Followers

Wednesday, December 07, 2011

'Wakil Umno' dalam SPR kata daftar pemilih PRU bersih sebersih-bersihnya!



'Wakil Umno' dalam SPR yang bernama Wan Ahmad mengatakan bahawa daftar pemilih untuk PRU ke 13 adalah bersih sebersih-bersihnya! Uweikk.....loya aku dengar!! Kalau ikut pengalaman yang biasa-biasa apabila berkaitan dengan Umno setiap janji dan jaminan memang tak boleh dipercayai! Lebih baik percaya kan lembu daripada si pembela lembu, itulah anologinya kalau yang berkaitan dengan Umno buat masa ini!

Bersih ke jadah apa kalau dalam daftar pemilih semakin bertambah pengundi Pos yang entah datang dari mana! Bersih ke apa kalau masih ada mat mat endon dan bangla yang boleh dapat My Kad segera yang masih belum diambil langkah pembersihan yang serius, sebaliknya penuh dengan alasan dan dalih yang diberikan oleh JPN dan SPR! Bersih taik lembu!!

Nak guna dakwat untuk mengundi beriya-iya dan berkali-kali konon nak minta pandangan Majlis Fatwa. Dah tu minta lah cepat! Apa semua ahli majlis fatwa sedang bercuti ke yang payah sangat nak mendapat pandangan majlis fatwa? Ini semua auta bertujuan mahu membelit-belitkan dan memperbanyakkan alasan....akhirnya batal tak jadi guna!

Walaupun tak ada kena mengena dengan SPR, itu yang penting dirujuk kepada majlis Fatwa, itu yang Kamal Sadin kata hudud PAS tu, rujukkan segera! Rakyat nak tahu hudud PAS ke hudud apa? Itu yang lebih penting dan patut disegerakan supaya tak ada lagi mulut-mulut celupar asyik asyik Hudud PAS...Hudud PAS!

Sudahlah Wan Ahmad, jangan nak bohong bersih sebersih-bersihnya konon! Daftar pemilih pilihanraya Malaysia, bukan sekadar diberitahu oleh Wan Ahmad bersih, malah ia sewajibnya diyakini bersih sebesih-bersihnya oleh seluruh yang terbabit dalam PRU!


No comments: