Followers

Saturday, April 23, 2011

Kerana jaminan keselamatan meyakinkan dari kerajaan UMNO/BN pindahkan sahaja kilang Lynas itu ke Putrajaya!!!

Apa yang berlaku di Pahang dalam isu kilang nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Berhad di Gebeng sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan UMNO/BN bukan dari jenis kerajaan yang sentiasa mengambil kira kepentingan dan keselamatan rakyat.

Kenyataan berbelit-belit dan berputar Menteri Besar yang pernah menunjuk isyarat lucah sewaktu PRK Sanggang di Pahang dahulu membuktikan segala-galanya. Kenyataan awal beliau dalam menerima bantahan rakyat ialah kilang Lynas di Gebeng itu di jamin selamat! Isunya di sini boleh pakaikah kenyataan Adnan Yaakub seorang Menteri Besar yang sentiasa beremosi itu?


Kenyataan kedua beliau apabila rakyat tidak mempercayai jaminannya ialah beliau akan menutup semua kilamng di Gebeng jika Kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi! Kita hendak tengok jika kilang Lynas benar-benar ditentang oleh rakyat dan terpaksa ditutup , apakah kilang-kilang lain akan ditutup juga oleh Adnan Yaakub. Lebih manis jika Adnan menyebut jika kilangLynas kesayangannya itu tidak dibenarkan beroperasi beliau akan meletak jawatan! Jika itu cabarannya barulah sesuai, ini nak tutup kilang-kilang lain. Macam budak kecik berkelahi!


Kenyataan ketiga Adnan yang sedang gubra itu ialah mengalihkan masalah kelulusan kilang Lynas itu kepada Putrajaya! Sebenarnya Adnan tak payahlah bersikap lepas tangan kepada orang-orang yang berkuasa di Putrajaya sekarang kerana Adnan dengan yang trajaya itu sebenarnya dua kali lima, lima kali dua sahaja. Maknanya kamu serupa sahaja, tetap kepala otak UMNO/APCO! Jika tidak mengenepi dan memperbodohkan rakyat bukan kamu!


Apakah rakyat Pahang masih tidak mampu untuk menilai akan sikap kerajaan UMNO yang memerintah Pahang hari ini? Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat? Itu mujur rakyat bangkang sekeras-kerasnya, kalau rakyat tidak sedar kilang itu beroperasi apakah ada difikirkan jaminan keselamatan kepada rakyat Pahang dan Kemaman di Trengganu? Elok kilang itu dipindahkan ke Putrajaya sahaja kerana jaminan keselamatan yang sahih dan meyakinkan boleh diberi kerajaan UMNO/BN!


Monday, April 18, 2011

PAS semakin sukar menyumbang kemenangan di kawasan Melayu!

Melalui keputusan PRN Sarawak baru-baru ini terdapat kebimbangan dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mara menguasai Putrajaya. Berdasarkan reality semasa, nampak jelas matlamat Pakatan Rakyat untuk mengusai Putrajaya adalah sangat sukar. Parti-parti Pakatan Rakyat terutama parti PAS masih jauh untuk menyumbang kerusi bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat tersebut.

Masih terlalu banyak kerja yang para pemimpin PAS perlu lakukan untuk meletakkan PAS mampu mengganti UMNO di seluruh negara. Kalau di Sarawak, PAS masih belum dapat meyakinkan orang-orang Melayu untuk mengganti PBB. Pakatan Rakyat terutama PAS tidak perlu seronok mendapat peningkatan undi kerana itu bukan bermakna memenangi kerusi yang dipertandingkan. Walaupun menang dengan majoriti satu undi, ia tetap dianggap pemenang untuk menguasai DUN atau Parlimen bagi memerintah negari atau negara!


Isu terbesar kepada PAS sekarang antaranya ialah:

  1. PAS masih jauh dari hati pengundi-pengundi Melayu luar bandar.
  2. Tidak keterlaluan dikatakan masih ramai orang Melayu di luar bandar yang tidak suka atau benci kepada PAS walaupun PAS membawa mesej perjuangan Islam agama majoriti bangsa Melayu!
  3. Masih terlalu ramai orang-orang Melayu di luar bandar yang tidak yakin kepada PAS untuk mengganti UMNO dalam membawa orang Melayu ke arah kemajuan.
  4. Malang sungguh kerana masih terlalu ramai para pemimpin pusat PAS yang tidak dikenali oleh orang-orang Melayu di luar bandar. Seorang Ketua Polis Daerah di Sarawak masih tidak kenal Tuan Guru Haji Hadi lalu memanggil Tuan Guru sebagai ’Pak Haji’ ketika menghalang Tn Guru Haji Hadi mengiringi calon PAS di Sarawak baru-baru ini.
  5. PAS masih gagal untuk mencerdikkan pengundi-pengundi Melayu luar bandar yang masih bodoh berpolitik.
  6. Cawangan-cawangan PAS di seluruh negara masih bertahap rendah diri yang keterlaluan dalam menguruskan PAS Cawangan untuk menarik sokongan rakyat bawahan.
  7. PAS dilihat oleh orang-orang Melayu luar bandar sebagai parti politik yang miskin yang sukar untuk menyenangkan orang-orang Melayu yang juga miskin.

Sesungguhnya peranan PAS dalam menyumbang kerusi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti masih terlalu lemah dan terlalu jauh. Undi mungkin meningkat tetapi mungkin tidak akan mampu menawan kerusi yang dipertandingkan. Jika PAS tidak mampu mengatasi isu-isu yang membelit PAS seperti yang dinyatakan di atas, hanya sekadar itulah kegembiraan PAS buat ketika ini, sebagai anggota Pakatan Rakyat!


Sunday, April 17, 2011

Pakatan Rakyat perlu lebih teliti sewaktu pengiraan dan penjumlahan undi!

Walaupun kalah dalam PRN Sarawak, TAHNIAH kepada semua pejuang-pejuang Pakatan Rakyat yang telah bertungkus-lumus berkempen selama 10 hari. Berjaya menambah bilangan pembangkang di DUN Saraawak juga merupakan kemenangan yang bermakna. Wakil-wakil Pakatan mempunyai peranan untuk menyumbang dan menilai prestasi wakil Barisan Nasional yang kelihatan begitu kebal sebelum ini dalam DUN tersebut.

Kekalahan yang baru berlaku wajar diterima dengan penuh keinsafan. Tidak perlu menyalahlahkan sesama sendiri sebaliknya lakukan segera post mortem untuk memperbaiki jentera parti-parti Pakatan Rakyat.


Parti-parti Pakatan Rakyat perlu belajar dari rakan masing-masing, jangan asyik mendakwa ’akulah yang paling hebat antara kita bertiga’. Pakatan Rakyat perlu menyedari bahawa perjalanan masih jauh. PRU ke 13 masih belum bermula. Peluang untuk menguasai parlimen Sarawak masih terbuka dengan peningkatan undi yang diterima oleh Pakatan Rakyat dalam PRN Sarawak itu.


Terus dan segera membuat persiapan menghadapi musuh dalam pilihanraya adalah langkah yang terbaik. ’Musuh’ kempen Pakatan Rakyat dalam pilihanraya bukan hanya UMNO Barisan Nasional yang terlalu banyak dan berlebihan melampau menggunakan wang, malah boleh jadi PDRM dan yang paling menonjol adalah SPR. Aku yakin jika SPR benar-benar adil dan telus dalam kerja buat mereka, Pakatan Rakyat pasti memenangi lebih banyak kerusi dalam PRN Sarawak baru-baru ini. Aku mampu mengesyaki pasti ada peranan ’tidak senonoh’ SPR dalam menentukan keputusan dalam PRN Sarawak itu.


Jadi jika Pakatan Rakyat mahu benar-benar memastikan kemenangan mereka dalam PRU ke 13 nanti persediaan untuk menghadapi musuh terakhir di waktu membilang undi, perlu diperkukuhkan. Jika tidak kerja-kerja kempen selama berhari-hari akan hanya dipatahkan dalam masa proses pengiraan dan perjumlahan undi sahaja.


Teruskan pejuangan Pakatan Rakyat kerana isyarat kemenangan semakin jelas!