Followers

Thursday, December 01, 2011

Moooh...moohh! Bunyi apa tu?

Tiba-tiba terdengar suara dari bukit yang dikatakannya aman itu, mengatakan tiada pecah amanah dan seleweng dalam kes lembu-lembu feed lot yang riuh diperkatakan orang sekarang ini. Tak ada siapa yang tahu sebenar-benarnya kenapa suara itu berbunyi begitu, tetapi sangat ramai yang dapat mengagaknya dengan penuh keyakinan!


Kalau itu suara malaikat, memang wajib boleh dipercayai tetapi jelas suara itu bukan suara malaikat, lagi pun suara itu bercampur-baur dengan suara-suara lembu kuning, hitam, putih dan juga lembu merah yang meraung dan ada yang menangis tolol.


Yang menjadi masalahnya kenapalah suara dari itu berbunyi begitu, buat malu anak buah sahaja! Dalam keadaan riuh-rendah bunyi lembu-lembu semalam, sampai ada yang nak selak-selak kain, dah orang kata bunyi dari bukit itu bunyi lembu jugak!!


Sabar ….siasat dulu sampai habis, jangan tiba-tiba bersuara , yang terdengar dek orang ramai yang serabut dan menyampah, macam bunyi lembu je!


Dapat modal RM250 juta, suruh bela dan biak baka lembu serta buat untung besar:


Bukan import lembu yang dah besar dan kemudian mampos pun jumlah besar!

Bukan suruh beli kondo besar, sampai 2 biji!

Bukan suruh beli Mercedes besar harga setengah juta!

Bukan suruh beli tanah dan bela lembu besar dekat Putrajaya!

Bukan suruh pergi umrah dan melancong bawa keluarga besar guna duit modal!


So kalau tak mahu jadi lembu tak usah keluar kenyataan bukan-bukan seorang diri lagak seorang hakim! Selesaikan dulu siasatan dan lepas itu serahkan kepada mahkamah atau suruhanjaya untuk buat keputusan. Ini baru telus!

No comments: