Followers

Saturday, December 03, 2011

Umno menghina kebijaksanaan bangsa Melayu!


Apa yang ditunjukkan oleh Sharizat inilah lambang apa yang dipanggil 'kebijaksanaan' para pemimpin Umno, baik hak lelaki mahupun hak perempuan. Lambang yang sepatutnya seluruh bangsa Melayu terasa hina dengannya. Mereka ini jelas tidak reti berlawan secara kebijaksaan ilmu, fakta dan hujah. Yang mereka pandai ialah menabur fitnah, membuli, menyelak kain dan yang terbaru menyinsing lengan! Apakah bangsa Melayu ini akan selamat dan terus maju jika inilah cara menghadapi cabaran yang diajar Umno dalam dunia hari ini?

Bangsa-bangsa lain telah terus ke hadapan dalam cara menghadapi lawan iaitu secara berhujah, berdebat, berpolimik, berdailog, dan berinterlektual, tetapi umno parti usang ini, mengajak bangsa Melayu menjadi bangsa kuno dalam menghadapi cabaran lawan. Nampaknya otak para pemimpin umno terlalu sedikit untuk berlawan hujah secara interlektual sebab itu mereka lebih kepada menjadikan bangsa Melayu hina an bodoh dalam pandangan bangsa lain.

Apakah bangsa Melayu ini hanya tahu menyelak kain dan menyinsing lengan dengan terpekik terlolong dalam rumah sendiri hingga terlalu bodoh untuk berdebat dan berhujah secara bijaksan,a seperti yang Sharizat dan para pemimpin umno gambarkan?

Cukuplah para pemimpin Umno memalukan dan memperbodohkan bangsa Melayu sama ada tua dan muda kerana kami bangsa Melayu bukan bangsa bacul dan bodoh yang tidak mampu berdebat, berhujah dan berdiskusi secara interlektual dan berilmu. Oleh itu cukuplah kita menatang Umno yang secara sedar tidak sedar telah memalukan dan menghina kita bangsa Melayu dengan 'kebijaksanaan' kolot.


No comments: