Followers

Tuesday, December 13, 2011

Isu Felda: Sudah-sudahlah sangkakan taik ayam itu bunga!


Inilah orang yang ‘beraja’ dalam Felda sekarang. Dia akan buat apa yang dia mahu. Dia hampir-hampir nak tempeleng dan lutu Ketua Peneroka Felda. Nasib baik tak bertemu, kalau tidak memang boleh sakitlah Ketua kepada peneroka-peneroka itu!


Dengar cerita, Pengarah Besar Felda pun ‘diterajangnya’ agar pergi belajar, selama 9 bulan Pengarah itu tak boleh duduk dekat dengannya. 9 bulan tempoh yang agak panjang, lebih kurang sama panjang dengan tempoh orang mengandung iaitu sembilan bulan 10 hari. Maka dalam tempoh-tempoh akhir 9 bulan itu apakah akan lahirlah ‘kandungan’ hasil nafsu kuat orang itu ia itu FGVH akan terpacul di Bursa Saham ?


Kini, dia bukan sahaja sedang berusaha nak jual harta Felda kepada puak-puak kapitalis dan para cukong malah mungkin makcik-pakcik dan putera-puteri Felda yang tak tahu apa-apa itu, akan turut ‘dijualnya’! Siaplah para peneroka Felda, kerana kisah para peneroka Felda Labu Senayan Negeri Sembilan zaman orang pendek ini memerintah dahulu masih tak luput dari ingatan semua!


Bagaimanakah nasib para peneroka di Felda tersebut hari ini kerana dahulu mereka itu dipujuk, dipaksa lalu mendengar sahaja guruh di langit, air dalam tempayan mereka curahkan sedangkan redup berlalu hujan tak jadi! Apakah nanti akan pisang berbuah dua kali kerana keinginan dan nafsu rakus orang pendek ini? Kita lihatlah nanti, jika para peneroka Felda masih sayangkan ‘taik ayam’ yang disangkakan bunga itu!


Isa sendiri mahu Dzulkifli cuti 9 bulan ?

Khairi Abdul Rahim


KUALA LUMPUR, 12 Dis: Seorang ‘orang dalam' Felda mendakwa, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sendiri yang mahukan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab bercuti selama sembilan bulan.

Menurut surat bertarikh 21 November yang diemel kepada Harakahdaily, Isa mahukan Dzulkifli diberi cuti sambil belajar selama 6 hingga 9 bulan bagi mengikuti Kursus Pengurusan lanjutan kononnya bagi meningkatkan lagi prestasi beliau.

Surat Isa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menyebut ia sebagai program Transformasi Felda.

Cadangan Isa itu diluluskan oleh Najib pada 26 November.

Menurut maklumat itu lagi, hari ini barang-barang di pejabat Dzulkifli sudah dikemaskan tetapi sebelum ini beliau sudah tidak dibenarkan memasuki pejabatnya.

Sebelum ini Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda semakin kritikal apabila Dzulkifli menerima surat arahan bercuti daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.

Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.

Sebelum ini juga terdapat beberapa desakan daripada pemimpin Umno supaya menyingkirkan pemimpin tertentu dalam Felda yang didakwa menjadi ‘duri dalam daging’ sejak Isa menjadi Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan hasrat membawa Felda ke bursa saham melalui Felda Global Ventures (FGV).


sumber: harakahdaily

No comments: