Followers

Friday, February 18, 2011

Tidakkah ini bangang dan haramjadah ?

Bila aku tulis banyak tentang integriti kerajaan UMNO/BN dan sebahagian agensi serta suruhanjaya di bawah pemerintahan kerajaan UMNO/BN bertahap bangang dan haramjadah, ada penyokong pandir UMNO yang kemamar memberi komen marahkan aku.


Tak bangang dan haramjadahkah kerajaan UMNO/BN yang menjaga amanah rakyat yang serupa ini, membiarkan atau merancang projek jejantas satu meter berharga RM70,422. Hal ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah, pada minggu lepas. Ini bangang dan haramjalahlah namanya!!


Sah ada yang totok UMNO yang sering kemamar, akan berkata, itu bukan projek kerajaan UMNO/BN, itu projek usahasama anak syarikat Petronas dengan DBKL!


Kalau itulah alasan yang diberikan, sekali aku katakan memang sah totok UMNO yang kemamar itu telah berjaya ’dikubangkan’ dalam program pemandiran UMNO/BN. Sedarlah dan sudah-sudahlah diperbodoh sepanjang masa!


Tidak bangang dan haramjadahkah, Zahir Hamidi mengumumkan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli kapal peronda pesisir pantai OPVs dengan harga RM 1 bilion satu buah? Tidak bangang dan haramjadahkah ini, bercadang membuat pembelian kapal yang dimaksudkan dengan bayaran dikatakan 870 peratus lebih mahal dari negara lain? Sedangkan Tentera Laut New Zealand membeli kapal yang serupa itu dengan harga hanya RM210 juta! Hal ini telah didedahkan oleh YB Tony Phua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.


Tidak bangang dan haramjadahkah itu? Bangang dan haramjadahlah tu! Jadi kalau ada rakyat yang kata integriti kerajaan UMNO/BN begitu janganlah marah kerana memang pun bangang dan memang pun haramjadah! Nak kata apa lagi (?) kerana wang yang digunakan ialah wang rakyat.


Itu baru didedahkan dua projek! Banyak lagi projek-projek yang menggambarkan betapa teruk kebangangan dan haramjadahnya integriti dan cara pengurusan wang kerajaan UMNO/BN yang sepatutnya seluruh rakyat atau pengundi di PRU ke 13 nanti tolak UMNO/BN dari kekkuasaannya dengan langkah permulaan sewajarnya bermula di PRK DUN Merlimau dan Kerdau.


Tapi apakah itu akan berlaku? Atau pengundi-pengundi Melayu di kedua-dua DUN tersebut akan terus dihiburkan dengan lagu lapuk ’ekonomi memberansangkan’ dengan pelbagai aktiviti tabur seratus dua duit seperti acara tabur gula-gula untuk direbut oleh kanak-kanak? Maka pembangunan dan pengurusan wang yang bangang dan haramjadah oleh puak gerombolan akan terus kita saksikan?


Antara polisi terbaik 1Malaysia, rakyat didahulukan untuk disusahkan!

Saman ekor: Kerajaan cari duit haram dari rakyat

Yunus Sauman Sabin

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor.

Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.

Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya?

Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya.

Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu.

Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak.

Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin,

Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Sumber: Harakahdaily

Wednesday, February 16, 2011

Hahaha...nasib baik tak jadi....

Hahaha...hari ini ada yang pucat muka, ada ralat dan ada yang terus kecewa. Yang pucat muka, bimbang digugurkan. Yang ralat, yang dijangka dilantik masih belum menjadi realiti lagi. Yang kecewa, yang mengharap dilantik sebaliknya saingannya yang diheboh akan dilantik! Nasib baik tak jadi! So lega seketika! Oleh kerana masih tidak menjadi maka masih ada peluang melobi, memujuk dan mencari peluang. Mana tahu kot dapat restu saat akhir!

Rombakan kabinet tidak menjadi...

Oleh ROZAID A. RAHMAN

PETALING JAYA: Rombakan kabinet yang disebut-sebut akan berlaku petang Rabu nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Sehingga lewat petang ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagaimana yang dijangkakan oleh ramai pihak.

Pada tengah hari Rabu mStar Online melaporkan terdapat desas-desus yang mengatakan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang khabarnya bakal diumumkan pada lewat petang Rabu.

Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pada 6 Disember tahun lalu diangkat sebagai presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengundurkan diri selepas 31 tahun menerajui parti itu.

Seorang lagi yang disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Sehingga berita ini ditulis, adalah tidak diketahui siapakah yang akan digugurkan dari senarai kabinet Najib jika rombakan kabinet mengambil tempat.

Juga tidak diketahui apakah dengan pelantikan Palanivel, Datuk Dr S. Subramaniam yang buat masa ini menyandang jawatan Menteri Sumber Manusia akan terus kekal dalam kabinet Najib.

Subramaniam adalah satu-satunya wakil MIC dalam kabinet kerajaan persekutuan. Beliau kini adalah timbalan presiden MIC.

Khabar mengenai rombakan kabinet telah berulang kali disebut tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.


sumber: mstar


Hantu raya belaan kendali pilihanraya?

Melihat kepada daftar pemilih terbaru yang dipaparkan sekarang dapat dijangka bahawa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan merupakan halangan utama Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya. SPR sebagai pengendali pilihanraya di Malaysia dilihat seperti memainkan peranan sebagai ‘hantu raya’ yang bertuankan parti UMNO/BN.


Walau apapun penafian yang dibuat oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ia tetap tidak mampu mengubah tanggapan negative rakyat kepada SPR itu. Bukti-bukti yang dikemukakan oleh parti-parti Pakatan Rakyat mengenai ketidakadilan peraturan, layanan berkempen, pengundi-pengundi menyamar (atau terkenal dengan panggilan pengundi hantu), sering dileceh dan dipendamkan sama ada oleh SPR ataupun oleh keputusan perbicaraan di mahkamah.


SPR sering dilihat ‘double standard’ dalam melayani parti-parti dalam kalangan Pakatan Rakyat. Antara contoh, semasa Ustaz Ismail Kamus ditewaskan oleh calon BN dalam PRU tahun 2004 kalau tak silap aku, tempoh mengundi di DUN di mana beliau menjadi calon di waktu itu telah dilanjutkan secara tiba-tiba sehingga melebihi pukul 5.00 petang tanpa alasan yang kukuh dan wajar. Sedangkan permohonan parti- PAS dari Pakatan Rakyat untuk melanjutkan atau menangguh tempoh mengundi di PRK DUN Tenang kerana sebab banjir yang sangat teruk, ditolak oleh SPR dengan alasan tidak ada peraturan untuk berbuat demikian. Kerana sebab-sebab yang seumpama ini SPR mendedahkan dirinya untuk ‘dicop’ sebagai barua UMNO/BN, sudah pasti SPR akan marah menyinga tetapi tidakkah barua namanya jika itulah perangai pengadil pertandingan?


Keadilan mestilah dilihat dilaksanakan! Tetapi sehingga ke tahap ini SPR tidak dilihat begitu terhadap parti-parti Pakatan Rakyat. Inilah sebenarnya masalah yang cukup mengganggu usaha Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya. Sekadar UMNO/BN bukanlah masalah besar yang perlu dirunsingkan oleh Pakatan Rakyat.


Jika dahulu negeri Trengganu ditelan oleh gelombang biru adalah bukan kerana kehebatan sokongan mutlak rakyat kepada UMNO tetapi kerana hantu raya telah membiarkan tercetusnya gelombang hantu berkeliaran di bilik-bilik mengundi! Awas perkara ini akan pasti berlaku lagi di mana Gelombang Hantu yang dibawa oleh hantu raya ini akan menyerang Kedah, Selangor, Trengganu, Perak, Kelantan dan juga negeri-negeri lain yang dikuasai oleh UMNO/BN.


Gelombang Merah di Kelantan mungkin cukup merbahaya bukan kerana gelombang merah hasil sokongan rakyat tetapi mungkin Gelombang Hantu yang dilepaskan oleh hantu raya seperti yang berasak-asak di Parlimen Pekan di Pahang!


SPR pasti akan menafikan hal ini tetapi penafian terus-terusan tanpa menerima semua cadangan dan tuntutan BERSIH yang masih relevan demi keadilan dalam sebuah pilihanraya yang demokratik, tidak mampu meyakinkan rakyat bahawa SPR bukan hantu raya belaan UMNO/BN.


Tuesday, February 15, 2011

Campurtangan politik yang tidak amanah merosakkan segala matlamat asal

Lihatlah campur tangan politik UMNO menjadikan semua di bawah ini hanya sebagai perkakas yang sering disalahguna dan tidak berdaya untuk berjaya membawa ekonomi Melayu dan bumiputera mantap di negara sendiri.


  1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan perpaduan antara kaum dengan cara mengusahakan pemilikan 30% ekuiti bumiputra dalam bidang ekonomi, hancur berkecai. Kegagalan DEB bukan kerana DEB itu sendiri tetapi kerana campurtangan orang politik iaitu para pemimpin UMNO Baru sejak bermula zaman Mahathir hingga ke zaman Najib sekarang ini. Sepanjang pelaksanaan DEB, RM52 bilion pegangan saham Bumiputra lesap dari pasaran saham. Semenjak Mahathir menukar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pula, pencapaian profesional Melayu dalam semua bidang yang dulu telah melebihi 30%, kini telah menjadi tidak menentu lagi.

  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu dalam bidang keusahawanan juga berprestasi amat sederhana dan penuh birokrasi dan mainan politik dalam setiap bantuan yang diberikan. Banyak campurtangan politik dalam MARA telah menyisih ramai anak-anak Melayu yang baru belajar berniaga! Contoh, Peguam Fadzli Ramli di Kuala Rompin Pahang, seorang peguam dari kalangan anak Melayu telah dihalau dari premis MARA kerana campurtangan politik UMNO!

  1. Urban Development Authority (UDA) yang ditubuhkan untuk membantu kewujudan perniagaan Bumiputra dan Melayu dalam bandar juga gagal bertindak seperti tujuan penubuhannya, malah ada kalanya telah bertindak menggadai tanah-tanah dan hak orang Melayu di kawasan bandar itu sendiri. Contohnya apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kerana mengejar keuntungan perniagaan akibat dari campurtangan politik yang tidak amanah, orang-orang Melayu dan Bumiputra sering tidak dibela dan ternyah keluar dari kawasan bandar oleh dasar perniagaan UDA itu.

  1. Federal Land Development Auhtority (FELDA) yang ditubuhkan untuk membela, menjaga, menguruskan dan memberi tanah kepada peneroka-peneroka pun telah mula lari dari matlamat asal penubuhannya. Terlepas dari Pengerusi yang lembek Yusof Nor, diserahkan pula kepada sinaga yang bernama Isa Samad. Masuk sahaja sinaga Isa Samad ke FELDA, jantung pasaran saham berdenyut kencang. Denyutan jantung di pasaran saham kencang memberi petanda bahawa kehadiran Isa Samad di FELDA bukan isyarat yang baik kepada ekonomi. Namun kerajaan UMNO/BN mana yang ambil peduli? Sekali lagi campurtangan politik UMNO telah meletakkan FELDA dalam imej yang kurang sihat dari segi integriti dan akauntabiliti

  1. Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (MAPEN) pun tidak mudah juga mahu memperjuangkan, konon nasib ekonomi Melayu. Sepatutnya dengan wujudnya MAPEN ekonomi Melayu sudah hebat, separuh bandar dan pekan sepatutnya sudah penuh dengan peniagaan orang-orang Melayu! Tapi semua itu tidak berlaku. Hanya cakap politik UMNO sahaja berdegar berjuang membela ekonomi Melayu, namun yang terus kaya raya tetap tiga empat orang UMNOPUTRA yang ke hulu ke hilir dengan eksklusifnya dalam kereta mewah bercermin gelap yang tidak diketahui siapa dan bagaimana orang di dalamnya!.

  1. Ada lagi yang bernama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) pun katanya berjuang mahu mempertingkatkan ekonomi Melayu! Entah apalah dibuatnya untuk ekonomi orang-orang Melayu, tidak dapat dipastikan. Berapa ramai orang-orang Melayu menjadi jutawan bertaraf dunia melalui GABEM pun tidak dapat diketahui! Yang tetap juga kaya raya ke sana ke mari ialah bos GABEM, Rahim Tamby Chik dengan awangnya dan Awang-awangnya! Orang-orang Melayu terus terperangkap dalam program pemandiran minda Melayu! Sekali lagi campur tangan politik menubuhkan GABEM yang entah untuk siapa sebenarnya itu, terus memandirkan orang-orang Melayu terutama mereka yang begitu marah apabila UMNO dikutuk kerana apa yang politik UMNO memang campurtangan!

  1. Ada lagi agensi yang memperjuangkan ekonomi Melayu iaitu Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB). Aku agak, kerana MTAB sudah ramai orang Melayu menjadi jutawan!! Kaya raya dan tak perlu diberi bantuan atau subsidi lagi! Untuk mengelak negara ini bankrap, subsidi kepada rakyat bawahan yang berpura-pura miskin dan manja itu perlu ditarik balik! Yang kedengaran susah dan miskin di sana sini itu adalah kerana sengaja buat-buat miskin dan susah! Relitinya orang Melayu tidak lagi miskin kerana begitu banyak sudah ditubuh agensi dan perkakas untuk tolong naikkan ekonomi Melayu!! Harga minyak naik setiap hari pun tiada masalah, naiklah lagi! Apa pula tunggu setiap bulan? Yang miskin dan susah hanya para pemimpin UMNO/BN dan kroni sahaja! Yang paling patut dikasihani ialah FLOM Rosmah Mansur yang setiap hari sampai ’kurus kering’ berjuang untuk rakyat – rakyat bertaraf pra sekolah! Rakyat bawahan hanya bergelar bawahan pada istilah sahaja, tapi semuanya makan nasi berlauk ikan kerapu atau bawal masak 3 rasa dan tenggiri setiap hari! Semuanya kerana MTAB!!!!

  1. Demi terus memacu rakyat bawahan bumiputera agar mencapai... aku agak, ke tahap Robet Kuok atau Ananda Krisnan, MTAB tubuhkan pula apa yang dipanggil Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU) yang telah dilancar (lancar sahaja, tak ada yang tak dilancar) pada 8 Februari 2011 oleh PM Najib. TERAJU adalah satu program yang cukup menakjubkan dan satu-satunya yang pernah wujud di dunia. Negara lain pasti tidak akan mampu mengikuti kehebatan TERAJU. TERAJU bermodalkan permulaan RM1 bilion untuk membolehkan syarikat berskala besar disenaraikan dalam pasaran saham walaupun selama berlangsung DEB, RM52 bilion pegangan saham bumiputra lesap entah ke mana! Kini apakah TERAJU dengan RM1 bilion mampu mengembalikan yang lesap RM52 bilion dari DEB dahulu atau lebih dari itu atau RM1bilion itu entah akan ke mana? Entahlah....

Campurtangan politik UMNO yang telah kehilangan integriti dan akauntabiliti, penuh skandal rasuah, penyisihan pegangan agama dari kehidupan para pemimpin akan terus menjelmakan ketirisan di mana-mana dalam perancangan mereka! Maka selagi itulah rakyat terutama orang Melayu dan bumiputeta tidak akan ke mana dalam sektor sosio-ekonomi negara!

Monday, February 14, 2011

Antara pilihanraya dan jalanraya !

Pilihanraya adalah merupakan kaedah demokrasi untuk rakyat memilih mana-mana parti politik yang perlu diamanahkan untuk menguruskan kerajaan rakyat. Maka sudah pasti pilihanraya perlu dilaksanakan secara adil atau perlu dilihat dilaksana secara adil untuk memberi keadilan kepada rakyat. Inilah yang dikehendaki oleh rakyat.

Namun jika pilihanraya bukan lagi medan pertandingan yang adil kepada beberapa pihak yang mewakili suara ramai rakyat kerana pengendali pilihanraya yang sering dilihat bersekongkol dengan parti-parti yang berkuasa maka rakyat akan berasa tidak puashati dan sangat kecewa kerana rakyat seolah-olah dilayan sebagai makhluk yang bodoh dan begitu mudah dan seronok diperkotak-katikkan.


Ketidak-puasan hari rakyat ini akan bertambah mencengkam dan membengkak apabila kebebasan bersuara dikongkong atau dipermain-mainkan melalui pelbagai akta, undang-undang yang menyekat dan cara atau banyak isu-isu rakyat diperlekehkan seolah-olah rakyat tidak mampu berfikir sendiri.


Apabila ini berlaku dalam keadaan rakyat dibelit dengan pelbagai masalah dan isu kehidupan seperti kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan, PTPTN yang diganti dengan biasiswa yang lambat pula dapat, sehingga pelajar terpaksa berpiket atau meminjam wang belanja dari pihak universiti, para belia terus terperangkap dengan pengangguran atau kerja-kerja yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka, isu-isu ketidak-adilan terhadap rakyat, skandal rasuah dan pengumpulan harta para pemimpin tanpa menghiraukan perasaan rakyat bawahan yang susah, maka rakyat negara ini pasti akan memilih jalanraya bukan lagi pilihanraya!


Bila? Bila masanya kerajaan UMNO/BN tidak boleh ditegur dan terus berlagak sombong dan angkuh serta berperangai seolah-olah mereka sahaja yang suci bersih dan betul. Orang lain semua tak betul, salah sedikit dicop pengganas, pengkhianat kecuali menjadi pak turut membuta tuli dan membabi buta mereka! Ciri-ciri ini sudah banyak terlihat sekarang di bawah pemerintahan angkuh dan ego UMNO/BN.


Sunday, February 13, 2011

Betul kata Isa Samad rasuah bukan masalah besar di negara Malaysia

Isa Samad berkata rasuah bukan masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana di dunia. Katanya "Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat (di Malyasia). Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni". Katanya lagi, "Bagi saya tak lah teruk sangat.....kerajaan pun tidaklah menghalalkan rasuah”.


Bagi Isa Samad rasuah tidak teruk di negara ini kerana rasuah berlaku di mana-mana di dunia. Maka itu totok UMNO yang telah dipandirkan mungkin tepuk tangan seronok kerana hujah bernas Isa Samad itu! BERLAKU DI MANA-MANA TAUU....so tak teruklah Malaysia!!!


Lagi pun memang betul kata Isa Samad tu, rasuah bukan masalah besar di negara ini. Kalau diterima sebagai masalah besar tak mungkin Isa Samad timbul kembali sebagai calon UMNO/BN di Bagan Pinang. Dia timbul bukan kerana memang dia nak sangat timbul tetapi kerana ditimbulkan semula oleh Najib dan UMNOnya walaupun dia pernah dihukum UMNO kerana terlibat dalam politik wang (nama lain bagi rasuah wang).


Kalau rasuah dirasakan masalah besar di negara ini oleh kerajaan UMNO/BN, tak mungkin Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi FELDA. Orang yang pernah didapati bersalah dalam rasuah wang kerana mahukan undi, dilantik menjadi Pengerusi FELDA, memang rasuah bukan masalah besar di negara ini!


Betullah bagi Isa Samad, rasuah bukan masalah besar, hendak rasuah dengan tak nak rasuah sahaja!


Memang rasuah bukan masalah besar di negara ini selagi tidak tergadai semua tanah dan hak orang Melayu! Tanah dan hak orang Melayu masih ada sedikit lagi, jadi rasuah belum masalah besar! Bila dah habis semua...haa tu baru masalah besar...! Barulah kita kerajaan UMNO/BN akan ambil tindakan kerana kerajaan UMNO/BN sentiasa mendahulukan rakyat! Huhuhu!!!


Rasuah bukan masalah besar di negara ini.....yang menjadi masalah besar mereka yang sibuk marahkan orang merasuah seperti Isa Samad dulu tu! Dan rasuah menjadi masalah besar di negara ini hanya jika merasuah RM50 untuk elak saman trafik!


Juga yang menganggap rasuah sebagai masalah besar hanya pasaran saham yang katanya terkesan teruk kerana perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA. Bukan Mahfuz Omar dan Mat Sabu yang kata, tapi pakar saham Maybank!


Namun bagi Isa Samad dan UMNO/APCO rasuah bukan masalah besar!!!! Yeahh.....sapu terus!!!!!


Rejim yang zalim mesti ditukar- Dr MAZA

Dr MAZA menulis ini dalam konteks apa yang berlaku di Tunisia, Mesir dan dunia Arab. Namun demikian aku rasa ianya boleh juga dibaca mengikut konteks Malaysia. Ada isi-isinya yang berkebetulan sama walaupun tak serupa dengan senario pemerintahan di negara ini.

Pokoknya rejim yang zalim mesti ditukar! Setuju sangat aku. Tapi masalahnya ada yang tidak sedar pemerintahannya seperti rejim yang zalim?

Tulisan di bawah di kaut dariblog drmaza

REJIM YANG ZALIM MESTI DITUKAR!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(
sertai facebook DrMAZA.com)

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Rakus

Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.

Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.

Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!

Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.

Bohong

Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Salah Sasaran

Malang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.

Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.