Followers

Tuesday, December 20, 2011

Wahai para pemimpin ku, kenapa kecoh dan dibiarkan kecoh ni?

Sama ada ia memberi kesan besar atau kecil kepada PAS menjelang PRU ke 13, pertembungan antara Hasan Ali, Nasaruddin Mat Isa, Saari Sungip, Mustafa Ali, Mahfuz dan terkini Nik Abdul semakin parah.

Inilah akibatnya jika semua nak tunjukkan pandai, hilang wala kepada keputusan parti, tarbiyah parti di pandang enteng dan semua merasakan diri pemimpin hebat. Arahkan ahli-ahli bawahan wala kepada jemaah tetapi pemimpin atasan yang hebat-hebat bercakaran macam tidak ada otak hilang nilai-nilai kecendiakawanan Islam.

Bermula dengan Hasaan Ali dan Nasha yang cuba membawa agenda sendiri dalam jemaah keadaan terus menjadi celaru. Kami di bawah diajar, bersetuju atau tidak, apabila jemaah telah membuat keputusan semua ahli mesti akur dan terus buat kerja untuk jemaah sehinggalah jemaah membuat keputusan sebaliknya. Dan kami sebagai ahli juga diajar setiap kekalahan yang kami terima, kami perlu redha dengan kekalahan tersebut. Soalnya dengan kekecohan yang berlaku apakah ahli-ahli bawahan sahaja ahli PAS, para pemimpin seperti Hassan dan Nasa, bukan ahli PAS yang tidak perlu mengamalkan kepatuhan kepada keputusan jemaah? Di sinilah silap dan tidak sabar serta gelojohnya Hassan dan Nasa dalam politik jemaah.

Buat Saari Sungip, mentang-mentang menjadi Ketua Penerangan Selangor tak kan lah tak tahu isu apa dalam parti yang boleh menimbulkan kekecohan sesama sendiri apabila dilantangkan secara membabi buta tanpa memikirkan bahawa orang lain ada perasaan yang boleh tersentuh kecuali Saari Sungip memang berniat mahu terang-terang 'tendang' Hasan. Soalnya, kalau pun ya, cerdikkah cara polotik Saari Sungip itu? Aku rasa bodoh kerana kami di bawah bukan sayangkan Hasan Ali atau Saari tetapi sayangkan jemaah ini.

Paling memaranjatkan adalah kenyataan Datuk Mustafa Ali. Aku hairan bagaimana Tok Pa boleh menyerang Hassan dan Nasa cara begitu kalau pun Tok Pa adalah alasan dan bukti kukuh. Kenyataan Tok Pa ini menunjukkan betapa lemahnya kepimpinan PAS berbanding DAP dalam menyelesaikan konflik dalaman. Isu 'liarnya' Hassan Ali dan Nasa ini sudah lama, tak kan tak ada mekanisma selesaikan masalah ini selama ini, sekurang-kurangnya jika liar benar kedua-dua mereka itu, gunakanlah Jawatankuasa Disiplin parti untuk selesaikan. Kenapa dibuarkan berlarutan hingga hari ini? Sesungguhnya kenyataan Tok pa itu walaupun benar begitu tetapi tidak menyelesaikan kekecohan secara segera sebaliknya terus menjirus minyak ke dalam api untuk terus memanaskan keadaan bagi terdedah kepada tekanan dan serangan musuh! Atau memang PAS suka begitu! Memanglah, apalah sangat Hassan Ali dan Nasa itu tetapi PAS tetap tercedera!

Mari pulak Nik Abduh, hentam pulak Harakah dan Tok Pa melalui media terbuka. Bukan salah teguran Nik Abduh itu tetapi sekali lagi para pemimpin PAS gemar benar bertengkar sesama sendiri ditepi-tepi jalan atau dikaki-kaki lima untuk dipertontonkan oleh orang lain! Bukan salah bertengkar ditepi-tepi jalan, tapi ingatlah sedikit, kitakan parti Islam, takkanlah mahu bertengkar, bertempik, menjerit, menggelar, memerli dan menghina sesama sendiri depan batang hidung khalayak! Apa sudah hilangkah saluran-saluran penyelesaian berhemah dalam parti ? Atau para pemimpin PAS hari ini degil-degil belaka?

Entahlah keadaan nampaknya semakin parah dan merebak. Penyelesaian hanya boleh tercapai dengan hanya jiwa besar yang dimiliki oleh para pemimpin terbabit dalam keadaan di sana sini ada yang tercalar dan terluka!

Memang ahli-ahli bawahan terus berkerja keras di bawah ini semampu mungkin untuk memenangkan jemaah Islam PAS tetapi kami tak suka apa yang berlaku hari ini!





3 comments:

hussin said...

contoh bagaimana "Islamnya" pemimpin pas. inilah yang akan dihadapi apabila agenda perjuangan dikesampingkan dan agenda sendiri/ kumpulan didahulukan. kejatuhan kerajaan islam terdahulu bukan kerana rakyatnya tetapi kerana pemimpin memilih untuk hidup bermewah2 yang sentiasa dihidangkan oleh musuh2 islam. rakyat pula menimpa diri mereka sebagai takdir dan wala' kepada ulil amri mengatasi segala2nya kerana disokong oleh nas dan hadis yang diulang2 ke telinga mereka..

wallahu'alam

Nazaruddin si Hamba Allah said...

Memang benar sangat entri di atas ni.
Aku sokong!

Anonymous said...

tahniah atas tulisan(taip) tuan...pandangan tuan mewakili sebilangan besar akar umbi....tahniah.....itulah intipati perbualan samada ahli atau pemngundi berhubung isu Nasha dan Hassan Ali...lambang kelemahan pimpinan dalam menyelesaikan kemelut "Kerajaan Perpaduan" dengan membiarkan watak watak untuk mewujudkan "UG" terus bertindak....