Followers

Saturday, January 29, 2011

Nota panjang untuk pengundi-pengundi DUN Tenang

Memang pada waktu ini harga kelapa sawit dan getah agak tinggi. Peneroka memang gembira dengan keadaan itu. Kita pun gembira malah semuanya gembira. Tetapi peneroka juga jangan terlalu gembira dengan kenaikan harga kedua-duanya lantas terus berterima kasih kepada UMNO/BN. Konon itu semua adalah kerana jasa UMNO/BN.

Hakikatnya siapa jua yang menjadi kerajaan pada waktu ini, harga kelapa sawit dan getah akan begitu juga, ada naik dan ada turun. Kebetulan waktu ini UMNO/BN lah yang diamanahkan menjaga kerajaan!


Peneroka dan masyarakat Melayu juga perlu memikirkan wang yang dibelanjakan. Berbaloikah dalam keadaan harga sawit dan getah meningkat yang memberi harapan untuk menyimpan, barang-barang keperluan makan, kos rawatan, kos tambang pengangkutan awam, kos pendidikan anak-anak dan harga minyak pula yang meningkat. Wang peruntukan untuk simpanan terhakis teruk!


Begitu juga dengan bil yang sentiasa meningkat. Adakalanya juga cara membaca meter elektrik TEN dan air pun main bubuh sahaja. Kadang-kadang terkejut juga apabila menerima bil elektrik dan air. Dua bulan tak sampai bil, tiba-tiba bila sampai, bil melambung tinggi! Ini juga berlaku di kawasan FELDA dan di kampung-kampung tradisional termasuklah di Tenang. Yang menjadi mangsa, peneroka dan orang-orang kampung yang tidak pandai memprotes. Terima sahaja sambil merungut.


Mengapa semua itu terjadi? Tiada lagi keihklasan berkhidmat dan integriti dari kerajaan UMNO/BN kepada kita orang kampung! Itulah jawaannya.


Lihatlah betapa mudah tanah orang kampung di Segamat dilelong tanpa pengetahuan tuan tanah. Memang leceh kalau berurusan dengan penjabat tanah. Orang kampung dilayan dengan tidak, sama banyak! Kenapa jadi begitu? Kerana kerajaan UMNO/BN mengajar dan membiarkan begitu!


Dengan sebab itu wajar sekali apabila datang pilihanraya kecil dan PRU, orang-orang kampung dan peneroka membuka minda memberi sedikit pengajaran kepada kealpaan dan keagoan kerajaan UMNO/BN dengan cara memangkah pembangkang agar mereka (kerajaan UMNO/BN) memperbaiki sistem perkhidmatan mereka dan lebih cakna rakyat bukan cakna koperat dan keparat!


Antara kegagalan kerajaan UMNO/BN yang juga membabitkan kawasan kampung dan FELDA serta di mana-mana ialah jumlah 257,000 sijil kelahiran dari 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa. Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada 2007 kepada 16,541 dalam 2008 dan 17,303 pada 2009.


Tiada usaha yang menepati kehendak ajaran Islam yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN untuk mengatasi semua gejala sosial itu melainkan penyelesaian mudah cara sekular, membuka sekolah hamil di Melaka. Mahukah lagi kita mengundi memenangkan sebuah kerajaan yang mengabaikan akhlak anak bangsa kita?


Di samping isu-isi tempatan yang membelit kehidupan seharian, isu-isu peringkat nasional juga perlu difikirkan oleh para pengundi sebelum mahu memangkah parti UMNO/BN yang hanya pandai berjanji tetapi sering mungkir janji sebaik mendapat kuasa:


1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman. Menjadikan pemuda-pemuda Melayu sebagai penghutang yang teramai dalam negara?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?


Demikian antara kegagalan UMNO/BN dalam menjaga hak rakyat khususnya orang-orang Melayu. Itu belum termasuk memberi kemudahan pejabat kepada RM di Jabatan Perdana Menteri, Kes Kugan, Ben Hock, Amninurashid, agen APCO, kes kapal selam, kes Anwar, kes Altantuya dan kes RM888 billion wang mengalir keluar dan macam-macam lagi yang sepatutnya cukup menserabutkan kita jika kita terus mengundi UMNO/BN.


Kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang, cukuplah kita banyak kerugian hari ini jangan akan datang kita terus rugi. Tidak memangkah atau mengundi UMNO/BN tidak akan menyebabkan kita kebulur dan lapar. SELAMAT MENGUNDI CIKGU MALA, ”UBAH SEKARANG!”

Interlok: UMNO-lah yang mengajar segala-galanya

Dalam susah payah PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat mengajar rakyat berbilang kaum konsep 1Malaysia yang sebenar-benarnya, UMNO sebuah parti elit Melayu bertindak sebaliknya.


Apa yang berlaku ke atas novel Interlok adalah akibat daripada UMNO (United Malay National Organisation) yang mengajar segala-galanya. Tidak ada apa yang UMNO tidak ajar daripada ilmu yang baik kepada ilmu yang tidak baik.

Bertambah kroniknya UMNO, bermula sejak dari zaman rejim Mahathir, UMNO telah mula banyak mengajar ilmu yang tidak baik demi kesinambungan hayat politik mereka. UMNO kian berpegang kepada prinsip Micheavili iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’ demim kuasa. Itulah wajah UMNO sejak dari zaman Mahathir hingga ke zaman Najib-Rosmah ini.


Jika orang menggunakan asas perkauman untuk menyentuh karya sastera seperti Interlok, UMNO tidak perlu salahkan orang lain kerana UMNO mengajar mereka begitu. Itulah amalan UMNO sebenarnya, selama ini! Dan itulah yang UMNO mahu rakan-rakan mereka MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya lakukan demi mengekalkan kuasa Barisan Nasional yang kian usang. Pendek kata UMNOlah yang mengajar pemikiran pekauman dalam minda rakyat pelbagai kaum dalam negara ini.


Jika selama ini UMNO mengajar yang baik kepada rakyat, hasil pengkisahan dalam Interlok itu tidak akan terganggu kerana itu adalah hasil karya kreatif sastera yang boleh digarap dalam pelbagai kata dan sudat pandang, serta latar dalam membicarakan kisah masyarakat dalam negara ini.


Memang betul, kalau ramai yang mengatakan apa yang berlaku kepada Interlok itu adalah satu sudut gelap (blackout) dalam karya sastera kerana apa yang berlaku itu tidak langsung bergerak sejajar dengan kemajuan pemikiran manusia maju, sebaliknya telah mundur jauh kebelakang.


Semua itu adalah kerana UMNO. Bercakap soal bangsa, demi kuasa UMNO/BN, UMNO perkaumankan. Bercakap soal Islam, demi kuasa UMNO/BN, UMNO celarukan malah ada kalanya UMNO sesatkan!


Memang UMNO mengajar segala-galanya begitu dan kini UMNO terima musibah daripada pengajaran yang diberikan! Mangsanya ialah Interlok, karya sastera Melayu bangsa UMNO sendiri!


Bila lagi UMNO mahu pinda perkataan ‘paria’ dan ‘keling’ dalam Kamus Dewan yang mana kebanyakan pelajar memiliki kamus itu ? Dan bila lagi UMNO mahu pindakan nama Tanjung Keling yang mana dibaca oleh pelajar dalam mata pelajaran Geografi atau Sejarah atau di mana-mana?


Aku tak mahulah kata UMNO tak ada batu, tapi ada orang kata begitu!

Friday, January 28, 2011

Muhyiddin arah siasat MC Cikgu Maaruf, tapi jangan lupa siasat jugak kempen politik MarKom Giran!

Muhyiddin Yassin nampaknya terlalu berminat dan bersegera mahu menyiasat Sijil Sakit suami calon PAS Dun Tenang Cikgu Mala iaitu saudara Maaruf. Saudara Maaruf bukanlah seorang yang popular atau ternamapun tetapi penyiasatan cuti sakit beliau nampaknya perlu segera disiasat dan mungkin perlu segera di ’Suruhanjayakan’!


Bagi aku penyiasatan cuti sakit saudara Maaruf cukup mudah, seperti yang dikatakan oleh cikgu Mala pergi tanya doktor yang mengeluarkan sijil sakit itu. Apa jawapan doktor itu, maka selesailah masalah. Namun bertanya doktor yang keluarkan sijil sakit itu tidak, tapi heboh sekampung pertikaikan sakit saudara Maaruf.


Soal saudara Maaruf dilihat sentiasa berada bersama isterinya itu bukanlah perkara yang luarbiasa bagi orang sakit. Apakah semua orang sakit mesti duduk di rumah? Bukankah banyak penyakit yang tidak menghalang pesakit bergerak ke mana-mana asalkan pergerakan itu tidak menimbulkan tekanan dan menambah penyakit kepada pesakit? Kalau pergerakannya ke mana-mana boleh mengurangkan sakit yang dialami tidakkah itu satu terapi yang baik?


Katanya beliau mengalami murung ringan. Apakah pengidap murung yang ringan mesti hanya semata-mata tinggal di rumah? Tidak salah berada di sisi isterinya yang sedang berkempen jika sekiranya menemani isterinya itu mampu melegakan penyakit yang dialaminya! Bodoh juga Muhyiddin dalam hal ini! Sakit orangpun hendak dipolitikkan!


Okaylah nak siasat cuti sakit saudara Maaruf, siasatlah! Namun aku juga rasa yang sepatutnya Muhyiddin siasat bukan hanya saudara Maaruf tetapi siasat juga MARKOM GIRAN. Atas kapasiti apa dia selaku penjawat awam berkempen untuk parti politik? Apakah selaku penjawat awam Markom boleh berkempen mengarahkan semua guru mengundi calon UMNO? Walaupun apa sahaja yang Markom sebut, sama ada calon parti pemerintah atau calon kerajaan semuanya itu bermaksud calon UMNO/BN-lah.


Kalau Maaruf, sijil sakitnya memelikkan Muhyiddin dan Hishammudin, bagaimana dengan sikap Markom Giran yang jelas berkempen untuk UMNO semasa sedang bertugas…sedang bertugas selaku Pengarah Pelajaran Johor!


Muhyiddin patut sedar bagaimanakah jadinya, jika sekiranya perangai buruk Markom Giran yang juga Pengarah Pelajaran Johor dicontohi oleh semua orang bawahannya termasuk golongan guru-guru? Guru-guru di Melaka, N9, Perak berkempen agar sokong kerajaan mereka! Guru-guru di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang berkempen sokong kerajaan mereka! Tidakkah terkencing Muhyiddin jika semua kaki tangan Jabatan Pelajaran dan guru-guru ikut salah laku Markom Giran?


Markom Giran sah memberi contoh yang tidak baik. Markom Giran inilah yang dikatakan peribahasa “Ketam mengajar anaknya berjalan betul”. Sedangkan saudara Maaruf sakitnya diakui oleh doktor. Soal apa sakitnya dan bagaimana dia sewaktu cuti sakit, terpulanglah kepada dia asalkan sakit semakin stabil. Macam ramai orang yang demam, tetapi tetap tak boleh duduk diam. Makin duduk diam makin demam. Biasalah tu!


Jadi Muhyiddin siasat juga Markom bukan hanya Maaruf tau!

Siasat jugak penajaan Rosmah tu!

Perdana Menteri pun celaru jugak? Dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.


Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.


Najib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.


Nampaknya Najib minta pihak Arab Saudi menyiasat hal yang tidak berlaku. Sedangkan hal yang benar-benar berlaku tidak pulak mahu disiasat.


Dilaporkan lawatan Rosmah ke Oman di taja oleh istana Oman, tidak pulak mahu disiasat. Macam mana pihak Oman boleh menaja lawatan Rosmah isterinya sedangkan Rosmah bukan FLOM, bukan menteri, bukan timbalan menteri, bukan pegawai kerajaan yang sekurang-kurangnya macam Khusrin pun bukan! Bukan apa-apa pun1 Dah siapa? Entahh!!


Siasat dulu apa tarikan pada istana Oman kepada Rosmah dan rombongannya sehingga sanggup menaja Rosmah. Lebih baik wang taja Rosmah itu di bawa balik ke Malaysia untuk menyumbangkan subsidi kepada rakyat yang susah dan tertekan dengan macam-macam isu dan masalah.


Ini tidak, benda yang tidak wujud diminta siasat. Apa yang boleh dikaitkan dengan Anwar disiasat biar pun entah ya entah tidak. Yang berkait dengan Rosmah, diam! Rosmah pulang ke Malaysia hepi je!! Senyum memanjang! Amboi...bahgia benar dia! Ditaja!!!


Thursday, January 27, 2011

Anak-anak muda Tenang wajar bangkit sebagai penyelamat dari perangkap 'pemandiran' minda

Dengan pelbagai masalah serta kecelaruan karekter, minda dan amanah, yang melanda para pemimpin UMNO/BN khususnya calon yang ditawarkan UMNO/BN dalam PRK Dun Tenang, anak-anak muda khususya yang bakal mengundi Dun Tenang wajar bangkit sebagai pahlawan, penyelamat bangsa dan budaya dari arus kecelaruan yang dibawa oleh parti tua itu.

Bangkit untuk menyedarkan secara sopan dan terhormat kepada mak ayah dan generasi yang lebih berusia di Dun Tenang bahawa memangkah UMNO bermakna meneruskan kecelaruan dan perkauman yang berbagai dalam kehidupan beragama, berbudaya mahupun kehidupan berbilang kaum yang turut akan melemahkan kaum Melayu itu sendiri.


Akan melemahkan kaum Melayu kerana UMNO/BN banyak membawa isu-isu yang membuang masa dari dibincangkan, didebat dan diusahakan seperti masalah pengangguran anak-anak muda, masalah kemahiran anak-anak muda, masalah ekonomi anak-anak muda, masalah sosial anak-anak muda, masalah generasi kedua peneroka FELDA dan berbagai lagi.


UMNO/BN sebenar terlalu asyik dan banyak bermain politik untuk survival kuasa tanpa memikirkan sangat masalah mereka yang sentiasa mengundi UMNO/BN dalam setiap pilihanraya.


Dalam UMNO/BN, nampaknya rakyat yang sepatutnya membela UMNO/BN bukan sebaliknya. Contoh tidak ikhlas para pemimpin UMNO/BN membela pengundi-pengundi di DUN Tenang, yang terlalu mengharap nasib mereka terbela ialah pemilihan calon mereka di PRK itu. Jika benar calon UMNO/BN ada rekod atau kes mahkamah seperti yang didedahkan dan kes itu masih sedang berjalan, apakah sudah tidak ada calon lain yang lebih dilihat baik atau dilihat beramanah untuk dicalonkan? Tak kan UMNO/BN yang mempunyai SB yang berselirat tidak tahu latar belakang calon yang mereka pilih? Mustahil! Tidakkah ini main-main namanya?


Apakah jika pengundi-pengundi Dun Tenang yang sudah tahu akan rekod calon UMNO/BN ini semasa masih ADO dulu, masih mahu memangkah calon UMNO/BN itu pada 30 haribulan nanti?


Pangkah bukan kerana calon tetapi kerana parti? Wajarkah berpendirian begitu dalam keadaan parti UMNO/BN telah memperlekehkan para pengundi mereka dengan calon yang belum selesai kes di mahkamah?


Semoga anak-anak muda Dun Tenang akan bangkit untuk menyedar dan menyelamatkan generasi tua mereka dari terus terperangkap dalam program pemandiran minda oleh UMNO/BN selama ini. Ubah sekarang walaupun hanya di Tenang!

Lawatan Rosmah ditaja?? Fuuh!!!

Tiba-tiba saja di sebut-sebut nama Oman. Rasanya jarang Malaysia berapat dengan oman sangat berbanding dengan negara Arab lain. Tapi kerana Rosmah, nama Oman di sebut-sebut!

Lawatan Rosmah ditaja...? Fuuuh!!! Istana Oman taja lawatan Rosmah? Lawatan Rosmah, istana Oman taja? Penaja lawatan Rosmah istana Oman?

Taja ni apa? Aku agak macam orang belanja. Belanja makan! Belanja minum! Belanja melawat Pulau Langkawi! Belanja melawat Oman? Fuuuh!!!

Tak jealoussss , tapi ngeri dengar.....! Bukan ngeri apaa, ngeri banyaknya 'berbelanja' untuk rombongan Rosmah!! Kalau minyak kapal terbang pun belanja, minyak-minyak lain macam minyak RON, minyak cap kapak, minyak angin, minyak afiat, minyak yu ye dan minyak itu minyak ini...belanja jugak ke ?


Wednesday, January 26, 2011

Soi Lek, jangan konfius ar... taik, taik...pengat labu, pengat labu!,

Semakin banyak Presiden MCA berkempen mengutuk calon PAS Cikgu Mala semakin terserlah kecelaruan nilai-nilai moral yang dimiliki oleh Presiden MCA itu. Adalah amat dibimbangi jika sekiranya nilai-nilai moral yang bercelaru itu ditanam dalam minda pengikut-pengikutnya dan sahabat karibnya UMNO sehingga menjadi tabiat dan tingkahlaku.

Aku dapat merasakan orang-orang Cina pun terasa malu dengan kecelaruan nilai dan moral Chua Soi Lek terhadap budaya bersalam wanita Islam dan ‘budaya’ Soi Lek yang diketahui umum itu. Betapa becelarunya nilai moral Soi Lek sejak dulu apabila beliau mendiamkan diri dalam melakukan kerja terkutuk dengan amoi dalam hotel. Tiada siapa yang tahu, beliau begitu tidak bermoral kepada isteri beliau selama ini. Aku tak fikir isteri beliau merestui permukahan yang dilakukan dengan amoi di bilik hotel itu.


Apabila perbuatan dari nilai celaru dan tidak bermoral Soi Lek di bilik hotel itu terdedah kepada umum, sekali lagi Soi Lek dengan begitu bersahaja mengaku bahawa “ orang di dalam rakaman video itu adalah saya!”. Ini bermakna Soi Lek mempunyai nilai moral yang berbeza dengan orang lain termasuk dengan orang-orang yang sebangsa dengannya.


Oleh yang demikian apabila nilai moral Soi Lek adalah pelik dan luar biasa dari orang lain maka apakah wajar Soi Lek dengan celupar menghina budaya Islam agama orang lain, dengan mengatakan “norma yang diamalkan oleh wanita Islam bagi mengelakkan persentuhan kulit dalam berjabat tangan itu adalah bertentangan dengan asas budaya dan kesopanan dalam berjabat tangan”. Soi Lek lebih bijak dari Tuhan nampak?


Apa tidak bolehkah individu mengamalkan budaya agama dan kaum masing-masing seperti orang Jepun- hangguk kepala, orang Siam –sembah tangan di dada dan Ratu England pakai sarung tangan ? Apakah semestinya berjabat tangan? Di sinilah celarunya kepala hotak Soi Lek!


Bangang benarkah Soi Lek untuk memahami bahawa asas budaya dan kesopanan dalam berjabat tangan dalam agama Islam antara bukan muhrim adalah haram berjabat tangan. Soi Lek keliru kerana kawannya itu. Jangan tengok kepada UMNO kerana apa yang wanita UMNO lakukan apatah lagi Rosmah Mansor bukan asas budaya Islam, kerana itu adalah budaya UMNO itu sendiri. Budaya Islam bukan berasaskan budaya UMNO. Sebaliknya budaya UMNO yang sepatutnya berlandaskan budaya Islam, kalau UMNO itu kata ianya parti Islam. Tetapi dalam UMNO tidak begitu, budaya bersalam Islam tidak menjadi asas dan amalan.


Maka jika Soi Lek terus melihat budaya UMNO itulah budaya Islam, samalah seperti Soi Lek melihat taik itu sebagai pengat labu! Hey apek, taik, taik…pengat, pengat. Tak sama oo!!


Sebagai pertanyaan kepada Soi Lek apakah “norma yang diamalkan oleh Soi Lek yang bermain atas katil dengan amoi di bilik hotel itu, yang bukan isteri itu, merupakan asas budaya dan kesopanan sebagai suami kepada isteri yang setia, ketua keluarga kepada anak-anak, pemimpin parti kepada ahli-ahli parti khususnya ahli-ahli wanita?”.


Sesungguhnya, malang bagi MCA kerana mempunyai Presiden yang mengalami kecelaruan nilai dan begitu benak untuk mengerti anutan moral dan budaya agama pelbagai kaum di Malaysia walaupun konon menjunjung konsep 1Malaysia!


Bahaya pembaziran Rosmah

Mohd Rashidi Hasan

TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan membuat perbelanjaan yang besar semasa mengunjungi negara-negara Arab baru-baru ini.

Kunjungan Rosmah ke negara terbabit, mendapat respon yang amat negatif dari kalangan rakyat.

Negatif kerana rakyat terkejut dengan dakwaan perbelanjaan yang amat besar oleh isteri Perdana Menteri.

Rakyat juga mempersoalkan apakah kewajarannya Rosmah mengunjungi negara-negara terbabit, kerana Malaysia sudah mempunyai sistem pemerintahan sendiri, ada kerajaan dan ada menteri yang bertugas pada bidang-bidang yang telah dikhususnya.

Sehingga ada kalangan rakyat mempertikaikan, apakah peranan Rosmah sebenarnya. Isteri PM atau orang politik yang berjawatan Menteri, atau punyai jawatan yang lebih tinggi daripada itu.

Sehingga dilaporkan dalam media internet, Rosmah menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam.

Jika benar begitu, ianya merupakan suatu perbelanjaan yang amat boros. Jika perbelanjaan beliau menggunakan peruntukan dari kerajaan, rakyat mahu mengetahui apakah beliau layak menerima peruntukan sebesar itu?

Jika penginapan itu ditaja, rakyat harus dibekalkan jawapan secara jujur, siapa yang menaja dan mengapa beliau ditaja

Namun Rosmah mendakwa lawatannya ke luar negara adalah di atas jemputan, mewakili rakyat Malaysia dan apa yang beliau lakukan adalah untuk faedah rakyat dari semua kaum, agama dan parti.

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: "Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu.
Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.

"Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak."

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh perdana Menteri, timbalan perdana menteri dan kabinet.

"Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya."

Itu kata Rosmah. Namun, ada satu soalan yang tertanya-tanya dalam benak fikiran rakyat, yang masih belum terunkai.

Iaitu, adakah apa yang dilakukan oleh sekarang ini, juga dilakukan oleh isteri bekas-bekas PM semasa mereka memerintah?

Cerita-cerita mengenai dominasi Rosmah dalam pemerintahan negara bukannya benda baru. Persepsi negatif ke atas beliau timbul apabila banyak laporan dan juga secara berfakta dikemukakan.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, suatu program yang diketuai oleh isteri PM diberi peruntukan ratusan juta, sebagaimana yang diterima Rosmah untuk projek Permata beliau.

Hal ini dipertikaikan rakyat, kerana negara sudah mempunyai Kementerian Pembangunan Wanita dan keluarga, kerajaan mempunyai Kemas, Tabika Perpaduan, pra-Sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Untuk apa lagi diwujudkan suatu program atau sistem baru yang memainkan peranan yang sama?

Rakyat bertanya mengapa tidak diperkemas dan diperkukuhkan atau dilakukan penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada?

Dalam perkara lain, Rosmah juga dilaporkan membuat perbelanjaan yang besar, dalam istilah lain disebut shopping (membeli belah) yang nilai yang amat besar sewaktu berkunjung ke luar negara.

Mungkin juga beliau menggunakan wang sendiri, namun selaku isteri seorang PM, beliau harus sedar bahawa beliau juga punyai tanggungjawab kepada masyarakat.

Beliau harus sedar bahawa rakyat semakin terhimpit dengan krisis ekonomi, kenaikan harga barangan mendadak, semakin ramai dihimpit kemiskinan dan tidak mempunyai wang untuk makan dan belanja sekolah anak.

Selaku isteri PM Rosmah harus sedar, bahawa segala gerak lakunya diperhati dan dinilai oleh masyarakat. Ramai rakyat di luar sana yang memerhati dan mengetahui stail Rosmah.

Beliau ada hak untuk menafikan sebarang dakwaan terhadapnya, namun yang penting sekali, Rosmah harus mengelak daripada timbulnya sebarang fitnah ke atas beliau yang akan terpalit kepada PM sendiri.

Rosmah mendakwa beliau tidak mencampuri urusan politik, tetapi mengapa beliau anjurkan program sidang wanita pertama yang menelan belanja jutaan ringgit.

Rakyat mengetahui dengan jelas, terlalu sedikit isteri PM atau Presiden luar yang hadir.

Jelas, program sebegini besar tidak mendapat sambutan kerana ia tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Justeru, apakah Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mahupun Rosmah sedar bahawa, persidangan tersebut tidak membawa apa-apa hasilnya kepada negara? Malah ianya hanya membazirkan wang rakyat.

Justeru, Najib dan Rosmah harus sedar bahawa tingkah laku mereka menjadi ukuran dan penilaian rakyat kerana mereka adalah pemimpin dan isteri pemimpin.

Mereka juga harus sedar bahawa antara sebab Presiden Tunisia, Zine el-Abidine Ben Ali digulingkan adalah kerana pembaziran yang dilakukan oleh isteri beliau Leila Trabelsi.

Leila digelar 'Imelda Marcos', melarikan diri dengan jongkong emas yang nilainya terlalu tinggi.

Rosmah harus muhasabah diri, usah jadi seperti Imelda, usah jadi seperti Leila.

Rakyat Malaysia umumnya mereka yang sangat baik dan berdisiplin. Belum pernah mereka menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

Tetapi apa yang pasti, mereka akan menumbangkan Kerajaan Umno-BN pimpinan Najib dan Rosmah menerusi Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

Sumber:harakahdaily



Tuesday, January 25, 2011

Hishammudin kata PR tidak ikhlas. Siapa yang tak ikhlas?

Hari ini Hishamuddin Hussein mempertikai antara hasrat Pakatan Rakyat melalui calon PAS untuk mengurangkan majoriti calon BN di DUN Tenang sebagai tidak ikhlas! Kata Hisham keris itu kalau bertanding mestilah hendak menang, kalau sekadar hendak mengurangkan majoriti bermakna tidak mahu berkhidmat untuk rakyat!

Itu kata Hisham keris! Tapi yang aku faham di kubu kuat UMNO itu, jika calon PR dilihat sukar hendak menang kerana pelbagai perkakas yang digunakan sama ada perkakas kerajaan secara haram atau tidak sah, mahupun perkakas pengampu dalam kempen mereka, maka amat berbaloi bagi calon PR jika kalah dengan majoriti yang tipis. Keputusan itu bermakna semakin ramai pengundi tenang sudah semakin menyampah kepada UMNO/BN di dun yang dikatakan kubu kuat UMNO itu! Bermakna juga mesej PR telah diterima oleh semakin ramai pengundi di DUN Tenang. Maka itu juga kejayaan, jadi apa yang tidak ikhlasnya?

Pada pandangan aku, yang yang tidak ikhlas malah tidak bertanggungjawab langsung ialah, apabila dapat peluang bertanding dalam PRK Dun Tenang, UMNO/BN sekali lagi telah tidak mengemukakan calon yang dilihat berintegriti.

Mengemukakan calon yang gagal sebagai ADO di Segamat kerana isu perlelongan tanah yang tidak direstui tuan tanah, mengemukakan calon ADO dari daerah kedudukan gred yang lebih tinggi telah turun ke daerah gred yang lebih rendah, mengemukakan calon yang kata ceritanya pernah ada rekod mahkamah(?), adalah sikap tidak ikhlas yang sebenar-benarnya malah tidak bertanggungjawab sama sekali kepada rakyat atau pengundi-pengundi di DUN Tenang! Dalam ertikata lain UMNO/BN telah memperlekehkan integriti pengundi-pengundi DUN Tenang!

Apakah calon yang dilihat tidak berintegriti mampu berkhidmat dan membela rakyat DUN Tenang dengan adil? Aku rasa sukar! Jika sebagai ADO telah pun hilang integriti bagaimana pula nanti jika berjaya menjadi YB? Apakah tidak mustahil akan 'pulun' berlori-lori?

Jadi Hishamuddin Husein perlu menilai makanisma pemilihan calon UMNO/BN sebelum menuduh orang lain tidak ikhlas! UMNO/BN perlu lebih serius memilih calon dan jangan main-mainkan pengundi-pengundi!

Dan bagi golongan yang membaca media baru di internet di DUN Tenang, ceritakan kepada seluruh rakan, sahabat dan mak ayah yang bakal mengundi, bahawa yang tidak ikhlas bertanding di DUN Tenang dalam PRK sekarang, sebenarnya ialah UMNO/BN. Cukuplah kita menjadi ayam daging, diberi makan yang sebenarnya untuk disembelih !


Monday, January 24, 2011

PENDERHAKA: Jauhi UMNO Segera!

Aku juga mahu bersama-sama dengan yang lain melaungkan bahawa “UMNO dan yang sama spesis dengannya ADALAH PENDERHAKA YANG SEBENAR-BENARNYA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU”.


Kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meminda perlembagaan negeri Selangor berhubung soal pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri di Dewan Undangan Negeri hari ini kerana tidak mendapat sokongan dua pertiga ahli dewan membuktikan penderhakaan itu.


Benar UMNO memang tidak layak sama sekali untuk bercakap soal kedaulatan raja-raja Melayu. Di zaman rejim Mahathir, UMNO menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Di Kelantan suatu masa dulu, seorang pemimpin UMNO yang memang mewakili UMNO menabal Sultan lain bagi negeri Kelantan di waktu itu. Hari ini ADUN-ADUN UMNO di bawah telunjuk para pemimpinnya di Putrajaya menentang usul pindaan perlembagaan negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa sultan dalam hal yang berkaitan.


MAKA dengan itu adalah sah diisytiharkan bahawa UMNO adalah penderhaka yang sebenar-benarnya kepada Raja-raja Melayu. UMNO adalah talam dua muka kepada Raja–raja Melayu. UMNO adalah sokong yang mahu membawa rebah kepada Raja-raja Melayu!


Itulah UMNO sebenarnya. Demi politik kuasa, sanggup memperlekehkan perjuangan Islam. Demi politik kuasa, sesudah jadi hangat dan hampir menjadi senjata makan tuan, baru UMNO melarang Soi Lek dan kuncu-kuncunya menyentuh isu bersalam seorang muslimat, cikgu Mala. Demi politik kuasa, sanggup menggunakan orang mati (gambar Tun Razak) untuk bahan kempen di Tenang. Masya Allah!


Sesungguhnya UMNO PENDERHAKA telah menjadi semakin dan serba tidak kena perlakuannya! Jom jauhi UMNO segera!

Ahli-ahli UMNO perlu 'diselamat' daripada pemimpinnya kini

Melihat kepada keadaan parti UMNO hari ini, sudah sampai masanya untuk seluruh umat Melayu wajib bangkit memberi pengajaran kepada UMNO agar kembali ke atas landasan perjuangan Melayu yang betul (jika UMNO katakan dia parti Melayu) dan kembali ke atas landasan aqidah Islam (jika umno mengaku dia parti Islam) yang sebenar-benarnya.


Adalah menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk mengajar dan mendidik UMNO supaya benar-benar menjadi parti bangsa Melayu yang celik tamadun, rasional, beriman serta bertaqwa kepada Allah SWT. Pengajaran yang sangat wajar dan paling berkesan buat mengajar UMNO ialah tak usah sama sekali memangkah UMNO/BN dalam pilihanraya ke 13 nanti.


Hanya dengan kekalahan, parti UMNO akan menghumban pemimpin-pemimpin UMNO kini, yang terlalu banyak menipu Melayu, bangsa mereka sendiri, terlalu berpoya-poya dalam kehidupan peribadi serta terlalu jauh dari amalan agama Islam yang disepatutnya.


Bolehkah lagi diharap pemimpin-pemimpin UMNO kini akan membawa kembali UMNO kepada Melayu dan Islam dalam keadaan, bilamana pemimpin MCA menghina Islam, UMNO (Muhyiddin anak Yassin) memberi restu? Bilamana pemimpin UMNO semata-mata mahukan kemenangan politik dalam pilihanraya, UMNO (Ghani anak Othman) menghina hukum hudud? Bila mana muslimat tidak bersalam dengan lelaki muhrim dihina oleh MCA, UMNO membisu tak terkata? Bila mana diajak berdebat isu ekonomi, pemimpin UMNO ( Najib anak Razak) menghina soal peribadi orang lain? Dan banyaklah lagi bila mananya kalau aku nak tuliskan di sini.


Akan sedar dan insafkah UMNO jika UMNO terus menang pilihanraya? Tidak semakin sesatkah ahli-ahli UMNO jika UMNO terus dimenangkan oleh umat Melayu sendiri? Tidak tergadaikah tamadun Melayu jika UMNO yang boleh dibeli dengan wang ringgit terus menang pilihanraya?


Zaman merdeka dalam tangan UMNO, Singapura tergadai! Zaman merdeka dalam tangan UMNO, Pulau Batu Putih tergadai? Zaman merdeka dalam tangan UMNO, tanah KTM di Tanjung Pagar tergadai!


Mahukah lagi umat Melayu melihat UMNO terus menggadai? Kalau tak mahu, seluruh umat Melayu perlu kalahkan UMNO dalam pilihanraya, barulah UMNO akan benar-benar muhasabah diri! Jika tidak muhasabah, UMNO akan terus pupus untuk hanya menjadi bahan simpanan sejarah di Arkib Negara!


Sesungguhnya ahli-ahli UMNO perlu 'diselamatkan' daripada para pemimpinnya kini! Jika tidak....

Antara tanda orang beriman dan Haramjadah!

Padu jugak ayat Harussani ni:

“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.


Tapi Harussani hanya mampu bercakap sahaja. Tak adapun pemimpin UMNO yang rapat dengan nya pedulikan ajarannya itu. Dalam UMNO ramai lelaki dan wanita bukan muhrim bersalaman antara mereka. Kata Harussani perbuatan itu HARAM! Tapi siapa peduli Harussani? Pemimpin UMNO ada pedulikah ?

Maksud Harussani, " ...bagi orang Islam yang beriman tindakan itu (tidak bersalam dengan bukan muhrin) adalah betul.....", adalah calon PAS atau Pakatan Rakyat Cikgu Mala beriman! Jadi tak kan lah orang-orang Islam di Dun Tenang tak mahu calon yang beriman yang dimaksudkan sendiri oleh mufti UMNO sebagai beriman.

Manakala bagi orang-orang bukan Islam apakah mahu tolak seorang calon yang beriman atau dalam bahasa agama mereka itu cikgu "orang tuhan ooo...!" Mahu tolakkah itu orang tuhan ?

Kalau cara cikgu Mala menjaga budaya bersalamnya sebagai tanda beriman macam mana pulak orang yang di bawah ini? Nak kata apa agaknya?

Bagi aku, ini bukan lagi tanda tidak beriman, malah sudah sampai peringkat HARAMJADAH !


Sunday, January 23, 2011

Mak oi...RM888 billion mengalir keluar ? Hantu mana punya kerja ni?

Mak oi…..RM888 billion (betul ke ni?) wang mengalir keluar negara secara haram sepanjang tahun 2000 dan 2008! Mak oi…banyaknye!! Haramjadah mana punya kerja ni?

Menurut laporan Global Financial Integrity (GFI), aliran keluar wang haram dari Malaysia menokok tiga kali ganda pada 2008 RM208 bilion (AS$68.2 bilion) dari jumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) pada tahun 2000.

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

Mak oi….Guan Eng kira, jika jumlah RM 888 Billion diberikan kepada 27 juta rakyat Malaysia, setiap orang akan mendapat RM33 ribu!!! Ruginya aku! Ruginya kita! Haramjadah mana jadi toyol ni?

Macam mana begitu banyak dan begitu mudah Ringgit Malaysia itu mengalir keluar, secara haram pulak tu? Gabenor Bank Negara yang di katakan antara yang terbaik di dunia dan sering menerima anugerah kepujian itu dan ini, boleh terlepas pandang aliran keluar wang haram yang bukan seribu dua, woi RM888 billion kata Lim Guan Eng!? Bukan ayam serama yang terlepas keluar tapi GAJAH ! Tak kan tak nampak...GAJAH!! RM888 billion woi!

Semua pakar dan cendiakiawan yang dulu bersetuju dengan Najib, konon pelan 100 hari Pakatan Rakyat boleh bankrapkan negara, ini RM 888 BILLION ni macam mana? Mana prof dan para cerdikpandai mengampu, tolong ulas sedikit?

Aku yakin, RM888 billion yang mengalir keluar itu tak akan hanya bangkrapkan negara tetapi boleh MEMAMPOSKAN terus negara, jika tidak ditukar pemerintahan UMNO/BN sekarang! Betullah kata Idris Jala, negara ini akan bankrap tak lama lagi. Tapi nampaknya bankrap bukan kerana subsidi untuk rakyat tapi kerana bocor, banyak bocor! Bocor sana bocor sini kekantung hantu-hantu jerangkung!

Tan LIan Hoe bodoh, sentuh sensitiviti agama orang lain!

Perangai tidak senonoh Muhyiddin anak Yassin dan Ghani anak Othman menghina perjuangan Islam PAS dan meperlekehkan hukum Allah telah menyebabkan segelintir pemimpin MCA begitu berani menyentuh sensitiviti agama umat Islam. Kalau dulu pemimpin terlampau MCA Soi Lek kini wanita mulut bacul MCA, Lian Hoe pula menghina budaya bersalam umat Islam antara lelaki dan wanita bukan muhrim.

Pagi ini dilaporkan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdangan Dalam Negeri menyelar budaya umat Islam yang tidak bersalam dengan bukan muhrim (itu bukan budaya peribadi suka-suka cikgu Normala atau Dr Wan Azizah). Apa sudah jadi dengan pemimpin UMNO/BN ini? Mengapa anutan budaya agama orang lain diambil peduli secara negatif terang-terangan. Nampaknya pemimpin UMNO/BN benar-benar tidak ada isu untuk menentang PAS di Tenang melainkan membangkit isu-isu anutan agama orang lain yang tidak layak mereka masuk campur.

Sungguh bacul kamu Lian Hoe:


"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."


Bukan kerana tangan bukan muhrim kotor tetapi hukum tidak bersalam dengan bukan muhrim yang bukan direka-cipta oleh muslimat PAS atau mana-mana wanita Islam adalah datang dari Allah yang wajib dipatuhi. Kalau takdirnya tuhan Lian Hoe haramkan Lian Hoe bersalam dengan lelaki bukan suami Lian Hoe, apakah Lian Hoe akan engkar untuk menjadi pengikut agamanya yang dilaknat tuhannya?

Contoh, dalam agama Lian Hoe mungkin orang lelaki tidak boleh berkahwin lebih dari satu. Bagaimana kalau ada orang lelaki yang seagama dengan Lian Hoe nak kahwin juga lebih dari satu dan benar-benar berpoligami? Apakah Lian Hoe akan kata tak apa kahwinlah, agama tolak tepi?

Kenapa hah Lian Hoe menjadi begitu bangang dan bengap untuk memahami anutan budaya agama orang lain walaupun telah berkawan dengan UMNO lebih 50 tahun? Atau Lian Hoe bukan seorang penganut agamanya yang baik. Patutlah dia tak kisah dengan aktor terlampau MCA yang main amoi dalam bilik hotel! Itu macam boleh hah? Main amoi yang bukan isteri itu tak kotorkah? Itu tak ekstrimkah kepada para isteri? Pakai saring tangan tanda tak mesra? Betulkah begitu? Habis,yang mesra macam Soi Lek main amai dulu ka? Ooo...itu macam! Lu teruklah Lian Hoe, tak guna jadi perempuan kerana lu bukan sayang sama orang perempuan!

Lian Hoe, lain kali cakap pakai otak jangan pakai punggung macam Muhyiddin dan Ghani anak Othman! Jangan tilu itu orang!

Dalam hal agama lain yang lu talak faham jangan cakap itu macam, jahat tahu! Aku cukup terasa dengan cakap lu, Lian Hoe! Lu mahu bodohkan bangsa lu sendiri ar... tapi lu tak tahu ka, lu punya bangsa talak bodoh macam lu!


Hah...aku tak tahulah kali ini siapa yang akan demam?

Dulu Anwar mencabar Najib untuk berdebat isu ekonomi mengenai Pelan 100 Pakatan Rakyat jika kuasai Putrajaya. Cabaran Anwar itu hanya menjadi bahan 'menganjing' Najib kepada Anwar. Najib mengugut Anwar jika berdebat dengan Anwar kalau Najib dedahkan maklumat Anwar yang banyak diketahuinya Anwar akan demam. Huhuhu...mantap Najib!!

Menerima 'ugutan' Najib itu, Anwar tetap mencabar Najib untuk berdebat isu ekonomi yang dimaksudkan. Malah kali ini jika Najib mahu berdebat isu peribadi sekalipun untuk kononnya 'memalukan' Anwar, Anwar sanggup hadir berdebat isu peribadi. Malah Anwar mencabar Najib berdebat isu peribadi jika Najib tidak ada punai untuk berdebat isu ekonomi!

Aku tak tahulah kali ini dengan cabaran terbaru Anwar ini siapakah yang dijangka tidak ada 'punai' sungguh, Najib atau Anwar! Menyerang orang di dalam kelambu sendiri cukup berani tetapi berdepan dan bersemuka macam-macam alasan yang diberikan.

Aku yakin Najib sekali lagi tidak akan menerima cabaran Anwar itu kerana cabaran Anwar itu akan pasti membuat Najib pula yang bakal demam, mungkin demam kura! Dan kalau Najib terima cabaran terbaru Anwar itu, punai tak akan terbang melayang lagi!

Siapa lagi yang akan memaculkan kata-kata sesat di Tenang? Siapa selepas ini?

Tok Guru UMNO yang memulakan hujah sesat jika amalkan hudud negara ini akan penuh dengan orang bertangan kudung, akan banyak sop tangan, akan kehabisan batu, masih belum mati malah masih bersuara walaupun dalam keadaan lemah, gagap dan terteleng-teleng.

Kini di Tenang anak muridnya meneruskan ulasan-ulasan sesat yang diajar oleh Tok Gurunya itu. Semakin kerap mereka bercakap tentang isu Islam atau isu konsep negara Islam, semakin berterabur kata-kata sesat yang terkeluar dari mulut para pemimpin UMNO yang merupakan anak murid kepada Tok Guru UMNO yang kian tua dan uzur itu. Nauzubillah....bilalah nak bertuabat agaknya?

Demi meraih undi pengundi-pengundi Cina di Tenang, kelmarin Muhyiddin anak Yassin menyokong pemimpin MCA terlampau memutar-belit isu negara Islam atas alasan itu konsep negara Islam PAS. Muhyiddin anak Yassin bukan mengkritik untuk memberi pandangan yang lebih baik dan semakin mendekatkan orang-orang bukan Islam kepada Islam tetapi mengutuk niat dan hasrat PAS terhadap Islam sehingga menampakkan seolah-olah hodohnya agama yang Allah redhai itu. Masya Allah, Muhyiddin anak Yassin kenapalah engkau jadi begitu, menjauhkan orang-orang bukan Islam dari lunak, mendekati dan memahami Islam?

Selepas Muhhyiddin, seorang lagi anak murid Tok Guru UMNO yang kian tua itu, sedar atau tidak, dalam keadaan jahil murakab atau tidak, telah mengeluarkan kata-kata sesat lagi. Mengikut yang dilaporkan, kata-kata Ghani anak Othman ini lagi bisa dan terlampau:

"Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”

Terjemahan:

"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"


Masya Allah, nampaknya para pemimpin UMNo memang tidak boleh bercakap soal Islam. Semakin banyak mereka bercakap soal Islam semakin orang akan kenal tahap ilmu Islam mereka dan yang lebih dahsyat lagi semakin bersepah kata-kata sesat terpacul dari mulut mereka.

Kempen masih tinggal lebih kurang seminggu. Kita akan terus perhatikan siapa pulak pemimpin UMNO yang akan datang ke Tenang atau di mana-mana muka media, memaculkan lagi kata-kata sesat apabila membicara soal isu negara Islam yang sepatutnya tak perlu diperkatakan lagi sebagai kempen politik itu.

Mahathir anak Muhamad adalah pengasasnya. Di Tenang, Muhyiddin anak Yasin sudah mengutuk perjuangan Islam PAS dan lebih menyokong pandangan jahat pemimpin terlampau MCA Soi Lek. Ghani Othman pun sudah mula menunjukkan kesesatan kata-kata. Siapa lagi selepas ini ?

Kepada pengundi-pengundi DUN Tenang yang membaca media baru, fikirkan! Bagi tahu mak ayah masing-masing bahawa para pemimpin UMNO kian terlampau apabila bercakap, mengupas dan mengulas isu agama kita!