Followers

Saturday, April 09, 2011

Jamil Khir jangan mengada-ngada menghalang lagi sekali kes Qazaf!

Angkatan Muda Keadilan telah memohon Datuk T (Tolol?) untuk dibicara di bawah kes Qazaf melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Ini adalah satu perkembangan yang baik demi mencari keadilan dan menyekat sebarang kegiatan fitnah yang bercanggah dengan Islam.

Kalau dulu Kes Qazaf yang dibawa oleh Anwar Ibrahim terhadap Siafool telah dihalang oleh Jamil Khir. Namun kali ini diharap Jamil Khir jangan nak mengada-ngada menghalang sekali lagi perjalanan undang-undang syariah.

Diharapkan juga Jamil Khir tidak 'membaruakan' mana-mana pegawai termasuk sama ada Penasihat Agama atau pegawai-pegawai agama yang lain untuk menghalang perjalanan kes Qazaf yang dilaporkan oleh AMK itu.

Apabila kes Qazaf tersebut dipohon adalah lebih baik Jamil Khir duduk diam-diam atau menjadi pemerhati yang berjurus bukan menjadi barua untuk melindung sesiapa.

Penyiasatan di Malaysia banyak menghasilkan keputusan bangang?

Dalam pada rakyat lebih memerlukan Suruhanjaya Diraja kenapa Althanthuya di bunuh kerana kes itu sangat menjejaskan imej negara di peringkat antara bangsa, sibuk pula dia nak tubuhkan Suruhanjaya Diraja video lucah untuk kepentingan UMNO/BN bagi mengaibkan seorang manusia yang sering mereka katakan telah kehilangan pengaruh! Bangang! Orang dah awak tahu tak ada pengaruh peduli apa pada dia! Lantak dialah, dia tak ada pengaruhkan, sapa nak sokong dia! Hanya orang bodoh dan bangang yang takut kepada manusia yang dikatakannya sendiri telah kehilangan pengaruh!

Dalam pada orang nak tahu apakah pelakon video lucah itu orang yang dituduh, tiba-tiba terpacul keluar kenyataan penyiasatan, video lucah itu tulen! Dah tulen kenapanya? Pengundi UMNO sahaja yang bodoh yang akan telan bulat-bulat auta kamu!

Dalam pada orang nak tahu kenapa Beng Hock boleh mati dan siapa yang membuatkan dia mati sewaktu dalam penyiasatan SPRM, tiba-tiba sibuk mereka kata Beng Hock mati semasa jatuhlah, sebelum jatuhlah, tengah jatuhlah! Bangang betul! Lagilah bangang orang hendak bertunang pada hari esoknya, boleh nak bunuh diri hari ini?

Dalam pada orang nak tahu kenapa dan bagaimana Allahyarham Sarbani boleh mati di bangunan SPRM dalam tempoh penyiasatan SPRM, tiba-tiba keluar keputusan agar semua penyiasatan SPRM dilakukan di aras bawah bangunan. Laa....kenapalah macam bangang bunyinya!

Orang nak tahu Allahyarham Sarbani yang dituduh membunuh diri itu betulkah membunuh diri! Bukan nak tahu di mana SPRM nak patut buat penyiasatan selepas ini. Engkau nak buat penyiasatan di planet Pluto ke lantak engkaulah! Tu orang nak tahu Allahyarham Sarbani yang tidak diyakini umum membunuh diri itu kenapa boleh mati sewaktu di bangunan 'berhantu' SPRM itu?

Semua Urusan Penting SPRM Kini Di Tingkat Bawah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan supaya semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan SPRM berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaafar berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.

"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, SPRM juga telah mengarahkan supaya pengarah bahagian keselamatan untuk membuat pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan pejabat SPRM sama ada yang dimiliki sendiri, disewa atau bangunan gunasama bagi memastikan ciri-ciri keselamatan itu dipenuhi.

"Mengenai keselamatan pejabat-pejabat SPRM ini, kita sudah ada arahan Ketua Pesuruhjaya (KP)sejak dulu lagi yang masih berkuatkuasa.

"Mengikut arahan Ketua Pesuruhjaya, semua pengarah bahagian, pengarah SPRM negeri serta pegawai SPRM bahawa tetamu atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke pejabat pegawai. Tempat pertemuan hanya terhad di ruang menunggu atau bilik tetamu sahaja," katanya.

sumber berita:mstar


Friday, April 08, 2011

Dr Asri Zainul Abidin kata kezaliman mesti dibenteras

KEZALIMAN MESTI DIBENTERAS

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Negara kita dikejutkan dengan kes kematian ‘jatuh bangunan’ Ahmad Sarbani, Penolong Pengarah Kastam Selangor. Beliau merupakan saksi bagi kes penyelewengan dalam Kastam. Di mana baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan penyelewengan Kastam bernilai 108 billion. Satu jumlah wang rakyat yang begitu banyak. Jika wang itu diperuntukkan untuk subsidi atau pembangunan secara adil, tentu keseluruhan rakyat dapat menikmati.

Peliknya lagi beliau mati kerana jatuh dari bangunan SPRM. Lebih aneh, sebelum ini Beng Hock yang cuba mendedahkan bukti rasuah juga mengalami nasib yang sama. Apakah kerana bangunan itu terlalu licin, atau tiada penghadang? Jika begitu bagaimana ia boleh diluluskan? Atau, ada hantu ‘tolak orang’ dari bangunan spesis ‘pontianak sundal rasuah’.

Peliknya, entah berapa ribu bangunan lain yang puluhan tingkat dalam negara ini, tidak pula sering kita dengar orang tergelincir. Mengapa asyik tergelincir di bangunan SPRM sahaja? Tambahan lagi yang tergelincir itu ada pula kaitan dengan saksi kes-kes penyelewengan dan rasuah yang besar-besar. Apakah ada Mafia atau al Capone yang sedang beroperasi dalam negara kita? Persoalan-persoalan ini memeningkan rakyat. Maka bisikan timbul di sana-sini. ketidakpuasan hati kedengaran secara terang dan nyata. Di kedai kopi ataupun di facebook. Bak kata Hajjaj yang zalim:

“Fitnah (kekacauan) itu dicetuskan dengan bisikan, ia dihasilkan dengan aduan” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201)

Baca selanjutnya :di sini


Thursday, April 07, 2011

Kawan aku kata di bangunan SPRM itu ada Penunggu?

Dengan kematian Pegawai Kastam Allahyarham Sarbani di bangunan SPRM telah menjadikan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia seolah-olah sebagai Suruhanjaya 'Penunggu' (kepada) Rakyat Malaysia.

Mengikut Kamus Dewan antara makna 'Penunggu' ialah hantu atau puaka. Dalam masyarakat manusia, hantu atau puaka ini semulajadinya memang menakut lagi menggerunkan. Pontianak kata ceritanya, mula-mula cantik lepas itu katanya kalau dan dia mengilai...hah memang menakutkan! Sebiji macam pontianaklah! Begitu juga hantu pisang.....mula-mula cantik macam Fasha Sandra, lepas itu....hah engkau! Itulah 'Penunggu'!


Dikatakan SPRM ini Suruhanjaya 'Penunggu' Rakyat Malaysia adalah kerana, 2 orang yang dalam siasatan SPRM, telah mati di bangunan SPRM itu. Dulu Mendiang Beng Hock dan kali ini Allahyarham Sarbani. Apakah kalau 'Samy' (bukan maksud Samy Velu tau!) juga disiasat, Samy jugak akan mati? Kalau begitu, maka lengkaplah 1 Malaysia yang akan mati di bangunan SPRM!


Pelik juga, sudah 2 orang yang disiasat di bangunan SPRM, mati! Agaknya SPRM menggunakan penunggu atau hantu atau puaka sebagai penyiasatnya yang menyebabkan yang disiasat lari lintang pukang terkejut dan takut lalu terjun bangunan! Kalau penyiasatnya orang, masakan yang disiasat begitu takut dan trauma, sampai terjun bangunan! Sanggup bunuh dirilah katakan daripada kena cekik dek Penunggu di bangunan SPRM! Pelik jugak aku!


Atau penyiasat SPRM sebenarnya bukan penunggu atau hantu atau puaka tetapi macam penunggu atau hantu atau puaka! Gamaknya!


”Kalau begitu bangunan SPRM itu memang ada Penunggu tak?”, tanya kawan aku! Maka bolehlah masuk Malaysia Guiness Record sebagai bangunan paling menggerunkan!


Walau bagaimana pun kita tunggu hasil penyiasatan. Tapi harap-harap janganlah fasa akhir penyiasatan itu tiba-tiba ada pula pengumuman, "cara ’terjun' yang disiasat dari bangunan itu adalah tulen! Penyiasatan telah berada di peringkat akhir!”. Alamak tulen saja!

Mufti Harussani baru sedar Malaysia kian menjadi negara tidak berakhlak dan tidak bermoral".

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa kecewa kerana Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermoral” apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

“Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.


Walaupun agak terlambat namun akhirnya tersedar juga tuan mufti Harussani ini. Sebenarnya negara Malaysia ini telah menjadi negara yang tak berakhlak dah lama dah…..sejak berlakunya rampasan kuasa haram di negeri Perak hari itu lagi! Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih majoriti rakyat dalam pilihanraya telah dirampas oleh UMNO/BN pun satu tindakan dan perbuatan yang tidak berakhlak dan bermoral.


Kalau UMNO/BN berakhlak dan bermoral sudah pasti UMNO/BN akan sanggup untuk menerima satu PRN bagi Negeri Perak, sebaliknya UMNO/BN sangat dayus dalam soal ini. Apakah orang yang dayus berakhlak dan bermoral? Bagaimana pula dengan pihak-pihak yang menyokong atau mendiamkan diri dengan membiarkan usaha-usaha rampasan kuasa yang dayus itu? 2 kali 5, 5 kali 2 sahaja!


Dan apakah penceritaan detail dalam media UMNO/BN tentang lubang dubur saifool dalam kes liwat 2 itu berakhlak dan bermoral?


Namun kini syukurlah setelah sesak lubang telinga rakyat dengan cerita kotor yang menggelapkan hati, mufti Harussani mula merungut! Soalnya apakah rungutan itu berbaloi?


Wednesday, April 06, 2011

Walaupun alim ulamak telah memberi nasihat, nampaknya fitnah jahat dan lucah yang mengaibkan itu akan terus disebar-suburkan!

Menteri penjaga parlimen yang bengong terus mengeluarkan hujah-hujah bodoh. Kalau sebelum ini orang rasa dan agak dia macam bodoh, dengan kenyataannya kali ini telah mengesahkan dia bodoh sungguh. Itulah mamat Nazri Ajis!

Dia kata Wan Azizah tidak cekap untuk mengenali Anwar Ibrahim dalam video itu. Sebagai isteri Anwar, Wan Azizah tidak cekap! Habis? Siapa yang cekapnya? Rahim Tamby Chik and the gang atau satu lagi Suruhanjaya Penipu Rakyat? Alahai Nazri!!!


Inilah yang aku kata Nazri bengong! Wan Azizah kata itu bukan Anwar, Nazri kata tak cekap. Rahim Tambi Kecik kata itu Anwar, cekap! Heh…bolehkah diharapkan menteri yang macam ini?


Dialah menteri yang ‘mengesahkan’ Rosmah itu FLOM dalam semua rakyat menolak hal itu. Dan dia juga yang kata menonton video lucah tidak salah walau ianya jelas salah dari segi undang-undang. Nazri Aziz ambil rujukan daripada mana agaknya?


Di sini sudah nampak perangai Nazri dan sikap agamanya.. Sepatutnya sebagai menteri Islam cakaplah menonton video lucah itu haram. Pandikar Amin Mulia pun pandai kata menonton video lucah haram seba itu dia tak benarkan tonton di parlimen!


Sekarang Nazri membelakangkan pula nasihat dan teguran alim ulama yang mengatakan penayangan dan pendedahan video lucah oleh Datuk Tolol itu salah dan mengaibkan orang dan adalah fitnah berat yang jahat yang mesti dihentikan segera. Sekali lagi Nazri menjadi menteri gedebe dengan memekakkan telinga akan nasihat Harussani, para mufti dan ulamak-ulamak lain. Jadi Nazri Aziz ini hendak dengar nasihat agama dari siapa agaknya? Pandangan ulamak dan mufti semua dia tak kisahkan! Atau pandangan agama tidak perlu lagi baginya dan kerajaan UMNO/BN kerana Nazri dan kerajaan UMNO/BN akan teus menongkat langit? Astaghafirullah...!


Nampaknya tanda-tanda bahawa fitnah jahat ini dihentikan tiada, malah akan terus disebar-suburkan di bumi Malaysia ini selagi UMNO terus menagih kuasa untuk terus menongkat langit, walaupun mengikut hukum Islam adalah haram dan pemfitnah boleh disebat 80 kali sebatan? Apa sudah jadi dengan kerajaan dan kabinet Malaysia hari ini?


SPR HANTU RAYA YANG BERPUAKA!

PAKATAN RAKYAT TIDAK GENTAR LAWAN BARISAN NASIONAL

NAMUN BERHUBUNG KES YANG BERLAKU DI DUN MUARA TUANG SARAWAK HARI INI.....
PERATURAN TETAP PERATURAN!


JIKA CALON PAKATAN YANG TIDAK MEMBAWA PENYATA KEWANGAN PILIHANRAYA LALU ....
PASTI SPR "HANTU RAYA" UMNO/BN,
AKAN BERSEGERA
MENGISYTIHARKAN BN MENANG!


TAPI HARI INI, SEBALIKNYA BERLAKU,
YANG TIDAK BAWA DOKUMEN ITU ADALAH CALON BN, SPR " HANTU RAYA" TETAP MENERIMANYA
DARI CALON BN, BERMAKNA ADA PERTANDINGAN YANG SANGAT MENJOLOK MATA!


APA KITA NAK KATA KEPADA SPR SELAIN DARI BARUA UMNO/BN?
BUKAN SAHAJA MENJADI KOMPONEN BN MALAH
'PELACUR' PILIHANRAYA YANG MENJIJIKKAN!

Tuesday, April 05, 2011

Penyebaran video lucah itu di internet membuktikan kerajaan Malaysia UMNO/BN hari ini telah hilang nilai tamadun bermaruah di mata dunia!

Video seks yang menjadi isu terkini itu, yang dikatakan hanya ada satu-satunya sahaja di tangan Datuk T yang kemudian telah menyerahkannya kepada polis telah tersebar dalam internet. Malah kata ceritanya telah digunakan oleh BTN untuk dipertontonkan kepada sebahagian khlayaknya.

Isunya kini, siapakah yang mendedahkan atau menyalin-edarkan satu-satunya bahan bukti yang begitu penting kepada khalayak, Datuk T atau Polis ?


Jika Datuk T yang mendedahkannya kepada khalayak maka apakah Datuk T ini tidak melanggar undang-undang. Kenapa pihak polis mendiamkan diri dari mengambil tindakan kepada Datuk T ?


Jika tidak Datuk T yang mendedahkannya di internet , apakah pihak polis yang berbuat demikian. Mustahil kerana pihak polis adalah penguatkuasa undang-undang. Tetapi jika takdirnya itulah yang pihak polis lakukan ianya merupakan suatu yang sangat malang kepada rakyat. Siapa lagi yang rakyat mahu percayai sekarang dalam hal penyiasatan, pendakwaan dan amanah menyimpan bukti kes? Tidak ada lagi!


Nampak jelas kerajaan UMNO/BN terus mendiamkan diri dalam menyekat penyebaran video lucah ini. Seluruh ahli-ahli UMNO yang bermaruah harus merasa malu dengan apa yang berlaku hari ini. Kerajaan UMNO/BN telah menjadi guru pendidikan lucah kepada seluruh lapisan rakyat baik dewasa, muda mahupun kanak-kanak. UMNO tidak perlu cuba memperbodohkan rakyat dengan cuba menafikan pembabitan mereka. Rakyat tidak bodoh seperti yang mereka sangka. Siapa yang tidak tahu tentang video lucah yang tersebar itu? Malah begitu ramai yang telah menontonnya.


Nampaknya UMNO tidak memberi kebaikan lagi kepada rakyat selain memberi hal-hal yang busuk dan lucah yang sangat memual dan meloyakan. Hairan masih ada ahli-ahli UMNO yang rela hal ini berlaku dalam parti mereka? Membuat fitnah yang sangat dahsyat! Siapakah yang bertanggung-jawab? Pastinya mereka yang mengundi para pemimpin UMNO yang berkuasa hari ini yang tidak membuat tindakan yang betul dan Islamik juga jauh dari budaya dan adab bangsa Melayu, dalam menangani isu ini sebaliknya membiarkan rakyat terdedah dengannya! Sungguh keji!


Monday, April 04, 2011

Seluruh rakyat harus berubah untuk tinggalkan UMNO/BN yang sudah lapok dan buruk!

Seluruh rakyat Malaysia harus melupakan isu Datuk T dengan video lucahnya. Semua fitnah yang jahat yang tidak islamik sebagai helah politik tahap tinggi untuk mengalih perhatian rakyat dari isu yang sebenar yang membelit rakyat kini.

Isu video lucah itu kita tidak mahu tahu video itu tulin atau tidak. Itu ukan isunya! Cuma kita mahu tahu siapakah pelakon lucah yang sebenarnya dalam video itu. Video itu tulen tidak mengesahkan pelakon lucah itu orang yang dituduh! Jangan jadi syaitan untuk mengatakan bahawa ketulinan video itu sebagai membuktikan bahawa pelakonnya adaah orang yang dituduh oleh Datuk T yang tidak Islamik itu.


Rakyat Malaysia harus fokus kepada isu rakyat yang sebenar, Jika kita lupa isu ini kehidupan kita akan terus terjerat dalam kancah kesusahan dan perhambaan zaman moden.


Harga petrol Ron 97 akan terus melambung naik di masa akan datang kerana tiada jaminan dari pihak kerajaan UMNO/BN yang harganya akan turun. Dan baru-baru ini Menteri yang menjaga hal ehwal pengguna mengumumkan tidak akan ada kenaikan harga Ron 95 buat masa sekarang yang bagi aku ini bermakna Ron 95 pun akan naik juga lambat launnya bila diumumkan tidak ada kenaikan buat masa sekarang. Tidakkah ini akan terus menyusahkan kehidupan kita apabila kerana kenaikan harga minyak, harga barangan lain juga akan melambung naik.


Alangkah tidak cerdiknya kita untuk tidak memikirkan akan tawaran Pakatan Rakyat jika menang dalam PRU ke 13 untuk menurunkan harga minyak. Kenapa kita rakyat jelata lebih sayangkan UMNo yang tidak mahu meringankan beban kehidupan kita sedangkan ada pihak lain yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk kita, kita pekakkan telinga untuk tidak mahu memikirkannya dan penuh prasangka? Apakah maknanya itu? Maknanya politik kita adalah politik bodoh dn terus-terusan bangang, kita yang menjaga ’periuk nasi’ para pemimpin UMNO/BN yang kaya-raya, sedangkan ’periuk nasi’ kita selalu tidak berkecukupan.


Itulah isu kita yang sebenarnya bukan isu video lucah dan Datuk T yang sungguh hina itu. Betul atau tidak betulnya isu video lucah itu, kita tetap bodoh jika kita menolak tawaran berharga dari Pakatan Rakyat yang telah membuktkan kecemerlangan memerintah Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.


Isu kedua yang perlu difikirkan oleh rakyat terutamanya oleh orang-orang Melayu bahawa orang-orang Melayu masih ramai yang miskin walaupun UMNO/BN telah memerintah selama 53 tahun. Bukti kemiskinan orang Melayu bukan perlu dilihat kepada gaji atau pendapatan mereka tetapi lihat berapa banyak simpanan wang yang mereka miliki. Kini ada sahaja orang melayu yang menjual tanah mereka kepada bangsa lain kerana mahukan wang untuk menanggung pelajaran anak-anak, perkahwinan, pergi menunaikan fardhu haji, terlelong kepada bank kerana gagal membayar pinjaman dan berbagai lagi. Anak-anak orang Melayulah yang paling ramai menjadi penghutang sebaik tamat belajar. Adakah ini satu kesenangan kepada mereka untuk membina kehidupan? Ramai anak-anak muda terutama anak-anak melayu yang mahu berkahwin terpaksa membuat pinjaman dari institusi kewangan.


Nampaknya 53 tahun UMNO/BN memerintah tidak membantu orang-orang Melayu mempunyai tabungan wang yang besar untuk mereka berdikari. Apakah orang-orang Melayu akan terus redha untuk terus begini?


Malang sungguh dalam keadaan terdapat tawaran kehidupan yang lebih baik untuk kita, dengan tidak cerdiknya kita menolak bulat-bulat tawaran itu kerana sikap sentimental yang tidak perlu, keterlaluan kepada UMNO kononnya parti Melayu pembela Melayu! Sebaliknya, kerana kebodohan kita, kita terus-terusan dipaparkan dengan dengan isu-isu mengarut lagi menjijikkan seperti video lucah fitnah, kes liwat menjijikkan yang memperihalkan tentang lubang dubur syaifool dan berbagai lagi! Patutlah kita menjadi terlalu benak dan ’gelap hati’ kerana minda kita dikotorkan dengan cerita maksiat yang tidak senonoh oleh kerajaan UMNO/BN!


Kerana sayangkan UMNO yang memerintah kita lebih rela mendengar dendangan cerita lucah yang tidak memberi ilmu, kita lebih rela membayar saman ekor yang tidak mengikut undang-undang walaupun dalam kesempitan wang, kita lebih rela menggunakan minyak yang dikatakan orang minyak betaraf minyak mesin rumput untuk kenderaan kita, kita lebih rela membayar lebih untuk barangan keperluan dapur dan makanan kita, kita lebih rela anak-anak kita membayar PTPTN dari mendapat biasiswa seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kita lebih rela membodohkan diri kita debngan hanya menonton TV propaganda UMNO, membaca Utusan Meloya dan Berita Hairan daripada memperluaskan bacaan kita kepada Harakah, Siasah, Keadilan, roket, media maya dan sebagainya! Apakah maksudnya itu kita ini?


Isu kita yang terbesar yang mampu merosakkan tamadun bangsa kita adalah soal integriti. Bagaimanakah kerajaan yang tiada integriti dan amanah mampu menjamin kesejahteraan rakyat secara adil? Banyak kes rasuah para pemimpin yang dilaporkan kepada SPRM diperamkan sebaliknya rasuah ikan bilis yang dipaparkan menandakan kononnya tindakan sebuah kerajaan yang berintegriti. Bagaimana dengan kes komisyen pembelian kapal selam, kes kehilangan enjin jet, kes lesapnya 52 bilion saham bumiputera, kes-kes ikan jerung yang masih tersimpan dalam tangan pihak bertanggungjawab dan sebagainya lagi? Masih belum ada apa-apa tindakan melainkan terus tersimpan entah di mana!


Prinsip amanah, kebertanggungjawaban dan integriti yang luntur dalam sebuah kerajaan memerintah tidak akan dapat menyerlahkan keadilan buat rakyat. Apakah kerajaan yang seumpama itu masih kita mahu biarkan untuk menongkat langit ? Fikir-fikirkanlah....


Sunday, April 03, 2011

Ada 14 jenis politik di Malaysia


1. Politik Islam (ALLAHU AKBAR!):







2. Politik Rakyat (RE-FOR-MA-SI !!):









3. Politik UMNO Ori (Semangat 46):














4. Politik UMNO Baru @ politik Mugabe = politik dia aje yang betul!. Shahnon Ahmad kata politik Kepala Taik! Politik kepala taik ini masih ada lagi, di Sarawak!:












5. Politik APCO wal 'FLOM' (FLOM punya pasal, dah tak boleh fikir lagi dah! FLOM first!):

















6. Politik Katak (Yang ni aku malas nak komen...komenlah sendiri...eeleh!!):














7. Politik Sesumpah, ada jugak orang panggil Politik Kotak!:

















8. Politik Ampu. Dia ni ada satu lagi politik, tapi tak nak cakaplah!:











9. Politik Baru. Tak tahulah kat mana barunya. Baru, barulah, aku bimbang jadi macam UMNO Baru!:














10. Politik Rampas @ Politik Ancak:














11.Politik Keris Telanjang:














12. Politik Penyapu. Dengar ceritanya dah tak ada dah politik ini. Tinggal penyapu je!:















13. Politik Wang ( Heh...gaya pun macam berwang!):















14. Yang terbaru (mengikut 'Syarahan Politik ' Ku Li); Politik Longkang! Tapi ramai juga orang kata Politik 'Blue'! Mungkin longkang dengan 'blue' sama je kot...busuk lagi membusukkan!