Followers

Monday, December 05, 2011

Najib jalu: "Kahkahkah...pilih Pakatan Rakyat gerhana masa depan orang Melayu!!"

Sewaktu berucap di majlis PEKIDA, Najib PM memberi amaran kononnya masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika Umno/BN dan pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Secara mudahnya gerhana bermaksud samara tau kelam! Soalnya apakah benar masa depan orang Melayu akan samar dan kelam atau gerhana jika Umno/Bn kalah dalam PRU 13 nanti?


Rasanya hanya orang yang bodoh dan kurang berfikir atau mabuk sahaja yang rasa begitu! Sebabnya selama 54 tahun Umno/Bn diperintah oleh Umno terutama di zaman Umno Baru apakah nasib orang Melayu dalam segala bidang semakin cerah dan terang?


Tanah rezab Melayu dalam negara semakin kurang hanya tinggal satu pertiga atau satu perempat dari rezab yang sebenar. Siapa yang sapu atau curi hingga kurangnya tanah rezab Melayu semakin parah? DAP curi? PKR curi? Atau PAS curi? Dan paling gerhana maruah orang Melayu apabila Najib Presiden Umno tak pasal-pasal serahkan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura. Tidak gerhanakah maruah Melayu ini? Hanya orang yang tidak tolol sahaja yang jawab tidak gerhana! Kehilangan tanah Melayu itu bukan sahaja gerhana malah menggelapkan terus maruah bangsa Melayu!


Siapakah yang beriya-iya mahu menjual tanah-tanah orang melayu di Kampung Baru di Kuala Lumpur sehingga menggubal akta yang akan menjadi ‘gangster’ untuk membuat onar ke atas tanah-tanah orang Melayu di kampung itu? Hanya orang ketinggalan zaman yang hanya tahu membaca Berita Harian dan Utusan Meloya sahaja yang tidak tahu siapa ‘gangster’nya! Jelas jika Umno terus memerintah selepas PRU ke 13 bukan sahaja gerhana nasib orang-orang Melayu di Kampung Baru malah gelap gulita mereka!


Kajian KPM mendapati Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak berjaya meningkatkan pencapaian anak-anak Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik ? Siapakah yang melemahkan anak-anak Melayu dalam kedua-dua mata pelajaran itu dengan idea banagang PPSMI itu? Apakah itu bukan idea khianat Umno? Tidak gerhanakah masa depan anak-anak Melayu kerana PPSMI? Hanya orang gila sahaja yang jawab tidak!


Graduan pendidikan atau bakal guru yang terlatih dari UPSI sebuah institusi pendidikamn yang bersejarah dalam perjuangan kemerdekaan negara akan terpaksa mencari kerja sendiri atauterpaksa ‘buat sekolah sendiri’ kerana kerajaan Umno/Bn telah menyatakan mereka akan dinyahkan atau menjadi calon kelas tiga untuk menjadi guru! Siapakah yang menggerhanakan nasib bakal-bakal guru ini kerana yang membolayankan bakal-bakal guru ini sehingga ‘dihalau’ agar cari kerja sendiri adalah Timbalan Presiden Umno yang menjadi Menteri Pelajaran?


Siapakah yang berhempas pulas menggerhanakan pemberian royalti minyak kepada kerajaan Kelantan yang majoritinya rakyatnya ialah bangsa Melayu? Siapa lagi kalau tidak kerajaan Umno/Bn yang sedang memerintah hari ini.


Siapakah yang memberi ruang dan membenarkan Soi Lek yang tidak bermoral itu begitu aktif menghina hukum Islam iaitu hudud? Para pemimpin Umno cakap mahu membela bangsa Melayu dan agama Islam namun sebaliknya merekalah para pemimpin Umno dan kuncu-kuncu mereka terang-terang diperlembukan dan dicucuk hidung oleh Soi Lek!


Kesimpulannya jika Umno/Bn terus menang dalam PRU 13 nanti, orang Melayu dan agama Islam bukan lagi berada dalam gerhana malah nazak yang teruk! Sewajarnya ahli-ahli Umno yang bermaruah merasa malulah menjadi orang Umno dan berazamlah untuk mengubah para pemimpin Umno agar mereka insaf dan muhasabah diri mereka. Tempat yang paling sesuai untuk para pemimpin Umno muhasabah diri ialah kerusi-kerusi pembangkang dalam Parlimen dan Dun-dun di semua negeri!

No comments: