Followers

Thursday, December 01, 2011

Bakal PM (?) steamrolled gagasan 1 Malaysia!

Nampaknya gagasan 1Malaysia Najib telah digelek steamroll Muhyiddin semalam. Dengan menekan kepada jihad untuk apa yang dikatakan menyelamat hidup mati Melayu, gagasan 1Malaysia Najib yang dibanggakannya telah menjadi lempeng tawar atau lempeng batak!


Muhyiddin menggunakan steamrollnya, agaknya untuk membuktikan apa yang telah diberitahunya duhulu bahawa dia adalah Melayu dahulu lepas itu baru Malaysian! Maka itu malam tadi dilanyak 1Malaysia!


Kini gagasan 1Malaysia itu hanya dikelek oleh Najib seorang diri ke hulu ke hilir. Muhyiddin ajak Pemuda, Wanita dan Puteri Umno mula berjihad untuk mencari peluang!! Memanda tua mungkin terus membakar obor untuk Muhyiddin?


No comments: