Followers

Saturday, March 12, 2011

Dalam pada kena tipu pun sokong lagi!

Orang Melayu di kawasan-kawasan luar bandar terutama kaum wanita terus memberi sokongan kepada UMNO/BN walaupun saban ketika merungut di tempat-tempat awam dan di pasar-pasar mengenai kenaikan harga barangan keperluan.

Orang-orang Melayu terbabit rela hidup mereka tertekan dengan kenaikan harga barangan asalkan UMNO dan pemimpin mereka yang sering berkereta mewah ke hulu ke hilir menang bergaya dalam pilihanraya. Mereka lupa tekanan hidup kerana kalah dengan salam, sentuhan, tepukan, pujian dan seratus dua RM yang dirasakan pemberian yang penuh berjasa dan baik sangat dari UMNO.


Bila begini aku teringat gesaan kontraversi Tun Musa Hitam dulu-dulu iaitu, " orang Melayu kena kurang ajar sedikit"
. Ya dalam kesempitan dan tekanan, mereka sering kalah dengan rasa sopan santun atau sedikit sedekah dan buah tangan yang datang jarang-jarang sekali waktu pilihanraya dan tidak seberapa dari UMNO dan para pemimpin mereka. Pemberian yang hanya bertaraf 'tulang ikan', terima kasihnya sehingga lupa kemiskinan dan kesusahan hidup sendiri.

Harga barang keperluan naik kerana kenaikan harga minyak pun mereka boleh terima UMNO lagi!
Dalam merungut membayar saman ekor yang beratus dan beribu, mereka masih nampak hanya UMNO yang pandai mengurus dan mampu memberi rezeki kepada mereka.

Adoi...patutlah ramai bekas dan pemimpin UMNO suka menipu. Tidak susah mana nak menipu rupanya bila berkempen dalam kalangan orang-orang Melayu terbabit!



Peningkatan harga petrol punca harga makanan naik 167%.

Lonjakan sehingga 167 peratus harga pelbagai makanan sejak bulan lalu menunjukkan kenaikan harga petrol memberi kesan ketara terhadap barangan keperluan harian, kata Ketua Biro Pengguna KEADILAN, Abdul Rahman Hackem.


Beliau berkata, tindakan kerajaan UMNO/BN menaikkan harga petrol beberapa kali baru-baru ini memberi kesan besar kepada pemborong dan peniaga-peniaga kecil untuk menaikkan harga jualan.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah pula menyeru pengguna memboikot kenaikan harga makanan. Ini kerana,beliau berkata, kerajaan Malaysia sentiasa "cakap" untuk kawal harga, tapi sebaliknya berlaku".

" Itu drama politik mereka - cakap saja. Sebagai pengguna, kita ada hak. Pilihan kita adalah ketika pilihanraya," katanya menyeru pengguna untuk memilih kerajaan yang adil dalam pilihanraya depan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris pada 3 Mac lalu pula mendedahkan, harga pelbagai makanan melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

Kenaikan itu dipercayai berpunca daripada kenaikan harga barangan keperluan seperti bawang, baeang putij, kacang dal dan rempah, ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh.

Sumber: rencana oleh ZHAFIR Suara Keadilan 6 Edisi Cetak 8 Mac 2011.

Ku Li kata Mahathir tipu secara politik. Politik ke, apa ke, tipulah tu namanya!!

Apabila Mahathir menulis dalam memoirnya bahawa Ku Li yang menyebabkan UMNO diseret ke mahkamah dan Ku Li menggunakan rasuah wang untuk pertandingan dalam UMNO, maka Ku Li pun berbunyi bahawa Mahathir telah "menipu secara politik".

Ada pula istilah menipu secara politik? Setahu aku kalau dah menipu tu menipulah namanya tak kiralah secara politik ke apa. Pokoknya Ku Li nak kata Mahathir menipulah tu!

Ku Li agaknya baru tahu bahawa Mahathir tu begitu. Aku dah tahu 'dah lama dahh!'

Bila dulu Mahathir kata Anwar Ibrahim karate diri sendiri dalam tahanan polis, aku dah tahu dah Mahathir menipu! Kalau Mahathir kata Anwar cuba gantung diri sendiri boleh percaya juga, tapi karate diri sendiri ni terang-terang menipu! Mana ada 'powe' karate diri sendiri!

Bila Mahathir kata dia tidak terlibat dalam penahanan Operasi Lalang, aku dah tahu dah Mahathir menipu! Mana boleh Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri lebih berkuasa dari Perdana Menteri. Woit kalau nak tipu orang biarlah benda lain!

Bila Mahathir kata dia tak ada kuasa sewaktu menjadi Perdana Menteri, aku dah tahu dah Mahathir penipu! Adakah munasabah Perdana Menteri, macam Mahathir pulak tu tak ada kuasa. Perdana Menteri taik kucing apa tak ada kuasa! Menipu lagi!!

Bila Mahathir disapina untuk ke mahkamah dalam kes liwat 1 dulu tapi lari mencecet, tak mahu hadir, aku dah tahu dah Mahathir penipu! Orang macam Mahathir ni kalau betul dia ada bukti yang sahih, tidak mahukah dia ke mahkamah, kes Anwar Ibrahim pulak tu? Itulah peluang dia ! Tapi dia penipuu!!

Banyak lagilah kalau nak dikisahkan bab penipunya dia. Ku Li baru tahu!!!?


Friday, March 11, 2011

Bahana dekat dengan UMNO, Harussani pun pening?

Menjadi penyokong totok UMNO atau suka berada dekat dengan UMNO memang kelihatan memeningkan. Pengerusi NGO dekat dengan UMNO, kelihatan pening. Ahli parlimen bebas dekat dengan UMNO pun kelihatan pening. Malah mufti tak kira veteran manapun dua sebagai mufti, dekat dengan UMNO pun boleh pening juga! Begitulah bahana terlalu teruja dan dekat dengan UMNO yang kian tidak tentu arah itu.

Ada seorang mufti yang dipohon secara bertulis oleh TG Nik Abdul Aziz untuk memberi bukti tentang satu isu yang kononnya dikatakan oleh TG Nik Aziz telah menjawab permohonan TG Nik Aziz itu seperti orang pening kepala! Bunyi jawapannya macam sombong sikit.


Tak apalah bunyi suara penolakannya itu tapi masalahnya bunyi suara alasannya agak kelihatan macam dia sedang pening!


Antara katanya ialah, “ Tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,”. Katanya lagi, “ Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari….”


Macam bunyi orang pening bercakap kan?


Aku rasa mufti ini cakap begitu bukan kerana dia sudah berusia, tetapi kerana dia pening bahana duduk dekat dengan UMNO. Bahaya sebenarnya duduk dekat atau terlalu teruja dengan UMNO ni.


Salahkah PAS dalam kempennya kepada rakyat menggesa agar tidak mengundi UMNO kerana ANTARANYA:


  1. berdosa dan tak dapat pahala menyokong kelulusan judi bola oleh kerajaan UMNO. Di mana tak berdosanya?
  2. kerajaan UMNO membazir banyak wang rakyat sedangkan membazir adalah perangai syaitan.
  3. berdosa menyokong UMNO yang membuat kerja haram kerana menyalahgunakan elemen kerajaan dalam kerja-kerja pilihanrayanya. Tak berdosakah kerana segala harta kerajaan berbahas dan berdebat macam manapun bukan harta parti UMNO, Najib dan Rosmah!
  4. Menyokong UMNO yang mahu membuka hab hiburan malam adalah haram dan berdosa? Tak berdosakah menjadikan Lembah Kelang seperti Last Vegas?
  5. Menyokong perjuangan menegakkan syiar Islam dapat pahala dan mencampur adukkan Islam dengan sekular berdosa? Salahkah kenyataan itu?

Mufti itu kata,” …saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari…”.


Habis kalau politik dan Islam tak boleh lari, tidak bolehkah, salahkah PAS bercakap begitu dalam kempennya? Sebagai parti politik, PAS nak cakap masa bila? Atau siapa yang boleh bercakap begitu? UMNO? Tak ada orang larang, gunalah tapi UMNO yang tolak perjuangan agama bagaimana UMNO nak menggunakan isu-isu agama? Mufti Perak? Zambry berancak pun 'dihalalkannya'?


Salahkah kalau PAS kata menyokong perjuangan menegakkan Islam dapat pahala Tak dapat pahalakah? Di mana salahnya? Salah sebab bercakap dalam politik? Dah tu tadi kata politik dan Islam tak boleh lari...! Adakah sebab Nik Aziz yang cakap ni? Kalau yang cakap tu Harussani, tak apa?


Ooo...UMNO Pulau Pinang kata wang sumbangan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan LGE kepada warga emas tahun lepas dikatakan duit haram, boleh senyap pulak? Kan UMNO Pulau Pinang parti politik? Bila UMNO Pulau Pinang kata wang haram, maknanya berpolitiklah, kerana dia parti politik! Salahkah UMNO Pulau Pinang menggunakan isu itu sebagai bahan politiknya? Aku rasa tak salah. Yang salah, UMNO Pulau Pinang tak faham hukum agama apabila mereka suruh orang-orang tua itu pulang balik wang sumbangan berkenaan. Nampaklah jahilnya sekejap! Orang-orang tua itu dapat seratus dua RM disuruh pulang balik konon duit haram, yang dapat komisyen berjuta tu,bapaklah haramnya, tak gesa suruh pulang balik! Itulah yang tak betulnya dengan UMNO ni. Aku rasa Dr Maza ada jelas isu itu!


Dalam isu berancak yang dilakukan oleh Zambry di Perak, bayangkan....katakanlah yang memasang ancak itu bukan Zambry tapi TG Nik Aziz MB PAS di Kelantan, aku tak dapat bayangkan, lagilah berbuih peningnya mufti yang seorang ni!


Di Mesir, keluarnya rakyat Mesir berduyun-duyun ke jalan-jalan raya adalah kerana mereka berpolitik. Ilmu menguasai pemerintahan negara untuk mengalahkan politik dan kuasa dikator Mubarak yang zalim dan tidak Islamik. Dalam kebangkitan politik rakyat, terdengar suara fatwa ulamak terkenal dunia kini Dr Yusuf Qardawi yang mengatakan, rakyat dan anak-anak muda yang keluar ke jalan raya menentang pemerintahan diktator Mubarak yang zalim, jika mati maka matinya adalah mati syahid! Tidakkah Dr Yusof Al Qardhawi menggunakan hukum Islam untuk meransang kebangkitan politik rakyat Mesir menentang kerajaan zalim? Harussani nak kata apa kepada Dr Yusof Al Qardhawi yang menggunakan hukum agama dalam meransang politik rakyat Mesir yang penuh di jalan raya itu? Nik Aziz tak 'berfatwapun' seperti Yusof Qardhawi itu. Atau boleh guna hukum Islam bila rakyat berjuang di atas jalan raya? Dalam pilihanraya tak boleh? Begitu pulak?


Sebab itu aku kata mufti ini sebenarnya sedang pening! Pening kerana bahana dekat dengan UMNO. Malangnya dia telah dijangkiti penyakit angkuh para pemimpin UMNO kerana dengan angkuh menolak permohonan penjelasan TG Nik Aziz


Apa yang mufti ini nak bagi tahu sebenarnya?


Thursday, March 10, 2011

Pemikiran herot seorang penjilat!

Betapa bodoh dan herotnya pemikiran seorang pengampu dan penjilat UMNO yang bernama Farahana Jamaluddin. Konon katanya spesis manusia yang gagal menggunakan otak waras ini berjawatan pengarah kepada apa yang dipanggil Jaringan Melayu Malaysia. Tak pernah dengar aku apa ke benda JMM ini selama ini!

Kalau ya pun mahu mengampu UMNO dan kepimpinannya, takkanlah dia sampai tergamak membodoh dan membangangkan dirinya dengan menyamakan TG Nik Aziz dengan Ayah Pin seorang ketua ajaran sesat yang payah benar kerajaan UMNO/BN mahu menangkapnya!

Orang tua Mahathir yang pernah berdebat dengan TG Nik Aziz pun tidak sampai menyamakan TG Nik Aziz dengan Ayah Pin ketua ajaran sesat itu. Malah Mahathir sebaliknya mengakui ilmu agama Islam Nik Aziz adalah dalam.

Mufti Perlis pernah mempertahankan keilmuan TG Nik Aziz dari tuduhan sebagai seorang yang pengamal pluralisme agama. Malah Mufti Kedah tersentuh dengan kebiadaban fitnah sepsis tak empuk ini kepada TG Nik Aziz. Masakan sama orang yang diiktiraf oleh Mufti Kedah sebagai seorang yang memahami Al-Quran dan Al-Hadith dengan Ayah Pin Ketua Ajaran sesat yang entah apa-apa itu?

Ini kan pula tiba-tiba muncul seorang budak betina yang entah datang dari mana, tiba-tiba menyamakan TG Nik Aziz dengan Ayah Pin. Budak ini agaknya seorang yang ‘putus wayar’ barangkali! Atau Farahana ini sama dengan ‘pelacur’ jalanan kupu-kupu malam di Bukit Bintang dan dari lorong belakang Chow Kit ? A’ah…ya lah kot?

Wednesday, March 09, 2011

Rosman Mansur tipu ?

Nampaknya sekali lagi terlihat dan terdedah, kalau tak menipu, manipulasi dan memfitnah bukan cara UMNO.

Rosmah Mansur sebagai isteri Perdana Menteri Najib Presaiden UMNO, bukan sahaja menipu rakyat Malaysia dan FL dari negara-negara lain, yang kononnya dia adalah FLOM, malah dia juga menipu seluruh rakyat Malaysia mengenai perbelanjaan lawatannya keluar negara dahulu.

Masih aku ingat Rosmah Mansur dengan bergayanya bersyarah dikaca TV balaci memaklumkan bahawa lawatannya ke luar negara telah ditaja oleh pihak berkuasa dari negara yang dilawati. Dia kata dia dijemput kerana sumbangannya dalam pendidikan awal kanak-kanak, maka pihak negara yang dilawatinya mahu mendapat idea-idea 'hebat' Rosmah Mansor dalam bidang tersebut. Tubuh PERMATA yang baru setahun jagung dan tak tahu apa ke jasanya lagi, telah mendapat pengiktirafan dunia?!!

Semuanya kerana perasan dan auta belaka!!

Nazri Aziz telah mendedahkan (tak tahulah sengaja ke tidak..) kisah auta dalam jawapan bertulis di parlimen bahawa lawatan Rosmah Mansur keluar negara (Arab Saudi, Oman dan Bangladesh) adalah ditanggung oleh kerajaan Malaysia berjumlah RM134,317.76.

Amacam? Rosmah Mansur kata ditaja pihak negara yang dilawati, Nazri Aziz kata Kerajaan Malaysia tanggung! Kalau jumlah sebanyak yang Nazri sebutkan itu, rasanya 8 orang pelajar IPTA senang-senang boleh mendapat biasiswa secukupnya untuk belajar! Tapi jumlah sebanyak itu bukan untuk pelajar-pelajar IPTA, untuk Rosmah Mansur yang bertuah!

Tahniah Rosmah Mansur, dulu kamu telah dapat RM111 juta untuk PERMATA yang rakyat miskin sampai kiamat pun tak akan merasa nak pegang apatah lagi nak memiliki permata itu. Lepas itu untuk lawatan kamu, kamu dapat pula lagi RM134 ribu lebih dari kerajaan Malaysia. Bertuah kamu menjadi isteri Najib Razak, Presiden UMNO yang dipilih politik Melayu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tahniah juga kepada pengundi Kerdau dan Merlimau yang memangkah calon UMNO!! Pilihlah lagi UMNO, untuk UMNO terus menghantar Rosmah Mansur menjayakan program kembara 'world'-nya!


Aku rasa, orang tua itu sedang ajar ajaran sesat...

Dalam keadaan rumah kata pergi, kubur kata mari, masih tergamak memfitnah orang berzina. Aku tak faham apa yang orang tua ini mahu buktikan. Makin hari makin melalut.

Nampaknya dia menjadikan dirinya peguam dan sekaligus sebagai hakim dalam mahkamah. Membuat pertuduhan tanpa bukti dan saksi yang yang menepati syarat, kemudian menghukum orang yang dibencinya itu berzina dan meliwat.

Betul atau tidak apa yang ditulis itu bukan isunya tetapi bukti dan cara saksi itu digunakan merupakan isu yang menunjukkan dia sedang dan terus memfitnah orang yang dibencinya.

Orang tua ini memang dan semakin teruk. Aku tidak tahulah bagaimana nanti di mahkamah Allah dia mahu berdepan orang yang difitnahnya dengan saksi-saksi hearsay-nya. Sedangkan di mahkamah dunia ini pun dia tidak pernah berani hadir untuk menjadi saksi dalam mahkamah dan saksi-saksi yang dikatakan saksi itu begitu tegar tidak mahu menjadi saksi dalam mahkamah seperti mana yang ditulisnya? Menuduh dan memfitnah orang sesedap mulut tetapi apabila dipanggil ke mahkamah untuk menjadi saksi lari terlondeh seluar!

Bagi aku, cakap orang tua ini sudah tiada nilai kewarasan lagi hanya penuh dengan dendam kesumat iblis dan syaitan yang menyesatkan. Jangan tuduh orang berzina jika tiada saksi dan jika saksi tidak mahu ke mahkamah. Aku rasa orang ini sedang mengidap sejenis gila dari salah satu 99 jenis gila!

Sah orang tua ini sedang mengajar ilmu yang sama sekali sesat dan tidak mengikut ajaran Islam. Jika semua orang mengikut perangai buruknya itu, maka semua orang boleh menulis dan menuduh orang-orang yang dibenci telah melakukan zina dan meliwat dengan orang itu dan dengan orang ini.


Tuesday, March 08, 2011

Anak Jui Meng bersunat kerana kesederhanaan Islam seperti yang ditunjukkan oleh PAS. Anak Soi Lek?

Memang, apabila bertanding dalam pilihanraya kemenangan menjadi matlamat. Kemenangan dalam pilihanraya akan memudahkan matlamat dan pejuangan parti dilaksanakan. Walaupun PAS kerap tewas dalam PRK di Malaysia yang sering penuh dengan manipulasi jahat UMNO/BN, namun PAS tetap menang dalam menjayakan dakwah Islamiahnya. PAS pasti akan menang kerana Islam perjuangannya. Manakala UMNO pasti akan reput dimakan anai-anai kerana perkauman sempit yang dibawanya.

PAS tunjukkan kesederhanaan Islam- Chua Jui Meng

Muhayat Jasmin

KEPALA BATAS, 8 Mac: Umno menggambarkan Islam yang dibawa oleh PAS sebagai ekstrim dan menakutkan, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Menurut Chua, pengalamannya sebelum ini bersama Umno, beliau tidak pernah diberi kefahaman yang mudah mengenai Islam malah melalui Umno masyarakat bukan Islam hanya memahami Islam itu dengan potong tangan dan bersunat.

"Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya ketika menyampaikan pidato di Dewan Millenium, Kepala Batas semalam.

Bagaimanapiun kata Chua, setelah bergaul dengan PAS beliau mendapati Islam itu merupakan agama yang sederhana melalui pendekatan yang dibawa oleh PAS.

"Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim yang menakutkan kami. PAS yang saya didampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami.

"Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya.

Kata Chua, Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama yang ekstrim seperti digambarkan selama ini sebaliknya satu agama yang turut mengutamakan kebajikan kepada orang-orang bukan Islam.

Chua yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai contoh pemimpin Islam yang sederhana.

Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat bukan supaya tidak terperangkap dengan dakyah sempit yang mendakwa PAS itu pelampau dan mengamalkan politik sempit.

Sumber: harakahdaily


Monday, March 07, 2011

PAS tewas kepada Kerajaan Malaysia bukan kepada UMNO

Benar PAS dari Pakatan Rakyat telah tewas dalam PKR DUN Merlimau dan Kerdau, namun keputusan itu tidak bermakna PAS telah tewas kepada UMNO. Bagi aku PAS tidak tewas kepada UMNO. Pakatan Rakyat tidak tewas kepada Barisan Nasional.

Hakikat yang berlaku PAS dari Pakatan Rakyat telah ditewaskan oleh Kerajaan Malaysia yang diperintah oleh UMNO/BN. PAS dikalahkan oleh SPR. PAS dikalahkan oleh PDRM. PAS dikalahkan oleh media kerajaan. PAS dikalahkan oleh Kementerian Pelajaran. PAS dikalahkan oleh semua Kementerian kerajaan Malaysia dari Kementerian yang bermenterikan Rais Yatim hingga kementerian yang bermenterikan Hishamuddin Hussein, Ismail Sabri, Shafie Afdal, Zahid Hamidi dan lain-lain malah oleh Kerajaan Negeri Melaka juga.

Contoh yang nyata SPR menekan PAS dengan masalah-masalh kecil dan remeh sepertri bendera-bendera PKR dan DAP sedangkan penggunaan harta dan wang kerajaan oleh UMNO/BN secara terang-terangan dibuta-tulikan oleh SPR.

Bagaimana pihak kerajaan UMNO/BN menggunakan pengurus-pengurus FELDA sebagai untuk menjadi 'SB' kepada mereka dalam mengawasi tindakan politik para peneroka dan macam-macam lagi 'kejijikan' yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN.

Setiap musim pilihanraya sama ada PRK atau PRU, UMNO/BN akan menjadi berwang untuk menabur segala wang rakyat dan wang kerajaan melalui pelbagai sumbangan dan projek-projek segera yang tidak sah cara dan perutukan itu di lakukan.

Kesimpulan yang nyata Pakatan Rakyat dalam konteks PRK terhampir ini, DUN Tenang, Merlimau dan Kerdau, PAS kalau mahu menentang UMNO, telah dipaksa berlawan di dalam trak yang penuh duri, batu, tidak rata dan terpaksa berentap dahulu kerajaan Malaysia yang 'dipergunakan sepenuhnya secara tidak berintegriti dan bermoral' oleh UMNO/BN.

Namun perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat akan tetap diteruskan sehingga seluruh rakyat menyedari hal ini. Kepada penyokong Pakatan Rakyat jangan kecoh dengan kekalahan ini. Sebaliknya kerja dan perancangan yang lebih berpadu, fokus dan berstrategi wajar diteruskan. Antara isu yang perlu diberi perhatian oleh parti-parti Pakatan Rakyat ialah memberi tumpuan segera kepada pendaftaran PR oleh ROS, peranan berintegriti SPR dan penggunaan elemen Kerajaan Malaysia oleh UMNO/BN dalam setiap kali PRK dan PRU.