Followers

Saturday, January 08, 2011

UMNO yang jahat banyak buat jahat kepada Istana

Dulu berlaku di Perak, SUK memainkan peranan yang tidak bertanggungjawab dan keji dalam rampasan kuasa tehadap kerajaan pilihan rakyat. Kerana peranan SUK itulah maka kerja-kerja jahat dan keji UMNO/BN nasional mudah terlaksana. Maka runtuh kerajaan Pakatan Rakyat yang menang pilihanraya di Perak.

Kini, seorang pegawai Jusa C diangkat melangit ke JUSA A, yang pernah menjadi Setiausaha Sulit bekas Menteri Besar Selangor Muhamad Mohd Taib masuk ke pejabat SUK Selangor sebagai SUK ditambah dengan restu Istana!

Bolehkah seorang pegawai Kerajaan yang dulu pegawai kepada seorang Menteri besar UMNO, yang cara-cara bekerja di Jabatan Agama Islam Selangor bagaikan cara berkerja seorang Setiausaha UMNO, direstui oleh MB Pakatan rakyat sebagai SUK negeri? Walau apapun alasannya apakah perlantikan ini adil dan sangat bertanggungjawab kepada seorang MB Pakatan Rakyat? Sudah pasti tidak malah tidak keterlaluan perlantikan ini mempunyai udang di sebalik batu. Dalam erti kata lain, bolehlah dijangka bahawa ada konspirasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam perlantikan SUK tersebut.

Apakah tujuan perlantikan ini mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat diperlakukan seperti apa yang diperlakukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Perak ? Hal ini begitu mudah diduga kerana SUK yang dilantik itu adalah Khusrin Munawi.

Oleh yang demikian, hasrat kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim wajar meneruskan Sidang DUN Tergempar untuk meminda undang-undang yang memberi kuasa kepada Menteri Besar menasihati Sultan dalam perlantikan pegawai-pegawai penting kerajaan negeri.

Atau kerajaan Pakatan Rakyat wajar mengambil tindakan mahkamah di atas pelantikan Khusrin supaya mahkamah sendiri membuat keputusan bagi mentafsir undang-undang sama ada perlantikan itu sah atau pun tidak.

Sesungguhnya perlantikan Khusrin dan cara perlantikan Khusrin itu tidak langsung membawa kesan positif kepada mana-mana pihak, sebaliknya dari segi jangka panjang ia lebih banyak membawa kerugian berterusan kepada kerajaan UMNO/BN dan mencalar-balar imej Institusi Raja itu sendiri dalam pandangan rakyat. Rakyat menyayangi istana kerana istana selama ini menjadi tempat rakyat berpayung tetapi bagaimana jika telah ada rakyat yang merasakan diri mereka tidak dipayungi lagi kerana angkara UMNO yang jahat itu?

Di sinilah bangsat dan jahatnya UMNO yang boleh merosakkan imej istana! Jelas UMNO bukan lah penjaga istana yang boleh diharap!


Friday, January 07, 2011

Isu yang tidak boleh dibiarkan: Kenaikan harga minyak dan barang keperluan adalah isu besar yang menekan kehidupan rakyat

Kenaikan harga barangan keperluan harian rakyat memang cukup membimbangkan kerana sangat menyusahkan kehidupan rakyat terutama yang berpendapatan rendah apatah lagi rakyat dari golongan miskin.


Trend kenaikan harga barangan keperluan harian ini hakikatnya begitu menjadi-jadi sejak setahun dua ini. Rakyat kian mengeluh setiap kali pulang dari membeli barangan keperluan. Membeli barangan dapur, barangan basah di pasar, keperluan persekolahan anak-anak, rakyat mengeluh mahal.


Dulu-dulu rakyat menganggap kenaikan ini perkara biasa yang terpaksa diterima akibat alasan yang lunak yang didodoikan ke telinga. Namun kini rakyat tidak lagi terasa kenyang dan senang dengan alasan-alasan kerajaan UMNO/BN menjustifikasikan kenaikan harga barangan harian mereka. Kebanyakan rakyat melihat kenaikan harga barangan berlaku secara tidak wajar maka mula menilai sikap, kejujuran dan keprihatinan kerajaan UMNO/BN terhadap mereka.


Rakyat tidak bodoh lagi untuk menerima alasan kerajaan UMNO/BN bahawa kenaikan harga minyak yang begitu tinggi itu sedangkan hakikatnya Malaysia adalah negara pengeluar minyak yang kaya. Bagi rakyat perbandingan harga minyak di Malaysia dengan harga minyak di Thailand dan Singapura adalah perbandingan yang paling bangang dan bahlul yang penah didengar!


Kenaikan harga minyak petrol RON97 baru-baru ini sebanyak 10 sen menjadikannya RM2.40 seliter dan kenaikan harga bawang, walaupun ia dijanjikan tidak akan dinaikkan oleh pemimpin Umno-BN sebenarnya hanyalah jaminan palsu yang cukup menyakitkan kehidupan rakyat.


Dengan ungkapan jaminan yang penuh putar belit dari mulut para pemimpin UMNO/BN terutama dari mulut menteri yang menjaga harga barangan itu, dapatkah diyakini harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan sedikit masa lagi? Aku tak percara langsung!


Rakyat tidak bodoh sekali lagi untuk menerima jaminan Menteri UMNO/BN bahawa kekurangan minyak masak di pasaran bukan alasan untuk menaikkan harga minyak masak sedikit masa lagi terutama selepas Tahun Baru Cina. Bolehkah dipakai dan dipercayai jaminan tersebut? Dan yang paling rakyat tidak boleh terima ialah kekurangan minyak masak itu sendiri di pasaran sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak sawit utama dunia.


Rakyat ingin bertanya kepada kerajaan UMNO/BN yang cuai dan tidak bertanggungjawab, Malaysia sebagai negara pengeluar sawit utama dunia, ke mana hilangnya minyak masak sawit dari pokok-pokok kelapa sawit yang penuh menghutani bumi Malaysia ini? Dicurah ke mana? Atau monyet di hutan disusukan, anak dipangkuan dibangsatkan?


Beberapa tahun dulu berlaku kekurangan beras di bumi subur Malaysia yang tidak sepatutnya berlaku. Apakah sedikit masa lagi kekurangan beras akan berlaku kembali? Tidak mustahil nampaknya kerana trend kekurangan barang-barang keperluan rakyat marhaen ini semakin menjadi-jadi kini dan harga beras tidak keterlaluan akan naik juga!


Sikap kerajaan yang suka menaikkan harga minyak dan barangan keperluan cukup menekan kehidupan rakyat. Benar, di Malaysia masih belum terdengar ada orang yang mati kebuluran tetapi penderitaan dan kesusahan rakyat tidak semestinya dengan kebuluran berlakunya di kalangan mereka. Namun kita sering membaca di media dan akhbar-akhbar tempatan, senario di bawah yang memang wujud di negara ini walaupun negara telah merdeka 53 tahun dan bakal katanya menjadi negara maju pada 2020 nanti. Apakah senarionya ?:


  1. Hidup kais pagi makan pagi, banyak berlaku,
  2. Makan bercatu sekali sehari,
  3. Kehidupan bergantung kepada ihsan jiran
  4. Majoriti rakyat berpendapatan rendah yang berhutang dan
  5. Kehidupan rakyat yang tidak mempunyai peluang menyimpan wang secara bulanan – terpaksa mendahulukan keperluan hidup harian.


Beberapa senario di atas menggambarkan betapa susah dan tidak standardnya rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang ramai masih miskin (penyokong kuat UMNO/BN) di bawah kerajaan UMNO/BN yang diuar-uarkan sebagai pembela yang berjaya memajukan rakyat dan menghapus kemiskinan.


Jelas bahawa kenaikan harga barangan telah berlaku secara tidak berasas dan tidak munasabah dalam period ini. Namun kerajaan UMNO/BN sama ada tidak sensitif dengan membiarkannya berlaku atau sebenarnya tidak effisyen menghalang kenaikan harga barangan keperluan rakyat.


Memang rakyat negara ini sudah begitu terasa kesan kenaikan harga barangan harian. Kalau rakyat di negara lain telah ada yang merusuh di jalanraya kerana tekanan kenaikan harga barangan keperluan ini, namun rakyat Malaysia masih belum terdesak untuk berbuat demikian. Walaupun begitu sebelum keadaan itu berlaku secara spontan dan menekan kehidupan lebih parah, adalah lebih waras jika seluruh rakyat menganggap apa yang berlaku itu merupakan kegagalan besar kerajaan UMNO/BN. Kerajaan UMNO/BN gagal kerana sikap yang tidak prihatin rakyat, ego, pemboros, pembazir, tidak amanah, tidak cekap, hilang moral dan integriti.


Maka itu kerajaan ini perlu diganti oleh kerajaan lain yang lebih cekap dan bersih melalui proses pilihanraya khususnya dalam PRU ke 13 nanti. Dalam kontek ini Pakatan Rakyat (PAS, PKR, dan DAP) adalah pilihan yang bijak untuk rakyat melegakan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Thursday, January 06, 2011

Perlantikan Khusrin pasti memendekkan lagi usia parti ganyut itu.

Percayalah kedegilan perlantikan Khusrin dari idea UMNO /BN sebagai SUK Selangor akan menjadi senjata makan tuan. Perlantikan itu akan tidak mampu untuk mengkuatkan antibodi UMNO malah ia akan melemahkan sel-sel organ UMNO untuk mempercepatkan lagi proses penamatan hayat UMNO buat selama-lamanya.

Walaupun nanti akan kelihatan seolah-olah UMNO/BN menang kerana terlantiknya Khusrin namun realiti sebenar perlantikan itu akan mempercepatkan virus kanser menyerang organ dalaman parti tua. Mereka mungkin akan bergembira seketika kerana akan merasakan UMNO yang telah lama sakit kelihatan macam segar kembali. Tapi awas biasanya kalau orang yang telah lama sakit tiba-tiba kelihatan segar dan becuk mulut bercakap alamatnya akancepat mati hanya menunggu masa.

Namun demikian di sebelah Pakatan Rakyat, aku sangat bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Selangor di bawah pimpinan MB Tan Seri Khalid. Laksanakanlah perancangan yang telah diatur. Jangan menyerah kalah kerana segala perancangan itu akan mengakibatkan UMNO akan lebih parah padahnya. Lihat di Perak UMNO tidak berani membubar DUN Perak, jika mereka bubar DUN Perak mereka pasti akan balik awal. Yakinlah rampasan kuasa di Perak tidak mamu memanjangkan usia UMNO yang sudah ganyut itu. Itulah juga yang akan berlaku kepada UMNO di Selangor.

Silakan UMNO di bawah pimpinan Najib, buatlah perangai jahat kamu itu, kamu pasti akan tersadung juga akhirnya nanti. Pasti, kerana alangkan firaun ditelan lautan!

Yeah..rakyat diutamakan !!

Sudah ramai orang-orang kampung merungut harga barang kian mahal. Kata mereka bawa duit RM50 macam tidak ada apa bawa balik ke rumah. Mereka merungut bayaran tambahan sekolah juga meningkat. Anak bukan seorang yang bersekolah. Yang berada di IPT sentiasa tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan makan. Kalau ke pasar mereka hanya mampu beli ikan selar kuning, selayang dan anak pelaling. Ikan-ikan lain mahal.

Keadaan mereka akan lebih teruk dengan kenaikan harga minyak Ron97. Mereka merungut kekurangan harga minyak masak bukan kerana minyak masak tak cukup tetapi kata mereka, dah tahu taktiknya apabila kekurangan minyak masak dihebuhkan. Kata mereka pengumuman Menteri yang mengatakan harga minyak masak tak akan naik hanya sebelum tahun baru Cina. Tahun Baru Cina sudah hampir, maknanya selepas tahun Baru Cina harga minyak masak pasti akan naik!

Yang susah dan banyak merungut sekarang ialah orang-orang kampung dan FELDA yang sebenarnya mereka inilah selama ini menyokong kerajaan UMNO/BN mati-matian. Mereka inilah yang sering dihiburkan dengan alasan bodoh. Kesian mereka sering diperbodohkan!

Di DUN Tenang nanti sekali orang-orang kampung dan FELDA akan diperbodohkan dengan pelbagai alasan yang lunak tapi pembohongan semata. Mereka akan terus merungut akan kesusahan hidup akibat dari harga barangan yang semakin naik. Namun UMNO/Bn yang mereka sering sokong apa peduli! Janji UMNO/Bn terus berkuasa!

Bagi UMNO rakyat harus terus diratibkan dengan slogan " Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang mana maksud sebenarnya ialah "Rakyat didahulukan untuk susah, pencapaian timbunan harta kroni diutama"!

Wednesday, January 05, 2011

Bunuh Pengkritik Sultan, Satu Cadangan Yang Hina

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.drmaza.com

3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

[Terfikir aku, mengapalah orang yang dikritik itu tidak berfikir; apakah mengkritik itu bermakna benci atau tidak sayang, dan apakah memuji itu atau mengampu bermakna sayang atau suka ? Fuh...payah juga hendak berfikir rupanya! Mujurlah aku dilahirkan untuk tidak duduk di atas 'kayangan' !]

Tuesday, January 04, 2011

Ttemu tengoh jalang, kak majleh makang - kerajaang perpaduang ....ambooh !!!

Aku tulis pasal isu ini, tak kisah sangat orang kata apa, sebab bukan ramai yang tahu aku tulis ini. Blog aku ini siapalah yang baca, kalau adapun dua tiga orang, itupun tersesat, tak macam blog blogger-blogger raksaksa. Pemimpin? Hoo…lagilah tak baca! So aku bebaslah menulis tentang isu UG yang nampaknya sedang berbangkit kembali kini. Sekadar untuk renungan sendiri!

Aku sayang kedua-dua Tok Guru aku itu, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Jasa mereka kepada perjuangan Islam melalui parti PAS memang tak mampu dipertikaikan oleh kawan atau lawan. Namun kedua-duanya adalah manusia biasa yang macam orang lain jugak yang tidak terlepas dari tersilap dan tersasul dalam tindakan dan pemikiran politik mereka. Kalau adalah, rasa aku tidak ada! Cumanya mereka itu berbeza dari orang biasa kerana mereka bukan sahaja politikus besar malah adalah ulamak besar dalam perjuangan ini dan hebat pada pandangan aku. Begitulah hakikatnya!


Dulu Tok Guru Haji Hadi melontarkan pandangan Kerajaan Perpaduan yang begitu mudah bagi aku yang berada diceruk yang hinga-bingar ini untuk memahaminya. Kata Tok Guru Haji Hadi dalam penjelasannya yang panjang lebar apabila lontaran ideanya menjadi isu yang menggegarkan ialah maksud kerajaan perpaduan yang dilontarkan itu ialah kerajaan yang tidak ada parti pembangkang. Maknanya semua parti yang ada dalam Malaysia ini UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dan lain-lain termasuk yang di Sabah dan Sarawak akan berperanan menjadi kerajaan. Itulah yang aku yakin sangat maksud diucapkan oleh Tok Guru Haji Hadi. Aku tidak tahulah jika ada niat lain disebalik kata-katanya itu kerana aku bukan pandai baca hati orang.


Tapi dari idea yang dilontarkan oleh Tok Guru Haji Hadi, aku pelik alih-alih begitu tegar pandangan dan kritikan yang bertalu-talu menghentak Tok Guru Haji Hadi hingga ada di antaranya pada penilaian aku agak terkeluar dari batasan kritikan yang membina, konon Tok Guru Haji Hadi mencadangkan Kerajaan Perpaduan itu adalah antara PAS dan UMNO.


Puas aku mencari di mana kata-kata Tok Guru Haji Hadi begitu, namun aku tidak menjumpainya kecuali soal isu YB Dr Hassan Ali di Selangor. Tapi bagi aku isu Hassan Ali berbeza dengan apa yang Tok Guru Haji Hadi maksudkan. Dua benda yang berbeza pada penilaian aku. Tetapi ada pihak yang terus mengatakan kerajaan Perpaduan itu adalah antara UMNO dan PAS dan berkait-kait pulak dengan isu Dr Hassan Ali di Selangor. Maka keadaan pada waktu itu menjadi berbelit-belit dan pening !!!


Sehingga aku dapat rasakan kalaulah sekiranya pada hari ini terkeluar sahaja dari mulut Tok Guru Haji Hadi perkataan “ Kerajaan Perpaduan” walaupun maksud berbeza, pasti akan terhentak sekali lagi Tok Guru Haji Hadi ‘dibelasah’. Pendek kata agaknya Tok Guru Haji Hadi tak boleh sebut pun istilah “Kerajaan Perpaduan”, kalau sebut keadaan sekeliling akan meletup-letup! Terfikir aku ‘kenapalah mesti begitu?”.


Aku tidak menyokong mana-mana pihak dalam isu Kerajaan Perpaduan kerana aku menyokong kedua-dua Tok Guru yang aku kasihi itu.


Pada hari ini aku sekali lagi terasa pelik kerana apabila Tok Guru Nik Aziz bersama pemimpin-pemimpin PAS yang lain berjumpa PM Najib dan siapa-siapa lagilah di Istana Trengganu atas jemputan DYMM Yang Dipertuan Agong, isu Kerajaan Perpaduan bangkit kembali. Namun demikian nampaknya sekali lagi Tok Guru Haji Hadi hampir terfitnah kerana pada awalnya kelihatan macam ada sebiji dua peluru cuba dilontar kepada Tok Guru Haji Hadi. Tetapi kali ini apabila membabitkan Tok Guru Nik Aziz rupanya berlainan cara penerimaannya walaupun Tok Guru Nik Aziz tidak mendedahkan kandungan perjumpaan itu. Nasib Tok Guru Nik Aziz lebih baik Tok Guru Haji Hadi dahulu. Alhamdulillah.


Aku tidak dapat bayangkan kalau sekiranya Tok Guru Haji Hadi terpaksa pergi ke majlis seumpama itu atas jemputan yang seumpama itu, dan tidak mendedahkan kandungan perjumpaan seperti yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz atas sebab kerahsian dan untuk menjaga maruah Agong, pasti…pasti sekali lagi Tok Guru Haji Hadi akan dihujani peluru dan maki hamun dari beberapa pihak seperti dahulu. Apapun alasan yang Tok Guru Haji Hadi berikan aku dapat rasakan akan dibakulsampahkan. Masya Allah! Sedangkan dahulu Tok Guru Haji Hadi menyebut dengan jelas apakah maksud Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan idea olehnya. Aku cukup mudah memahaminya.


Kenapalah mesti mengkritik begitu. Bagi aku kedua-dua Tok Guru aku itu orang yang terlalu alim dan terlalu tahu dosa pahala untuk menipu khalayak ramai. Aku bersikap mudah tanpa prasangka menerima apa-apa sahaja penjelasan kedua-dua Tok Guru aku itu kerana bagi aku, tidak munasabah sekali kedua-dua mahu mengorbankan perjuang menegakkan Islam di tanah air ini. Harakah ini mereka yang bina dan membentuknya. Mereka terlaku banyak jasa dalam pejuangan ini berbanding mereka yang mengkritik terlalu emosi.


Contohnya aku masih ingat dan terlalu sedih apabila dahulu ada seorang blogger yang pernah ditahan polis kerana kes Sultan Johor mangkat, memaki hamun Tok Guru Haji Hadi begitu mudah dan lancang seolah-olah maki hamun itu adalah lontaran kecerdikan fikrah islaminya! Ada ketahankah blogger ini dalam ‘perjuangannya’ seperti ketahanan kedua-dua Tok Guru ini mengharungi kegetiran perjuangan mereka dalam membawa PAS hingga ke tahap ini hari ini?


Kritiklah pimpinan kerana teguran itu diperlukan namun tidak perlu beremosi keterlaluan sebab bagi aku sebagai blogger PR apatah blogger PAS, berikhlaslah dalam mengkritik pimpinan. Tidak suka pemimpin semasa mereka boleh ditukar tetapi bersabar, gunakan pemilihan parti yang sedia ada. Bukan menghentam tanpa memikir hujah dan alasan yang diberikan.


Bagi aku sepatutnya tidak ada apa-apapun isu Kerajaan Perpaduan yang perlu dibangkitkan lagi dari pertemuan yang diperjelaskan itu, baik kepada Tok Guru Nik Aziz mahupun Tok Guru Haji Hadi. Tak kanlah sampai mereka tidak boleh bertemu muka dengan pemimpin UMNO maka terus tuduh konon bincang Kerajaan Perpaduan! Malaysia bukannya besar mana untuk mereka tidak bersua muka! Amboi sampai tak boleh bersua muka – kerajaang perpaduang terus!


Harga minyak masak akan naik ? Atau dah pun naik senyap-senyap?

Tahun 2011 pasti mengancam rakyat terutama rakyat marhaen dengan kenaikkan harga barang.

Jagaaa..... hati-hati... ..harga minyak masak pasti akan naik atau pun mungkin telah naik senyap-senyap di pasaran , cuba ckeck di pasaran tengok!

Apakah bukti harga minyak masak akan naik?

Hah...buktinya mudah sahaja iaitu apabila menteri atau timbalan menteri kerajaan UMNO/BN buat sidang akhbar memaklumkan harga minyak masak akan kekal!! Bila mereka kata tidak akan naik atau akan kekal, pasti akan naik! Tunggu masa sahaja. Masa rakyat tengah leka!

Kebiasaannya apabila ada kenyataan daripada menteri atau timbalan menteri mengumumkan harga barang tidak naik, ianya mempunyai makna terbalik. Mengikut kebiasaan itu maka maknanya harga minyak masak akan naik atau mungkin dah naik senyap-senyap. Tengokah kenaikan petrolium hari itu...kat tak naik, tapi lambat bangat tetap naik! Ha...kan ?

Menguatkan lagi hujah bahawa harga minyak masak akan naik apabila media mewancara pakar kepala sawit entah prof ke, pensyarah mana yang konon membuat penyelidikan bahawa minyak masak sedang berkurangan di dalam pasaran dunia sekarang. Biasanya penyelidik yang entah dari mana itu akan digunakan untuk merasionalkan kekurangan minyak masak secara global. Selepas itu harap-harap kalau harga minyak masak naik, kononnya rakyat akan terima kemunasabahannya! Pandai !!!

Auta !!!

Sekarang ini telah juga ada ulasan akan bahawa senya mengambil minyak masak berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit. Begitulah cara kerajaan UMNO/BN jika mereka hendak naikkan harga barangan. Orang bodoh pasti menjadi mangsa.

Apakah lagi putar belit kerajaan UMNO/BN untuk merasionalkan kenaikkan harga barang ? Yang pasti harga minyak masak akan naik untuk bersama tersenarai dengan kenaikan harga barangan yang lain bagi menambah tekanan kesusahan kepada rakyat.

Kita bagi tahu kerajaan UMNO/ BN tidak cekap urus ekonomi dan inflasi, ramai si bangang yang tidak percaya! Katanya UMNO dulu, kini dan selamanya! Biarlah mampus, miskin, papa kedana dan merempat di negara sendiri asalkan UMNO dan para pemimpin yang kaya raya boleh terus bermewahan....Hidup UMNO!!!

Heh...BODDO macang taik!!

Monday, January 03, 2011

Alah bodohnya....BODOHH!!!

Nak kata UMNO bodoh, memang bodoh pun. Bodoh sungguh, tiada yang bodoh melainkan UMNO yang paling bodoh! Langsung tak ada akal, gagal menjadi berakal. Mungkin kerana agaknya akal UMNO ini terletak di kepala lutut atau di buntut bukan di kepala ! Para pemimpin UMNO, tak boleh berfikir langsung malah semakin hari semakinlemah fikiran. Sengkeknya otak mereka.

Mengapa ?

Demi merampas kuasa dan mempertahankan kuasa, UMNO sanggup buat kerja tanpa pakai otak yang waras. Contoh, dalam isu perlantikan Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor, pasti para pemimpin dan pencacai UMNO akan berhujah konon, UMNO tak campur tangan, itu urusan Perkhidmatan Awam. Oleh itu jangan campur tangan urusan perkhidmatan awam! Atau jangan menderhaka kepada Raja! Konon...cheh!!

Mungkin agak aku, Allah SWT telah menyekat para pemimpin UMNO dari berfikiran dan bertindak waras. Buat banyak sangat maksiat, besar-besar pulak tu, memanglah tidak akan mampu berfikir bijak dan waras. Terkatup mata hati. Benak, bebal dan tak berakal jadinya untuk meneka apa-apa implikasi dari kerja-kerja bodoh mereja itu.

Kasar ? Memanglah !! Hakikat!

UMNO bodoh untuk berfikir bahawa dengan perlantikan Khusrin Munawi itu akan mengganggu kelancaran urusan kerajaan Selangor untuk rakyat. Dan ini pasti akan menyebabkan rakyat Selangor yang terdedah dengan pelbagai maklumat yang bukan seperti rakyat pedalaman negeri Pahang contohnya, akan lebih menyampah, menyapung dan meluat, dengan UMNO. Tidakkah rugi UMNO jika itu terjadi ? Jika begitu bilalah UMNO mahu memulihkan dirinya yang sakit itu! Makin sakit nampak!

Betullah kalau dikatakan orang UMNO sudah berada di peringkat zon "rumah kata pergi kubur kata mari!" UMNO menunggu mati sebab itu mengaruk berbagai!

Bodohnya UMNO kerana tidak ada beban batu digalas. Hari demi hari menambahkan lagi isu-isu kotor yang membelit integriti dirinya. Sudahlah perangai bini boros, rasuah ikan jerung, projek kroni, pembunuhan gadis Monggol, konspirasi Liwat 2, hakim entah apa-apa, Linggam terus correct2, speaker taik kucing, isu Ghani 4 tail, harga barang naik melampau-lampau kerana harga minyak melambung-lambung, Menteri Perogol, rampasan kuasa PR di Perak secara hina lagi jahat dan macam-macam lagi ditambah pula dengan isu perlantikan Khusrin Munawi kononnya oleh Mat Sidek yang cakap tak serupa bikin....alah bodohnya UMNOOOO !!!! BODOHH!!!

Macam itu nak tarik sokongan rakyat ? Rasanya hanya rakyat ayam daging sahajalah yang boleh engkau tarik lepas itu engkau 'sembelih'!!

Rakyat yang cerdik dan tahu berfikir...sorry !!! Dah ? Bila UMNO nak pulih?

Tak akan pulih kerana otak VVIP para pendokong UMNO dah tahap sampai tak boleh berfikir waras, bodohlah senang cakap....! So UMNO tunggu putus nyawa sahaja, lepas itu tanam!

Sementara hidup ini, para pemimpin UMNO buatlah, buatlah terus 'kerja-kerja bodoh' kamu seperti bina menara warisan, bela SYABAS si lintah darat, buat hab hiburan malam, pertahankan perlantikan Khusrin, biarkan harga barang terus menekan rakyat, membohong rakyat melalui media, tipu pilihanraya, perdayakan raja-raja Melayu dan macam-macam! Jadilah kamu sikitol puas-puas, kamu sudah hampir ke garisan penamat, jika kamu belum sedar-sedar! UMNO, kamu semakin tidak ada maruah !

Amboi kasarnya! Tak adalah...perlantikan si Khusrin lagi kasar !!!

Sunday, January 02, 2011

Program 'UMNO juara rakyat' 2011, program mendungukan rakyat!

Pada tahun 2011 UMNO mahu memperkasakan apa yang dikatakan UMNO dahulukan rakyat. Program ini katanya Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan akan mempunyai tema berbeza pada setiap bulan. Program ini akan di adakan pada setiap bahagian UMNO.

Kata Ahmad Maslan program ini adalah mahu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mahu menjadi pilihan utama mereka untuk pembangunan ekonomi dan sosial. "Kita akan jelaskan misi kita untuk menjadi juara di hati rakyat, sedia berbakti di barisan hadapan demi rakyat dan sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan kepada mereka," katanya.

Begitulah UMNO yang semakin panik dan resah. Sekali lagi UMNO akan menghabiskan wang pembayar cukai atau duit rakyat yang menganut pelbagai kefahaman politik untuk menjayakan program Juara Rakyat parti UMNO. Sejak bilakah UMNO menggunakan wang dari dana sendiri untuk menjayakan progarm mereka? Soalnya UMNO ada dana ke ? Bayangkanlah bagaimana UMNO kalau tidak menggunakan wang rakyat untuk menjayakan program mereka ?

UMNO memang ego dan perasan. Slogan 'UMNO dahulukan rakyat' menggambarkan hakikat itu. MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen yang lain harus sedar diri masing-masing. Kamu sering dipinggirkan oleh UMNO. Buktinya, slogan yang sepatutnya 'BN dahulukan rakyat ' tetapi yang dipaparkan 'UMNO dahulukan rakyat'. Sedarlah bahawa kamu parti-parti komponen BN hanya menjadi mangsa buli UMNO setiap masa. Sampai bila mesti begitu.

Oleh yang demikian usaha memberhentikan keangkohan UMNO perlu datang dari seluruh lapisan rakyat. Cukuplah menerima pembohongan UMNO itu. Konon misi UMNO menjadi juara di hati rakyat, sedia berbakti di barisan hadapan demi rakyat dan sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan kepada rakyat. Betulkah sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan rakyat?

1. Memberi RM500- RM1000 kepada peneroka pemberian terbaik ?

2. Campur tangan dalam perlantikan SUK Selangor, hadiah terbaik untuk majoriti rakyat Selangor?

3. Menaikkan harga minyak yang menyebabkan harga barang-barang keperluan turut melambung naik, pemberian terbaik untuk rakyat?

4. Memberi jumlah PTPTN kepada pelajar untuk yuran hanya pengajian sekadar cukup, para bagaimana para pelajar miskin makan di tempat belajar dan sewa rumah tak usah ambil peduli, pemberian terbaik kepada rakyat?

5. Memberi bonus RM500 konon untuk belanja anak-anak sekolah kepada kakitangan kerajaan pemberian terbaik untuk rakyat?

6. Tambang pengangkutan awam yang mahal kerana minyak mahal, pemberian terbaik kepada rakyat ?

7. Yuran asrama, penjaga berpendapatan kasar RM5000 ke atas, RM3 sehari pemberian terbaik kepada rakyat ?

8. Rakyat Selangor berjuang mempertahankan hak air dari pencekik darah bernama SYABAS , disembur air gatal oleh FRU, pemberian terbaik kepada rakyat?

9. Memberi kain pelikat dan kain batik atau wang RM 100/200 untuk undi UMNO pemberian terbaik kepada rakyat ?

Banyak lagi kalau aku nak senaraikan di sini yang kononnya pemberian terbaik kepada rakyat dari UMNO. Sudahlah...kita sudah muak dengan program menipu UMNO.

Awas rakyat terutama yang berbangsa Melayu di kampung-kampung, UMNO akan datang lagi untuk menipu dan mellebong anda !!!

Sekarang terserah kepada anda sama ada anda mahu merupakan rakyat yang bijak atau dungu ! Fikir-fikirkan !

Tolak UMNO/BN yang banyak beban, masalah dan kekotoran.

Dengan isu-isu yang bertimbun berpalit kepada batang tubuh kerajaan UMNO/BN, seluruh rakyat terutama orang Melayu baik di kampung atau di bandar, tak kira tua atau muda seharusnya berasa malu, kecewa atau marah untuk terus memenangkan UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti.

Perasaan ini harus dinyatakan oleh anak-anak yang memahami senario sekarang kepada orang-orang tua mereka begitu juga sebaliknya orang-orang tua yang memahami bahawa UMNO/BN hari penuh dengan kebusukan pekong, wajar memberitahu kepada anak-anak muda mereka agar tolak tumbang UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti.

Keberanian untuk menolak tumbang UMNO/BN perlu dimiliki dan tidak langsung akan merugikan orang-orang Melayu Islam.

Apakah rugi menolak tumbang kerajaan UMNO/BN yang:

1. Penuh berpalit dengan rasuah sama ada rasuah projek mahupun rasuah politik ?

2. Mencampur urusan persidangan Parlimen (melalui arahan menteri kepada Speaker?) agar menghukum ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tanpa memberi peluang membela diri?

3. Hilang integriti kerana 'dilihat' mencampuri (konspirasi) dalam urusan mahkamah dalam pembicaraan liwat Anwar Ibrahim.

4. Merangsang kenaikan harga barang keperluan rakyat dengan sengaja, apabila sebagai negara pengeluar petroleum menaikkan harga petroleum begitu tinggi untuk menjadi salah satu negara pengeluar minyak yang menjual minyak kepada rakyat sendiri (yang masih ramai menghadapi masalah kewangan harian) dengan harga paling mahal.

5. Menganiayai pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera yang miskin dengan hutang PTPTN sedangkan tiada jaminan kerja selayak kelulusan selepas keluar Universiti.

6. Hanya sibuk berslogan dan berretorik demi mengekalkan kuasa tetapi rakyat dibiarkan terus dilanda kesusahan terutama di awal tahun ini.

7. Hanya memberi rakyat RM500 hingga RM 1000 sedangkan para pemimpin UMNO/BN kaya raya.

8. Mengganggu melalui 'KSN yang berpolitik' dalam perlantikan cara politik SUK negeri Selangor. Cheh!!! !!

Dan banyak lagi kalau hendak disenaraikan satu persatu.

Oleh yang demikian maka wajar dan sudah sampai masanya rakyat berbangsa Melayu dan bumiputra menolak tumbang UMNO/BN dalam PRU 13 nanti demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Jom kita tolak UMNO/BN yang begitu banyak masalah, beban dan kekotoran itu ! Jom tolak dan Ubah Sekarang !