Followers

Thursday, March 24, 2011

Sudah-sudahlah Datuk T, ingat-ingatlah jugak seksa kubur nanti!


Nampak Rahim Tamby Chik tetap Rahim Tamby Chik! Dia membuktikan bahawa dia tidak serupa dengan tambi-tambi yang lain. Rahim Tamby Chik dahulu dengan Rahim Tamby Chik sekarang tetap tidak berubah, tiada beza. Rahim Tamby Chik itulah, tiada lagi Rahim Tamby Chik yang lain!

Rahim Tamby Chik yang 'suka' mendedahkan benda-benda lucah. Zaman dulu-dulu ada seorang nenek pernah dihebohkan, memberitahu Guan Eng, bahawa Rahim Tamby Chik inilah yang pernah 'mendedahkan' cucunya yang bawah umur. Namun kerana 'kebalnya' Rahim Tamby Chik ini, Guan Eng tersadong dalam penjara. Rahim Tamby Chik ini kata Mat Sabu, " Rahim terus 'long leng long leng' ke sana ke mari dengan awangnya!".

Kelmarin Rahim Tamby Chik muncul kembali dengan gelaran Datuk T! Kali ini dia 'mendedah' lagi, (berahi sungguh dia mendedah) mendedah video lucah yang kata Nazri Aziz seorang sahabat lama Rahim Tamby Chik. tidak salah menontonnya.

Ada ke menonton video lucah tak salah! Dah hukum Islam 'halal haram' nak campak ke mana? Menteri taik kucing betol dia ni!

Kalau ikut sejarah yang pernah dicerita orang, Rahim Tamby Chik memang suka 'mendedah', apakah Rahim Tamby akan terus 'mendedah' ?

Sudah-sudahlah Rahim! Usia sudah semakin tua, kematian sudah semakin hampir, persoalan kubur sudah semakin dekat, dah bersedia untuk itu semua?

Wednesday, March 23, 2011

Usaha memfitnah Anwar menjadi serba tak kena...kantoi habis!


Isu video seks yang kononnya membabitkan Anwar Ibrahim belumpun sampai seminggu telah kantoi.


Kantoi pertama, para konspirator semakin jelas wajah mereka. Daripada kita tidak tahu adanya peranan datuk Trio dalam konspirasi ini, kini kita telah tahu siapa datuk-datuk T itu. Yang paling kelakar ialah orang yang mahu membenteras perlakuan seksual dalam kalangan para pemimpin Melayu ialah Rahim Tamby Chik. Kalau itu bukan tujuannya, apakah sebab dia mendedahkan rakaman video ini dengan penuh kekebalan? Inilah yang kelakar dan paling pandir kerana dialah orangnya dahulu, yang kerananya dan kerana seorang gadis bawah umur yang kena rogol, mengakibatkan Lim Guan Eng terperosok dalam penjara sehingga tidak boleh bertanding dalam pilihanraya beberapa ketika.


Kali ini bukan Sivaji yang muncul kembali tetapi Rahim Tamby muncul kembali. Anwar Ibrahim mahu tidak mahu semakin hampir ke dalam! Jeng...jeng...jenggg!!


Kantoi yang kedua, belum pun disiasat salah seorang Datuk T yang ada iras-iras Anwar, telah mengaku gambar dia ada dalam rakaman video itu. Dia buat apa dalam bilik tu? Dah...apa susah dan peliknya dengan rakaman video lucah itu, sudah ada orang yang mengaku!


Datuk Seri Anwar tidak mengaku malah menafi dengan sekeras-kerasnya dia wujud dalam rakaman video itu. Dia malah mempunyai alibi untuk menafikan kehadirannhya di situ. Apa punya konspirator daa...dedah konon kata Anwar Ibrahim tetapi mengaku gambar dia ada dalam rakaman video tersebut! Kantoi!!


Kantoi yang ketiga, semakin jelas apa yang berlaku dan menimpa Anwar Ibrahim adalah fitnah yang dirancang dan diskripkan oleh sebuah konspirasi politik Melayu yang paling menjijikkan, kotor dan paling tidak bermoral dalam sejarah tamadun bangsa Melayu!


Seluruh orang Melayu harus menginsafi dan menyedari hal ini. Malu kita bangsa Melayu kerana konspirasi tidak berhati perut, kotor dan jijik ini, yang tidak langsung memberi ilmu dan pendidikan yang bermanfaat kepada anak-anak bangsa.


Sunday, March 20, 2011

Naib Ketua Pemuda UMNO kata "keengganan" Anwar Ibrahim menyerah DNA penghinaan tertinggi...kah...kah...kahh!!!

Semasa menonton berita Astro Awani pukul 07.45 malam tadi aku nak tergelak apabila mendengar ulasan seorang lagi pengampu ia itu Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk apa tak tahu, yang nampak cerdik tapi membodohkan diri juga rupanya. Adakah dia kata, "keengganan Anwar Ibrahim menyerahkan DNA kepada pihak polis boleh dikatakan penghinaan tertinggi kepada perundangan negara!"

"Penghinaan tertinggiii!!!!"

Laa....kalau ya pun hendak mengampu Rosmah tak kan sanggup memperbodohkan diri macam tu! Agaknya siapa yang dia cuba perbodohkan ? Rakyat? Masalahnya rakyat yang nampak dia bodoh apabila berkata begitu.

Bagi rakyat kalau nak sebut penghinaan tertinggi kepada perundangan negara sudah pasti:

1. Kes pemecatan Tun Salleh Abas selaku Ketua Hakim Negara oleh Mahathir
2. Kes Liwat 1 yang penuh dengan alasan "tidak relevan".
3. Kes pembunuhan Althantuya yang tidak boleh membicarakan motif pembunuhan cuma mencari pembunuh sahaja.
4. Kes correct...correct...correct Linggam yang dibenarkan mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja!
5. Peguam UMNO yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dilantik menjadi Ketua Hakim Negara!

Rasanya ini antara kes-kes yang sepatutnya diuar-uarkan oleh Razali sebagai kes yang merupakan penghinaan tertinggi. Tapi nampaknya Razali tak nampak kes-kes ini kerana pilihanraya sudah hampir sangat dan tak sabar untuk mengambil tempat KJ yang katanya akan melepaskan Ketua Pemuda, dan dia pun masih menjadi Timbalan Menteri, menjadi Menteri belum lagi! Oleh itu isu DNA Anwar Ibrahim yang kononnya enggan, lebih bebaloi buat golongan oppotunis seperti ini!


Orang yang katanya mahu membawa politik baru

Inilah orang yang hendak membawa politik baru! Dia kata dia mahu membawa politik baru! Politik yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya menyokong kepada kebenaran. Konon!!

Setakat hari ini tak nampak mana politik barunya? Yang kelihatan partinya tetap parti lama yang dibarukan!

Yang macam akan menjadi musuh politiknya selepas ini, kelihatannya macam kepimpinan Anwar Ibrahim sama 'musuh' dengan UMNO, Ibrahim Ali dan Zul K juga.

Kalau Anwar Ibrahim terus menjadi cabaran politiknya, politik lamalah tu. Apa barunya?

Anwar 'dinasihat'-nya konon agar menyerah DNA! Belum apa-apa awal-awal dah nasihat Anwar tentang DNA, sama macam GAP dan kumpulan Mak Limah di Perak . Seorang peguam yang dikatakan hebat yang sering ke mahkamah membela keadilan telah menggesa Anwar jangan berselindung disebalik teknikaliti. Aparaa!!

Macam UMNO je! Politik baru kot mana, aku pun tak tahu!

Terbaru dia rasa terancam keselamatan teramat sangat, kerana katanya ugutan Karpal Singh yang ke hulu ke hilir keluar masuk mahkamah hanya menggunakan kerusi roda. Itu pun ada orang tukang tolak!

Teringat aku peristiwa dia menyaman Kerajaan Kelantan duhulu kerana undang-undang Islam yang Kelantan hasratkan. Nampaknya dia tetap dengan perangai lamanya! Tak ada yang baru pun!