Followers

Tuesday, December 06, 2011

Ranking Pekida melonjak, Perkasa menjunam!

Setelah PERKASA tidak boleh diharap, nak berdemo lawan BERSIH 2.0 dulu pun lembek, maka kini Najib beralih kasih kepada PEKIDA pula untuk membantunya menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti. Dalam perjumpaan dengan PEKIDA semalam Najib mengucapkan terima kasih kepada PEKIDA kerana sudi MAHU membantu untuk memenangkan Umno/Bn. Kerana kesudian PEKIDA itu maka adalah balasan maka apa yang dipohon oleh PEKIDA akan Najib pertimbangkan.

Begitulah hebatnya PEKIDA hari ini. Ranking PEKIDA telah melunjak naik menewaskan PERKASA yang sedang kelelahan di Pasir Mas. Bagi Najib kegegeran PERKASA dulu yang meluangkan bahawa mereka akan menjadi penentu dalam PRU 13 nanti hanyalah taik minyak hangit belaka! Najib pun nampaknya sukar mempercayai spesis katak lagi cuma hanya melayan sekadar mahu membuat barang mainan sekali sekala bagi memenuhi kesunyian hari-hari yang sedang dilalui sahaja.

Nampaknya dari alunan suara Najib, PEKIDA lebih boleh diharap berbanding PERKASA. Soalnya apakah yang boleh ditolong oleh PEKIDA kepada Najib?

Bagaimana agaknya Pekida nak tolong Umno /Bn menerangkan isu lembu sharizat yang 'memakan' RM250 juta wang rakyat atau Pekida akan 'sembelih' sahaja tuan punya lembu sharizat itu?

Bagaimana Pekida nak rasional usaha penyenaraian syarikat Felda ke Bursa Saham KL atau Pekida juga seperti Umno akan berusaha untuk membodohkan orang Melayu Felda konon usaha itu adalah untuk bantu ketuananan Melayu?

Bagaimana Pekida mahu menghadapi isu Soi Lek hina hukum hudud atau bagi Pekida, bab hudud kerana Umno, Soi Lek boleh kata apa sahaja walaupun menghina Islam? Atau bagi Pekida daripada 'terkam' Soi Lek kawan Najib Perdana Menteri dari Umno, lebih baik 'terkam' PAS yang mahu mengikuti jalan perjuangan Rasulullah SAW?

Banyak lagi kalau hendak disoalkan kepada Pekida akan bagaimanakah pertolongan yang mahu diberikan kepada Umno. Kita akan terus perhatikan usaha Pekida itu asalkan tiada orang yang akan terganggu dengan peranan Pekida itu sudahlah! Yang jelas bagi Najib kini Pekida seolah-olah talian hayat baru yang boleh diharap bukan lagi Perkasa!


3 comments:

Anonymous said...

salam tuan, bantuan pekida amat besar. mereka akan jadi kaki pukul bagi BN,mereka akan jadi gangster dan samseng-samseng yang akan bertindak terhadap pengundi dan perayu undi PR. Mereka akan menghalang kelancaran PRU dan akan bersekongkol dengan pihak-pihak lain untuk membuat provokasi dan sabotaj terhadap PR. Mereka akan menjadi pengawal dan 'escort' pengundi-pengundi hantu dan PATI pada hari pilihanraya nanti. Akhir sekali mereka akan membuat onar dan huru hara sekiranya BN diishtiharkan kalah pada malam pengiraan undi nanti. Dengan ini Najib akan dapat mengishtiharkan darurat dan akan berlaku mageran di Malaysia.....Fikir-fikirkanlah...mengapa Najib terlalu terdesak untuk mengiktiraf dan sanggup menyembah kumpulan samseng celaka ini sekarang....

Anonymous said...

PERKASA dah jadi PERKASAM,sekarang PEKIDA pula diPERKUDA.
PERKASAM dan PERKUDA cakap angkuh,membela melayu dan islam konon khaakkthuiiii.....soilek hina islam dan hukum Allah buat pekakkkk je....ataupun memang dah betul betul pekak????siollll..

Anonymous said...

PERKASA dah jadi PERKASAM,sekarang PEKIDA pula diPERKUDA.
PERKASAM dan PERKUDA cakap angkuh,membela melayu dan islam konon khaakkthuiiii.....soilek hina islam dan hukum Allah buat pekakkkk je....ataupun memang dah betul betul pekak????siollll..