Followers

Sunday, December 11, 2011

Isa Samad antara tikus baiki labu dan kera mendapat bunga atau penyamun tarbus?

Para peneroka Felda serta genarasi kedua dan mungkin ketiga Felda yang majoritinya orang Melayu wajib mempunyai kesedaran yang mendalam akan implikasi terhadap masa depan mereka dengan apa yang dilakukan oleh Isa Samad yang merupakan salah seorang orang Umno yang begitu rapat dengan Najib Razak.


Apakah tindakan penyenaraiaan FGVH yang akan menghilangkan begitu banyak aset asal Felda dan meletakkan masa depan Felda terbuka kepada kapitalis rakus, merupakan satu tindakan bijak atau sebenarnya tindakan itu bagaikan tikus membaiki labu atau Isa Samad dan para pemimin Umno zaman Najib bagaikan kera menmdapat bunga?

Semoga orang-orang Felda bukan seperti orang-orang Umno yang bagaikan lembu dicucuk hidung, keterlaluan membiarkan para pemimpin Umno/Bn 'menghilangkan' begitu banyak tanah rezab Melayu selama ini kepada para kapitalis sama ada kroni atau sahabat karib paraa pemimpin. Fikirkanlah sebelum nasi menjadi bubur!.


PM arah Pengaarah Felda bercuti ?

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin krtikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.

Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.

Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.

"Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah.

"Datuk Zul mungkin tak boleh beri sokongan kepada Isa untuk usaha penyenaraian ini dan mungkin Isa menganggap Datuk Zul sebagai penghalang kepada cita-cita peribadi beliau," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambah beliau lagi, arahan menyambung pengajian itu dilihat secara tiba-tiba dan tidak ada keperluan yang mendesak.

"Kalau dikatakan beri peluang Datuk Zul sambung belajar, belajar apa? Nak sambung belajar di mana?" soalnya.

Kesal dengan tindakan yang disifatkan sebagai usaha penyiingkiran secara halus itu, Anak kata Mazlan, akan menyerahkan memorandum sokongan terhadap Zulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini pada 13 Disember ini, jam 2.30 petang.

"Anak menentang keras usaha-usaha yang tidak demokratik dan tidak menghormati kakitangan Felda dan warga Felda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Zul.

"Oleh itu, kita akan serahkan memorandum sokongan sebagai tanda Anak sentiasa di belakang Datuk Zul.

"Anak juga minta semua pihak termasuk keluarga Datuk Zul bertenang dan bersabar dengan keadaan ini," katanya.

Ujar beliau juga, tindakan susulan akan diambil dari semasa ke semasa selepas penyerahan memorandum tersebut sehingga Najib menarik balik arahan tersebut.

"Tindakan ini sangat malang bagi seorang pengarah yang berkhidmat dengan cemerlang.

"Ada tindakan susulan sehingga Perdana Menteri menarik balik arahan tersebut dan Datuk Zul boleh masuk pejabat seperti biasa," katanya sambil menyeru semua warga Felda tanpa mengira fahaman politik bersatu menyatakan sokongan kepada Zulkifli.


sumber:harakahdaily


No comments: