Followers

Saturday, February 05, 2011

Ingatkan Zahid Hamidi cerdik, rupanya.......!


Huhuhu….Zahid Hamidi merungut konon pihak Pembangkang (tak diberi tahu pembangkang yang mana satu) mempolitikkan usaha kerajaan menyelamatkan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.


Antara rungutannya ialah pihak pembangkang menghasut pelajar Malaysia melalui maya. Menghasut tentang apa tak tahulah. Agaknya ada para pelajar di Mesir yang mengkritik cara menyelamatkan pelajar Malaysia di sana!


Oleh kerana geram sangat agaknya, Zahid telah membebel, kalau pembangkang pandai sangat, ambil-alihlah usaha menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir itu!


Aku dengar dan lihat rungutan dan bebelan Zahid itu, terasa geli hati juga. Geli hati kerana seorang yang bergelar Menteri boleh bercakap macam Pengerusi JKKK.


Taraf seorang Menteri sewajar memahami apa itu kritikan dan mampu menyerap sebarang kritikan yang dilontarkan. Pembangkang juga rakyat, maka itu rakyat berhak mengritik dan menegur jika rakyat rasa ada kekurangan dalam setiap usaha kerajaan. Biasalah…kan kata negara ini demokrasinya hebat! Kebebasan bersuaranya masya Allah!


Seorang Menteri yang agak senior boleh hanya terfikir bahawa setiap teguran pembangkang semuanya politik! Betulkah begitu? Kalau begitu hapuskan pembangkang. Jangan ada pembangkang langsung di Malaysia ini. Wujudkanlah pemerintahan satu parti sahaja! Kan senang untuk UMNO/BN, kalau begitu!


Rakyat mengkritik mungkin kerana proses menyelamatkan rakyat Malaysia pada awalnya agak lewat. Mungkin kerana kedutaan Malaysia di Mesir tidak cakna dan tidak proaktif atau gagal membaca implikasi bahaya krisis Mesir kepada rakyat Malaysia. Itulah yang kelihatan bentatnya! Sekarang setelah usaha menyelamat telah dijalankan, semua orang faham bahawa banyak masalah antara negara yang perlu diselesaikan!


Kalau pula ada pelajar di sana yang mengkritik kerajaan Malaysia di atas usaha menyelamat yang dilakukan, mungkin kerana pelajar-pelajar berkenaan yang berada dalam realiti kecuh itu nampak kesan yang sebenar terhadap meraka. Kecemasan yang mereka rasai tidak patut disalahkan. Sebab itulah mereka bising ! Eh....soal keselamatan beb...jauh pula dari mak ayah!


Lagipun apa salahnya pelajar mengkritik kerajaannya! Alah .... kritikan orang muda yang beremosipun menyebabkan seorang menteri kanan turut hilang keseimbangan emosinya? Tak kan hanya kritikan budak-budak telah terus dicop sebagai penyokong pembangkang? Koman sungguh Menteri Malaysia ini !


Lagi kelakar apabila Zahir merungut kalau pembangkang hebat sangat sila ambil alih usaha menyelamat rakyat Malaysia itu. Menteri senior boleh cakap begitu? Bunyinya macam cerdik tapi hakikatnya bodoh!


Kalau pembangkang itu yang dimaksudkan Pakatan Rakyat, bukan usaha menyelamat itu yang hendak diambil-alih. Itu sememangnya tugas dan tangungjawab mana–mana kerajaan yang memerintah menyelamatkan rakyatnya di luar negara. Lebih utama Pakatan Rakyat nak ambil alih ialah kuasa di Putrajaya tu! Maka itu adalah lebih praktikal kalau Zahid nak cadangkan Pakatan Rakyat ambil alih ialah ambil alih kuasa di Putrajaya!


Amacam Dato Seri Zahid ? Bleh ? Bleh jumpa Rosmah-Najib untuk cadangan itu?


Kesimpulannya, dalam isu pindah rakyat Malaysia dari Mesir ini, siapa bermain politik sebenarnya ?

Kerajaan UMNO/BN macam sokong Husni Mubarak je?

Jumaat semalam berlaku demonstrasi di mana-mana kerana menyokong rakyat Mesir yang sedang berjuang menuntut rejim diktator Hosni Mubarak turun tahta Presiden Mesir. Sehingga ke saat ini diktator Hosni Mubarak terus berdegil dan bertahan walaupun telah ramai yang terkorban kerana kedegilannya.

Demonstrasi sokongan juga diadakan di Kuala Lumpur. Dianggarkan 10000 yang turun berdemo semalam. Semalam itu demo menyokong rakyat Mesir mendesar dictator Hosni Mubarak letak jawatan, bukan demo desar Najib-Rosmah letak jawatan! Tetapi kenapa ada tangkapan terhadap pendemo di Kuala Lumpur?


Bagi aku ini satu tangkapan yang melampau. Satu bentuk provokasi yang tidak perlu. Sebab itu kalau orang kata atau maki hamun PDRM bukan-bukan jangan marah! Demo sokong rakyat Mesir berdemo pun tangkap jugak? Biarkanlah mereka berdemo dengan aman melainkan mereka merosakkan harta benda awam.


Aku rasa dengan apa yang berlaku itu sebenarnya gambaran kerajaan UMNO/BN dukacita dengan apa yang rakyat Mesir lakukan, yang mendesak Hosni Mubarak letak jawatan. Dalam erti kata lain pasti kerajaan UMNO/BN sokong dan masih sayang Hosni Mubarak yang banyak pesamaan itu.


Dalam media-media kerajaan UMNO/BN kelihatan terdengar semacam bunyi seperti propaganda yang cuba ditanamkan dalam minda rakyat konon akibat-akibat dari demonstrasi jalanan menentang pemimpin. Antara yang kedengaran, ’kegiatan ekonomi terganggu’, ’berjuta pelancong keluar mengakibat kerugian berjuta wang’, ’beratus penerbagan pelancongan dibatalkan sehingga April’,’ harga barang naik’, ’kemudahan bank terhenti’, ’kecurian’ dan macam-macam.


Apakah rakyat Mesir atau rakyat mana-mana negara yang melawan rejim diktator negara mereka yang sering menindas dan mengongkong kebebasan bersuara rakyat, tidak sedar hal itu? Mereka semua tahu, tetapi yang lebih utama sebagai penggangu rakyat bagi mereka ialah pemerintah yang hanya ”bercakap rakyat didahulukan” yang realitinya ”rakyat yang didahulukan untuk segala kesusahan!”. Inilah pengganggu terbesar rakyat!


Tengok di Mesir, setelah nasibnya bagaikan telur dihujung tanduk senang-senang dia bercakap, ” DIA SUDAH JEMU MEMERINTAH MESIR”. Kurang ajar, seolah-olah selama ini rakyat menyusahkannya. Walhal dialah yang menyusahkan rakyat kerana asyik membesarkan nafsu dan temboloknya dan bininya sendiri! Kalau dah jemu kenapa tunggu bulan September! Bulan Februari masih ada lagi!


Nampaknya kerajaan UMNO/BN tidak telus dalam menyatakan pendiriannya dalam soal Mesir ini kerana mungkin bimbang apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir akan berlaku juga di Malaysia. Kalau tidak takut, masakan ada tangkapan oleh PDRM agen UMNO itu? Bukan demo desar Najib turun, hanya demo sokong rakyat Mesir desar Mubarak turun. Tak ada kena mengena dengan Najib Rosmah pun dan UMNO-APCO pun.


Atau sebenarnya kerajaan UMNO/BN masih mahu menyokong Husni Mubarak. Tanggapan yang mudah dibuat oleh umum adalah menangkap pendemo yang berdemo menyokong rakyat Mesir mendesak Husni Mubarak turun adalah seperti mahu atau menyokong Husni Mubarak?


Apalah yang kerajaan UMNO/BN perlu bimbangkan, kerana selagi ada orang-orang kampung yang tidak cerdik isu dan selesa dengan bantuan yang seratus dua, serta selagi ada orang-orang FELDA macam FELDA Tenang, kerajaan UMNO/BN masih jauh lagi untuk mengadap demonstrasi jutaan rakyat seperti di Mesir itu.


Tak usah bimbanglah, mungkin agaknya langsung tak ada demonstrasi seperti itu kerana orang Melayu bukan macam orang Arab! Kan Mahathir pernah berfatwa ” Melayu mudah lupa”.


Oleh itu, kerajaan UMNO/BN, tak usahlah takut kepada bayang-bayang sendiri.

Friday, February 04, 2011

Jom 'ketuk' kepala Mahathir !


Apabila ditanya bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang sudah berpecah tiga, Dr Mahathir telah memberi pandangan yang cukup mudah semudah kebiasaan dia mengata kepada musuh politiknya. Mahathir kata cara yang mudah ialah ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka.

Soalnya mudahkah Mahathir yang dalam keadaan terhuyung hayang, tergagap-gagap dan terteleng-teleng itu mahu mengetuk kepala Nik Aziz yang yang sering bertongkat ke hulu ke hilir dan Anwar Ibrahim yang kelihatan jelas jauh lebih gagah daripadanya?


Kelihatannya semakin banyak Mahathir berkata-kata semakin Mahathir menjadi negarawan keliru! Pemikirannya telah mula bercelaru dan tidak tersusun rapi. Kekeliruan fakta semakin menjadi jadi-jadi. Apa-apa sahaja boleh terpacul dari mulut Mahathir dalam keadaannya hari ini.


Kesian Mahathir, tapi hendak buat macam mana, UMNO Najib APCO terus-terusan meletakkan Mahathir di hadapan mereka, untuk menjadi sasaran ’ketukan’ orang yang lalu lalang. Memang UMNO tidak pernah bertanggungjawab untuk menjaga maruah mana-mana bekas ketua mereka. Sebaliknya akan digunakan sepenuhnya walaupun logik akalnya telah semakin hampir ke lubang kubur.


Nik Aziz dan Anwar pemecah belah orang-orang Melayu? Atau Mahathir?


Nik Aziz adalah ahli parti yang berjuang atas landasan Al-Quran dan Hadith bagi mengajar orang Melayu mengenal antara halal dan haram, pahala dan dosa, syurga dan neraka. Parti Nik Aziz terbukti mengajar orang Melayu agar tidak berprinsip ”asal sapu belaka sumbat ke perut!.” Mana ada tangkapan SPRM, skandal, pegang buntut dalam parti Nik Aziz setakat ini? Fitnah memang banyak!


Sebagai ahli parti yang berjuang atas dasar itu, apa peliknya jika Nik Aziz berkempen kepada orang Melayu agar menyokong partinya dan menolak parti politik nasionalisme asabiyyah jahiliyyah yang tidak mementingkan halal haram, pahala dosa dan syurga neraka sebagai pegangan hidup orang Islam. Parti Mahathir kan kata, Melayu itu Islam, Islam itu Melayu! So patuhlah ajaran Islam!


Munasabahkah orang yang mahu membawa Melayu kepada kepada fitrah manusia iaitu Islam digelar pemecah-belah? Pecah belahkah orang Melayu jika ada yang berkenan menyokong parti Nik Aziz kerana mahu turut berusaha menjauhkan yang haram, yang dosa dan mahu turut berusaha ke syurga? Tidakkah itu namanya mahu menyatukan fikrah orang-orang Melayu dengan niat dan matlamat yang sama?


Lagi pun Nik Aziz tidak pernah memaksa orang-orang Melayu menyokong partinya dengan wang haram, projek kroni dan apa-apa, cuma hanya dengan ceramah dan kuliah-kuliahnya sahaja. Lama bertahun-tahun juga orang-orang melayu tidak menyokong parti Nik Aziz kecuali di beberapa tempat dan negeri. Cuma hanya sejak 1998 barulah kelihatan ramai sedikit! Itupun kerana pilihan orang-orang Melayu sendiri kerana mereka menyampah dan meluat dengan UMNO yang PECAH-BELAH dan juga kerana kecerdikan orang Melayu sendiri yang kian mencari keredhaan Allah dalam kehidupan mereka. Orang mencari kebenaran, pecah belahkah itu?


Kesimpulannya, Mahathir apabila diam mengenai Nik Aziz adalah lebih baik dan nampak cerdik. Sebaliknya apabila berkata-kata sahaja Mahathir mengenai Nik Aziz terus nampak bodoh Mahathir ni rupanya!


Anwar Ibrahim pemecah-belah orang Melayu? Aku hendak kata Mahathir ini nyanyuk, mungkin agak terlampau tapi rasanya itulah hakikatnya...agaknya!


Aku hendak tanya dari segi akalnya logiknya, kalau Anwar tidak dibuang dari UMNO dahulu apakah Anwar hari ini menjadi Ketua UMUM Keadilan yang benar-benar menggugat UMNO sekarang ini? Aku rasa Anwar hari ini masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sebab waktu itu Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Seluruh dunia tahu Anwar bukan cabut lari dari UMNO sebaliknya dia disingkir atas satu isu yang dibicarakan secara tidak amanah, tidak berintegriti malah berbentuk fitnah kerana tiada hujah syarie dan bukti undang-undang pun. Rasuah yang tidak ada penggunaan wang walau sesenpun atau apa-apa barang!!! Hakikatnya seluruh dunia mentertawakan kes konspirasi liwat pertama dahulu sebagai mengarut yang teramat sangat! Begitu juga yang berlaku kepada kes liwat 2 kini!


Anwar yang ramai penyokong dalam UMNO waktu itu bukan membawa bersama penyokong-penyokong beliau ketika dipecat dan dipenjarakan tetapi penyokong-penyokong Anwar yang dari kalangan orang Melayu bersama ikut perjuangan reformasi Anwar. Mahathir dah tahu Anwar ramai penyokong dalam dan luar UMNO, kenapa pecat Anwar? Kalau kerana alasan moral, Mahathir dan para pemimpin UMNO perlu sentiasa cermin diri. Mahathir terlalu sucikah sepanjang menjadi UMNO?


Anwar jelas dipecat kerana perebutan kuasa yang membuktikan bahawa Mahathir sendiri menjadi arkitek yang memecah-belahkan orang-orang Melayu!


Iyekah Mahathir?


Paling besar jasa pecah belah yang Mahathir lakukan ialah ”melenyapkan” parti UMNO yang original 100% parti orang Melayu pada waktu itu kerana berebut kuasa dengan Tengku Razaleigh. Demi merebut kuasa dalam kalangan orang-orang Melayu dalam UMNO, Mahathir tubuhkan apa yang dipanggil UMNO Baru. Serupa tapi tak sama. Dalam UMNO Baru ada bumiputra bukan Melayu sahaja!


Pecah belah Melayu kedua hasil usaha Mahathir adalah memecat Anwar Ibrahim, sekali lagi kerana berebut kuasa dalam kalangan Melayu dalam UMNO. Ketika itu Melayu dalam UMNO berpecah teruk. Sebahagian besar Melayu UMNO bersama Anwar bersatu dengan Melayu dan rakyat Malaysia pelbagai kaum di luar UMNO. Pecah belah dalam UMNO, bersatu dalam kelompok lebih besar di luar UMNO melalui jasa penyatuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadhil Nor.


Pecah belah yang juga dilakukan oleh Mahathir adalah pengkhianatannya kepada negeri-negeri majoriti orang-orang Melayu iaitu Trengganu. Mahathir dengan secara khianat menukar royalti minyak yang sah mengikut perjanjian dan undang-undang menjadi wang ihsan yang tidak sah dan tidak halal dari segi undang-undang dan hukum agama. Wang ihsan katanya banyak disapu oleh kroni sedangkan majoriti rakyat berpendapatan rendah dan miskin hanya mendapat yang bertaraf ’tukang ikan’ sahaja!


Begitulah Mahathir, ketuk dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih! .


Jadi munasabahnya, jika ada kepala yang wajar diketuk demi menyatukan bangsa Melayu yang dikatakan berpecah itu maka kepala Mahathirlah yang patut ’diketuk’ bukan kepala Nik Aziz dan Anwar Ibrahim!


Jom kita ’ketuk’ kepala Mahathir ramai-ramai!

Thursday, February 03, 2011

Percayalah Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kuasai Putrajaya melalui PRU ke 13 nanti

SELAGI.......SELAGI:

  1. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) seperti yang ada sekarang ini masih menjadi pengadil yang berat sebelah perlawanan antara UMNO/BN dengan Pakatan Rakyat.

  1. SPR bertindak-tanduk ’mengikat’ kaki dan tangan Pakatan Rakyat dengan pelbagai peraturan pilihanraya yang tidak konsisten untuk ’dibelasah’ oleh UMNO/BN.

  1. SPR masih memekakkan telinga dan terus-terusan menafikan kononnya tidak wujud ’pengundi hantu’ yang realitinya memang wujud.

  1. SPR enggan atau acuh tak acuh dalam menyemak dan membersihkan daftar pemilih daripada ’pengundi-pengundi hantu’

  1. SPR tergamak ’memanipulasi’ daftar pemilih pilihanraya untuk kepentingan UMNO/BN

  1. SPR ’berperangai’ bagaikan salah sebuah parti dalam komponen BN

  1. SPR tidak menjamin hak dan kerahsiaan pengundi-pengundi Pos dan petugas-petugas Pakatan Rakyat tidak dibenar pantau ’secara telus’ undi Pos.

  1. SPR dan PDRM membenarkan, konon bas-bas ’pelancong’ yang entah dari mana datang, menyibuk pada hari pengundian. Hari mengundi baru nak datang melancong. Bangang punya ’pelancong’!

  1. SPR dan PDRM membenarkan konon bas-bas ’petugas BN’ datang bertugas pada hari pilihanraya. Hari pilihanraya tugas apa lagi? Berkempen pun sudah tak boleh!

  1. PDRM tidak berintegriti dalam menerima laporan polis aduan ”bas-bas pelancong atau petugas UMNO/BN” yang dibuat oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat pada hari pilihanraya dan tidak menyiasat secara ikhlas dan berintegriti.

  1. Ada pihak yang berani mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu kepada pengundi-pengundi hantu? Isu ini sangat membahayakan keselamatan negara.

  1. SPR tidak menerima cadangan penggunaan dakwat semasa mengundi.

  1. SPR dan PDRM ‘tak pasal-pasal’ menjadi halangan tegar pejalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya akibat terlalu mengikut telunjuk UMNO/BN.

Hakikatnya, UMNO/BN bukan lagi halangan besar kepada Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya secara demokratik tetapi dua agensi itu! Biasanya kemenangan pertama sukar untuk mendapat dua pertiga majoriti mungkin sekadar majoriti mudah dan setiap kemenangan calon-calon mungkin hanya dengan majoriti yang rendah. Situasi ini amat mudah dimanipulasi sebelum keputusan pilihanraya diumumkan jika ada pihak yang hilang amanah dan integriti. Di sinilah Pakatan Rakyat akan dikecundangkankan!

Kalau yang bernama Mahathir itu tak sedar-sedar juga.....tak tahulah !

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir


Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.


Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Wednesday, February 02, 2011

Apa yang berlaku di Mesir adalah kerana.....



  1. Seorang pemuda di Tunisia yang sedang mencari rezeki halal setelah puas mencari kerja dianiayai lalu mambakar diri. Rupanya ramai pemuda-pemuda teraniaya di Mesir!

  1. Harga barangan keperluan harian dan makanan sentiasa naik.

  1. Semakin ramai pemuda-pemuda lulusan Universiti tiada pekerjaan – ribuan menganggur

  1. Pemuda dan dewasa ramai yang terpaksa berhutang dan menanggung beban hutang sedangkan kerja entah apa-apa.

  1. Para pemimpin hanya pandai bercakap di ibukota dan luar negara dan semasa pilihanraya tetapi tidak pedulikan masalah rakyat di kampung-kampung kerana selagi tidak berdemonstrasi, rakyat tetap dan masih bodoh!. Ini pemimpin tahu sangat!

  1. Para pemimpin hidup mewah terutama anak-anak dan isteri sedangkan rakyat hidup di bawah tekanan kesusahan dan melarat.

  1. Para pemimpin setiap hari menipu rakyat dengan projek-projek yang konon untuk kepentingan rakyat (yang sebenarnya untuk kroni, isteri dan anak beranak) melalui media yang dikuasai.

  1. Para pemimpin membawa wang keluar buat menyimpan harta di luar negara. Beli rumah bertingkat-tingkat dan berekar-ekar di London.

  1. Para pemimpin asyik menikmati tarian gelek dan suka sentuh punggung (macam yang pernah berlaku di KL) ! Sentuh punggung sahaja?

  1. Negara mempunyai akta tangkap tanpa bicara dan macam-macam akta menyekat rakyat bersuara. Pantau, sekat dan tutup internet, telefon, FB dan macam-macam! Tentang, tangkap! Dedah penyelewengan, tangkap! Berkata benar, tangkap! Tanpa bicara! Rakyat memendam rasa, berbuku di dada...hah akhirnya....yeah!!!

  1. Suruhanjaya pilihanraya penipu sambil menjadi hantu raya kepada ketua negara.

  1. Pilihanraya tipu dengan undi hantu, pos dan peratusan keluar mengundi yang melimpah ruah walau apapun cuaca! 99% konon sokong pemerintah!

  1. Semasa pilihanraya berbagai peraturan digubal. Kepada pembangkang, peraturan berubah-ubah, kejap boleh, kejap tak boleh. Dulu ada undang-undang boleh lanjut, sekarang tak ada undang-undang boleh lanjut! Dulu boleh pasang bendera atas kenderaan, sekarang tak boleh!

  1. Pasukan Polis asyik tangkap sana tangkap sini ikut telunjuk ketua negara.

  1. Media massa arus perdana radio, TV dan akhbar-akhbar utama menjadi alat menipu dan memperbodohkan rakyat setiap masa.

  1. Pejuang-pejuang dan pendakwah Islam sering dituduh pengganas dan militan lalu diganasi.

  1. Menganiayai Parti Islam SeMesir – Ihkwan Muslimin.

  1. Rasuah, makan komisyen dan skandal betina melata bagaikan bersarapan pagi.

  1. Negara menjadi hak mak bapak para pemimpin. Ikut suka hati nak buat apa pun.

  1. Kerana ada First Lady yang bukan sebenar-benarnya First Lady atau First Lady yang tak sedar diri - suka shopping !

  1. Akhirnya...hah engkau!!! Saksikanlah sendiri! Mesir...Mesir!!!

Kepada pemerintah yang berada di atas muka bumi, baik yang sebelah sana, Timur Tengah mahupun yang sebelah sini Asia Tenggara, jadikanlah semua ini sebagai pengajaran. Cukuplah buat fitnah dan menzalimi orang dan rakyat! Jika tidak sedar juga, apa yang menimpa pemerintahan Husni Mubarak akan menimpa kamu pula. Bila? Bila rakyat terus ditekan dan tidak takut mati lagi! Iyyea!!!

Pilihanraya: Politik Melayu luar bandar bukan politik isu tapi politik kebajikan

Kesimpulan yang mungkin boleh dibuat dari PRK DUN Bagan Pinang, Galas dan Tenang yang merupakan kubu kuat UMNO ialah puak-puak pengundi di dun-dun seumpama itu tidak makan politik isu. Mereka lebih fokus kepada politik kebajikan.

Terjadilah apa yang hendak terjadi di bawah pemerintahan UMNO/BN, pengundi-pengundi di kubu-kubu UMNO, di kawasan-kawasan peneroka dan pengundi-pengundi kampung tradisi, tidak ambil kisah.


PTPTN ganti biasiswa, harga barang naik, harga minyak naik, harga ikan naik, harga sayur naik dan sebagainya bukan menjadi fokus kepada mereka walaupun hakikatnya mereka terhimpit miskin kerana isu-isu itu. Apatah lagi isu-isu integriti, keadilan mahkamah, tol , Beng Hock, Kugan, Aminurashid dan lain-lain isu nasional, lagilah mereka tak mahu tahu. Kalau diberitahupun mereka tidak faham apakah kena mengenanya dengan kehidupan mereka! Nak buat macam mana kerana itulah standard mentaliti mereka.


Namun tidak juga boleh salahkan mereka kerana mereka hanya mengadap alat propaganda UMNO/BN seperti siaran radio dan TV setiap masa. Yang mereka baca pula seumpama ’kitab harian’ mereka di rumah dan di kedai-kedai kopi ialah Utusan dan Berita Harian! Kawasan dan kampung mereka mana ada liputan internet! Broadband Celcom, Maxis, Wifi, Streamix dan lain-lain. Tak ada masa untuk mereka caknakan itu semua! Bagi mereka, buat menambah bil bulanan sahaja!


Bagi puak-puak ini, pilihanraya kecil adalah rezeki, durian runtuh! Dari memikirkan masalah orang yang entah siapa-siapa, lebih baik mereka memikirkan apakah yang akan mereka dapat. Tak kiralah RM200 ke, 2000 ke, setahun sekali ke, kena beli ke, kena jual ke, mereka tak ada hal punya, yang penting bantuan....bantuannn!! Dengar sahaja dapat bantuan bergetar jantung hati! Mereka sebenarnya miskin segalanya, kebendaan atau minda celik!


Datang pula si PAS dan PR sebut pasal masalah...leceh bagi mereka. Masalah mereka tak tertanggung, nak fikirkan masalah lagi...masalah politik pula tu! Bagi sebahagian besar orang-orang kampung, isu politik bermakna mengata kepada orang. Waktu itu, mereka baik ke, jahat ke, mereka tetap konon tak suka orang datang ke tempat mereka mengata kepada orang lain!


Itulah antara masalah yang dihadapi oleh PAS dan Pakatan Rakyat di kampung-kampung tradisi., kawasan tanah rancangan dan di kubu-kubu UMNO. Mereka diajar, bantuan kerajaan adalah bantuan UMNO dan UMNO adalah segala-galanya.


Minda pengundi yang lebih selesa dengan bantuan kerajaan daripada masalah-masalah dan isu-isu politik perlu dipecahkan. Mereka perlu disedarkan. Tugas ini sangat berat sebenarnya!


Lagilah bermasalah bagi PAS dan Pakatan Rakyat, kerana para YB dan pemimpin UMNO mesra dengan penduduk tempatan walaupun mereka berjumpa setahun sekali atau jarang amat YB melawat kampung. Sekali balik kampung, dalam masjid, di kedai kopi, peluk sana peluk sini.


Lagi mereka suka dan bangga apabila YB dan para pemimpin UMNO menepuk bahu apabila bersua di mana-mana! Ada skandal ke, pegang buntut ke, ada isu rasuah ke, lelong tanah ke YB itu, tak ada masalah....itu bukan hal besar punya. "Biasalah YB tu manusia bukan malaikat, kalau orang PAS jadi YB begitu juga!" Itu hujah biasa mereka!


Kesimpulannya, PAS dan Pakatan Rakyat, antara membentangkan isu politik kepada mereka atau memberi kebajikan semasa pilihanraya kepada mereka! Kalau UMNO bagi sekampit beras, PR bagi 2 kampit! Begitulah seterusnya....lawan! Mampukah? Atau SPR akan kata yang PAS dan PR beri adalah rasuah...rasuah pilihanrayee!!! Atau PAS dan PR dengan penuh integriti terus mentarbiyyah mereka walaupun kemungkinan terpaksa tewas.


Kita lihat bagaimana pula Melayu di DUN Merlimau Melaka nanti yang katanya satu lagi kubu UMNO!

Tuesday, February 01, 2011

Siasat keruntuhan pembinaan kerja membazir jika tidak dijadikan panduan

Menyentuh kejadian siling di lobi utama Hospital Serdang yang runtuh secara tiba-tiba Sabtu lalu adalah antara gambaran kefakiran integriti dan amanah yang parah dalam negara di bawah pimpinan UMNO/BN sekarang ini.


Apa yang tidak kedengaran runtuh di Malaysia sejak zaman pemerintahan rejim Mahathir hingga kini? Tanah runtuh, jalan runtuh, bangunan runtuh, Kondo Highland Tower runtuh, sekolah runtuh, stadium runtuh dan hospital pun runtuh. Itu belum lagi meninjau keretakan pembinaan yang agaknya juga menunggu masa untuk runtuh. Sebenarnya banyak bangunan yang baru dibina yang retak dan air yang entah dari mana menyerap dalam dinding dan lantai!


Kenapa retak dan runtuh ini terlalu kerap berlaku di Malaysia sejak zaman Mahathir Hasmah dahulu hingga ke zaman Najib Rosmah hari ini?


Tidak ada lain, punca dan sebabnya melainkan tiada integriti dan amanah yang mengakibatkan jenayah rasuah yang berlaku bagaikan sarapan pagi. Terus terang masalah ’makan’ komisyen dalam kerja-kerja pembinaan dan pemberian tender adalah isu yang paling celaka di negara ini.


Selagi tidak dikembalikan integriti dan amanah, selagi itulah kita akan kedengaran terus-terusan bangunan atau pembinaan runtuh. Yang paling menyedihkan belum tamat tempoh jaminan telahpun runtuh. Seolah-olah projek diberi kepada orang-orang bodoh dan orang-orang paling bangang yang tidak tahu buat kerja dan tiada kemahiran, untuk dilaksanakan!


Nampaknya kerja kerajaan UMNO/BN kini dalam soal ini ialah bina cincai-cincai, selepas itu tunggu keruntuhan kemudian tubuh jawatankuasa siasatan. Siasatlah macam pak pandir! Runtuh lagi, siasat lagi! Keputusan siasatan tetap tidak dijadikan pengajaran dan panduan.


Kerja yang tidak amanah, tidak kreatif dan tidak berinovasi yang bagaikan menyapu sampai ke bawah karpet!


Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN dalam menghadapi isu keruntuhan pembinaan ini ialah kembalikan integriti dan amanah! Kembalikan pemberian tender secara terbuka dan telus. Maka itu hapuskan perangai makan komisyen haramjadah! Hapuskan makan rasuah projek! Hapuskan penganugerahan tender secara terus kepada kroni dan anak beranak serta isteri. Ini semua adalah ’anak-anai’ yang bakal meruntuhkan sesuatu pembinaan.


Kerajaan UMNO/BN bukan sahaja patut tubuhkan Jawatankuasa siasat punca keruntuhan apabila berlaku, tetapi tubuhkan juga Jawatankuasa untuk siasat atasi masalah keretakan yang begitu banyak di bangunan-bangunan baru asrama dan apa sahaja bangunan seperti bangunan kediaman, tentera, PDRM, jururawat, pelajar universiti dan asrama pelajar-pelajar sekolah yang mungkin retak menunggu runtuh. Jangan sampai ada yang sedang nyenyak tidur di asrama-asrama sekolah terutamanya terkorban kerana keruntuhan yang tidak sepatutnya!


Jika ini tidak dilakukan, masalah keruntuhan pasti akan terus berlaku kepada pembinaan-pembinaan baru sedangkan bangunan-bangunan lama masih tegak kukuh berdiri!


Isunya mampukah kerajaan UMNO/BN yang ada hari ini mennyelesaikan masalah integriti, amanah, anugerah tender kepada kroni, makan komisyen dan rasuah yang banyak berlaku hari ini?


Entahlah... macam bercakap kepada monyet yang sedang memegang bunga!!


Petikan berita:

Pasukan Penyiasat Ditubuh Siasat Kejadian Siling Hospital Runtuh

SERDANG: Satu pasukan penyiasat yang dianggotai pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ditubuhkan bagi melakukan siasatan terhadap kejadian siling di lobi utama Hospital Serdang runtuh secara tiba-tiba Sabtu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, siasatan yang dibuat akan melihat sama ada runtuhan yang berlaku itu disebabkan oleh masalah struktur atau reka bentuk.

Beliau telah meminta JKR untuk mempercepatkan siasatan tersebut dalam tempoh seminggu, katanya kepada pemberita semasa melawat tempat kejadian di hospital tersebut, Isnin.

"Saya tidak boleh membuat apa-apa spekulasi sekarang ini, sama ada ia berpunca daripada masalah struktur, reka bentuk atau dari aspek penjagaan.

"Siasatan awal memerlukan siasatan forensik. Ia tidak boleh sekadar pemeriksaan struktur, ia perlu lebih daripada itu. Siasatan awal adalah berdasarkan laporan struktur semata-mata. Kita dapati ia tidak mencukupi," katanya.

Siling berukuran 10 meter runtuh di bahagian lobi utama hospital tersebut pada tengah malam Sabtu lalu dan hampir mengenai ahli dua keluarga yang sedang duduk di lokasi tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati selain struktur siling yang berkarat yang dikatakan turut menjadi punca kepada runtuhan tersebut, terdapat juga kesanretak pada bahagian itu.

Liow berkata, pemasangan siling itu masih dalam jaminan iaitu jaminan reka bentuk.

Katanya, insiden berkenaan tidak akan menjejaskan orang ramai untuk mendapat perkhidmatan di hospital berkenaan kerana semua perkhidmatan akan berjalan seperti biasa.

Beliau berkata, pihak hospital telah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan pekerja dan orang ramai termasuk mengepung laluan ke lobi utama danmembuka laluan alternatif untuk masuk ke hospital.

Liow juga berkata, tiga Klinik Desa di Tenang, Labis telah dinaiki air manakala lima lagi di Segamat terputus hubungan berikutan dilanda banjir.

Namun Hospital Segamat tidak terjejas berikutan banjir yang sedang melanda Johor, katanya. - BERNAMA

Monday, January 31, 2011

Alah RON 97 bukan RON 95!

Demikianlah politik sebahagian besar orang Melayu di luar bandar dan tanah rancangan, politik tidak kisah! Apapun yang kerajaan UMNO/BN lakukan mereka hanya merungut di belakang. Di hadapan pemimpin UMNO, mereka tunduk sopan walaupun dalam kenaikan harga barang dan minyak yang kian mencengkam kehidupan.

Katanya minyak RON 97 akan naik lagi menjelang malam ini sebanyak 0.10 sen. Kemenangan di Tenang menguatkan langkah UMNO untuk terus tidak mengindahkan kehidupan rakyat. Alah RON 97 bukan RON 95! Begitulah minda Melayu ayam daging!

Rakyat marhaen hanya guna minyak yang boleh membakar apabila kemalangan, minyak yang meraung-kesatkan injin kereta. Bagi rakyat yang tolol, tidak kisahlah....kerana UMNO adalah 'raja'.

Dari kisah Tenang: Apakah PAS masih jauh dari kemenangan?

PRK Dun Tenang telah tamat. Orang-orang Tenang telah dapat wakil rakyat baru YB Azhar yang pernah melelong tanah tanpa restu tuan tanah. Tak kiralah lelong tanah atau apapun kerana itulah standard yang orang-orang Tenang mahukan. Kita akur dengan keputusan orang-orang Melayu Tenang dengan standard yang mereka pilih sebagai penentu nasib mereka.

Bagi pejuang PAS dan aktivis Pakatan Rakyat kekalahan tidak pernah mengecewakan. Mereka yang menyertai Pakatan Rakyat terutama PAS telah pun sedar bahawa jika tidak mahu dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai. Justru itu masing-masing telah memainkan peranan dan cara mengikut kemampuan masing-masing.


Bagi PAS usaha memecah dan mengocak minda orang-orang Melayu luar bandar seperti di tanah-tanah rancangan Felda dan kampung-kampung tradisi di kubu-kubu UMNO mesti diteruskan. Mengubah minda mereka bukan menghasut seperti didakwa oleh UMNO/BN tetapi ia lebih bermakna menolong mereka untuk melihat masa depan mereka dengan lebih adil dan telus tanpa dimanipulasi, dibuli untuk kepentingan kuasa rakus UMNO/BN.


Bila berdepan dengan kubu kuat UMNO, para pemimpin PAS perlu menyedari bahawa aktivis bawahan PAS di cawangan-cawangan sebenarnya bukan aktivis parti yang sebenar. Kebanyakan aktivis yang menjaga cawangan begitu sukar untuk bersaing dengan cawangan-cawangan UMNO kerana ramai mereka antaranya adalah kakitangan kerajaan.


Aktivis dari kalangan kakitangan kerajaan ini tidak mampu untuk bergiat secara terus terang kerana pelbagai ancaman yang bakal diterima dari pelbagai pihak yang bersekongkol dengan UMNO/BN. Oleh yang demikian mereka hanya mampu berada di belakang tabir untuk bertindak dan membantu sekadarnya. Cukupkah hanya sekadar berkerja di belakang tabir memanjang?


Apabila mereka ter-ke-hadapan secara optimum, ancaman dan ugutan terutama ancaman tukar, tekanan prestasi dan pelbagai masalah sering diterima. Para pemimpin PAS perlu menyedari tidak semua aktivis bawahan PAS mampu menjadi seperti Mat Sabu, Mahfuz, Tian Chua yang sanggup dicampak dan dihumban ke mana dan bagaimana sahaja oleh ugutan dan sebagainya. Mereka tidak mampu menghadapi segala kesusahan dan ancaman itu sebagaimana Mat Sabu menghadapinya.


Tidak ramai yang berani meletak jawatan seperti cikgu Mala kerana perjuangan. Tabik untuk cikgu Mala! Namun mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan parti tetapi mereka berhadapan pelbagai halangan untuk bergerak secara maksimum di cawangan masing-masing. Implikasi dari ini banyak cawangan-cawangan PAS yang begerak sekadarnya sahaja bukan ditahap maksima. Begitu ramai ahli-ahli parti di kubu-kubu UMNO yang takut datang ke program parti dan program markaz.


Aktivis kedua PAS di cawangan-cawangan ialah terdiri dari orang-orang kampung biasa dan peneroka. Mereka ini biasanya bukan datang dari golongan terpelajar tetapi mempunyai fikrah parti yang kuat. Dari segi pentadbiran dan kepimpinan dalam parti mereka bukanlah sangat sehebat Mahfuz dan Salehuddin Ayub atau Tuan Ibrahim Tuan Man. Sekali lagi parti tidak mampu digerakkan secara maksimum di cawangan-cawangan untuk bersaing dengan UMNO yang sering dibantu dengan sumber kewangan kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan dan peruntukan YB mereka.


Sebab itu tidak pelik jika sekiranya dapatan dari kajian lapangan ILHAM antaranya menyatakan bahawa isu-isu peribadi yang melingkari calon tidak menarik minat pengundi sebaliknya populariti parti. Di Johor, UMNO terlalu popular berbanding PAS malah tidak terkejut jika masih terdapat orang-orang Melayu Johor masih pelik atau takut-takut melihat PAS!


Dengan sebab itu para pemimpin PAS perlu memikirkan hal ini. Sebenarnya dengan aktivis yang lemah menguruskan dan menjayakan cawangan-cawangan PAS di tanah-tanah rancangan dan di kampung-kampung adalah terlalu sukar dan payah, tidak semudah bercakap, mengarah dan memberi pandangan.


Untuk mengatasi masalah yang dinyatakan diatas, para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat perlu mewujudkan gelombang kebangkitan dan perubahan setiap masa. Dengan gelombang perubahan yang kuat masyarakat akan lebih mudah menerima PAS mahupun PKR di kawasan-kawasan luar bandar sebagai alternatif kepada UMNO kerana bentuk penerimaan secara massa akan mengurangkan tekanan dari kerajaan UMNO/BN.


Yang kedua, para pemimpin PAS dan PR perlu terus menubuhkan NGO-NGO mengikut isu untuk bergerak di kawasan-kawasan luar bandar seperti mana yang dilakukan oleh ANAK di tanah-tanah rancangan dan SAMM di kalangan anak-anak muda. Melalui pergerakan NGO-NGO ini, masyarakat Melayu luar bandar yang tidak suka kritikan politik keras kepada UMNO parti totok mereka, akan lebih mudah menerima pandangan yang bertentangan dengan UMNO/BN. Ini mampu membuka ruang perbahan minda rakyat luar bandar. NGO-NGO yang ditubuhkan perlu membuka keahlian kepada lebih ramai aktivis parti atau pendokong Pakatan Rakyat tempatan atau rakyat tempatan.


Yang ketiga Unit Amal PAS perlu diperkasakan oleh parti sehingga bertaraf sebuah agensi bantuan kecemasan dan kebajikan yang popular di kalangan rakyat.


Perkara yang keempat, PAS perlu perhebatkan ceramah-ceramah isu-isu semasa yang disampaikan oleh para pemimpin parti yang terkenal sebagai medium penyebaran maklumat kepada rakyat setempat di kawasan-kawasan kubu UMNO. Walaupun mungkin di peringkat awal tidak ramai orang tempatan yang hadir mendengar ceramah tetapi adalah diyakini lama kelamaan mereka akan berminat dan berjinak-jinak dengan ceramah apabila mereka ada masalah dengan para pemimpin UMNO tempatan.


Para pemimpin PAS harus lebih kerap turun padang ke kewasan-kawasan kubu UMNO seperti ke lokasi orang ramai, pasar minggu, pasar malam, masjid-masjid untuk bersolat fardhu atau Jumaat bukan sekadar untuk bertemu aktivis-aktivis parti di markaz.


Yang kelima, apabila para pemimpin PAS datang ke kawasan-kawasan kubu UMNO perlulah bersikap cakna dan mesra penduduk dengan bertegur sapa jika berjumpa dengan penduduk tempatan. Dengan cara ini para pemimpin PAS akan dapat membantu aktivis-aktivis cawangan yang ’tertekan’ dan lemah di kubu-kubu UMNO.


Contohnya di Tenang apakah para pemimpin PAS Pusat dan negeri akan biarkan Tenang itu dengan cikgu Mala seorang? Cikgu Mala harus terus ’dibimbing dan dipimpin’ oleh kepimpinan untuk membentuk gelombang fahaman PAS yang berkesan di Tenang. Jika tidak kita hanya membazirkan seorang yang berbakat dan berkemapuan di Tenang sendirian.


Sesungguhnya belum mudah untuk PAS merubah minda bangsa Melayu di FELDA dan kawasan-kawasan luar bandar untuk menerima Islam yang PAS perjuangkan selagi cawangan-cawangan PAS didokong oleh hanya aktivis belakang tabir dan berada dalam keadaan lemah dan tidak dibantu!


6699 orang masih terperangkap di Tenang!

Keputusan PRK Dun Tenang telahpun diketahui umum. Dalam keadaan tanah yang becak dan penuh berair, gelanggang pula senget sebelah, maka kita telah pun dapat mengetahui bahawa seramai 6699 orang masih terperangkap di Tenang!

Kesian mereka kerana masih terangkap dalam jerat pemandiran minda UMNO/BN yang ditiupkan oleh pemimpin UMNO/BN ke minda mereka hingga mereka gagal memilih antara tunggul kayu dan orang, antaranya:


1. UMNO adalah parti yang memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu (sedangkan terbukti di sana-sini, banyak hak-hak orang melayu tergadai semenjak UMNO berkuasa.)


2. Harga barang naik kerana masalah inflasi dunia bukan kerana kerajaan UMNO/BN membiarkannya naik (sedangkan kerajaan UMNO/BN lemah, tidak ikhlas dan tidak kreatif dalam mengawal kenaikan harga barang-tiada pelan/mekanisma kawalan harga barang)


3. Subsidi untuk rakyat ditarik balik untuk menanam sikap patriotic di kalangan rakyat dan untuk menyelamatkan negara dari bankrap. (Sedangkan subsidi berbillion untuk cukong dan kroni terus ditanggung kerajaan UMNO, tidak akan membangkrapkan negara kerana itu semua untuk mengisi tembolok para pemimpin UMNO yang berkuasa dan ke sana kemari konon menarik pelabur)


4. Harga minyak naik, rakyat mesti bersyukur dan terima hakikat kerana harga minyak di Singapura dan Thailand lagi mahal dari harga di Malaysia!(Sedangkan Singapura dan Thailand bukan pengeluar minyak seperti Malaysia).


5. Harga sayur naik maka semua rakyat hendaklah tanam sayur. Kalau harga kangkung naik, rakyat tanam kangkung. Kalau harga sawi naik, semua rakyat kena tanam sawi…rakyat jangan jangan terpengaruh dengan hasutan PAS (Rakyat sering disuap alasan dan kenyataan yang bodoh oleh menteri yang main-main lagi bodoh )


6. Barang-barang makan mahal, semua rakyat mesti kurangkan makan. Lagipun kurang makan bagus untuk kesihatan. Biarlah lapar sedikit! (Sedangkan para pemimpin UMNO/BN terutama isteri Perdana Menteri dan menteri sahaja yang makan sedap-sedap di hotel-hotel dan berjalan ke sana ke mari…ke luar negara lagi?. Itu pun PM dan isteri bukan guna duit sendiri, tujuan untuk berjimat duit sendiri! Hanya guna peruntukan kerajaan yang termaktub sahaja...tak apa dibolehkan!)


7. Harga gula naik, kurangkan makan gula untuk mengelak kena kencing manis!(Sedangkan bukan gula sahaja penyebab kencing manis-6699 orang di Tenang angguk- ooo...takut kena kencing manis! Macam rakyat bodoh sangat jaga kesihatan sendiri, sedangkan yang ramai mati Wakil Rakyat!)


8. PTPTN untuk para pelajar adalah sama dengan biasiswa. Cuma dulu dipanggil biasiswa, sekarang PTPTN. (Alahai anak muda Melayu jangan jadi manja...berhutang sikit merungut...! Para pemimpin UMNO dulu dapat biasiswa kerana mak ayah memang benar-benar susah, tak ada sawit!!! Anak-anak muda sekarang mak ayah semua kaya-kaya belaka sebab harga getah dan sawit naik!)


9. Bangsa Melayu semakin maju dalam segala bidang kerana UMNO ( termasuk bidang melahirkan anak-anak tidak berbapa, merempit dan menghisap dadah)


10.Ramai orang-orang Melayu semakin kaya kerana jasa-jasa UMNO. Rakyat harus bangga dengan pencapaian ini.(Sedangkan yang sebenarnya kaya raya hanya golongan cukong dan UMNOPUTRA yang sombong dengan rakyat sambil memandu motor besar dan kereta mewah cermin gelap!)


Program pemandiran rakyat (menjadikan rakyat pak pandir) ini akan terus didendangkan. Maka selagi ada rakyat yang berkata "walaupun botol menjadi calon UMNO, aku akan tetap pangkah UMNO!" selagi itulah Melayu akan terus mundur dalam penguasaan ekonomi negara sebaliknya akan menjadi 'ayam daging'!

Sunday, January 30, 2011

PRK Dun Tenang: Sebentar lagi akan tahu jumlah yang terus terjerat dalam perangkap 'pemandiran' minda UMNO/BN.

PRK Dun Tenang telahpun selesai. Kini hanya keputusan PRK itu yang dinanti sama ada Cikgu Mala (PAS) atau ADO tukang lelong tanah(BN). Apapun keputusan, jentera PAS dan Pakatan Rakyat akan bergerak berjuang dan menggempur DUN Merlimau Melaka pula.

Sebaik keputusan PRK Dun Tenang diumumkan, kita akan maklum berapa ramaikah yang masih terjerat dalam jerangkap pemandiran (pak pandir) minda UMNO/BN. Akan terus berkurangan atau semakin bertambah.

Kalau kurang, maknanya UMNO/BN kian terancam di Johor. Kalau bertambah, maknanya puak-puak FELDA dan kampung-kampung Melayu terus menggadai maruah untuk dipandirkan entah sampai bila. Namun PAS dan PR Johor wajar terus mengatur perancangan untuk menyelamatkan puak-puak yang terperangkap itu agar tidak terperangkap lagi dalam PRU 13 nanti.

Dalam sibuk orang berkempen di DUN Tenang, Ali Rustam telah mula berkempen di Merlimau. Memang puak-puak UMNO/BN begitu. Kalau tidak mengelat bukan mereka. Kalau tidak membuli bukan mereka dan kalau tidak menipu bukan mereka. Begitu juga dengan kuncu-kuncu mereka yang semua orang tahu siapa.

Walau apapun Pakatan Rakyat akan terus lawan mereka demi masa depan rakyat.

Kepada mangsa banjir di Tenang, semoga anda semua bersabar dengan dugaan Ilahi yang sedang melanda. Jaga keselamatan dan kesihatan diri terutama anak-anak di musim banjir ini. Yang masih terjerat dengan ideologi UMNO/BN adalah segala-galanya, ambil kesempatan musibah banjir itu sebagai pengajaran yang terbaik bahawa Allah-lah segala-galanya.