Followers

Saturday, April 16, 2011

Hari ini kita bergerak ke arah Sarawak baru!

Hari ini rakyat Sarawak perlu buktikan bahawa mereka tidak mampu lagi diperkakaskan oleh Barisan Nasional walau dengan apa alasan sekali pun. Apabila mulut Perdana Menteri dan para pemimpin Barisan Nasional seperti Taib Mahmud sentiasa mengaku bahawa Malaysia adalah sebuah negara kaya dan makmur maka cukuplah memperbodohkan rakyat dengan menggunakan alasan faktor geografi akan kemunduran yang masih wujud terutama di pendalaman Sarawak kini. Sebagai negara kaya dengan segala peralatan canggih yang banyak tercipta maka alasan kemunduran kerana faktor geografi Sarawak adalah alasan yang paling bangang! Ubah sekarang wahai rakyat Sarawak!


30 tahun bukti Sarawak tidak maju bersama BN

Ismail Hashim

KUCHING, 15 April: Sarawak tidak akan berubah jika terus berada di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) berdasarkan berdasarkan kepada prestasi lebih 30 tahun BN memerintah negeri terbesar itu selama ini.

Buktinya, masih terdapat di banyak kawasan, keadaan infrastruktur negeri itu seperti bentuk kediaman, kemudahan air dan bekalan tenaga elektrik yang jauh lebih ketinggalan dari negeri Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Dalam satu jawapan menerusi satu siaran radio yang dikemukakan oleh seorang pengulas penyokong kerajaan, Datuk Seri Zaini Ujang yang juga bekas Pengerusi Bernama, beliau berkata, kegagalan membangunkan negeri Sarawak selama 30 tahun ini disebabkan faktor geografi negeri itu.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pemanggil yang menyatakan 'tidak cukup lagikah peluang 30 tahun diberikan kepada BN untuk melakukan pembangunan berterusan, berapa peratus yang sudah berjaya dan perlu berapa ratus tahun lagi?

Soalan ini tidak dijawab dengan sepenuhnya termasuk tidak menyebutkan langsung peratus kejayaan seperti diminta oleh pemanggil dan tidak dijawab berapa ratus tahun diperlukan BN untuk membangunkan Sarawak.

Menurut Zaini, tidak dapat dinafikan terdapat kawasan-kawasan yang jauh dari bandar dan pedalaman yang masih tidak mempunyai aliran tenaga elektrik dan bekalan air bersih.

"Semuanya ini adalah disebabkan faktor geografi Sarawak," jelasnya sedikit tergagap.

Katanya, kerajaan negeri lebih memberi keutamaan kepada mereka yang dekat dengan bandar berbanding yang hanya 50 keluarga tetapi terletak jauh di pedalaman atau dari bandar.

Berbalik kepada keadaan sebenar di Miri, sebagai contoh. Dalam kedudukan 10km sahaja dari Bandaraya Miri, terdapat banyak kampung yang boleh disenaraikan tidak mempunyai kemudahan tenaga elektrik dan aliran air bersih secara meter persendirian.

Persoalannya, jika masalah geografi menjadi punca utama tidak sampainya dua bekalan utama itu kepada rakyat, bagaimana dengan jarak sejauh 10km itu? Ataupun segala hasil mahsul Negeri Sarawak dibolot oleh kroni Ketua Menteri dan pemimpin BN menyebabkan negeri tidak dapat memberikan manfaat sama kepada rakyat jelata.

Ribuan penduduk dan rakyat Sarawak yang memiliki kad pengenalan sah yang tinggal berpuluh tahun di Kampung Pasir, Kampung Api Api, Kampung Batu Satu Jalan Lutong - Batu Baram, Kampung Muhibbah, Kampung Masjid Kuala Baram, sebagai contoh.

Perkampungan mereka ini terletak di pinggir Bandaraya Miri. Bukan jauh di pedalaman. Tidak timbul langsung masalah geografi. Ada yang menitiskan air mata derita bila menceritakan hal kehidupan mereka dan bertanya; kenapa boleh jadi begini ke atas mereka?

Sebab itu, tidak tahan dengan duka nestapa yang selama ini disembunyikan di lipatan paling bawah dalam hati setiap penduduk, namun dalam pilihan raya ke 10 16 April (esok), mereka sudah tidak boleh sabar.

Revolusi politik tetap akan mereka lakukan. Mereka berazam tidak akan memberikan lagi undi keemasan mereka selama ini kepada pemimpin yang sejak sekian lama tidak mengutamakan rakyat di dalam perkiraan politik mereka lebih dari 30 tahun berlalu.

Zaini juga berkata, jika sesuatu projek pembangunan di Semenanjung boleh dilakukan dalam beberap juta tetapi kerana faktor geografi, pengangkutan dan sebagainya, menjadikan projek yang sama tidak boleh dibuat di Sarawak.

Begitulah mentaliti pemimpin BN memerintah Sarawak khususnya. Lebih 30 tahun pembanngunan negeri tidak mampu dilakukan semata-mata kerana jumlah keluasan negeri itu, Dun Belaga sebesar Negeri Pahang, menjadikan sampai bila-bila pun Sarawak tidak akan maju.

Rakyat yang ditemui berkata, jika selama ini mereka memberi peluang kepada BN dalam beberapa kali pilihan raya, kini sudah sampai masanya, mereka memberi peluang pula kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin Negeri Sarawak atau paling kurang, menafikan penguasaan 2/3 BN.

Sumber : harakahdaily

Friday, April 15, 2011

Benarkah janji ini?: Apakah jalan Pekan Song dan Kapit akan menjadi realiti jika BN kecundang malam esok?

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang bersyukur kononnya telah disucikan oleh RPK beberapa hari lalu daripada terbabit dalam kes kematian model Monggolia Althantuya Saribu dilaporkan telah meluluskan peruntukan RM90 juta untuk pembinaan jalan dari Song ke Kapit.

Sudah tentu pengumumkan Najib Razak itu merupakan berita gumbira kepada penduduk di Pekan Song dan Kapit. Mana tak gumbira, lebih separuh abad penduduk kawasan itu hanya menggunakan jalan sungai sejauh kira-kira 40 km walaupun Taib Mahmud telah memerintah selama 30 tahun sehingga menjadi kaya raya seluruh keluarganya dan kroninya. Mungkin Taib Mahmud terlupa akan Pekan Song dan Kapit agaknya!


Peruntukan telah diumumkan dan diumumkan ketika kempen PRN Sarawak kali ini. Soalnya apakah peruntukan itu akan tetap diluluskan untuk dilaksanakan jika katakanlah benar-benar calon-calon Barisan Nasional atau Taib Mahmud kalah yang menyebabkan kerajaan Barisan Nasional Sarawak menjadi pembangkang? Apakah masih ada tuah bagi penduduk Pekan Song dan Kapit jika sekiranya terus bersama dengan gelombang perubahan atau Tsunami yang melanda Sarawak kini?


Kalau mengikut pengalaman yang lalu, bila kalah, pihak Barisan Nasional biasanya akan ‘mengugu’t dengan memberitahu rakyat, “mintalah dengan kerajaan yang kamu pilih itu”. Maknanya rakyat Pekan Song dan Kapit akan terus terkepit untuk memiliki jalan yang baik?


Jika pula Barisan Nasional menang apakah bentuk jalan yang akan diberikan kepada penduduk di kawasan itu? Dengan peruntukan RM90 juta, keuntungan kontraktor dan pengurusan pelbagai 40 juta, bermakna kos jalan 50 juta, bagaimanakah agaknya jalan yang hendak dibina itu? Jalan batu kerikir atau jalan balak? Atau belum tentu akan ada jalan untuk penduduk di situ terus berkayuh perahu?


Perlu diingat, pembangunan dalam zaman BN macam-macam boleh berlaku…boleh ada…boleh tiada malah boleh juga ditiadakan!


RPK dah kudus !

Dalam saat-saat Anwar dan Pakatan Rakyat mengasak Barisan Nasional di Sarawak tiba-tiba muncul RPK yang cuba menjadi C4 kepada kemaraan Pakatan Rakyat di Sarawak. Kalau dulu RPK bagaikan ‘iblis’ kepada Najib and the gang namun kini RPK bagaikan ‘malaikat suci’ yang tiba-tiba muncul!

Malam ini melalui TV 3 sekali lagi RPK muncul menggasak Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Antara kata-kata RPK yang aku rasa nak tergelak ialah lebih kurang begini bunyinya, “ menjadi pembangkang lebih senang dari menjadi pemerintah kerana pembangkang hanya membangkang!”.


Nampaknya kalau mengikut madah RPK yang ‘sesuci umbun pagi’ itu, pencinta demokrasi kena pakat-pakat hapuskan istilah pembangkang dalam kamus politik demokrasi di mana-mana dalam dunia ini kerana ‘golongan yang membangkang ini hanya membangkang ’! Fuh hebat madah ini kerana jika takdirnya Pakatan Rakyat memerintah RPK sudah pasti tidak akan membangkang kerana RPK tak mahu hanya membangkang (kesian kepada pemerintah yang lebih susah memerintah daripada membangkang!).


Bagi Najib Razak pula, dua hari ini adalah merupakan hari yang membahagiakan dia dan Rosmah isterinya. Katanya dia dan Rosmah bersyukur kepada Ilahi kerana pendedahan RPK yang dia tidak terlibat dalam kes Althantuya telah ’membersihkan’ namanya dan Rosmah!


Begitulah tinggi dan kudusnya martabat RPK sehari dua ini yang telah berjaya menyucikan Najib dan Rosmah. Maka seluruh umat Melayu yang ’sayangkan’ Najib dan Rosmah pasti akan membuat kenduri kesyukuran di atas penyucian yang dibuat oleh manusia hebat RPK itu!!


Anwar Ibrahim pula, manusia yang kata mereka, sudah hilang sokongan rakyat itu tidak mampu disucikan walaupun Johari Abdul, Chegu Bard dan Wan Azizah mengatakan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar Ibrahim!! Anwar Ibrahim ’kotor’ kerana Rahim Tamby Chik kata Anwar ’kotor’!!


Bagitulah hebat dan tinggi darjat RKP dan RTC dalam era 1Malaysia ini, boleh menyuci dan mengotorkan orang lain! Tak payah ke mahkamah! Fuhh!


Thursday, April 14, 2011

Orang dalam video lucah itu telah dikenal pasti...dah agak dah!

Hah...aku dah cakap, semakin hampir PRN Sarawak semakin tersembul berita-berita menggemparkan! Rakyat Malaysia jangan terkejut!

Kalau semalam berbunyi macam RPK membuat U-turn, hari ini pula polis telah umumkan lelaki dalam video seks itu telah dikenal-pasti! Jangan risau sebelum mengundi 16 April ini, kita akan diberitahu siapakah lelaki itu!

Kalau PDRM yang umumkan, aku dah dapat agak dah...dah lama dah!!!

Begitulah politik UMporNo di negara ini. Orang yang sering dikatakan telah hilang pengaruh dan tidak ada harapan menjadi Perdana Menteri Malaysia akan terus dilanyak semahu-mahunya. tanpa ada peluang untuk membela diri secara adil ! Yang penting 'bunuh' dulu karektor orang yang telah kehilangan sokongan rakyat ini. Qazaf ke apa ke, buang aje ke dalam tong sampah, yang penting Raja Beruk Sarawak dan Raja Monggol di Semananjung terus memerintah dengan penuh kekuasaan!

RPK telah berbunyi lain macam...2 hari sebelum PRN Sarawak 16 April

Huhuhu.... semakin hampir pilihanraya terutama PRN Sarawak pada 16 April ini, nampaknya pelbagai berita akan tampilkan secara menggemparkan. Jangan terkejut jika sekiranya pebagai berita sensasi dimainkan dalam media massa UMNO/BN. Tanda-tanda ke arah itu semakin kelihatan jelas. Jika rakyat yang mahukan perubahan tidak tabah dan tidak tetap pendirian, rakyat akan terkulai layu dalam perjuangan yang tidak akan sampai ke mana. Akan terkulai di tengah jalan....

Sasaran ampuh untuk menterbalikkan pegangan rakyat menjauhi Pakatan Rakyat pastinya Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah segala-galanya selagi pilihanraya belum selesai. Anwar kaki liwat! Anwar kaki zina! Anwar agen daripada segala agen, Yahudi, Amerika, Cina dan sebagainya. Anwar Ibrahim yang dikatakan sudah tidak ada pengaruh dan tidak mendapat sokongan rakyat itu kini ada segala-galanya. Dia pasti tidak dianggap malaikat tetapi tentunya mahu diajak menganggapnya jin, syaitan dan iblis! Itulah Anwar Ibrahim yang akan digambarkan oleh UMNO/BN selagi pilhanraya belum selesai atau selagi Anwar masih wujud seperti sekarang ini!

Selepas isu DNA, isu video lucah, kemudian isu jam omega dan bakal mencetus pula isu baru daripada apa yang dikatakan 'pendedahan' Raja Putra Kamaruddin melalui TV3 suku! Nampaknya sasaran ampuh tetap Anwar Ibrahim apabila RPK telah berbunyi lain macam!


Tuesday, April 12, 2011

Rais Yatim kata Anwar Ibrahim karismatik!

Dalam sibuk Rais Yatim berkempen untuk Barisan Nasional Sarawak demi mengekalkan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri buat ke sekian kalinya walaupun Taib Mahmud telah tidak dikehendaki oleh rakyat Sarawak, beliau secara terang-terangan telah mengakui bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berkarismatik. Beliau berkata demikian selepas merasmikan stesen radio Bintulu FM di Studio RTM di Bintulu.

Antara kata Rais Yatim, “ Anwar Ibrahim sebenarnya mempunyai pelbagai facet ataupun permukaan….yang karismatik pun ada…….”


Dengan pengakuan yang tidak dibuat-buat itu, Rais Yatim telah memberi markah satu kosong kepada Anwar Ibrahim berbanding Najib Razak. Tidak pernah Rais Yatim menilai Najib Razak sebagai seorang yang berkarismatik!


Maka itu tidak hairan kalau rakyat Sarawak kini berbondong-bondong menghadiri kempen Anwar Ibrahim berbanding kempen Najib Razak kerana Rais kata Anwar seorang yang karismatik.


Cumanya Rais juga kelihatan keliru apabila beliau berkata, “…satu lagi yang tidak dikenali kita pun ada, kebengisannnya pun jarang kita akui, tapi nyata telah dilahirkan terhadap media.” Anwar meninggikan suara sedikit menegur wartawan bertanya soalan telah diperjelaskan dan menyimpang dari tujuan sidang akhbar iaitu tentang jam omega, Rais kata bengis, bagaimana pula kalau dibandingkan dengan perancangan dan perlakuan pembunuhan Althantuya?


Hakikatnya cara Althantuya diperlakukan adalah yang sebenar-benarnya bengis malah menggerunkan. Semoga Rais Yatim tidak terus keliru dan rakyat Sarawak terus maju ke hadapan untuk terus membuat perubahan menolak Barisan Nasional ke ruang duduk pembangkang dalam DUN Sarawak.


Rakyat Sarawak bakal kecewa: Taib Mahmud akan terus perintah Sarawak jika BN menang.


Nampaknya harapan rakyat Sarawak untuk melihat Taib Mahmud undur dalam masa terdekat selepas pilihanraya akan kecewa. Taib Mahmud masih tidak tergamak untuk memberi tarikh khusus perletakan jawatannya seperti mana yang dilakukan oleh Samy Velu yang kemudian mempercepatkannya.

Atas alasan "kita kena buat dengan cara yang betul dan sempurna", Taib akan terus memerintah Sarawak sama ada rakyat Sarawak suka atau pun tidak jika Barisan Nasional Sarawak terus dimenangkan dalam PRN Sarawak kali ini.


Keadaan itu bermakna rakyat Sarawak akan terus menghadapi masalah yang sama seperti dihadapi sekarang seperti masalah pembangunan infratruktur asas yang lemah dan lembap atas alasan bentuk muka bumi yang rumit, masalah prasarana pendidikan anak-anak peribumi yang terkemudian, masalah tanah anak-anak perbumi yang dirampas akan terus terampas, masalah pembangunan berpilih-pilih untuk anak beranak dan kroni, masalah rasuah berterusan serta pembolotan kekayaan sumber negeri dan sebagainya.


30 tahun memerintah, Taib Mahmud berpeluang melakukannya namun gagal menjadikan Sarawak negeri terkaya di Malaysia, sebaliknya Taib Mahmud berjanji untuk melakukannya sebelum beliau pencen! Untuk menerima janji itu, rakyat Sarawak tidak sebodoh yang Taib Mahmud, Najib dan BN sangkakan!


Jika Taib Mahmud tidak mahu undur, rakyat perlu bertindak tukarkan Taib Mahmud dengan Baru Bian pada Sabtu 16 April ini.

Jaminan pengunduran Taib Mahmud: Penipuan yang tidak menjadi!


Demi memenangi hati rakyat Sarawak yang kian dilanda sindrom undur Taib Mahmud dalam PRN Sarawak kali ini, Najib dalam kempennya kelmarin telah memberitahu bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas pilihanraya. Ucapan Najib ini walaupun sukar dipercayai namun mungkin ada riak hati gembira mendengarnya. Pokoknya, Taib Mahmud perlu undur segera!

Namun hari ini segala jaminan Najib bahawa Taib Mahmud akan undur segera telah terbongkar maksud sebenarnya. Sama ada tersilap cakap atau tak tahan dengan tekanan ke atas dirinya oleh kepimpinan Najib dan BN, Taib Mahmud telah seolah-olah menjelaskan maksud Najib bahawa dia akan undur selepas pilihanraya, maksudnya bukan akan undur sebaik selepas pilihanraya tapi bila-bila masa dia mahu berundur….mungkin beberapa tahun lagi!! Taib berkata, “ Masa anda akan tiba (untuk melihat dia berundur)”.


Bila Taib akan berundur? Bila-bila atau mungkin entah bila!


Nampaknya jaminan pengunduran Taib Mahmud selepas pilihanraya adalah merupakan 'penipuan' yang tidak menjadi! Maka itu hanya rakyat Sarawak sahaja yang mampu menyegerakan pengunduran Ketua Menteri yang didakwa oleh sesetengah pihak bertaraf 'bilionaire' itu, yang telah 'merajai' Sarawak selama 30 tahun untuk berundur.


Soalnya, apakah rakyat Sarawak akan menggunakan segala kesempatan yang ada kini? 16 April ada jawapannya.


Monday, April 11, 2011

Rakyat Sarawak perlu bersama rakyat Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan

Rakyat Sarawak tidak perlu lagi menoleh ke belakang untuk merebut peluang yang dijanjikan Pakatan Rakyat.

Rakyat Sarawak tidak perlu lagi menboleh ke belakang untuk meninggal terus pemimpin yang rasuah dan kaya raya kerananya, pemimpin yang mengamalkan kronisme dengan mengayakan anak beranak dan para pengampu, pemimpin yang hanya ingatkan rakyat susah sewaktu pilihanraya, pemimpin yang biarkan rakyat dengan air gunung dan sungai, jalan berbatu, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Rakyat Sarawak perlu menunjuk jalan untuk diikuti pula oleh rakyat di negeri-negeri lain nanti! Teruskan kemaraan kerana tiada apa yang rugi dengan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional Taib Mahmud melainkan keuntungan buat rakyat!

Rakyat Sarawak perlu terus mencontohi rakyat Kedah, Pulau Pinang, Selangor , Perak dan Kelantan.


BN Sarawak hadapi masalah besar

Harakahdaily

MIRI, 11 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak kini sedang menghadapi masalah besar, apabila semua bandar-bandar utama di negeri sudah berjaya di kawal oleh Pakatan Rakyat.

Kucing, Miri dan Sibu hampir pasti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ekoran sokongan yang sangat luar biasa diberikan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan di bandar-bandar utama itu.

Kini, mereka sedang bergerak ke kawasan-kawasan bandar kecil dan luar bandar yang belum mendapat maklumat yang secukupnya tentang apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Menurut laporan SarawakReport, ketika majlis sambutan yang luar biasa diberikan kepada program Pakatan Rakyat, sambutan yang amat buruk diterima oleh para pemimpin BN di Sarawak.

(Gambar: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, George Chan sedang berucap dalam majlis BN di Miri)

Ia turut dialami oleh para wakil rakyat BN sendiri termasuk Timbalan Ketua Menteri, George Chan di kawasannya sendiri iaitu di Miri.

Tidak sampai 100 orang yang hadir mendengar ucapan pemimpin SUPP itu walaupun ia disokong sama oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang hilang kerusi Ketua Menterinya di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008, Dr Koh Tsu Koon.

Di tempat yang samalah, hampir 20,000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Namun apakah ini akan diterjemahkan dalam kotak undi belum dapat dipastikan.

Ini kerana, BN sedang menggunakan segala jentera untuk mempastikan undi masih memihak kepada mereka walaupun sokongan memihak kepada Pakatan Rakyat.



"Saya rasa kali ini agak berbeza. Kalau benar azam untuk menjatuhkan Taib Mahmud menjalar di semua rakyat Sarawak, ia akan menjadi kenyataan. Duit hanya masuk poket tetapi undi mereka tidak akan bagi kepada BN," kata seorang pensyarah universiti tempatan Sarawak kepada Harakahdaily.

Sunday, April 10, 2011

Rakyat Sarawak perlu terus mara untuk ubah sekarang!

Rais anak Yatim kata, dia yakin bahawa orang Sarawak tidak akan lupa budi, budi pembangunan dan budi perjuangan bersama! Dia berkata demikian selepas melancarkan saluran baru siaran televisyen “TVi” di RTM Kucing, yang mana saluran itu sudah pasti akan menambahkan lagi bilangan media kempen pengampu bebal kepada Barisan Nasional.

Nak tanya Rais Yatim;


Orang Sarawak tidak akan lupa budi apa? Budi Taib Mahmud dan BN Sarawak kerana masih mengekalkan kemunduran orang-orang bumiputra dan peribumi Sarawak terutama di kawasan-kawasan luar Bandar?


Orang Sarawak tidak akan lupa budi perjuangan bersama apa? Perjuangan bersama mengayakan terus-terusan anak beranak Taib Mahmud dan para kroni pemerintah BN, sedangkan rakyat pendalaman Sawarak masih terus mundur dengan hanya mendapat pembangunan bertaraf “tulang ikan”, insfratruktur yang daif, prasarana pendidikan yang serba kekurangan, jalan berbatu, tanah peribumi yang dinodai?


Alangkah manisnya Rais Yatim bermadah!


Semoga rakyat Sarawak tidak termakan kata-kata manis itu jika tidak mahu terus -terusan mendapat ‘tulang ikan’ dalam pembangunan negeri. Rakyat Sawarak perlu terus mara untuk membuat perubahan dengan menggunakan kesempatan yang ada ini bagi menukar pemerintah elit yang sombong dan ego terhadap rakyat susah di Sarawak. Ubah sekarang!


Media barua cuba menjadi hakim 'menghukum' Anwar Ibrahim!

Apabila parti yang memerintah itu jahat, maka segala yang berkaitan dengannya menjadi jahat. Media barua kepada parti yang memerintah UMNO/BN juga telah sekian lama menunjukkan kejahatan yang melampau.

Dalam isu video sek itu, berkaitan jam omega yang didakwa milik Anwar Ibrahim, tindakan wartawan dari media barua mendesak Anwar menunjukkan jam omega itu, membuktikan bahawa kerajaan UMNO/BN tidak cukup dengan penyiasatan Polis, pembicaraan di mahkamah, mahu menubuhkan Suruhanjaya untuk kepentingannya, kini 'mengarahkan' media barua mereka bertindak menjadi 'Polis' untuk menjalankan penyiasatan ke atas Anwar dan kemudiannya mahu menjadi hakim menghukum Anwar Ibrahim.

Kerana mereka menjadi barua maka mereka mendesak perkara yang tidak perlu. Katanya jam itu telah diserahkan oleh Datuk T kepada polis kenapa pula mendesak kepada Anwar Ibrahim menunjukkannya? Desaklah polis! Anwar Ibrahim tidak perlu didesak.

Jelas ini merupakan tindakan jahat media barua untuk cuba menjadi penyiasat yang sepatutnya dijalankan oleh polis dan cuba menjadi hakim dan mahkamah bagi menghukum Anwar Ibrahim! Tindakan wartawan dan media tuan mereka, adalah jahat untuk terus menjadi pihak yang menyalakan api fitnah dalam masyarakat!