Followers

Saturday, April 02, 2011

1 Malaysia semakin blue!

Dr Ponthip kata Beng Hock dicekik sebelum mati:

Penyiasat Persendirian kata, 2 Pegawai SPRM download video lucah:

Cekik, nonton video lucah, cekik, nonton video lucah,

Dah? Jatuh tu macam mana?

Cekik, nonton video lucah, cekik, terjun, mati?

Cekik, nonton video lucah, cekik, mati, tolak?

Cekik sendiri, pegawai nonton video lucah, cekik sendiri, mati, pastu terjun? Heh... ngeri!

Macam-macam Malaysia la ni! Kat Carcosa nonton video lucah jugak!

Nampaknya zaman Najib merintah, dahlah bendera BN 'blue', 1Malaysia pun semakin 'blue'! Berahi sungguh 'blue' puak-puak 'blue' ni!

Hati-hati, pengalaman PRU 2004, senjata utama dan terkahir UMNO/BN dalam 'medan perang' pilihanraya adalah SPR itu sendiri.

Jika mahu menguasai Putrajaya dalam pilihanraya akan datang, Pakatan Rakyat bersama NGO BERSIH perlu segera memberi pengajaran kepada SPR yang kian boleh digelar sebagai Suruhanjaya ‘Pemanipulasi’ Rakyat bukan Suruhanjaya Pilhanraya. Mungkin gelaran itu agak kasar tetapi wajar melihatkan kelakuan dan sikap hipokrasi tahap tinggi Suruhanjaya itu.

Sehingga kini masih enggan menerima 4 tuntutan BERSIH untuk pilhanraya adil dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Kebimbangan rakyat bahawa akan berlaku manipulasi daftar pemilih terbaru dan peraturan pilihanraya terhadap PR dalam PRU ke 13 mempunyai asas yang kuat, melihat kepada gelagat dan sikap para pemimpin SPR terhadap Pakatan Rakyat.


Komen yang terus terang menyalahkan pasukan Pakatan Rakyat dalam semua hal membuktikan SPR memang tidak boleh diharap untuk berlaku adil kepada Pakatan Rakyat. Kebisuan dan kegagalan menyekat UMNO/BN menggunakan elemen kerajaan dalam pilihanraya dan amalan rasuah dan sogokan, juga membuktikan sikap SPR sangat-sangat melindungi perbuatan tidak amanah UMNO/BN.


SPR juga terus membisu dengan sikap UMNO dan Jabatan Pendaftaran Negara yang disyakki kuat sedang ‘membuka kaunter’ di pelbagai lokasi tertentu di luar waktu pejabat bagi mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing seperti yang dideahkan oleh Azmin Ali dalam persidangan Dun Selangor. Walaupun ini bukan bidang tugas SPR tetapi sebagai pengadil pilihanraya yang baik SPR sewajarnya menegur UMNO kerana memperalatkan Jabatan Pendaftaran Negara untuk kepentingan parti mereka! Namun SPR Malaysia ini mungkin dengan penuh alasan yang berbelit-belit tidak akan menegurnya kerana yang melakukan itu adalah ‘tuannya’ iatu UMNO! Cuba DAP atau PAS yang melalukan seperti itu , pasti SPR akan riuh seantero dunia! Memberi zakat kepada 3 orang saudara baru kaum aslipun dikatakan memberi rasuah!


Apakah ini pengadil yang baik untuk Pakatan Rakyat? Sebelum masuk padang pasukan Pakatan Rakyat akan dan telah diberi amaran itu dan ini, diperlakukan begitu dan begini, semua cadangan dan alasan Pakatan Rakyat dibakul-sampahkan sahaja. Yang hanya dipertimbangkan seolah-olah hanya kepentingan UMNO/BN. Jelas senjata utama dan terakhir dalam 'medan perang' pilihanraya UMNO/BN adalah peranan SPR itu sendiri!


Oleh yang demikian Pakatan Rakyat akan sekali lagi ‘kecundang’ bukan sebenarnya kerana kekuatan UMNO/BN yang penuh kekotoran itu, tetapi kerana pengadilan ‘berat-sebelah’ SPR dan beberapa agensi abdi UMNO, jika tidak ditegah secara aggresif oleh Pakatan Rakyat dan BERSIH! Keyakinan Rakyat yang memuncak kepada Pakaran Rakyat sekarang ini, tidak akan menyumbang apa-apa kemenangan, jika pilihanraya penuh dengan penipuan, sogokan rasuah dan manipulasi! Atasi hal ini segera sebelum PRU ke 13 nanti.


Friday, April 01, 2011

Sayangilah UMNO untuk terus menjadi bebal

Kerana sayangnya sebahagian besar orang Melayu kepada UMNO maka dengan tidak teragak-agak, dengan tiada rasa bimbang kerajaan UMNO terus dengan manggaknya menaikkan harga minyak Ron 97 sehingga mencecah tahap paling tinggi dalam sejarah negara iatu RM2.80 per liter. Tanpa sokongan padu orang-orang Melayu yang masih bangang untuk memahami kelicikan UMNO, kerajaan UMNO tidak akan berani untuk bertindak selicik itu.


Orang-orang Melayu yang mengundi UMNO tersebut terus dibangangkan dengan alasan Ron 97 kononnya tidak ada kena mengena dengan minyak untuk rakyat iaitu Ron 95. Menteri akan memberitahu, kehidupan seharian rakyat menggunakan Ron 95, oleh yang demikian rakyat tidak perlu khuatir kenaikan Ron 97 mempengaruhi kehidupan rakyat. Beginilah cara dan begitu senang UMNO memperbodohkan pengundi-pengundinya yang bagaikan katak di bawah tempurung itu.


Soalnya, sebahagian besar pengundi- pengundi UMNO yang sering diperbodohkan ini masih sukar untuk memahami bahawa apabila ada kenaikan harga minyak tak kiralah Ron 95 atau Ron 97 juga diesel, maka kenaikan harga minyak ini menjadi kesempatan terbaik buat golongan kapitalis mengaut keuntungan melampau melalui harga barangan keperluan rakyat yang boleh menyusahkan rakyat keseluruhannya. Dalam keadaan kerajaan UMNO tidak mampu untuk mengawal kenaikan harga barang, harga minyak terus dizinkan naik!


Jika kerajaan UMNO jujur terhadap rakyat dengan mengatakan kenaikan Ron 97 tidak akan menjelas harga barangan keperluan kehidupan rakyat, kerajaan UMNO yang auta ini dicabar untuk turunkan harga barangan keperluan segera! Mengharapkan ini dilakukan oleh kerajaan UMNO, bagaikan mengharapkan kucing bertanduk!


Isu kedua, Nampak jelas di bawah pemerintahan UMNO sejak dari zaman Mahathir Bapak Auta Malaysia hingga ke zaman Najib APCO Yahudi, semua perkara bagaikan ada dua dalam negara. Undang-undang ada 2 tafsiran, untuk rakyat dan Anwar Ibrahim satu tafsiran manakala untuk UMNO dan kroninya pula satu tafsiran lain! Begitu juga cuba dilakukan dalam hal penggunaan minyak. Untuk para burjuis, para pemimpin UMNO dan kroni, minyak Ron 97 kerana mereka semua ‘beruwang’, manakala untuk rakyat yang marhaen dan rakyat bodoh macam pengundi UMNO, Ron 95 yang tidak sesuai dan tidak bermutu. Biarkan rakyat terbakar hangus setiap kali kemalangan, jangan mereka!


Isu ketiga, jika harga Ron 97 dinaikkan mulai malam ini iaitu antara 1 dan 2 April dengan mengambil kira budaya April Fool maka benarlah rakyat marhaen di bawah sini terus dipermainkan melalui budaya April Fool dengan menaikkan harga Ron 97 pada waktu itu. Bergembiralah para penyokong dan para pengundi UMNO kerana lubang hidung mereka penuh dengan sawang April Fool khas dari kerajaan UMNO yang mereka fanatic sangat sehingga tak mampu lagi untuk menilai tindakan baik buruknya UMNO!


Nampaknya yang bernama rakyat Malaysia sekarang ini, semakin hari semakih jauh dengan yang berkualiti dan murah. Semakin negara mendekati tahun 2020, semakin rakyat hanya mendapat ’kerak nasi’. Nasi disapu sang penyamun tarbus terlebih dahulu maka makanlah rakyat terutama pengundi-pengundi UMNO akan kerak nasi yang membebalkan itu! Pangkah lagi UMNO untuk terus makan ’kerak nasi’ dan terus menjadi bebal sebebal-bebalnya! Pangkah...pangkah, tak payah guna otak!


Kepada pengundi-pengundi UMNO, selamat menyambut kenaikan harga minyak Ron 97 yang akan meransang kenaikan harga barangan keperluan!! Selamat bergembira untuk UMNO kamu dan para pemimpinnya !


Video itu tulen kata KPN: Dah tu?

Tiba-tiba terpacul ketulenan video itu dari mulut KPN. Dengan menggunakan khidmat pakar, begitu cepat penyiasatan mengesahkan bahawa video lucah itu tulen. Isunya apakah ketulenan video itu menjadi isu pokok menyelesaikan kecelaruan yang berbangkit?

Polis begitu cekap menjumpai pembunuh jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Susilawari walaupun dibakar rentung dan dibuang ke sungai, susah benarkah polis mahu mengenal pasti orang yang masih hidup sebagai pelakon video lucah tersebut?


Sejak dari zaman Mahathir, kerja-kerja polis begitu sukar diduga. Ada yang mudah diselesaikan dan ada yang macam dibuat-buat payah. Kepayahan itu ada ketikanya kerana kompleksiti kes tetapi ada ketikanya dilihat macam kompleksitinya dibuat-buat!


Contohnya kompleks sangatkah mahu menangkap Datuk T yang melanggar undang-undang menayang video seks lucah yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim? Penayang-penyayang video seks itu terang-terang sudah mengaku. Tempat tayangan telah diketahui. Saksi-saksi terdiri daripada ahli-ahli politik dan para wartawan yang begitu ramai! Kompleks lagikah atau sebab apa sebenarnya?


PDRM dan menteri mungkin marah sekiranya rakyat yang cerdik mendakwa bahawa sikap PDRM yang tidak bertindak terhadap penayang video itu bagaikan cuba melindungi seseorang dan sesuatu, tapi itulah seolah-olah hakikatnya! PDRM dan menteri mungkin marah jika rakyat mengandaikan malah mungkin mengesakki PDRM bagaikan turut terbabit secara terus dalam kerja-kerja pembunuhan karektor Anwar Ibrahim, tetapi itulah seolah-olah gambaran yang difahami rakyat yang cerdik dan mampu berfikir!


Kenapa andaian begitu? Kerana tiba-tiba keluar pengesahan video itu tulen! Dah kalau dah tulen kenapanya? Apakah kenyataan itu sudah menyelesaikan masalah yang dihebuh-hebuhkan sekarang?


Kenyataan itu sebenarnya mengelirukan, kerana ia masih belum menyelesaikan isu utama apakah pelakon video lucah itu sama orangnya dengan orang yang dihebuh-hebuhkan atau jika bukan Anwar Ibrahim ia belum menghilangkan keaiban Anwar Ibrahim sekeluarga mahu pun berketurunan!


Tidak dapat dinafikan, PDRM banyak memberi sumbangan kepada keselamatan negara namun demikian, janganlah dalam hal-hal tertentu rela menjadi hamba abdi kepada mereka yang telah hilang moral dan integriti! Cukuplah....tampillah dengan keadilan dan integriti yang dapat dirasai dan dilihat oleh rakyat.



Thursday, March 31, 2011

Dalam mengata kepada Nik Aziz....

Yang ni haram kerana ada unsur agama lain.Alright!













Yang ni pun haram (?) kerana ada unsur agama lain! Ermmm....







Yang ni pula tidak syirik, tak haramlah maksudnya! Mungkin tiada unsur agama lain...!









Kalau yang ni?
Errmmm no comment please!










Yang ni?
Shhhh......jangan tanya sayeerrr!!!






Ada lagi seorang yang bukan bertaraf mufti tetapi bertaraf apa ngtah? Tapi mukanya gaya muka pelakon. Baru-baru ni dia sempat keluarkan 'fatwa' mengikut undang-undang Malaysia "tak salah menonton video lucah untuk tujuan baik". Lebih kurang begitulah maksudnya. Tak ada pula berbunyi orang yang kata Zambry berancak tak berdosa, nak sanggah kenyataan orang itu!

Begitulah kita hari ini, dalam mengata kepada Nik Aziz banyak mengeluar fatwa yang mengelirukan, rakyat Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/BN terus kelam-kabut dengan fatwa yang lebih mengelirukan daripada fatwa orang yang sering mengatakan 'fatwa' Nik Aziz mengelirukan!

Syaitan bisu !

Betul sungguh pandang Dr Mohd Asri ini. Orang-orang agama wajar tampil untuk memberitahu kebenaran berdasarkan Al-Quran dan Hadis agar dapat membimbing dan menerangkan pemikiran rakyat ke jalan kebenaran. Benteras segera poltik murahan, lucah dan tidak berakhlaq yang mendedahkan aib orang secara keterlaluan. Anak-anak Islam tidak mendapat apa-apa faedah dan ilmu pun daripada politik lucah ini. Jangan kerana sedikit habuan dunia yang tidak boleh dibawa ke dalam kubur maka ramai mereka yang tahu dan faham Islam menjadi ‘syaitan bisu’!

Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


“Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenai politik idea untuk membela rakyat.

“Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat.

“Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

Menulis dalam blognya hujung minggu lalu, beliau berkata, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

Mengulas lanjut mengenai tulisannya itu, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, beliau mendapat reaksi banyak pihak termasuk cadangan supaya beliau “mengepalai” perhimpunan anti-politik lucah itu.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan tersebut kerana berpendapat bahawa “ada tokoh besar lain” yang boleh mengetuai perhimpunan tersebut.

“Ada tokoh utama dalam masyarakat, tetapi bukan saya,” katanya.

Dalam reaksinya kepada pihak itu, Dr Mohd Asri berkata, semua pihak perlu memainkan peranan membantah politik lucah itu dan tidak terhad kepada kumpulan atau parti politik tertentu, tetapi seluruh rakyat.

Malah, katanya, bukan Islam pun boleh sertai bersama, kerana semua membenci perbuatan seperti itu.


sumber: malaysiakini.com


Tuesday, March 29, 2011

Begini taraf politik melayu UMNO

Permainan politik yang menjadi amalan para pemimpin UMNO cukup memalukan maruah orang Melayu. Dengan permainan politik yang begitu kotor oleh para pemimpin parti UMNO yang mendakwa sebagai parti orang Melayu, tidak keterlaluan jika sekira dijangka bahawa tanggapan bangsa-bangsa lain kepada orang Melayu begitu teruk sekali. Bukan kerana bangsa Melayu tetapi kerana UMNo yang mendakwa ianya sebagai parti orang Melayu.

Apakah tidak memalu dan menjatuhkan maruah bangsa Melayu jika sekiranya para pemimpin UMNO sering didakwa menjalani permainan politik dan kehidupan mereka berbelit-belit dengan rasuah dan pecah amanah. Tidak pecah amanahkah UMNO apabila antaranya menghilangkan RM52 bilion saham bangsa Melayu. Hal lesap ini 'diakui' sendiri oleh Perdana Menteri UMNO dari bangsa Melayu!

Politik kotor UMNO terus memalukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang beradab sopan dan mempunyai pegangan agama yang kuat, apabila para pemimpin UMNO bersama kuncu-kuncunya terus menggunakan isu seks Liwat 1 dan mengskripkannya di mahkamah secara detail untuk dipapar pula dalam pelbagai medium media massa yang diperhambakan oleh UMNO.

Sebaik kes Liwat 1 yang cuba menyadongkan Anwar Ibrahim tersadong, maka direka pula kes Liwat 2. Dikatakan direka kerana apa yang terskrip dalam mahkamah menguatkan asas dakwaan bahawa ianya memang direka oleh satu plot konspirasi. Kuncu-kuncu UMNO dari pelbagai pihak yang diperhambakan terus 'memainkan lubang dubur siafool' secara kotor dan menjijikkan dalam mahkamah. 'Politik jubur saifool' dihidangkan kepada rakyat saban hari tanpa segan silu untuk rakyat meyakini para pemimpin UMNO dan menolak Anwar Ibrahim. Nak kekalkan sokongan rakyat UMNO terpaksa gunakan 'lubang'

Tak ada isu lainkah yang terfikir oleh para pemimpin UMNO yang berbangsa Melayu untuk berpolitik selain menggunakan lubang taik yang kotor dan jijik itu? Inilah yang aku katakan UMNO sesungguh memalukan dan mengotor umat Melayu dengan permainan politik yang memual dan meloyakan.

Belum selesai isu lubang dubur saiful yang katanya mempunyai begitu banyak DNA berbagai anu dan sianu, tiba-tiba sekali lagi para kuncu UMNO membuat kerja jijik. Kali ini Rahim Tamby Chik yang entah bila menjadi bersih dari sebarang skandal muncul menayangkan video lucah! Sepatutnya semua ahli-ahli Risda berarak dan berdemonstrasi kerana Pengerusi Risda menonton dan menayang videao lucah.

Dengan apa yang berlaku, kelihatannya UMNO dan Seks memang tidak boleh dipisahkan. Mereka ini telah kehilangan idea dan modal kempen sehinggakan tergamak menggunakan lubang dubur budak yang tidak empuk dan menggunakan lubang kemaluan wanita (video tayangan Datuk T) sebagai kempen politik mereka.

Melihatkan gelagat para pemimpin UMNO dan kuncu-kuncunya, terasa juga dihati ini malunya menjadi orang Melayu, jika begini! Tidak ada isu lainkah yang lebih bermaruah atau sudah tiada isu pembelaan rakyatkah dalam kempen menentang musuh politik sehingga terpaksa menggunakan isu lubang dubur azizan, siafool dan lubang kemaluan wanita dalam video tersebut?

Apakah bangsa Melayu masih perlu menyayangi dan mempertahankan parti yang sudah tidak releven dengan akhlaq dan moral orang Melayu sejagat? Jika masih mengatakan ya...alangkah sedihnya menjadi bangsa yang bodoh dan dibangangkan dengan benda-benda lucah dan kotor!

Monday, March 28, 2011

Pendekar bujang lapok, Prebet lapok dan kini Konspirator lapok

Zaman P Ramlee dahulu terkenal dengan Pendekar Bujang Lapok. Manakala zaman Ar Badul muncul pula Prebet Lapok. Kini zaman Najib, tiba-tiba semakin kencang muncul para Konspirator Lapok!

Selain dari Ghani Patail yang terus dominan dalam pembicaraan kontroversi Anwar Ibrahim dari dulu sampai sekarang, Umi Hafelda juga timbul ke hulu ke hilir menjaja maruah yang tidak tahu malu, menceritakan cerita-cerita buruk terhadap Anwar Ibrahim. Hinggakan dengan sedikit acahan dari Baginda, Umi terus minta Baginda meneka di mana birthmark-nya. Habis kalau Baginda kata birthmark Umi di anunya, bagaimana mahu membuktikan kepada umum bahawa birthmark Umi di situ? Umi nak panggil para wartawan dan nak tunjukkan bukti di mana letakknya tanda lahirnya kepada para wartawan terpilih? Hendak buat di mana? Di Carcosa Sri Negara juga? Nampaknya konspirator Lapok ini semakin melalut dan mengarut.


Selepas Umi, tak semena-mena timbul pula yang bernama Mahathir yang memang relevan dan dominan dalam ’menutuh’ Anwar Ibrahim. Tapi Mahathir muncul melalui buku memoirnya, yang mencoretkan pelbagai memorinya dengan satu bab khusus akan betapa ’jahatnya’Anwar Ibrahim sebagai ’pelaku liwat’! Dengan cara tersendiri Mahathir yang takut ke mahkamah apabila disapina sebagai saksi dalam kes liwat 1, terus menjadi hakim mengalahkan mahkamah perlembagaan, memutuskan Anwar memang meliwat dan bersalah berdasarkan hanya saksi-saksi 4 wanita yang juga takut mahu menjadi saksi di mahkamah! Akibat dari itu Mahathir digelar orang, sebagai nyanyok. Dan aku menambah gelaran itu antara Konspirator Lapok yang nyanyuk!


Selepas Mahathir muncul dengan buku memoir yang banyak dipertikai orang akan faktanya, muncul pula Rahim Tamby. Walaupun kurang menonjol namanya dalam kes Liwat 1 tetapi nampaknya Rahim mahu muncul cara tersendiri dalam konspirasi terhadap Anwar. Nampaknya cara Rahim muncul dengan video hitam putihnya membuktikan dia juga bertaraf Konspirator Lapok kerana mahu menjadi alim tapi akhirnya ’zip seluar’ sendiri tidak tertutup! Rahim...Rahim!!!


Dan kini, sedang sibuk Rahim berhempas pulas mahu meyakinkan umum akan video lucah yang digemarinya itu, timbul pula seorang lagi Konspirator Lapok iaitu Daim Zainuddin. Orang berbunyi, dia pun nak berbunyi juga. Akhirnya dia kata, Anwar tak mungkin jadi timbalan presiden UMNO tanpa Dr Mahathir! Betapa Lapoknya Daim kerana dia tidak akan berani untuk berkata bahawa Anwar tidak akan terfitnah sebegini aib kalau tidak kerana Mahathir!


Siapakah lagi yang akan muncul selepas ini untuk menimbulkan kembali para konspirator Lapok dalam drama fitnah Liwat 2 dan Video lucah yang kini disedang dibicarakan orang ramai?


Jamil Khir sungguh memalukan!


Aku cukup tidak gemar cara dia ini sebagai menteri yang katanya menjaga agama Islam. Sikapnya terus merosakkan kredibiltinya sebagai orang agama yang wajar dihurmati.

Dia bukanlah seorang menteri yang sepatutnya berperanan semampu mungkin untuk mendorong kepada kewujudan undang-undang syariah di negara ini, sebaliknya dia terus-terusan bersikap sebagai ahli politik parti UMNO yang oportunis sampai bila-bila. Alangkah teruknya kehormatan seorang ahli agama apabila menjadi menteri UMNO!


Adakah munasabah enggan mengulas soal qazaf mengenai fitnah video seks konon Anwar Ibrahim, kerana alasan melibatkan polis? Antara katanya, ”kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah berkaitan”.


Ya lah ’mahkamah yang berkaitan sewajar diulasnya ialah mahkamah syariah yang boleh menghakimi isu qazaf. Apa pula susahnya untuk diulas? Atau masih belum kenyang-kenyang ? Takut putus rezeki! Begitu?


Dulu di awal kes liwat 2, Anwar mahu kes liwat 2 di bawa ke mahkamah syariah atas tuduhan qazaf terhadap saifool, tiba-tiba dia yang muncul menghalang kes qazaf di bicara di mahkamah syariah! Apa ni? Aku pelik sepatutnya orang yang menghalang Anwar bukan dia tapi saifool !


Inilah dia rupa dan gayanya Menteri yang menjaga agama Islam di Malaysia ini. Dia mahu menjaga siapa sebenarnya sehingga dia terpaksa merosakkan kredibilitinya begitu teruk sekali?


Nampaknya Dr Asri bekas mufti Perlis lebih jauh ke depan dari menteri agama ini. Turun berhimpun ramai-ramai menentang poltik lucah dan fitnah! Jamil Khir sungguh memalukan!


Qazaf: Jamil Khir enggan ulas kerana libatkan polis

Mac 26, 11 3:35pm


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau memilih untuk mendiamkan diri dalam isu-isu yang didakwa pihak tertentu sebagai qazaf (tuduhan zina) kerana ia melibatkan pihak berkuasa seperti polis.


Katanya dalam hal itu pihak-pihak yang berkaitan perlu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


"Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini.


Sebuah akhbar yang dikaitkan dengan pembangkang, Fitrah dalam laporannya mengatakan Jamil Khir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu video lucah palsu yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sumber: malaysiakini