Followers

Saturday, February 26, 2011

Satu lagi bukti kelaku SPR 'hantu raya' belaan

Aku memang tahu orang yang marah aku kata SPR hantu raya itu. Dia memang seorang totok UMNO yang telah dimandulkan pemikirannya. Atau, dia kata dia anak polis! Yang sebenarnya dia bukan anak polis, tapi memang seorang polis pun! Tak ada kerja lain ke daripada menghalang keadilan dalam pilihanraya?

Baca tulisan Datuk Husam Musa:

Pakatan Rakyat berkubur kerana jujur

Pilihanraya Malaysia kini sudah bersih selepas kebangkitan kempen BERSIH 2008?


Cap jari untuk menyekat pengundian dua kali oleh individu sama belum berjalan sampai kini. Sekalipun dakwat mulanya telah ditempah, saat akhir menjelang pilihanraya umum lalu ia dibatalkan.

PRK Merlimau dan Kerdau harus menghidupkan balik tuntutan penting untuk piliharaya tanpa penipuan. Diikuti pilihanraya Sarawak dan PRU akan datang.

Jika tidak, khabar angin bahawa BN sedang menggunakan taktik daftar pemilih untuk menang besar tidak mungkin dapat ditahan lagi. Pilihanraya kita di bawah Mohd Najib akan jadi seperti pilihanraya Muhamad Husni Mubarak - parti pemerentah menang besar sekalipun majoriti rakyat menolak mereka.

Isteri tentera didaftar jadi pengundi pos kerana undi pos adalah jaminan kemenangan paling mudah untuk BN. Tanpa kemenangan undi pos BN sudah tumbang PRU lalu lagi.

Lebih ramai didaftar sebagai anggota askar wataniah untuk didaftar sebagai pengundi pos.

Pendaftaran tukar alamat dengan tujuan memberikan tumpuan kepada negeri tertentu terutama Selangor juga giat dijalankan.

Warga asing giat diberikan kerakyatan Malaysia dan sebaik mereka mendapat IC, terus didaftar sebagai pemilih yang sah. Termasuk pemilik dua IC di negeri bersempadan yang juga ada dalam senarai daftar pemilih negara kita. Ia satu pengkhianatan kepada negara tetapi ia diizinkan.

Nasib rakyat negara ini akan ditentukan oleh pengundi import ini. Malang! Selain pengundi buatan yang lain.

Kalau sekadar piliharaya kampus di mana 'anak muda sedang belajar' pun BN tidak dapat bertoleransi dan dicemari dengan segala macam kerenah, bayangkan pilihanraya di mana UMNO/BN penuh noda akan mempertaruhkan hidup mati mereka. Kitalah yang berkewajipan meluruskan perjalanan pilihanraya negara ini.

Selain ancaman daftar pemilih korup dalam aneka bentuk ini, perjalanan pilihanraya terus menerus kotor lagi berat sebelah - BN memperalatkan jentera kerajaan sekehendak mereka, politik rasuah, terhalangnya kebebasan media, mempolitikkan agama dan sentimen kaum dan segala macam ketempangan, SPR terus mengesahkan amalan ini tanpa sebarang rasa berdosa.

Dalam keadaan pincang seperti itu, parti bukan BN terus menerus meletakkan calon-calon mereka dengan tekun dan jujur. Seolah-olah tugas kita hanyalah menjadi pelengkap sistem yang tempang ini terus berjalan. Tanpa PR meletakkan calon, permainan BN tidak akan lengkap.

Lantas Merlimau dan Kerdau mesti dilihat di luar konteks pertarungan antara calon BN dan PR semata-mata. Ia harus dijadikan sepak mula tuntutan BERSIH dulu dihidupkan semula.

Jangan dibiarkan Malaysia tercinta bertukar menjadi Mesir dan Tunisia kerana sistem pilihanraya yang tidak adil, telus dan saksama.

Pilihanraya yang adil sangat penting untuk mengekalkan kestabilan politik negara kita.

sumber dari blog: cetusan-hati Datuk Husam Musa

SPR jangan berperangai 'hantu raya' dalam menguruskan PRK Merlimau dan Kerdau

Dalam beberapa entry yang lalu aku pernah menganggap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai ‘hantu raya belaan’ UMNO/BN (ada seorang yang mendakwa penyokong Pakatan Rakyat marahkan aku). Hari ini anggapan aku itu tetap tidak berubah. Aku menilai begitu berdasarkan pengalaman dan pengamatan dari apa yang dapat dilihat.

Namun dalam melihat perangai dan kelaku SPR dengan anggapan yang lebih tajam dari aku. Ada yang kata SPR dalam mengurus pilihanraya berkelaku bawah sikit daripada iblis, ada yang kata anjing belaan.

Ustaz Azizan Pesuruhjaya PAS Kedah pernah mengcop SPR sebagai 'jahat' berhubung isu pengesahan duti setem. Katanya, “ Nampaknya Kita 'bergaduh' bukan setakat dengan Umno sahaja tetapi SPR. "


Dalam harakah cetak terkini bil 1617, Syed Azman bertanya dalam tulisannya, SPR: Bebas atau kuda tunggangan UMNO-BN?. Syed Azman menceritakan pelbagai kelaku SPR yang bagi aku macam perangai ‘hantu raya’ belaanlah tu.


Kalau aku menjawab soalan Syed Azman itu, jawapan aku tetap SPR ‘hantu raya belaan’ UMNO/BN bukan kuda tunggangan kerana kelakuan SPR lebih mirip kelakuan hantu raya! Mengikut kamus bahasa Melayu, hantu raya maknanya hantu peliharaan untuk menjadi pengawal (suruhan) tuannya.


Antara contoh kelakuan SPR seperti kelakuan ’hantu raya’:

  1. Kerjasama SPR dan Jabatan Pendaftaran (JPN) dalam melakukan operasi pertukaran alamat rakyat Sabah untuk mengundi di negeri Selangor dengan menggunakan pejabat UMNO Shah Alam.

  1. Enggan melayan dan menerima bantahan PAS mengenai isu pertukaran alamat besar-besaran itu.

  1. Melaksanakan PRU ke 11 lalu dengan pelbagai penipuan dan konspirasi berkaitan daftar pemilih yang diragui kebersihannya, waktu kempen yang hanya seminggu, majlis-majlis ceramah diharamkan, media pembangkang dikawal ketat, proses persempadanan semula yang diluluskan semata untuk kepentingan UMNO, peraturan pilihanraya yang tidak konsisten buat pembangkang dan macam-macam kerenah yang SPR wujudkan untuk pembangkang.

  1. Memanipulasi undi pos untuk kepentingan tuannya UMNO/BN.

  1. 6000 pengundi baru di kawasan Parlimen Pekan dalam tempoh 3 bulan.

  1. Membenarkan bas-bas pelancong membawa konon ‘pelancong–pelancong’ untuk menyebuk di kawasan tempat mengundi. Apabila pentugas-petugas pembangkang halang bas-bas tersebut yang menganggu menyebuk di hari mengundi, seekor lagi hantu raya UMNO/BN akan menangkap dan menahan petugas-petugas parti pembangkang.

  1. Marah lepada petugas pembangkang terlalu ramai pada hari mengundi tetapi membenarkan bas-bas pelancong yang konon membawa ‘petugas-petugas UMNO/BN’ untuk bertugas pada hari mengundi. Tugas apa kejadahnya pada hari mengundi? Itulah alasan SPR sama ada yang naik bas itu ‘pelancong’ atau pun ‘petugas UMNO/BN’! PRU ke 13 nanti apa pula alasannya?

  1. Membiarkan UMNO/BN berkempen menggunakan agensi-agensi kerajaan sebelum masuk tempoh berkempen baik di Dun Tenang, Merlimau mahu pun di Kerdau! Amaran hanya ditujukan secara keras keras kepada Pakatan Rakyat. Bila UM NO buat, hantu raya menjadi bisu!

  1. Kelmarin Timbalan Pengerusi SPR yang kelihatan macam Ketua Kempen UMNO/BN mengedar nombor telefon (tunjuk di TV) untuk sesiapa (mungkin untuk UMNO) mengadu jika terdengar ceramah kuat hingga konon mengganggu tidur pada waktu malam. Ceramah perlahan ceramah apanya? Ceramah dalam kelambu je! Gila punya peraturan! Dah musim pilihanraya, biarlah, bukan penduduk di situ tak tahu, asalkan jangan lebih pukul 12 malam sudah. Peraturan itu memang ditujukan untuk pembangkang bukan untuk UMNO/BN kerana ceramah, ceramah ni, sinonim dengan pembangkang (PR) yang disekat untuk bermedia. Ali Rustam yang mengganggu cearamah PAS dengan berceramah bersebelahan kenapa tak tegur? Taik!!

Banyak lagi kalau aku nak tuliskan untuk membuktikan SPR dilihat berperangai seperti ’hantu raya belaan’. Kita tengok nanti di PKR Dun Merlimau dan Kerdau! Mesti dapat dilihat perangai hantu raya tu nanti.


Perangai ‘hantu raya’ SPR hanya boleh dikalahkan oleh tangan-tangan rakyat yang menyedari isu ini dan ambil berat hal ini, lalu dengan tegas mengundi parti-parti Pakatan Rakyat. Jika tidak, negara kita ini tidak langsung menuju ke arah Malaysia yang tulin tetapi 1Malaysia yang penuh kepalsuan.


SPR perlu ambil kesempatan untuk buktikan bukan berperangai ‘hantu raya belaan’, kuda tunggangan, jahat atau dilihat bukan ‘hantu raya belaan’, kuda tunggangan, jahat bermula di PRK DUN Merlimau, Kerdau dan dalam mengendalikan PRU ke 13 nanti. Jika tidak, semua kata-kata SPR hanya munafik dan hantu raya belaan semata-mata.


Friday, February 25, 2011

Najib 'maksum' ke?

UMNO kian menjadikan dirinya semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia terutama kepada bangsa Melayu. Sikap para pengampu UMNO yang keterlaluan membodek sehingga gagal melihat kebenaran menggambarkan kegelapan hati mereka. Semua ini mungkin juga arahan dari para pemimpin yang terasa maruah mereka kian tercabar. UMNO akan mengganggu siapa sahaja dan semua orang, jika batang tubuhnya disentuh walaupun sentuhan itu bertujuan memberi rawatan. UMNO semakin isim nampaknya!

Kritikan para pengampu UMNO kepada Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, CEO Maybank Investment Bank yang memberi pandangan pakarnya bahawa perlantikan Isa Samad selaku Pengerusi FELDA memberi kesan buruk kepada pasaran saham, menggambar kebenaran apa yang aku dakwa terhadap UMNO.


Aku tidak pelik kritikan kasar dan ‘gila babi’ sehingga mendesak meletak jawatan seumpama itu ditujukan kepada Tengku Zafrul jika dia Setiausaha Agung PAS atau Ketua Penerangan PAS. Ini Tengku Zafrul CEO Maybank Investment-lah! Dia orang yang pakar dalam pasaran saham, pelaburan, ekonomi dan seumpamanya. Dia bukan ahli politik. Dia kelihatan bukan bermain politik. Dan pun nampak tak gaya macam orang PKR atau DAP malah macam PAS jauh sekali! Dia memberi pandangan selaku orang yang dekat dengan pasaran saham, apa pasal pulak ‘badak-badak’ UMNO ini desak dia letak jawatan kerana hanya kritikan professional kepada perlantikan Isa Samad?


Inilah yang aku kata gila babi. Lepas ini mesti ada orang marah aku kerana aku guna perkataan gila babi! Memang gila babi! Sampai tak boleh dikritik ini dah sampai standard Mubarak dan Muammar ni !


Maksumkah Datuk Najib, hingga tidak boleh dikritik sedangkan kritikan itu pula bukan berasaskan rekaan atau dengki khianat, tetapi implikasi yang benar-benar berlaku dalam tindakannya melantik Isa Samad yang semua rakyat Malaysia tahu memang ada rasuah wang dalam UMNO? Konon kritikan itu memperkecilkan keupayaan Isa Samad! Alahai...UMNO...UMNO!!


Para pengampu UMNO seperti Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Ketua UMNO Bahagian Cheras waraslah sedikit kalau mahu mengampu pun! Kritikan kepada golongan profesional yang amanah dan berintegriti seperti Tengku Zafrul daripada orang-orang politik yang kuat mengampu pemimpin UMNO menyerlahkan tanda-tanda keruntuhan UMNO yang nyata. Para pengampu dan para pemimpin UMNO telah memberi pengajaran yang tidak baik dan buruk kepada ahli-ahlinya. Dan ini dipandang oleh rakyat yang semakin hari semakin cerdik.


Kalau kerajaan UMNO/BN merasakan mereka terlalu maksum sehingga tidak boleh ditegur seperti kerajaan Mubarak , Zainal Abidin dan Muamar Gaddafi, tunggulah masa UMNO akan dikuburkan!

Thursday, February 24, 2011

Iyaa...hanya UMNO boleh membela orang Melayu!!!!

Kata SU Agong UMNO Tengku Adnan Mansor hanya UMNo yang boleh membela orang Melayu!!

Yaa betooll....ini antara jasa UMNO dalam membela orang Melayu:

Jasa UMNO sebagai pembela bangsa Melayu

  1. Menggadai lebih separuh tanah rezab Melayu

  1. Menghapuskan biasiswa yang termaktub dalam perlembagaan kepada orang-orang Melayu.

  1. Menggagalkan matlamat 30% penguasaan ekonomi bangsa Melayu melalui DEB

  1. Menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.

  1. Menyerahkan Pulau Batu Putih kepada negara lain sehingga tiada lagi batu.

  1. Menghapuskan tulisan bangsa Melayu iaitu tulisan Jawi hingga ramai anak-anak Melayu tidak tahu jawi.

  1. Tidak memandang berat Melayu ramai murtad dari Islam.

  1. Melemahkan pengaruh Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

  1. Melahirkan dua orang anak Melayu sebagai pembunuh Althantuya.

  1. Melesapkan RM53 bilion saham Melayu dan bumiputra selama pelaksanaan DEB.

  1. Membantutkan pemikiran bangsa Melayu terutama yang berada di luar bandar dengan hidangan Utusan Meloya dan Berita Hairan serta melalui media-media eletronik pengampu terulung

  1. Menghalang 1 Universiti Merdeka untuk membuka beratus-ratus universiti merdeka yang lain.

  1. Mencipta siri drama Liwat terpanjang dalam dunia.

  1. Membiar seorang perempuan yang suka ke luar negara mengaku FLOM yang terang-terang menghina Raja Permaisuri Agung.

  1. Menggadai banyak tanah-tanah orang Melayu Pulau Pinang sama ada secara sendiri atau melalui agensi-agensi proxy.

  1. Mewujudkan sistem pengangkutan awam yang paling canggih dan terpantas dalam dunia sejak zaman pemerintahan Pak Lah dengan bajet yang besar yang entah ke mana.

  1. Merosakkan reputasi raja-raja Melayu dalam kes rampasan kuasa di Perak dalam kes perlantikan Kusrin di Selangor.

  1. 'Menswastakan' saman ekor.

  1. Melahirkan menteri hal ehwal pengguna yang cakap berbelit kerana berkata harga minyak akan ikut turun naik harga minyak dunia tetapi menaikkan harga minyak apabila katanya harga minyak dunia naik dan tetap tidak turunkan harga minyak walaupun tatkala harga minyak terdapat penurunan. Tapi tadi beliau mengumumkan harga minyak ron 95 dan diesel tidak akan naik setakat hari ini yang memberi makna bulan depan kemungkinan besar harga minyak ini akan naik!!

  1. Berusaha gigih menipu rakyat Melayu yang disangka bodoh dengan retorik ekonomi kukuh yang realitinya negara semakin tak berduit!

  1. Menyekat peluang peneroka baru Melayu dengan pembukaan FELDA Plantation.


22. Melahirkan ramai penagih dadah dalam kalangan bangsa Melayu...


23. dan iyeahhh....banyak lagi jasa-jasa UMNO

Demi mengecek UMNO, Bereheng Ali telah 'lantik' dirinya jadi jurucakap PAS. Macang-macang mu Berehang!

Kalau mahu dicari spesis manusia yang muka tak tahu malu, carilah muka macam muka Ibrahim Ali. Dalam usaha yang tidak pernah putus asa, Bereheng Ali terus mengecek UMNO agar menjemputnya masuk ke dalam rumah UMNO. Tapi sehingga saat sekarang masih belum ada tanda-tanda yang UMNO akan mempelawanya masuk!


Dulu Bereheng mengecek PAS. Bereheng Ali mengecek PAS bukan mahu masuk ke rumah PAS walaupun Tok Guru Nik Aziz sudah buka pintu seluas-luasnya. Tapi Bereheng tetap mahu duduk di tangga. Bereheng Ali mengecek PAS waktu itu kerana mengecek nak bertanding dan nak pinjam lambang bulan. Tok Guru Nik Aziz tak kisah pun, pinjamlah asalkan demi perjuangan dan dakwah Islamiah.


Tapi memang basa jenis spesis tak tahu malu, sampai hari ini Bereheng Ali tak mahu pulangkan hak yang PAS pinjamkan pada dia, iaitu bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas. Dia buat macam harta sendiri malah ditambah lagi macam-macam penghinaannya kepada Tok Guru dan PAS. Madu yang PAS bagi padanya taik yang lontar ke muka PAS! Setakat hari ini, tak ada perkataan dan tak ada ayat yang tidak digunakan Bereheng untuk hina dan kutuk PAS yang pernah menyelamatnya dari lemas dalam arus politik nasional. Semua Bereheng Ali guna belaka dah!


Sekali lagi sewaktu berceramah PERKASA di Merlimau semalam, Bereheng Ali dengan muka tak tahu malunya, cuba pula jadi ’jurucakap PAS’. Setahu aku Ketua Penerangan PAS ialah Ustaz Idris Ahmad, tapi kenapa pula Bereheng Ali senget-senget mulut memberitahu PAS bertanding di DUN Merlimau bukan untuk mencari kemenangan tetapi hanya untuk menjaga moral parti ? Kuat mu ampu buntot UMNO, Bereheng !


Itulah manusia bernama Bereheng Ali, kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih. Aku pun boleh jadi 'jurucakap' Bereheng bahawa Bereheng Ali bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS dalam PRU yang lalu, bukanlah kerana perjuangan memartabatkan orang Melayu tetapi demi perut buncit yang tak pernah kenyang-kenyang itu dan strategi mengelak kalah yang pasti!


Begitu jelas sekarang semakin dekat dengan PRU ke 13, Bereheng semakin lebih UMNO daripada UMNO. Tak lain tak bukan menunjukkan kecemasannya kerana masih belum dijemput masuk rumah UMNO hingga kini. Jika UMNO tak terima Bereheng menjelang PRU nanti, PAS yang sudah pasti akan beranding di Pasir Mas dengan calon yang pasti bukan dari spesis seperti Bereheng dan lawan PAS pasti UMNO. Bereheng ? Bereheng konfem akan tertonggeng selepas ini.


Untuk mengelak tertonggeng maka jadilah balaci UMNO seoptimumnya, kalau-kalau ada rezeki-selamat! Kalau tidak .....selamat jalan Bereheng !!


Tuesday, February 22, 2011

Syed Ibrahim calon Sona di PRK DUN Kerdau

Nampaknya UMNO/BN awal-awal telah mengumumkan calonnya bagi Dun Kerdau Pahang. Syed Ibrahim yang juga merupakan Penasihat Khas Agama Menteri Besar Pahang. Tadi dalam berita TV, Syed Ibrahim berkupiah sewaktu diperkenalkan oleh Muhyiddin Yasin.


Begitulah, seorang lagi ustaz akan mewakili UMNO, parti yang berkata melalui Timbalan Presidennya, elok juga Soi Lek kutuk konsep negara Islam PAS sewaktu berkempen di PRK DUN Tenang dulu.

Dan kali ini kita nak tengok apa pula Soi Lek akan kata jika ustaz ini tidak bersalam dengan amoi dan nyonya sewaktu ustaz ini berkempen. Apakah tindakan ustaz ini akan melanggar budaya bersalam Soi Lek sekali lagi? Atau demi budaya bersalam Soi Lek rakan karib UMNO, ustaz ini akan bersalam dengan amoi dan nyonya? Kita tengoklah nanti!

Bagi Cina dan India bukan Islam Pakatan Rakyat, mereka sudah faham kenapa Wan Azizah dan Cikgu Mala tidak bersalam dengan bukan muhrim. Tak ada masalah!

Ini calon Barisan Nasional mana boleh tolak budaya 1Malaysia! Kalau tak bersalam dengan bukan muhrim apa pula kata Cina dan India bukan Islam yang macam Soi Lek dan Palanivel! Nak bagi alasan apa? Alasan bukan muhrim juga? Faham ke Soi Lek? Tak berbudaya salam arr...!!

Atau Tuan Syed akan pakai sarung tangan juga? Eh...eh! Hehehe!!

Sunday, February 20, 2011

Berperangai "hantu raya"-lah tu namanya!

Ada seorang yang tak bernama telah menulis komen kepada satu entry aku tentang hantu raya belaan UMNO/BN. Komennya begini:

walaupun saya menyokong pakatan rakyat.. tndakan anda memburuk burukkan institusi bebas adalah melampaui batas. maner mungkin kita menang di 5 negeri jika SPR itu betul2 hantu raya.. selangor dan PP sungguh berkepentingan.. anda bagi saya sebagai aktivis tidak bertanggungjawab.. ayuh baiki kelemahan berbanding mencari kesalahan luar.. salam

February 16, 2011 1:37 PM


Tulis tukang komen yang mengaku menyokong Pakatan Rakyat ini, tulisan aku itu memburuk-burukkan institusi bebas melampaui batas. Maksudnya aku memburuk-burukkan SPR dan agensi-agensi tertentu. Sebagai penjelasan kepada tukang komen ini aku bukan memburukkan SPR (dalam isu SPR) tetapi aku kata sungguh bahawa SPR yang ada hari ini, yang menjadi pengadil pilihanraya di Malaysia ini, memang berkelakuan buruk (tidak adil) kepada parti-parti utama yang membangkang UMNO/BN ia itu parti-parti Pakatan Rakyat. SPR kepada PR hanya manis dibibir mulut!


Memang SPR ditubuhkan sebagai institusi bebas tetapi ia menjadi tidak bebas dalam keadaan dan kelakuannya hari ini. Kemenangan Pakatan Rakyat di 5 negeri yang kemudian 1 negeri (Perak) telah ’diliwat’ oleh UMNO secara tidak bermoral dan demokratik, yang antara sebabnya juga kerana peranan SPR itu sendiri, bukan bermakna SPR Malaysia yang ada ini telah bertindak adil sebagai institusi bebas dalam pengurusan pilhanraya terhadap Pakatan Rakyat.


Tidak berperangai seperti hantu raya belaankah ini, apabila SPR tidak mencurigai langsung dan membiarkan sejumlah penduduk Sabah menukar alamat di kawasan pilihanraya tertentu di Pejabat UMNO di Shah Alam Selangor kemudian mendapat pengesahan terus dalam bas Jabatan Pendaftaran Negara satu lagi agensi kerajaan di luar pejabat UMNO? Memang sah ini perangai hantu raya kecualilah urusan itu berlaku di seluruh kawasan parlimen di seluruh negara di pejabat semua parti-parti politik sama ada UMNO/BN mahupun pembangkang. Jika itulah perangai SPR, tukang komen itu nak marah apa lagi kepada aku jika aku katakan SPR berperangai seperti hantu raya? Begitu juga dengan Jabatan Pendaftaran Negara!


Tidak berperangai seperti hantu raya belaankah ini jika SPR tidak pernah mencurigai kerja-kerja UMNO, jika benar seperti yang didedahkan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan YB Dr Mohamad Fadzli Hassan, bahawa UMNO telah dikesan melakukan kerja-kerja jahat yang bakal menggunakan 20,000 rakyat asing dalam usaha merampas Kelantan dari PR? Difahamkan rakyat-rakyat asing ini akan diberi kad pengenalan, sudah pasti oleh agensi berkaitan untuk membolehkan mereka mengundi. Memang itu kerja jahat UMNO namun jika SPR benar-benar berintegriti, daftar pemilih pilihanraya SPR pasti tidak akan dicurigai oleh mana-mana parti politik yang bertanding. Namun keyakinan dan kepercayaan itu tidak wujud terhadap SPR juga kepada agensi seperti JPN.


Tidak berperangai hantu rayakah ini apabila semasa PRK Dun Galas pemberian wang tambang balik oleh PAS kepada pengundi-pengundi luar yang balik mengundi dan pemberian zakat kepada 3 mualaf orang asli dikatakan rasuah pilihanraya, sedangkan pemberian wang oleh UMNO untuk tujuan serupa, pemberian wang agar mengundi calon UMNO dan pembangunan projek mee segera UMNO/BN yang menggunakan wang rakyat, SPR tidak langsung memberi sebarang ulasan mahupun teguran malah menjadi kelu dan bisu? Seperti perangai hantu rayalah ni!


Hanya sekadar beberapa contoh cukup menggambar perangai tidak adil SPR sebagai pengadil pilhanraya di Malaysia ini. Aku cukup yakin melalui tangan hantu raya ini juga Trengganu tumbang dalam PRU tahun 2004 yang lalu. Dapat dikesan bahawa peranan hantu raya akan juga digunakan untuk menumbang Selangor dan Kelantan yang tidak disangka oleh SPR dimenangi oleh PR dalam PRU 2008 yang lalu.


Akhirnya segala dakwaan bahawa SPR yang ada hari ini bukan pengadil yang adil dalam mengurus pilihanraya Malaysia setakat hari ini dan dakwaan agensi-agensi kerajaan yang tertentu sebagai perkakas UMNO/BN bukan bermakna asyik mencari kesalahan luar dan bukan bermakna tidak memperbaiki kelemahan sendiri. Tidak akan ke mana memperbaiki kesalahan diri sendiri dalam kedaan peraturan pertandingan tidak membenarkan memakai kasut dan lorong larian untuk Pakatan Rakyat penuh dengan duri semalu!


Terus mengundi UMNO/BN untuk disaman-ekorkan, apakah maknanya?

Saman ekor memang menyusahkan rakyat. Rakyat akan lebih susah selepas 28 Februari ini. Selepas tarikh itu segala rayuan rakyat akan dipersetankan oleh penguatkuasa kerajaan UMNO/BN. Rakyat miskin dan rakyat yang susah akan terbeban dan teraniaya oleh senarai hitam saman ekor ini.

Namun Pak Menteri dan YB-YB akan terus meluncur laju dengan kereta mewah dan ada yang meluncur dengan iringan peronda walaupun terpaksa mengkelam-kabutkan pemandu-pemandu rakyat di simpang lampu isyarat atau di mana-mana. Ada yang terpaksa berlaga sesama sendiri untuk memberi laluan kepada bapak menteri dan YB-YB terhormat. Namun saman ekor akan tetap didahulukan untuk rakyat yang kehidupan kian tertekan. Realiti yang kian terang; RAKYAT DIDAHULUKAN UNTUK DISAMAN-EKORKAN DAN PRESTASI SAMAN EKOR KEPADA RAKYAT UNTUK KRONI AKAN DIUTAMAKAN!


Dalam isu saman ekor sekarang:


Menyokong dan mengundi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong pelaksanaan saman ekor yang tidak mengikut peraturan sebenar yang dikenakan oleh kerajaan UMNO/BN kepada semua rakyat.


Menyokong dan mengundi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong hukuman senarai hitam saman ekor dengan tidak membenarkan pemandu-pemandu berkaitan memperbaharui cukai jalan dan lessen memandu secara bertentangan dengan undang-undang.


Menyokong dan mengundi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong penguatkuasaan peraturan lalu lintas diswastakan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada dua buah syarikat seperti yang didedahkan oleh YB Dato’ Mahfuz Omar, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) – (rujuk harakah keluaran terkini edisi cetak bil. 1616).


Menyokong dan mengundi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong kerajaan UMNO/BN mendahulukan rakyat untuk disaman ekor sesuka hati tanpa mengikut peraturan dan sebarang keputusan mahkamah.


MANAKALA menyokong dan mengundi PAKATAN RAKYAT ( PAS, PKR dan DAP) dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong janji akan melupuskan sebanyak 15 juta saman ekor kepada seluruh rakyat, sehari selepas Pakatan Rakyat memerintah.


Janji telah diberikan PR dan peluang tersedia, namun masih mahu menyokong kerajaan UMNO/BN yang sudah tidak ada perasaan apa-apapun dalam usaha mendahulukan rakyat untuk disusahkan, maknanya apa ?


Kena tipu memanjang!

Sebab itulah sejak pemerintahan rejim Mahathir hingga Najib Rosmah ini, aku terlalu sukar untuk percaya apa yang sering diumumkan oleh pemerintahan UMNO/BN. Berusaha mahu percaya tetapi sering terasa, terlalu banyak pengumuman pemerintahan UMNO/BN penuh dengan 'hiburan' murahan, retorik, hipokrasi dan penipuan fakta! Dan aku sering berkata apa sahaja pengumuman UMNO/BN sejak akhir-akhir ini adalah satu usaha pemandiran Melayu (menjadikan orang Melayu macam Pak Pandir) secara terus-terusan dan segelintir Melayu yang sering kemamar, terperangkap! Kena tipu memanjang!

Pertumbuhan ekonomi 2010: Malaysia terus terkebelakang berbanding jiran

Pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2% yang dicatatkan negara pada tahun 2010 perlu dikaji dengan lebih dekat untuk memahami keseluruhan implikasinya.

Angka 7.2% perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5% dan 6.1% dalam tahun 2010. Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.

Pertumbuhan 14.5% yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7% pertumbuhan tahunan. Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek – pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4% hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.

Penjelasan kedua-dua kerajaan dalam menerangkan perbezaan pertumbuhan sektor perkilangan ini adalah amat berbeza. Singapura menyatakan bahawa permintaan yang kukuh dari pasaran dunia memesatkan pertumbuhan sektor perkilangannya, sementara Malaysia pula menyalahkan pasaran dunia sebagai akibat kelembapan sektor perkilangannya – padahal kedua-dua negara sama-sama bergantung kepada barangan eksport dan pasaran dunia. Hakikatnya, barangan yang dikilang di Malaysia semakin hilang daya saingnya di pasaran dunia kerana kita tersekat di tangga nilai yang bawah dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang struktur kosnya lebih murah; sedangkan pesaing seperti Singapura terus menghasilkan barangan bernilai tinggi. Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat.

Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010. Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian). Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2% (perlombongan) dan 1.7% (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.

Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh angka-angka beberapa indeks yang digunakan untuk menilai sentimen masyarakat niagawan dan orang ramai mengenai hala tuju ekonomi negara. Indeks Suasana Perniagaan yang diterbitkan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) hilang 5.4 mata dalam suku keempat 2010 untuk jatuh ke paras bawah 100 mata buat kali pertama dalam tempoh dua tahun. Malah, keyakinan masyarakat niagawan ke atas prospek ekonomi seperti yang dilambangkan oleh indeks ini menunjukkan penurunan sejak awal 2010 lagi. Bagi sentimen keyakinan orang ramai pula, walaupun Indeks Sentimen Pengguna menokok ke paras 117.2 mata dalam suku keempat, paras itu masih belum setanding dengan paras keyakinan tahun 2007 sebelum kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dalam tahun 2008.

YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sepatutnya lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang yang besar di antara pengumuman projek-projek mega yang dibuat dibawah ETP dan realiti ekonomi yang ditanggung masyarakat niagawan dan orang ramai. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek itu hanyalah wayang yang akhirnya akan menguntungkan golongan pemerintah dan niagawan elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara.

Pengurusan fiskal dan kewangan negara juga menunjukkan perbezaan yang besar di antara Malaysia dan jiran kita, terutamanya Indonesia.

Tidak seperti Malaysia, Indonesia berjaya mengelak dari kemelesetan ekonomi tahun 2009 dan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.1% dalam tahun 2010, menjadikannya salah sebuah ekonomi paling mampan di antara 20 negara terkaya di dunia. Laporan United Nations Global Investment Trend Monitor (diterbitkan oleh UNCTAD pada 17 Januari 2011) mencatatkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD12.8 bilion bagi tahun 2010; yang kedua tertinggi di rantau ini selepas Singapura. Pelaburan baru menyumbang sebanyak 32.2% kepada ekonomi Indonesia sementara perbelanjaan kerajaan menyumbang hanyalah 9.1% kepada pertumbuhan ekonomi. Keseluruhan pencapaian ini berasaskan perbelanjaan kerajaan yang berhemah dan tidak berlebihan. Angka defisit fiskal dan hutang kerajaan hanyalah masing-masing 1.1% dan 28.3% berbanding KDNK bagi tahun 2010.

Keadaannya sangat berbeza di Malaysia. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1% berbanding saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.

Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7% dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6% tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3% bagi tahun 2010. Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah USD37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.

Berdasarkan angka-angka dan perbandingan ini, jelas bahawa pertumbuhan 7.2% hanyalah satu lagi bukti bahawa ekonomi kita semakin terkebelakang berbanding dengan negara jiran. Daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa semakin merudum dan kedudukan fiskal serta kewangan negara lebih buruk berbanding negara-negara jiran.

Rakyat tidak akan terkeliru dengan pelbagai kempen dan janji manis yang dibuat kerajaan dan akan terus menuntut reformasi ekonomi agar prospek ekonomi yang malap ini dapat diubah. Reformasi ekonomi hanya akan berkesan sekiranya didokong oleh reformasi politik yang ikhlas.

Malangnya, Kerajaan Persekutuan yang ada telah dibuktikan berkali-kali tiada keikhlasan dalam melaksanakan reformasi politik. Makanya, sebarang dasar ekonomi yang diperkenalkan sebagai reaksi politik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah kemalapan ekonomi Malaysia.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
19 FEBRUARI 2011

sumber: di sini