Followers

Thursday, March 03, 2011

Kah...kah...kah ... UMNO kena tipu lagi ! Sekali kena tipu mungkinlah tersilap pertimbangan, dua kali kena tipu? Bo....!!!!!

Begitulah UMNO parti yang mendakwa parti Melayu terulung. Bercakap pandai, menipu rakyat pun pandai. Tapi dengan MCA bodoh. Dulu kena tipu Liong Sik sekarang kena tipu Kong Choy pula. Buat malu umat Melayu je! Pengundi-pengundi di Merlimau dan di Kerdau perlu melihat perkara ini, cukuplah mengundi parti yang kerap kena tipu, tak selamat kita nanti !


Tipu: Bukti UMNO jadi kuda tunggangan MCA

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Terbongkarnya kisah Perdana Menteri dan jemaah menteri ditipu mengukuhkan lagi bukti bahawa Umno hakikatnya adalah boneka dan kuda tunggangan MCA, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Para pemimpin MCA yang menipu, cerdik. Para pemimpin Umno yang kena tipu, bodoh.

"Dakwaan ke atas (Tan Sri) Chan Kong Choy atas tuduhan menipu Perdana Menteri dan dakwaan ke atas (Tun) Ling Liong Sik menipu kabinet hanyalah dua kes yang kita tahu. Bagaimana pula kes-kes yang kita tidak tahu?

"Adakah hanya dua kali sahaja para pemimpin MCA menjadikan para pemimpin Umno termasuk (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sebagai boneka dan kuda tunggangan mereka?" kata beliau.

Najib dan Muhyiddin adalah antara anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik.

"Dalam kes Kong Choy, nampak lebih jelas lagi trend terkini Umno yang menyalahkan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) atas semua kelemahan parti itu.

"Asal ada kelemahan dan kesalahan Umno, Abdullah dipersalahkan.

"Memang benar Abdullah Perdana Menteri ketika Kong Choy didakwa menipu. Tetapi Najib sebagai timbalannya ketika itu dan para menteri Umno lain buat apa?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Kalau Najib dan para menteri Umno lain menyatakan mereka tidak tahu Abdullah ditipu, mereka tidak bertanggungjawab kerana membiarkan Abdullah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu bertindak sesuka hatinya, kata Mahfuz.

Kalau mereka tahu dan membiarkan Abdullah ditipu, katanya lagi, mereka sebenarnya bersyubhat melakukan penipuan.

"Yang jelas, sama ada yang menipu atau ditipu, kedua-kedua pihak tidak layak memerintah negara ini. Yang menipu jahat dan yang kena tipu pula bodoh dan jahat.

"Yang ditipu juga jahat kerana tetap gila kuasa walaupun bodoh dan mudah ditipu," kata Mahfuz.

Ketika rakyat di negara-negara lain bangkit mempertahankan hak dan maruah mereka, beliau menyifatkan amat malang bagi negara ini jika rakyat terus membiarkan orang-orang jahat dan bodoh menjadi pemerintah.

Isnin lalu, Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.

Pada 29 Julai tahun lalu, Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Tuesday, March 01, 2011

Kerajaan UMNO/BN saman ekor rakyat, mansuh saman ekor janji Pakatan Rakyat, tolaklah UMNO/BN

Aku tidak menentang saman lalu lintas tetapi aku tetap menjadi antara sebahagian besar rakyat yang menentang saman ekor yang melampau dan terlampau ini. Bahana saman ekor sepatutnya sudah cukup untuk membuatkan seluruh rakyat pelbagai kaum terutama yang berbangsa Melayu membuat keputusan menolak kerajaan UMNO/BN dari terus memerintah.

Berapa ramai rakyat yang kurang wang terpaksa mencari wang untuk bersesak-sesak sehari dua ini membayar saman ekor yang menyusahkan rakyat itu. Hari ini aku sempat singgah ke Balai Polis untuk meninjau dan melihat keadaan saat-saat akhir pembayaran saman ekor.


Najib dan sepupunya Hisahmuddin Hussein pasti gembira dan puas hati melihat keadaan rakyat marhaen berpanas, kejang dan kebas kaki beratur untuk membayar saman ekor yang ‘dihalalkan’ ini. Saman tanpa pengadilan. Padan muka rakyat marhaen. Kamu rakyat marhaen, kamu kena banyak membayar kepada kerajaan!


Apa yang berlaku dalam isu sama ekor ini adalah membenarkan lagi moto UMNO/BN di bawah pemerintahan Najib-Rosmah iaitu “Rakyat didahulukan, Prestasi (saman ekor) diutamakan”.


Pakatan Rakyat telah berjanji akan memansuhkan saman ekor pada hari esoknya jika berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya hari ini. Pun nak pangkah UMNO lagi? Bagi aku hanya rakyat yang bodoh dan diperbodohkan sahaja yang akan memangkah lagi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti walaupun terpaksa membayar bertimbun saman ekor.


Tawaran memansuhkan saman ekor sudah ada, nak pilih UMNO/BN lagi untuk terus terperangkap dengan harga barang naik, harga simen naik dan saman ekor setiap hari. Aku tak tahulah, apa punya mentaliti macam ni?

Monday, February 28, 2011

Jangan layan sangat orang tua tu, doakan sahaja biar dia panjang umur, biar dia melihat segala kerosakan dari air tangannya

Orang tua itu tegar mengecam penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

Setakat menuduh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz apalah sangat bagi orang tua itu. Dia malah pernah membuat tuduhan yang lebih dahsyat daripada itu kepada sesiapa sahaja yang dia nak tuduh! Jadi kalau kita layan sangat orang yang suka merapu dan kerap melalut macam ini, kita membuang masa sebenarnya. Hendak kata apa orang yang kata macam ni?:

  1. ”Siapa tau janggut Nabi macam mana? Siapa biasa tengok janggut nabi? Ada gambar? Kita tak tahu. Ada pula yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tahu. Kita tak tahu sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke? Tak ada? Pisau cukur pun tak ada masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana-sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir”.(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 1997, Majlis Tertutu pMajlis Agama Kebangsaan, pita rakaman, detik.daily.tripod.com/ Julai T30julai.htm)

  1. ”Yang salah ialah kita kerana mengutamakan penutupan aurat dan bukan pencegahan jenayah nafsu seks yang merupakan tujuan utama ajaran Islam. (Dr Mahathir Mohamad, 5 September 1997. PWTC, Perhimpunan Agung UMNO, pita rakaman).

  1. ”Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka tidak pernah tamat.” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO, pita rakaman)

  1. ”Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan 3 Mac 1994 di Nilam Puri Kelantan.

  1. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini,” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994, pita rakaman)

  1. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad 14 Julai 1992, ucapan kepada wartwan, pita rakaman.)

  1. ”Saya nak tahu siapakah di antara ahli–ahli PAS yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan? Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar, kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukuman itu nanti. (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, ucapannya, 30 April 1992 di perjumpaan Ketua-ketua UMNO bahagian Johor, pita rakaman).

Peringatan sudah, teguran sudah, nasihat pun sudah namun dia tetap tak berubah. Kita contohi sahajalah Almarhum Ustaz Fadhil yang pernah mendoakan dia panjang umur agar dia melihat sendiri kerosakan dari air tangannya. Kita terus doakan dia panjang umur agar dia melihat sendiri dengan mata kepalanya, anak emasnya Najib dan orang yang paling diseganinya Rosmah Mansur jatuh ’terguling’ dari tahta kekuasaan bagi menamat dan menguburkan pemerintahan assabiyyah UMNO.