Followers

Saturday, January 22, 2011

Muhyiddin menggelabah di Tenang: Sokong Soi Lek takutkan pengundi Cina isu negara Islam!

Aku tidak pelik jika "bekas pelaku terlampau" Chua Soi Lek membangkitkan isu negara Islam bagi menakut-nakutkan pengundi Cina di DUN Tenang. Aku tak pelik bukan kerana dia pelaku terlampau, tetapi sebagai ahli politik MCA, yang bukan Islam pula, isu negara Islam memang akan dijadikan isu untuk meraih undi walaupun isu itu sebenarnya diungkap secara salah dan terlampau dan adalah isu lama yang sebenarnya kian difahami oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya orang-orang Cina.


Yang aku pelik ialah apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin menyokong Soi Lek membangkitkan isu negara Islam secara salah dan terlampau di DUN Tenang. Peliknya aku ialah, Muhyiddin sebagai orang Islam memburuk-burukkan PAS tentang konsep negara Islam. Memburukkan PAS tentang konsep negara Islam sebenar lebih bersikap menolak keadilan Islam dari diguna-pakai dalam negara. Ini sudah terlampau!


Katakanlah seluruh rakyat berbilang kaum, mahu konsep negara Islam dipraktikkan kepada hanya orang-orang Islam, mengikut apa yang diterangkan oleh PAS yang ada kini, terlaksana atau dilaksanakan, apakah Muhyiddin akan menghalang dan berkata dia tidak mahu? Biar betul?


Memang rakyat keturunan Cina tidak bersetuju dan tidak menerima akan konsep negara Islam kerana mereka memahami seperti apa yang UMNO tanamkan dalam minda mereka iatu negara Islam itu, jagaaa...PAS akan ubah perlembagaan Malaysia, setiap hari potong tangan kalau mencuri, setiap hari orang direjam dengan batu atau disebat sampai mati, orang bukan Islam akan dipaksa anut Islam dan macam-macam lagi yang tidak betul dan berunsur fitnah semuanya.


Apa yang menjadi masalah sekarang ialah Muhyiddin dan UMNO sebenarnya membangkitkan hal-hal yang negatif dan fitnah berkaitan konsep negara Islam apabila dia dan UMNO bercakap soal itu. Sepatutnya Muhyiddin tidak memburukkan konsep negara Islam itu kerana dia beragama Islam. Jika tak mahu melaksanakan konsep Islam, lebih baik jangan mengulas atau memburukkannya kerana Muhyiddin akan lebih memalukan daripada Soi Lek yang bukan Islam itu!


Sebenarnya Muhyiddin sebagai pemimpin beragama Islam, lebih bersikap 'menganjing' dan ’memfitnah’ usaha PAS berkaitan konsep negara Islam daripada berusaha memberi kefahaman kepada pengundi Cina di DUN Tenang dan kepada seluruh rakyat.


Kepimpinan PAS telah menerangkan berkali-kali bahawa PAS akan bersama PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat berjuang dalam kontek dan konsep Perlembagaan negara yang ada kini. Yang penting bagi PAS bukan slogan tetapi pengisian sebuah negara berasas Islam. PAS menjunjung kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dengan kebebasan mengamalkan agama masing-masing kepada kaum bukan Islam dari pelbagai kaum.


Bagi PAS, pengisian yang paling penting dalam menegakkan konsep negara Islam kini ialah perlaksanaan dalam kontek Perlembagaan yang ada bagi memperkasakan Islam sebagai agama rasmi negara dengan kebebasan beragama di kalangan rakyat berbilang kaum, menegakkan keadilan untuk semua rakyat berbilang kaum, mengembalikan integriti dalam semua bidang, mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan yang paling utama membela dan memelihara Institusi Raja-raja Melayu.


Sikap membangkitkan sering membangkitkan isu negara Islam secara salah ini akan memberi banyak keuntungan kepada PAS dalam jangka panjang, dan sebenar akan terus mempromosi serta mendekatkan orang-orang Cina dan kaum lain untuk membincang dan memahami apa itu konsep negara Islam yang sebenar dari PAS. Contoh kejayaan PAS dalam menerangkan konsep negara Islam ialah dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS.


Orang-orang Cina di Malaysia kini bukannya bodoh kerana mereka mempunyai ramai golongan terpelajar dan bukan penakut seperti orang-orang UMNO untuk mendengar, berbincang dan memahami mengenai konsep negara Islam yang PAS maksudkan. YB Karpal sendiri telah mahu membincangkan segera isu negara Islam dengan PAS yang semua orang tahu apakah sikap Karpal terhadap isu negara Islam selama ini. Dan senario ini akan terus memberi peluang kepada PAS menerangkan apakah konsep negara Islam yang mereka maksudkan bukan seperti yang UMNO kata "hati-hati....itulah konsep negara Islam PAS!"


Semoga Muhyiddin tidak terlalu menggelabah untuk mengekalkan kemenangan di DUN Tenang kerana isu negara Islam bukan lagi isu yang menakutkan pengundi Cina di mana-mana di negara ini.


Friday, January 21, 2011

Benar, dialah bini yang angkuh !

Bini yang bernama Rosmah Mansor yang entah siapa lantik dia untuk mewakili Malaysia dan rakyatnya, berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.



Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Oleh kerana tidak rasa terganggu maka terpaculkan kata-kata sombong seorang bini antaranya:

  1. Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: "Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin. [Ulasan aku: aku dan yang lain bukan bersungut tapi memprotes, membangkang sikap kamu yang suka buat kerja yang tidak berfaedah dalam keadaan rakyat di negara sendiri ditekan dengan kenaikan harga minyak dan barang keperluan. Bagi kamu memang tidak ada isu kerana semua perjalanan kamu bukan menggunakan wang peribadi kamu tapi bagi kami ia adalah isu besar kerana wang perjalanan kamu itu wang cukai yang dikutip dari aku dan yang lain-lain. Sebagai isteri PM lawatan ikut PM sudah lah, ini ada pulak isteri perdana Menteri ada lawatan rasmi! Dulu Hasmah , Endon dan Jane tak adapun lawatan rasmi? Woit..kamu bukan menteri pun...sedar sikit!!]

  1. "Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak."[ Kata aku: kamu nak bantu apa, siapa yang beri tanggungjawab kepada kamu? Bukankah urusan kanak-kanak dah ada Sharizat, urusan pendidikan dan pelajaran dah ada menteri pelajaran, ada menteri luar, dan menteri-menteri lain? Kamu siapa?Apa bengapkah semua menteri-menteri kabinet yang ada ? Jangan nak buat kerja orang...penyebuk namanya!. Kalau kamu nak sibuk sangat keliling dunia, lebih kamu bertanding jadi Setiausaha Agung PBB! Tak ada orang marahpun. Sebagai isteri PM duduk diam-diam atau ikut dan jaga PM tu!]

  1. "Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya."[ Pendapat aku: amboi tanya pulak apa masalahnya? Masalahnya kamu berlebihan dan melampau atau mungkin kamu dah terlampau. Seperti aku kata tadi, perjalanan kamu itu siapa yang tanggung? Nak tanya ni wang siapa? Tak malukah kamu, rakyat tidak pernah pilih kamu, kamu guna wang rakyat untuk membuat lawatan rasmi. Sebagai apa kamu? F.L.O.M? Eh...tolong sikit, rakyat dan perlembagaan tak pernah iktiraf kamu sebagai F.L.O.M! Cheh... tertonggek-tonggek mengaku F.L.O.M konon, malulah sikit kepada Permaisuri Agong!]


  2. "Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

[Soalan aku: Woit….cuba bagitahu, aku nak tahu sangat apa faedah yang dikatakan itu?

  1. Majoriti anak-anak FELDA dapat belajar di PERMATA?
  2. Tadika KEMAS akan di upgrade menjadi PERMATA supaya ramai-ramai anak orang kampung boleh belajar di PERMATA?
  3. Akan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia?
  4. Harga minyak akan turun?Harga barang makan akan turun?
  5. Ekonomi Malaysia yang hampir bangkrap ini akan pulih?
  6. Pelabur mana yang gila lagi pandir yang nak melabur di Malaysia kerana Rosmah Mansor?
  7. Kehakiman Malaysia akan bebas dari pengaruh pemimpin UMNO?
  8. Akan ditambah subsidi untuk rakyat .
  9. Rakyat Malaysia akan dapat pelajaran dan pendidikan percuma di sekolah dan IPT? PTPTN akan dihapuskan ?

Piiraah mabuk ! Sapa percaya kamu? Hantu pun belum tentu percaya kamu. CHEHH...berfaedah konon...rakyat semakin bertimbun dengan hutang!]

Thursday, January 20, 2011

Kenaikan harga barang menyebabkan 80 peratus pendapatan dibelanjakan untuk membeli makanan

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman memberitahu bahawa: " Sebanyak 50 hingga 60 peratus daripada pendapatan penduduk Malaysia digunakan untuk makanan. Apabila berlaku peningkatan, akan jejaskan pendapatan kita."


"Bila harga barangan naik ia menyebabkan perbelanjaan kita naik sehingga 80 peratus bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Tetapi bagi negara-negara lain, kos makanan mereka hanya 45 ke 50 peratus sahaja (daripada pendapatan)" tegasnya lagi.

[Jika begitlah scenario perbelanjaan rakyat, mana peruntukan nak bayar bil, nak bayar bulanan kereta, nak bayar potongan rumah, nak bayar PTPTN, nak bayar yuran asrama anak dan tambang bas sekolah anak , nak bekal belanja anak di sekolah, nak beli minyak kereta, nak hantar belanja anak-anak di IPT kerana duit PTPTN dahlah tak cukup lambat pulak dapat, nak beli seluar dalam dan macam-macam belanja lagi?


Tak kan nak bagi tahu rakyat mesti berjimat cermat kot! Rakyat berpendapatan rendah nak berjimat macam mana lagi? Bagi pandangan sikit? Puasa hari-hari? Jangan guna peti ais, jangan guna mesin basuh, jangan guna telefon, jangan beli kereta, tak payah hantar anak sekolah, jangan mengada-ngada hantar anak ke IPT?


Walaupun rakyat berpendapatan rendah belum sampai ke tahap rakyat di Tunisia tetapi kesukaran hidup, ketidak-cukupan belanja bulanan telah mula mereka rasai. Dari jauh mereka merintih sesama sendiri!


Soalnya apakah PM Najib dan kerajaannya peduli akan nasib rakyat jika melihat kepada apa yang Rosmah Mansor lakukan sekarang? Rakyat yang majoriti berpendapatan rendah sangat terasa ketidak-cukupan wang, sedang Rosmah Mansor bini Najib berbelanja haramjadah wang yang dicukai dari rakyat. Jika begini memang sah PM dan kerajaan UMNO/BNnya tak pedulikan nasib rakyat ?


Rakyat di TENANG sepatutnya cerdik semasa mengundi nanti. Ajarkan sikap tidak jaga hati rakyat yang susah, oleh Najib dan RM itu – UNDILAH CIKGU MALA.]

Wednesday, January 19, 2011

Tolonglah Najib, kami dah tengok Anwar lebam mata, Anwar demam saja belum tengok lagi..!!


Najib kata Anwar Ibrahim tidak perlu mendesak untuk berdebat dengannya kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu ‘demam’. (Gambar sebelah hanya sekadar perhiasan tak ada kena mengena dengan sesiapa - antara contoh orang demam?)


Sebenarnya kalau betullah begitu jadinya pada Anwar jika berdebat dengan Najib, aku suka sangat Najib teruskan perdebatan itu, biarlah Anwar demam, padan muka Anwar!


Teruskanlah Najib, kami nak tengok sangat Anwar Berahim tu demam. Kami dah tengok Anwar sakit pinggang terbongkok-bongkok. Kami dah tengok mata Anwar lebam. Kami pernah dengar cerita Anwar pengsan dalam tahanan. Kami pernah dengar cerita Anwar dibogelkan. Kami hanya belum tengok Anwar demam saja lagi.


Najib debat Najib, debat…. lawan Anwar! Biar dia demam! Aku nak tengok sangat Anwar demam keranamu Najib!


Atau Najib, semua itu auta semata-mata?


Aku tahu sangat spesis macam mukamu Najib dan UMNO ni, kalau betullah ada banyak maklumat tentang Anwar, tidak mahu dedahkan konon, itu bukan Najib dan UMNO namanya! Lambatlah kalau itu perangai UMNO dan para pemimpinnya!


Tak ada maklumat pun boleh direkacipta sampai penuh utusan meloya dan media pencacai setiap hari, inikan pula ada maklumat sungguh-sungguh. Najib dan UMNO nak simpan maklumat buruk Anwar dari pengetahuan umum? Aci kerat....lah !


Banyak sangat alasan....piiraahhhh gagap!!!


Tak ada batu....tu yang benarnya !!!

Boleh tegur pemimpin tapi jangan fitnah

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 19 Jan: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengakui tiada pemimpin PAS yang sempurna, mereka boleh ditegur mengikut cara yang betul tetapi jangan sampai membuat fitnah bukan-bukan kerana pereka cerita fitnah tidak akan selamat di dunia dan akhirat.

Dalam pada itu, beliau sangat menghargai kesanggupan semua pemimpin PAS dan ahli walaupun memegang berbagai gelaran hieraki ilmu seperti MA dan PhD yang sanggup terjun dalam perjuangan Islam di negara ini bersama dengan PAS.

Menurutnya, jika pemimpin itu ingin hidup senang dan selesa, mereka hanya perlu terus berkhidmat dengan pihak berwajib misalnya dengan gaji RM15 ribu sebagai seorang profesor.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pemegang ijazah sarjana MA pada 1960-an di ketika itu UKM pun belum wujud lagi di negara ini, begitu juga dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang mempunyai MA pada tahun 1970-an.

Menurutnya, jika diikut logik berfikir, agak mustahil mereka ingin membawa PAS menyertai BN setelah mereka menghabiskan sebahagian besar dari umur hayat mereka di dalam perjuangan Islam ini dan di hujung usia ingin pula bersama dengan BN.

Beliau menegaskan tugas sebagai pemimpin sangat berat dan besar tanggungjawabnya . Allah SWT hanya menilai amalan takwa yang dilakukan oleh mana-mana individu termasuk pemimpin dan ahli biasa parti, jelasnya.

Beliau berkata demikian di dalam kuliah tarbiah bulanan yang diadakan setiap Selasa minggu ketiga bermula 9.30 malam di Seksyen 18, dekat sini yang sudah berjalan sejak 10 tahun lalu membicarakan buku Fiqh Harakah karangan Ustaz Abdul Hadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada pemimpin PAS secara individu boleh membawa parti menyertai atau menjadi parti komponen mana-mana parti lain seperti BN tanpa mendapat mandat daripada muktamar penuh.

Kerana itu, tiada sebab untuk sesiapa sahaja meragui atau bimbang dengan perjalanan parti apatah lagi menyertai BN sebab PAS mempunyai perlembagaan kukuh dan mantap yang digubal oleh mereka berpengalaman.

Ustaz Idris menambah, jika pemimpin itu ingin menyertai BN dengan tidak mendapat mandat daripada muktamar, hanya individu itu sahaja yang boleh berbuat demikian.

Mereka, jelasnya, tidak boleh membawa parti secara keseluruhannya untuk sama-sama mengikut mereka dan telah jelas selama ini, mereka yang menyertai Umno BN akan 'mati' begitu sahaja.

"PAS ini bukan parti milik mana-mana individu," tegasnya yang meminta mereka yang masih sangsi agar melihat semula semua isi kandungan buku perlembagaan PAS yang jelas memaktubkan bagaimana caranya untuk sesuatu keputusan besar.- Harakahdaily.

Tuesday, January 18, 2011

Serupa tapi masih belum sama !

Yang di Tunisia - dah lari lintang pukang,
Kerana ada yang membakar seluruh badan,
Maka rakyat di jalan berarak panjang.



Yang di Malaysia - walaupun debab tapi masih bertuah badan,
ke sana sini melawat sakan,
Kerana ada yang memberi peruntukan,
Bermalam di Dubai untuk kemudian ke Oman.
Untuk rakyat seperti yang di Tenang,
hanyalah dapat tulang ikan,
menunggu ada yang tercekik tulang ikan
akibat dilayan bagaikan haiwan.
Apakah perlu sampai begitu gerangan?
Barulah dia lari lintang pukang?

Cukuplah berbohong dan berjanji wahai PM, buat!

Bilalah pemimpin UMNO hendak berhenti bermain politik, beretorik dalam membantu rakyat. Rakyat sering dan masih didendangkan dengan cakap-cakap dan janji perancangan indah semacam rakyat miskin di luar bandar di India dihidangkan dengan filem-filem yang berpemandangan cantik dan hero serta heroin yang cun supaya melupakan masalah hidup.

Itu dulu tapi sekarang filem hindustan sudah banyak berubah, semakin menceritakan realiti masyarakatnya yang sebenar. Rakyat di luar bandar India pun sudah semakin cerdik, tak mahu lagi filem-filem yang cuba menghiburkan mereka agar melupakan kerumitan hidup mereka seharian.

Masalahnya, kaedah yang berlaku di India dahulu, masih mahu digunakan untuk menghibur atau melegakan hati rakyat di Malaysia kini. Cakap dan janji pemimpin Kerajaan UMNO/BN semua manis belaka. Hendak buat macam-macam untuk rakyat. Tetapi cakap para pemimpin Kerajaan UMNO/BN hanya cakap tidak serupa bikin.

Makhluk mana yang percaya dengan kata-kata Najib ini?

Najib berkata, dalam mewujudkan masyarakat seimbang, kerajaan komited memastikan setiap individu di negara ini dapat menikmati hasil kesejahteraan negara.

"Kita mahu memastikan setiap nikmat negara dapat dirasai oleh semua. Kita wajib tolong mereka yang kurang bernasib baik, kita prihatin pada yang susah, yang mengalami tekanan hidup, masalah keluarga dan tidak berkemampuan, supaya kesejahteraan negara tidak hanya jadi milik yang kaya dan yang berkemampuan sahaja," katanya.

Justeru, kata Perdana Menteri, untuk menjamin bantuan dapat terus disalurkan kepada golongan yang memerlukan, kerajaan harus menumpukan kepada usaha menggerakkan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Najib kata mahu mewujudkan masyarakat yang seimbang, kerajaan komited memastikan setiap individu di negara ini dapat menikmati hasil kesejahteraan negara. Najib berkata begitu di saat-saat bininya sendiri sedang 'memboroskan' wang rakyat. Apa kejadahnya bini dia itu mempunyai lawatan rasmi keluar negara? Apakah impak positif kepada ekonomi rakyat akan lawatan bini yang tidak sedar diri itu?

Kalau Najib mengatakan begini:

"Kita mahu memastikan setiap nikmat negara dapat dirasai oleh semua. Kita wajib tolong mereka yang kurang bernasib baik, kita prihatin pada yang susah, yang mengalami tekanan hidup, masalah keluarga dan tidak berkemampuan, supaya kesejahteraan negara tidak hanya jadi milik yang kaya dan yang berkemampuan sahaja."

panggil balik serta merta bini kamu itu. Buktikan keperihatinan sebenar kamu terhadap rakyat serta merta. Bodoh sangatkah untuk kamu memahami bahawa aktiviti bini kamu itu begitu meremuk-redamkan hati rakyat yang sedang berada di dalam tekanan hidup ini akibat dari harga barangan keperluan yang melambung tinggi tak terkawal?

Najib tidak malukah, seluruh dunia tahu bahawa Ahmadnejad Presiden Iran melelong kereta Peuguot buruknya hanya untuk membina 3000 rumah untuk rakyatnya yang miskin? Sedangkan apakah pengorbanan NR dan RM untuk rakyat secara peribadi? Apakah lawatan yang entah apa-apa itu dan menginap di hotel RM100k (?) semalaman di Dubai serta 'membeli-belah' (?) di Oman, merupakan satu sumbangan untuk melegakan tekanan hidup rakyat kini? Rakyat bodoh mana yang percaya itu? Apakah lawatan itu menggunakan wang perobadi RM atau NR?

Aku mendengar kata-kata di bawah ini pun aku menyampah:

"Kalau ekonomi kita lembap, sudah tentu hendak tolong orang pun kita kurang mampu. Kalau ekonomi kita meningkat, bolehlah kita agihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan pertolongan. Maka akan wujudlah 'balance society'," katanya.

'Balance society' taik! Apa yang dijangkakan, Najib kelihatannya lebih susah hati jika ekonomi lembap kerana RM tidak dapat ditolong untuk berbelanja dari[ada menolong dan meningkatkan ekonomi rakyat jelata yang miskin!

Najib, sekarang rakyat tidak mahu mendengar cakap-cakap yang manis tetapi bagaikan sembilu yang melukakan dan janji yang merapu. Apa yang rakyat mahu, turunkan harga minyak, turunkan harga barangan keperluan, hapuskan tol, turunkan kos pendidikan anak-anak, kembalikan biasiswa untuk Melayu dan bumiputra, tarik subsidi kepada kroni seperti IPP dan seumpamanya, kembalikan subsidi untuk rakyat miskin, baiki segera sistem pengangkutan awam terutama di luar bandar, pastikan semua rakyat memiliki tanah 4 ekar seorang atau lebih, hapuskan rasuah dan kroni dan YANG PALING PENTING TUNJUKKAN TINDAKAN MENGHAPUS AMALAN MENGARUT, BOROS DAN BERMEWAH BINI KAMU ITU. Jika tidak kamu hanya berbohong demi kuasa!


Sunday, January 16, 2011

Mahathir terus tidak perasan ada RM di tingkat JPM! RM boleh menjadikan Malaysia lebih awal senasib Greece?

Aku masih lagi mahu menulis tentang spesis mewah yang bernama Rosmah Mansur. Kali ini aku mahu mencari di mana manusia yang bernama Tun Dr Mahathir yang begitu becuk terhadap kepimpinan Pak Lah dahulu. Mana Mahathir ? Mana Mahathir? Uzur kah?

Aku bukan membela Pak Lah malah tak hingin pun tetapi aku kesian jugak kat Pak Lah dah pencenpun Mahathir hentam jugak! Kepimpinan Najib lemah, Mahathir kritik Pak Lah kerana warisan Pak Lah kunun! Dulu masa Pak Lah memerintah , Mahathir sibuk mengkritik Pak Lah kerana Tingkat Empat. Tetapi kini zaman Najib ada RM, Mahathir tak kata apa! Nak kata, "Siapa dianya Rosmah? Adakah dia seorang menteri atau dia nya seorang pegawai tinggi kerajaan? Siapa dianya Rosmah ini?", sudah kelu nampak ?

1. RM dapat peruntukan RM111juta katanya untuk projek Permata, Mahathir tak kata apa....

2. RM selaku isteri PM ada Pejabat di JPM, Mahathir tak kata apa...

3. RM mengaku F.L.O.M., Mahathir tak kata apa...

4. RM ada F.L.O.M Division di Pejabat PM, Mahathir tak kata apa...

5. RM dikatakan berbelanja mewah di luar negara, Mahathir tak kata apa...

6. Kos lawatan PM ke luar negara meningkat di dedah di parlimen kerana bawa RM, Mahathir tak kata apa...

7. RM mewakili PM dalam acara rasmi selaku PM di Little Indian , Mahathir tak kata apa...

Kini RM didedahkan menginap di hotel di Dubai RM100k satu malam, nak tengok Mahathir kata apa... Kalau dah berintegriti sangat mengkritik Pak Lah kenapa kelu dalam hal berkaitan RM terhadap Najib?

Inilah rupanya manusia Mahathir ini ! Sebenarnya orang tua ini lupa, atau dari spesis ego mungkin, apa yang juga kelemahan di zaman Pak Lah tambah-tambah lagi di zaman Najib adalah kerana Mahathir dan RM. Satu geng rupanya heh !

Semakin menjadi-jadilah RM nampaknya. Najib kata Malaysia konon akan menjadi seperti Greece kerana janji 100 hari PR untuk rakyat, tetapi nampaknya jika lebih lama lagi Najib memerintah, Malaysia akan menjadi Greece lebih awal lagi kerana RM untuk RM, bukan Ringgit Malaysia tetapi Rosmah Mansor.

Siapa PM, NR atau RM ?

Berita dari mstar:

Ahad Januari 16, 2011

Rosmah Terima Darjah Kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang

KUCHING: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Ahad menerima darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar' daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Penganugerahan darjah kebesaran itu berlangsung dalam majlis ringkas penuh istiadat di Bilik Istiadat, Astana di Petra Jaya.

Rosmah adalah penerima tunggal darjah kebesaran itu sempena ulang tahun ke-89 Yang Dipertua Negeri pada 16 Oktober tahun lepas, bagaimanapun beliau tidak dapat menghadiri upacara penganugerahan kerana ada urusan rasmi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, menteri-menteri Kabinet negeri, ketua-ketua jabatan dan ketua kaum menghadiri upacara tersebut.

Rosmah berada di Sarawak untuk mengiringi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi ke Sarawak selama dua hari mulai Sabtu. - BERNAMA

Bila aku baca berita di atas aku kaget kerana Rosmah Mansur dapat anugerah pingat sahaja. Kali ini Sarawak pula yang bagi. Wah..Datuk Amar Bintang Kenyalang!!

Banyak jasa RM kepada Sarawak dan rakyatnya barangkali. RM penerima tunggal pulak tu !! Biasa aku dengar tunggal tunggal ini ibu tunggal tapi kalau kat kampung aku ada jugak babi tunggal. Rupanya RM termasuk dalam kategori tunggal jugak!

Majlis penyampaian pingat Datuk Amar Bintang Kenyalang ringkas tapi penuh istiadat. PM Najib hadir tapi RM tak hadir kerana ada urusan rasmi! Urusan rasmi di Sarawak? Habis siapa yang mewakili RM menerima pingat itu? Tak kan Taib Mahmud atau Alfred Jabu!

Wah...Najib mewakili RM terima pingat ? Hebat...siapa itu RM? Lebih power nampaknya dari Najib. F.L.O.M ? CHEHH!!!

Habislah Malaysia....Mengikut tulisan laporan BERNAMA itu macam PM Najib mewakili Rosmah yang katanya ada di Sarawak tapi ada urusan rasmi? Macam RM lebih power dan lebih sibuk dari PM. Siapa PM ni ?

So pengundi-pengundi di TENANG perlu sedar PM kamu mungkin bukan lagi Najib tapi kini RM!! Jangan tak tahu!