Followers

Saturday, February 12, 2011

HAHHAAA....satu lagi PRK ?

Hahhaaa….satu lagi piliharaya kecil mungkin berlaku ! Belumpun penamaan calon di Merlimau, DUN Kerdau Pahang pula menggamit plihanraya kecil.


Kerana apa pilihanraya kecil? Kerana kematian ADUNnya YB Datuk Zaharudin . Takziah kepada isteri, anak-anak dan seluruh keluarga Allahyarham YB.


Kalau itu kerusi PAS dan status quo dikekalkan PR, PAS mesti bertanding, jangan lagi sebut tak nak bertanding, walau apa alasan pun.


Biasanya calon PAS adalah lawan yang tegar bagi UMNO. UMNO tak akan ambil mudah jika lawannya adalah PAS . UMNO/BN akan buat apa sahaja. Dengan ada pertandingan, rakyat di situ akan mencurah-curah dapat rezeki. Rakyat yang berniaga besar, berniaga kecil, berniaga apam balik mahupun berniaga air semua akan untung besar. Rakyat yang ada rumah lebih akan pasti di sewa orang! Letak sewa mahal-mahal weh kalau UMNO yang nak sewa, sebab UMNO banyak duit kerana banyak bela toyol! Sebab itu PAS atau PR kena letak calon! Tolong bagi durian runtuh kepada rakyat!


YB mati, rakyat untung dapat rezeki. Oleh sebab itu agaknya ramai juga rakyat gembira bila mendengar YB mati! Rezeki tiba!


Nasiblah, keluarga arwah YB-YB jangan terasa hati kerana begitulah gayanya di Malaysia ini. Jenazah belum dikebumikan, sudah ada yang mula mengira peluang dan untung. Berkejar ke sana kemari mencari kabel atau gentian optik! Biasakan?


Tanah kubur masih merah, seluruh Dun malah seluruh negara sudah gegak gempita dengan pelbagai janji dan habuan terutama dari parti korup UMNO/BN. Belum habis tempoh berkabung, projek-projek segera telah mencurah tiba – nak bina itu nak bina ini. Nak korek itu nak kotek ini. Bulldozer, JCB, Steamroller, lori pasir, lori batu, lori simen serta kayu, minyak tar, mula meraung dan berbau tengik dalam seluruh DUN! Dan Sharizat Jalil mula sibuk menghantar hamper ke rumah orang-orang tua! Tak percaya tengok!


Sebab-sebab tersungkurnya Hosni Mubarak!

Naib Presiden Mesir, Omar Sulaiman telah mengumumkan malam tadi bahawa Hosni Mubarak 82 tahun Presiden rejim diktator dan retorik Mesir yang memerintah selamat 30 tahun akhirnya meletakkan jawatan.

Hosni Mubarak akhirnya tersungkur jua setelah disungkurkan oleh rakyat terutama anak-anak muda yang gagal dipandirkan! Hosni yang selama ini terlalu yakin bahawa beliaulah ketua kerajaan yang akan menongkat lagi dan boleh memerintah apa sahaja di bumi Mesir selepas Anwar Shadat akhirnya tersungkur menyembah bumi.

Masih ada lagikah pemerintah ala-diktator yang telah memerintah berpuluh-puluh tahun yang masih mahu menongkat langit, yang masih mahu mengaut segala khazanah negeri, , tidak mengambil pengajaran dari apa yang belak kepada Hosni Mubarak?

Selagi aku tulis di sini bahawa diktator Hosni Mubarak tersungkur kerana:

1. Apabila bercakap di media sering bercakap sedap (ekonimi ok, sosial ok, perpaduan rakyat ok, makanan rakyat ok, pasaran saham ok..tak ada yang tak ok!), beretorik semata-mata untuk meyakinkan untuk akhirnya menipu dan pulas rakyat.

2. Kontrak-kontrak kerajaan berjuta dan berbilion hanya dikuasai oleh keluarga Hosni Mubarak, anak beranak, para pemimpin tertinggi serta kroni.

3. Mewujudkan demokrasi palsu dalam pemerintahtannya dan pilihanraya sambil sertiap hari memperbodohkan rakyat yang kurang maklumat sebenar. Namun Hosni terlupa ada ramai rakyatnya yang muda-muda berinternet dan berFB.

4. Mengada berbagai akta menyekat rakyat mengkritik rejimnya yang tidak pernah ikhlas cakna nasib rakyat.

5. Menggunakan sepenuhnya undang-undang tanpa bicara untuk menindas musuh-musuh politik dan rakyat yang berlawanan fikrah dengannya.

6. Mengambil mudah dengan nasib anak-anak muda yang bertaburan mencari kerja untuk menyara keluarga. ”Kerajaan Hosni Mubarak berkata kepada anak-anak muda; ” Zaman sekarang jangan harapkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan. Itu bukan dasar kerajaan yang maju lagi. Reka dan buat kerja sendiri, jangan memilih dan jangan malas! Kerajaan 1Mesir ini telah banyak berkorban untuk kamu!”.

7. Rejim Hosni Mubarak terlalu taksub dengan nasihat Yahudi Isarel sehingga tergamak menyekat bantuan untuk rakyat Palestin Hamas. Kerana naishat penasihat Yahudi, Hosni tergamak menutup sempadannya untuk membantu rakyat Palestin dan memfitnah dan menangkap musuh-musuh politiknya.!

8. Kurangkan subsidi untuk rakyat dan mengekalkan subsidi golongan koperat keparat kerana bimbang negara akan bankrap!

9. Gagal mengawal kenaikan harga barang keperluan rakyat

10. Memperkakaskan Suruhanjaya Pilihanraya sehingga gagal menjadi agen demokrasi dan pilihanraya yang berintegriti dan adil kepada semua pihak.

11. Memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap rugutan dan keluh kesah rakyat terutama golongan muda.

12. Puak-puak Hosni Mubarak makan rasuah macam makan nasi tapi sibuk yang ditangkap rasuah tahap ikan bilis!

Maka kerana semua itulah Hosni Mubarak tersungkur!

Sejarah telah mencatat antara rejim yang tak cakna rakyat, firaun dulu tersungkur! Namrud tersungkur! Idi Amin tersungkur! Hosni Mubarak pun sudah tersungkur!

Siapa pula selepas ini? Sudah tentu selepas ini ialah para pemimpin negara atau negeri yang sentiasa berusaha memandirkan rakyat untuk kepentingan nafsu, tembolok, first lady yang tak sedar diri atau yang mengaku first lady dan gundek-gundek masing-masing!

Thursday, February 10, 2011

Hutang isi rumah RM577 bilion? Orang Malaysia mati menanggung hutang !

Macam manalah rakyat nak ada duit jika beginilah rupanya dasar perekonomian dan dasar perniagaan kerajaan jika ianya cukup membebankan. Tidak mesra penabungan, tetapi berorientasikan manipulasi hutang.


Bayangkan apa yang didedahkan oleh YB Azmin mengenai pembelian sebuah kereta di bawah 1,500cc. Katanya kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

Kata Azmin, "Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.”


Azmin mendedahkan jika begitulah dasarnya maka hutang isi rumah cukup tinggi sehingga mencecah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu dan itu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan iaitu kerajaan UMNO/BN yang memerintah sekarang.

Hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.


Aku pelik, dalam keadaan dasar menjarah rakyat ini masih ada lagi orang kampung dan FELDA yang tidak mahu menerima ketidak-caknaan UMNO itu lantas masih mahu mengundi UMNO lagi dalam PRK dan PRU!


Pasti orang-orang yang ’gilakan’ UMNO ini akan berkata pendedahan YB Azmin itu tipu!


Bukti benar yang mendapati perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA menyebabkan pasaran saham menjadi buruk pun mereka akan kata tipu.


Pendedahan pembelian kapal TLDM RM 1 billion sebuah pun mereka boleh terima malah akan kata pendedahan itu tipu atau dengki!


Nampaknya mereka cukup mudah ’ditidak-cerdikkan’ dengan hanya bantuan semasa pilihanraya yang tidak sebanyak mana, projek-projek pembangunan, media UMNO dan sopan santun yang bermuka-muka dan ramah mesra para pemimpin UMNO kepada mereka. Dengan ini, semua pandangan pembangkang kepada UMNO mereka tolak malah tak mahu fikir dan kaji langsung! Biarlah ditidak-cerdikkan pun janji pangkah UMNO! Atau biarlah menjadi bodoh pun asalkan dapat upah seringgit dua!Alahai kesian!

Wednesday, February 09, 2011

Perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA burukkan pasaran saham: Laa...baru tahu!

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.


Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.


“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.

Menurutnya, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

“Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup?


“Rasuah berkait dengan kuasa, jadi andaian asas adalah (ahli politik) dilabel sebagai korup,” katanya sambil menambah pelantikan Isa satu tamparan kepada reputasi baik Felda di kalangan negara-negara membangun.


[Orang dah tahu lama! Orang dah bagi tahu lama dah ! Jangan lantik Isa Samad. Lantik Isa Samad bukan sahaja memburukkan pasaran saham, malah memburukkan macam-macam terutama FELDA itu sendiri akan semakin buruk. Tak payah pakar yang cakap, orang macam aku ni pun dah tahu. Tak percaya ? Tunggulah...]




Tuesday, February 08, 2011

Mat Nor Derus punya pasal, Majlis Fatwa yang migrain!

Heh…Mat Nor Derus buat bengong, Majlis Fatwa yang terkedu! Memang betullah kalau diceritakan orang bahawa Mat Nor Derus seorang yang menyusahkan pasukan. Menyukarkan semua orang yang berada dalam pasukan di mana Mat Nor Derus turut berada.


Dek kerana gedebe hendak mencabar dari Mat Nor Derus, beliau mencabar tersilap orang, akibatnya Majlis Fatwa berada dalam keadaan serba tak kena. Mahu sahaja bermuzakarah dengan Tuan Guru Nik Aziz, bimbang pula akan banyak bersetuju daripada bertentangan dengan Tuan Guru.


Apabila sudah banyak bersetuju daripada yang berlawanan bimbang pula miss soru malah silap-silap gaya ghuyub!


Kalau pun Majlis Fatwa tidak mahu bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz walaupun demi kebenaran yang amat pahit, takut pula mahu cari idea yang bertentangan kerana hendak pakai dalil mana ? Dalil yang ada hanya Al-Quran dan Hadith. Syarat Tuan Guru pula ialah di tengah-tengah sama ada muzakarah atau debat ialah Al-Quran dan Al-Hadith.


Migrain Majlis Fatwa mahu memikirkannya. Namun demikian apa yang patut bagi Majlis Fatwa ialah segera menerima cadangan muzakarah atau debat dengan Tuan Guru PAS agar segala kekeliruan dan apa-apa tanggapan yang tidak betul terhadap PAS selama ini dapat dihapuskan. Apa-apa kekeliruan serta tanggapan salah terhadap UMNO selama ini dapat disahkan dan kemudian diperbetulkan untuk kembali ke pangkal jalan!


Buat Mat Nor Derus biarlah dia begitu kerana dia memang dah jenis begitu. Lagi pun, kalau tidak begitu, tak ada pula orang kenal dia!


Kalau betullah, memang gila babi ! Gila babi sungguh! Dah, nak kata apa?


Iyerr...memang gila babi! Gila babi....gila babi!! Memang bakal bangkrap negara kalau macam ni. 870% lebih mahal dari yang negara lain bayar? Tak gila babi ke pembelian macam ni?

Aku tak peliklah kalau pakcik-pakcik makcik-makcik di kampung-kampung dan FELDA masih sokong UMNO kerana mereka mana baca media maya. Tapi yang aku pelik betapa tak cerdiknya mereka yang sering membaca media maya masih nak sokong UMNO? Tak boleh fikir ke? Aku nak kata bodoh nanti ada seorang pembaca blog aku ni akan kata kat aku, asyik nak membodoh ke orang je!

Dah nak buat macam mana, memang bodoh sungguh!


Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.


sumber berita: malaysiakini

Monday, February 07, 2011

Hah? PAS tak nak bertanding di Merlimau? Biar betol!

Kalau benarlah PAS mahu memilih untuk tidak bertanding di DUN Merlimau, aku tidak bersetuju dengan ura-ura itu. Jangan koman sangat !


Bagi aku tidak ada sebab yang kukuh untuk PAS tidak bertanding. Jika tidak mahu bertanding di DUN Merlimau, mengapa dulu bertanding di DUN Tenang? Tenang juga kubu kuat UMNO/BN.


Pelik, apabila di DUN Merlimau tiba-tiba sahaja terdengar ada ura-ura tidak mahu bertanding. Ingat yang penat menghadapi PRK bukan sahaja para pemimpin yang membuat keputusan tetapi juga para aktivis di bawah ini yang sering menyumbang pengorbanan dalam berbagai bentuk dan cara untuk kejayaan dakwah Islam jemaah ini. Dakwah jemaah ini mesti diteruskan.


Lainlah kalau PAS telah membuat keputusan sejak dulu memboikot mana-mana PRK kerana memprotes SPR sehingga SPR mengubah sikapnya. Tapi PAS tidak pernah membuat keputusan tidak bertanding dalam mana-mana PRK kerana memprotes kecuali di satu DUN di Pahang dahulu.


Apakah PAS takut kalah maka kekalahan itu akan menyediakan bahan untuk UMNO/BN menggasak perang sarafnya kepada PAS atau akan terus merangsang semangat UMNO/BN? Apa, kalau PAS tidak bertanding, UMNO akan duduk sahaja sambil memuji tindakan PAS tanpa melancar perang sarafnya? UMNO tetap UMNO, jahatnya tetap jahat UMNO walau apapun yang PAS buat.! PAS menang pun PAS akan dikutuk habis-habisan.


Oleh yang demikian, PAS perlu bentanding di DUN Merlimau jika DUN itu diputuskan kepada PAS. Jangan biarkan UMNO naik tocang! Jangan lepaskan peluang terbaik untuk dekatkan PAS kepada mana-mana kubu kuat UMNO.


Gunakan RM111juta peruntukan PERMATA untuk biayai kos bawa balik pelajar dari Mesir

Bila ada ibubapa dakwa kerajaan UMNO/BN tak ada duit hendak biayai kos bawa balik pelajar Malaysia dari Mesir, PM Najib tersinggung. Lantas beliau mengatakan kerajaan UMNO/BN telah difitnah.

Inilah padahnya apabila kenyataan-kenyataan yang keluarkan berbunyi tidak tentu arah dan tidak menyakinkan orang ramai. Ia telah mengundang pelbagai pesepsi dan tanggapan terhadap kemampuan kewangan kerajaan untuk membiayai kos bawa balik para pelajar bekenanaan.


Lain kali awal-awal bagilah jawapan yang tegas.Bukan nak tengok dahulu berapa banyak yang MAS, AA dan Tabung Haji boleh tanggung. MAS, AA dan Tabung haji bukan peti duit kerajaan UMNO/BN. Mereka pun ada tanggungjawab lain untuk kemajuan ekonomi negara. Jadi cakap-cakap yang seupama itu menggambarkan kerajaan semacam tak duit sangat dah.


Kalau begitu aku suka mencadangkan agar pihak kerajaan UMNO/BN menggunakan sebahagian atau semua peruntukan RM111 juta yang diberikan kepada PERMATA Rosmah untuk kes-kes membantu para pelajar seperti isu membawa balik pelajar dari Mesir ini. Untuk pelajar juga!


Cukuplah Pra Sekolah, Tadika KEMAS, Taski, Taska, PASTI yang menguruskan hal ehwal para pelajar pra sekolah sama ada bakat ke, pintar ke, apa ke dan sebagainya. PERMATA tak payahlah. Jadi bolehlah digunakan peruntukan RM111 juta itu untuk hal-hal kecemasan pelajar seperti yang sedang berlaku sekarang. Maka tidaklah perlu PM Najib memikirkan dari mana punca duit untuk biayai kos tersebut.


Tak kan Rosmah tak boleh luluskan ! Alah ...suami minta! Masalahnya suami dah malas nak minta, bukan Rosmah tak nak bagi! Cuba minta? Eh kena minta juga ke?

Sunday, February 06, 2011

Anwar Ibrahim jangan terlalu bereksperimen

Anwar jelaskan peletakan jawatan Pajudin


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kelihatan bersungguh-sungguh menjelaskan soal berhubung peletakan jawatan Pajudin Nordin sebagai pengerusi perhubungan Sabah semalam.

"(Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dijadual ke Sabah pagi ini. Ia tiada kena mengena dengan peletakan jawatan Pajudin kerana ia telah dirancang lama dahulu.

"Lawatannya bertujuan menemui ketua cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan sementara pelantikan tajudin sebagai pengerusi perhubungan Sabah. Belum sempat membuat pengumuman, dia (Pajudin) letak jawatan.

"Beliau (Wan Azizah) sepatutnya mengambil alih pengerusi perhubungan Sabah daripada Pajudin untuk sementara, kemungkinan beberapa bulan sehingga semuanya disusun dengan baik," kata Anwar dalam sidang media yang padat dengan wartawan sehabisnya lawatan dua harinya di Sarawak hari ini.

"Mungkin dia (Pajudin) rasa pembekuan itu tamparan yang hebat, jadi dia tinggalkan (parti)."

Semalam, PKR Sabah yang dilihat sedang dibelenggu masalah menerima satu lagi tamparan apabila Pajudin Nordin mengumumkan keluar dari parti dan berhasrat menyertai Umno.

Pajudin, 42, yang belum sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang semalam.

Pajudin dilaporkan berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang didakwa tidak serius menangani masalah dan isu-isu berkaitan Sabah.


[Dari apa yang dilakukan oleh Pajudin di Sabah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah serta para pemimpin PKR yang lain, harus mengambil iktibar dan berhati-hati dalam membuat lantikan untuk jawatan penting parti sama ada di peringkat pusat mahupun negeri. Tragedi Pajudi itu terus menambah tragedi PKR dalam arena politik Malaysia, sedikit sebanyak menambah calar kepada tubuh badan PKR sebagai anggota Pakatan Rakyat.


Walaupun boleh difahami mengapa Pajudin seorang ahli PKR meletak jawatan sebagai Ketua Perhubungan Negeri dan keluar parti, namun pihak musuh seperti UMNO/BN tidak akan membiarkan sebarang bola tanggung yang didiperolehinya. Mereka akan terus menconteng PKR semahunya di hadapan khalayak ramai yang berbagai fikrah dan kiblat.


Hal yang demikian menambah beban kepada Pakatan Rakhat dalam usaha mara ke Putrajaya. Justru itu Anwar Ibrahim tidak perlu terlalu bereksperimen dalam membuat lantikan pegawai-pegawai tertinggi partinya. Trend dan corak pemikiran setempat wajar diambil kira. Semoga apa yang berlaku itu akan terus memperkukuhkan lagi PKR yang sebenarnya parti yang masih baru dalam arena politik Malaysia.]


Gelombang Merah di Kelantan, jangan pandang remeh!


PAS dan Pakatan Rakyat Kelantan jangan pandang remeh apa yang disebut projek Gelombang Merah di Kelantan. Gelombang Merah adalah projek UMNO/BN untuk merampas Kelantan.

Aku memberi ingatan ini bukan kerana itu projek yang begitu menggerunkan dari aspek kempen yang bakal UMNO/BN lakukan tetapi lebih bimbang projek itu penuh tipu muslihat yang jahat dari UMNO/BN melalui agennya mereka iaitu SPR.


Dalam keadaan sekarang tidak ada apa yang tidak boleh dibuat oleh SPR pengendali pilihanraya Malaysia yang memang tidak boleh dipercayai itu. Dengan reputasi buruk SPR terhadap pembangkang maka SPR tidak boleh diharap untuk menjadi pengadil yang adil kepada Pakatan Rakyat. Lebih keterlaluan lagi SPR sering dilihat sebagai perancang pengusaan UMNO/BN dengan cara yang penuh tipu muslihat.


Usaha memanipulasi daftar pemilih untuk kepentingan UMNO/BN adalah perkara yang sering dilakukan oleh SPR. Keadaan ini pernah berlaku besar-besaran dalam pilihanraya 1998 dan 2004 dan dalam beberapa pilihanraya kecil.


Antara manipulasi yang boleh berlaku adalah membiar atau menggunakan makhluk yang bergelar ‘hantu’ yang tidak bermoral untuk mengundi berkali-kali di tempat yang berlainan dengan menggunakan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan orang yang telah mati. Daftar pemilih yang tidak sama antara di barong SPR dengan di dalam bilik mengundi dan macam-macam muslihat jahat yang lain. Peraturan-peraturan pilihanraya mengejut yang yang mampu mengekang kempen-kempen calon-calon Pakatan Rakyat. Itu belum lagi diambil kira campurtangan oleh pihak PDRM dalam tugasan penguatkuasaan yang sentiasa menyebelahi UMNO/BN.


Melalui projek yang serupa ini melalui agen-agen seperti SPR, SPRM, Jabatan Pendaftaran dan PDRM, UMNO/BN mampu menjatuhkan mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang menguasai. Oleh itu PAS dan PR Kelantan perlu berhati-hati! Ingat Gelombang Biru, UMNO/BN melalui agen-agen yang disebutkan pernah menelan Trengganu.