Followers

Friday, January 14, 2011

Jika benar maka kewujudan F.L.O.M divisyen untuk Rosmah Mansor di JPM adalah antara penderhakaan terbesar kepada Agong dan Permasuri Agong !

Jika benar ianya wujud, maka 'bilik berhantu' yang dinamakan F.L.O.M divisyen di Jabatan Perdana Menteri itu adalah satu penderhakaan yang terbesar kepada Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong dan Raja-raja Melayu selepas peristiwa pindaan undang-undang yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu di zaman pemerintahan Mahathir dahulu.

Tiada siapa rakyat dalam negara ini yang mengiktiraf Rosmah Mansur sebagai First Lady kecuali agaknya Najib dan Kabinet-kabinetnya? Apatah lagi jika disemak perlembagaan negara maka Rosmah Mansur bukan First Lady. Jadinya kenapa wujud divesyen First Lady Of Malaysia ( F.L.O.M) yang menguruskan aktiviti Rosmah Mansur di situ?

Jika perlembagaan Malaysia mengatakan Permaisuri Agong adalah First Lady Of Malaysia, siapa pula yang mengiktiraf Rosmah sebagai F.L.O.M. ? Hey....Rosmah Mansur tidak boleh mengiktiraf dirinya sendiri sebagai F.L.O.M kecualilah dia tidak betul kepala! Jika begini nanti ramai orang yang tak betul kepala (orang gila) akan mudah-mudah mengiktiraf diri sendiri sebagai F.L.O.M! Jahanam Malaysia !!

Jadi jelas pengiktirafan F.L.O.M kepada Rosmah Mansor adalah satu penderhakaan kepada Agong dan Permaisuri Agong. Rosmah menderhaka kerana dengan tidak tahu malu telah menganggap dirinya yang tak layak itu sebagai F.L.O.M. Begitu juga dengan orang yang mengiktiraf dan mebenarkan wujudnya F.L.O.M divisyen untuk Rosmah Mansor di Jabatan Perdana Menteri juga dianggap penderhaka terlampau.

Kepada pencacai, pembodek dan penyapu buntut para pemimpin UMNO yang sibuk mendesak YB SUHAIMI meletak jawatan kerana menyatakan kebenaran mengikut undang-undang dan semangat perlembagaan mengenai perlantikan SUK Selangor, anda tolong juga berpaling ke arah Rosmah Mansor yang menderhaka itu! Beranikah anda berdemo agar F.L.O.M division itu ditutup segera? Atau anda akan menjadi lembek untuk isu itu?

Kepada Zul Nordin yang mengatakan sidang Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan Selangor dalam pemilihan SUK dan 2 pegawai lain itu sebagai sidang derhaka, apakah yang kamu hendak katakan dengan kewujudan F.L.O.M di Jabatan Perdana Menteri itu atau mulut kamu telah tersumbat penuh hingga tak dapat berkata-kata lagi? Atau dengan lemah-lembut dan penuh budi bahasa Zul akan kata " Rosmah Mansor yang ku kenali itu memang F.L.O.M!"? CHEHH!!!


Thursday, January 13, 2011

Khairy tak usah bermimpi nak berdebat dengan Anwar Ibrahim, lebih baik buat persediaan belajar lagi selepas melepas jawatan nanti....!

Alahai Khairy pun nak ajak Anwar Ibrahim berdebat pasal ekonomi mengenai janji 1oo hari Pakatan Rakyat ? Aku rasa Khairy hanya mahu menunjuk kepada Najib. Dengan sikap sebagai pahlawan kepada ketuanan Najib, harap-harap Najib akan pujuk dia agar membatalkan niatnya untuk tidak bertanding !

Betul aku yakin Khairy memang boleh dan pandai berdebat tetapi meminjam kata-kata Mahathir "siapakah ianya khairy ini, adakah dia menteri, pegawai tinggi kerajaan atau siapa dianya khairy?"

Khairy...Timbalan Menteri tidak, Menteri apatah lagi, pegawai tinggi kerajaan pun bukan, cuma hanya sekadar Ketua Pemuda UMNO, itupun Ketua Pemuda UMNO yang paling lemah katanya. Oh ya dengar ceritanya dia juga 'seorang model sambilan'! Tahap serupa itu nak ajak tokoh seperti Anwar Ibrahim berdebat isu ekonomi ? Apa tak ada cermin ke untuk khairy 'belek' sikit muka dia tu?

Kalau mengikut formula Ibrahim Ali lagilah Khairy tak layak. Tak layak langsung!

Aku rasa yang lebih baik untuk Khairy fikirkan ialah persiapan selepas melepaskan jawatan nanti. Cari-carilah tajuk atau isu untuk buat Phd. Jangan buang masa ajak Anwar Ibrahim berdebat. Biarkan Tokoh Utama Pakatan Rakyat berdebat dengan Perdana Menteri 1Malaysia, bukan dengan Ketua Pemuda UMNO yang Timbalan Menteri bukan, Menteri jauh sekali !


Wednesday, January 12, 2011

Malaysia semakin punah-ranah kerana program 'pemandiran' !

Jika terus berada di bawah penguasaan UMNO/BN, Malaysia akan terus punah-ranah. Banyak perkara yang telah disebut orang yang boleh menyebabkan punah-ranah negara ini. Mereka yang berfikir akan merasa gerun dan malu dengan apa yang berlaku. Mereka yang tidak berfikir akan terus menjadi bahan pembodohan. Mereka yang memkikrkan perut akan terus menjadi balaci dan barua walaupun hilang kehormatan diri.

Terbaru KSN turut menjadi alat kepada ketamakkan UMNO/BN sehingga mengecohkan kerajaan PR berkaitan isu perlantikan SUKN Selangor. Jika KSN mengikut prosedur biasa dengan menjunjung semangat persekutuan, apa yang berlaku di Selangor tidak akan berlaku. Tetapi KSN sebagai ketua perkhidmatan awam yang sepatutnya bersikap profesional, berkecuali dan berintegriti telah menjadi alat politik murahan yang tidak bertanggung-jawab. KSN yang selama ini dihurmati telah dijangkiti penyakit yang dideritai oleh Peguam Negara, Hakim Negara, SPR, SPRM, PDRM dan berbagai lagi. Tidak punah-ranahkah Malaysia jika begini kelakunya mereka itu?

Bertambah hina lagi integriti perkhidmatan awam negara ini apabila Pengarah Pelajaran Johor terus terang berpolitik. Belum masuk pun tempoh berkempen di DUN Tenang, pegawai perkhidmatan awam itu telah mendahului ahli-ahli politik telah berkempen memaksa guru-guru kaunseling membantu untuk kemenangan UMNO/BN di DUN Tenang. Apa ni ? Apa dah jadi dengan pegawai atasan? Di manakah sikap profesionalisma, integriti Pengarah Pelajaran Johor itu? Isunya layakkah orang ini menjadi Pengarah Pelajaran? Atau memang diapun sudah merelakan diri 'dilacuri' oleh UMNO/BN?

Lebih malang negara ini, apabila Timbalan Menteri Pelajaran Fuad Zarkashi membela dan menyokong 'kempen awal' Pengarah Pelajaran Johor itu atas alasan menyokong dasar-dasar kerajaan semasa. Kepala......... hang ! Haaa aku nak kata kasar dah ni!

Bagaimana, katakan, Pengarah Pelajaran Kelantan atau Kedah atau Pulau Pinang atau Selangor pergi berjumpa dengan guru-guru kaunseling di negeri masing-masing jika ada PRK, agar menyokong kerajaan negeri-negeri tersebut kerana alasan menyokong dasar-dasar kerajaan negeri semasa? Apa Fuad nak kata? "Tak apa kerana Pengarah itu menyokong dasar-dasar kerajaan semasa!" Heh...boleh kerat sekali lagi kalau Fuad kata macam tu....!!!

Kena kat dia semua boleh, semua tak apa, semua halal. Acu kena kat orang, pasti semua pengarah-pengarah tu kena kerat sekali lagi !!

Cukuplah memandirkan Melayu kerana Melayu tidak pandir selamanya !!!


Sakit-sakit...orang ajak debat ekonomi, nak debat APCO pulak dah !

Nazri Aziz kata "Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu APCO dulu dan debat dengan saya dulu". Itulah cabaran Nazri Aziz kepada Anwar Ibrahim.

Aku pelik juga dulu Anwar mahu membela diri soal APCO dalam parlimen, digantungnya Anwar. Sepatutnya masa itulah ambil peluang berdebat dengan Anwar pasal itu tapi rupanya baru sekarang ini tersedar nak ajak Anwar berdebat pasal APCO.

Okaylah aku rasa eloklah juga perdebatan soal APCO antara Nazri-Anwar diadakan seperti mana debat Anwar-Sabry Cheek dulu. Dulu bersembur-sembur air liur Sabry. Tetapi oleh kerana Anwar dulu yang mencabar Najib, eloklah perdebatan isu ekonomi yang lebih penting itu didebatkan dulu. IsuEkonomi kan penting !! Lagi pun isu APCO, Anwar telah pun digantung!

Eloknya adakan dahulu perdebatan antara PM dengan bakal PM (kalau PR menang) diadakan dulu. Dengan Nazri tak payah, siapa dia tu? Kalau bakal TPM tak apa juga tapi tak ada apapun, harap menjadi ayam sabung je. Berkokok tak habis-habis!

So amacam Najib? Boleh sahut cabaran ?

Yang lain janganlah kacau. Rais Yatim kenapa pula sibuk? Nampaknya sejak akhir-akhir ni awal-awal membela Najib?

"Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.

"Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal.

"PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas bertemu petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Kuala Lumpur, semalam."

Rais kata cabaran Anwar kepada Najib gimik lama dan mahu publisiti ! Laa... gimik apa pula? Kalau Najib sahut cabaran maka jadilah debat itu realiti, gimik apanya? Debat akan menjadi gimik jika Najib tidak sahut cabaran debat...ha itu barulah jadi gimik!!! Soalnya sekarang Najib!

Publisiti ? Ya kah Anwar mahu publisiti? Pemimpin macam Anwar perlu publisiti lagi kah? Anwar datang ceramah di mana-mana, orang ramai tanpa bas percuma, makan percuma , parking berkilometer, berpuluh ribu datang mendengar dan melihat Anwar! Nak publisiti apa lagi? Yang menjadi masalah sekarang ialah Anwar belum bercakap, polis sudah stop ceramah. Yang dulu tentang isu wikileaks, polis stop ceramah Anwar kerana orang semakin ramai! So dari realiti yang boleh dilihat dengan mata kepala rasanya Anwar tak perlu publisiti kalau Najib mungkin!!

Yang paling bangang ulasan raja katak. Adakah memberi ulasan macam ni? Macam manalah UMNo nak ambik balik masuk UMNO?

"Ahli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula berkata Najib tidak perlu melayan kehendak Anwar kerana Anwar bukan seorang pakar ekonomi atau pakar kewangan, malah tidak ada pengalaman dan juga kelulusan.

"Tak perlu PM masuk perangkap politik Anwar. Anwar hanya berlagak pandai dan dia adalah pakar putar alam," dakwanya."

Kalau ikut sifir bangang ini, ramai yang tak layak jadi menteri kewangan, jadi PM pun tak layak! Ada lagi spesis tak cerdik macam ni.

Ini seorang lagi, katanya Prof. Sebagai Prof bagilah ulasan yang munasabah. Adakah kerana rakyat lebih suka dengar forum maka debat tak payah. Kalau macam tu batal ajelah debat sekolah-sekolah tu!

"Sementara itu Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Shamsul Amri Baharudin berkata cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib mengenai polisi ekonomi, dilihat sebagai satu usaha terdesak.

Katanya, Anwar tidak perlu untuk berdebat memandangkan rakyat kini lebih cenderung menonton majlis yang berbentuk forum perdana."

Sakit Malaysia ada orang yang konon katanya cerdik, kalau beginilah cara memberi pendapat! Heh...tak cerdik langsung! Mengampu!


Tuesday, January 11, 2011

Apakah isu UG perlu dibangkitkan lagi?

Anwar: Hadi, Nik Aziz kawan karib saya

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa rakyat supaya tidak mempercayai dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, lapor TV Selangor.

Sambil menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rakan karibnya, Anwar ketika ceramah di Gombak malam semalam mempertahankan presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan berikutan pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Kata Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padu mereka kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

Rakan karib

“Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

“Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya,” katanya.

Kelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam yang antara lain berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN.
Selain itu, 12 ribu hadirin berkenaan juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

Malam semalam, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

“Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka,” katanya.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis anjuran Yang di-Pertuan Agong.


Tiada tafsiran lain


“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam Ahad lalu, Hadi juga dilaporkan berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

“Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

“Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

sumber: malaysiakini.com


[TGNA telah menjelaskannya. TGHH pun telah menjelaskannya. Kini Datuk Seri Anwar Ibrahim pun menjelaskan. Kata Anwar, tiada masalah dan tiada tafsiran lain lagi. Semua pihak telah menjelaskannya. Maka itu apakah perlu lagi timbul isu UG lagi?

Cukuplah, fokus kepada pilihanraya yang masih berliku dan berduri. Pakatan Rakyat perlu segera menyelesaikan beberapa perkara penting mengenai pilihanraya dengan SPR. Masalah 'pengundi hantu' yang kononnya tiada kata SPR dan masalah pengudi pos perlu diatasi segera. Jika dua isu ini tidak diatasi Pakatan Rakyat sukar menguasai Putrajaya! ]


Monday, January 10, 2011

Salah seorang anggota kabinet Malaysia, 'Menteri Bini Perdana'

Mengalahkan menteri dia pun ada lawatan rasmi ke luar negara. Dengar ceritanya ke Asia Tengah apa? Bawak rombongan ramai pulak tu. Pendedahan kos lawatan Najib membawa dia ke luar negara telah didedahkan di parlimen dan semua rakyat tahu, dia buat tak kisahpun. Lawatan bagaikan menteri tetap dia teruskan.

Yang peliknya, dulu beria-ria Mahathir hentam Pak Lah kerana menantu PM. Siang malam pagi petang. Pantang nampak kelibat khairy, tercungap-cungaplah Mahathir menghentam sambil bertanya "Siapa itu khairy, adakah dia menteri atau pegawai kerajaan?".

Kerana hentaman Mahathir yang bertalu-talu itulah maka Pak lah jatuh terjelepok.

Tapi bertambah pelik pula sekarang kerana Mahathir tidak nampak pula bahawa ada bini perdana yang menguasai Najib. Atau Mahathir memang nampak tapi memang setuju dengan bini perdana . Atau bini perdana lebih geger dari Mahathir?

Boleh pulak bini perdana membuat lawatan rasmi? Boleh pulak bini perdana menyaksikan MOU, mewakili siapa? Kerajaan Malaysia? Boleh pula bini perdana membawa puluhan ahli rombongan? Peruntukan Kementerian mana untuk bini perdana?

Jika beginilah, rasanya bini perdana ini lebih hebat dari Tingkat Empat. Malah lebih hebat dari pak-pak menteri yang lain.

Kalau dulu Pak Lah dikawal oleh Tingkat Empat, kini Najib di kawal oleh Menteri Bini Perdana. Siapa? Salah seorang anggota kabinet Malaysia, Menteri Bini Perdana !? HEH!!

Sunday, January 09, 2011

Orang Melayu Tenang, masihkah tenang ?

Apa peduli, rakyat marhaen hanya merungut di kedai kopi, dan bloggers di blog masing-masing. Habis merungut habis cerita. Nak ke mana-mana tetap ke petrol station isi minyak. Lapar tetap membeli. Merungut, perkara biasa !

Pemimpin UMNO tahu dan faham sangat dengan perangai orang Melayu. Lagi pun Mahathir dah bagi tahu, "Melayu mudah lupa". Cakap sahaja yang enak-enak kepada orang Melayu, orang Melayu akan lupa harga barang naik, orang Melayu tak kisah Ron97 naik kerana ... ya sungguh Ron97 untuk orang kaya!!! Dengan orang Melayu bagi sahaja alasan, orang Melayu terima...Ron 97 minyak untuk kaya.

Jadinya tak pelik minyak Ron 97 akan naik lagi. Sebab katanya ikut harga dipasaran dunia. Orang Melayu tak kisah...ooo ikut harga pasaran dunia! Lagi punRon 97 hanya untuk orang kaya, orang miskin jangan guna, kamu tak layak!!!

Kesian orang kaya, padan muka orang miskin!

Sejarah naik turun naik Ron 97:

01 Oktober 2004 : RM1.42

28 Februari 2006 : RM1.92

05 Jun 2008 : RM2.70

23 Ogos 2008 : RM1.92

16 Disember 2008 : RM1.80

01 September 2009: RM2.05

15 July 2010 : RM2.10

02 November 2010 : RM2.15

01 Disember 2010 : RM2.30

05 Januari 2011 : RM2.40

Nampaknya harga Ron97 akan naik lagi, mungkin sebanyak 0.30. Kenapa 0.30 sen? Kenaikan yang menyamai harga kenaikan pada 05 Jun 2008 dulu.

Bilakah harga Ron97 akan naik?

Selepas UMNO menang di DUN Tenang! Orang di Tenang mungkin tahu tapi dah memang orang Tenang, nak buat macam mana!

Soalnya apakah apakah benar begitu, orang Tenang selama-lamanya tenang? Bagaimana kalau kali ini orang-orang tenang sudah tidak tenang dan tidak senang dengan UMNO ? Kita tengok nanti.