Followers

Monday, December 05, 2011

Kamal Saidin dan Soi Lek 'penasihat agama' Umno?


Inilah bunyi baiah Umno:


“Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

“Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

“Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti.

“Terima kasih saudara-saudari perwakilan.”


Seorang yang bernama Chua Soi Lek telah sekali lagi berhujah hukum hudud akan menakutkan para pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan Malaysia akan menghadapi kemusnahan diri jika hudud dilaksanakan. Setakat ini umno bagaikan akur dengan pandangan Soi Lek itu! Apakah Soi Lek ini juga seorang penasihat seperti Kamal Sadin?

Jika begitu, patutlah Soi Lek tidak putus-putus menghentam hudud (hukum Islam) kerana Umno memberi ruang untuk dia berbuat demikian. Jihad Umno dijalan Allah ialah memberi ruang kepada Soi Lek untuk terus memburuk-burukkan hudud setelah Kamal Saidin salah seorang penasihat agama Umno menghina apa yang dikatakan hudud PAS!

Nampaknya yang bernama Kamal Sadin dan Soi Lek walaupun bunyi lain tapi macam serupa dan sama?! Baguslah kalau begitu…..ialah orang ‘berjihad dan berinfaq’ di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Bn!!

Apa yang jelas kelihatan seruan Najib agar ahli-ahli umno menjadi orang umno tidak akan kesampaian kerana terlalu ramai ahli-ahli umno yang malu untuk mengaku mereka orang umno dan sangat menyampah dengan apa yang diperjuangkan oleh umno yang cakap tidak sertupa bikin hari ini. Akibatnya ialah umno akan memperolehi padah yang parah dalam pru ke 13 nanti! Kata mereka PAU Umno baru-baru ini tidak langsung menggambarkan umno sebuah parti yang cerdik lagi matang jauh daripada menjadi parti yang Islamik!

Berbeza dengan PAS, orang PAS berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan tertegaknya agama Islam sebagai ad-deen di muka bumi Allah ini khususnya di Malaysia.

No comments: