Followers

Sunday, December 18, 2011

Turunkan bendera Najib bermaksud, cukup sampai di sini (PRU13) sahaja wahai Najib!


Tiada kata-kata lain melainkan tahniah di atas keberanian seorang pelajar U yang turunkan bendera Najib semalam. Dalam saat-saat hari ini, itu adalah keberanian yang luar biasa yang menggambarkan pelajar-pelajar U hari ini tidak boleh dipermain dan diperbodohkan oleh pemerintah dan pemimpin yang penuh dengan kecomotan yang tiada keikhlasan, ketelusan serta integriti.

Pelajar yang berani ini yang turut berada dalam gelombang memperjuangkan masa depan generasi mereka dan bangsa serta negara ini harus dipertahankan daripada sebarang kezaliman tindakan selepas ini.

Para pemimpin politik dalam kalangan Umno dan Barisan Nasional wajar merenung dan mengkaji protes terhadap mereka ini terutama kepimpinan Najib yang bukan sahaja mahu mengongkong mereka dengan AUKU malah masa depan mereka sendiri diperkotak-katikkan seperti mana berlaku kepada graduan pendidikan UPSI yang 'dihalau' agar mencari kerja sendiri dan kerja lain oleh para pemimpin Umno di bawah kepimpinan Najib terutama Muhyiddin Yasin!

Hari ini peluang pekerjaan pelajar yang bakal keluar daripada universiti begitu kelam dalam realiti kursus-kursus yang terdapat di U itu sendiri masih terlalu bersepah dengan kursus-kursus yang tidak mampu melahirkan para pelajar yang berkemahiran tinggi dan mampu untuk bekerja sendiri. Terpaksa bayar pinjaman beratus dan puluh ribu sedangkan kerja belum tentu, di universiti pula AUKU masih mengawal itu dan ini.

Maka itu tahniah diatas keberanian baru para pelajar Universiti yang berdemo dan menguasai perkarangan PWTC, tempat para pemimpin dan orang-orang Umno melaung-laung, menjerit-jerit hingga sampai ada yang mahu menyelak kain beberpa minggu yang lalu untuk konon membela nasib bangsa Melayu, tapi hakikatnya nothing!!

Tahniah para mahasiswa Universiti, teruskan perjuangan anda!
.

No comments: