakin kukuh ke arah politik muktamad mereka TETAPI politik orang Melayu-lah yang semakin hari semakin lemah kerana ianya DILEMAHKAN oleh UMNO dan para pemimpinnya yang tidak cerdik lagi tidak bersemangat Melayu walaupun telah memerintah selama 53 tahun! Kalau hendak bercakap tentang semangat Melayulah...!!


Jelas kini UMNO dan pahlawan cangkul mereka 'senak perut' dan hampir terkincit!