Followers

Saturday, December 17, 2011

Akhbar umno dan pelukis kartun 'menghina' Tok Guru Nik Aziz buta mata hati!

Penyiaran kartun dalam akhbar Umno yang menghina Tok Guru Nik Aziz adalah gambaran sikap buta hati media dan orang Umno itu sendiri.

Pertama, menghina orang tua yang baik, pendakwah yang hidup sederhana walaupun berpangkat besar, awal-awal sudah bersikap kurang ajar. Apa salah Tok Guru, sehingga dilukis gambar kartun orang tua yang tidak seperti itu? Boleh melukis gambar kartun menggambarkan keadaan orang tua tetapi biarlah benar dengan hakikat orang yang mahu dilukiskan itu. Soalnya benarkah Tok Guru seperti yang pelukis kartun kurang ajar itu maksudkan?

Walaupun hakikatnya Tok Guru memang tua tetapi beliau masih sibuk ke sana ke mari melaksanakan tugasnya sebagai Tok Guru dan pemimpin umat yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh pelukis kartun itu sendiri atau mana-mana para pemimpin Umno. Inilah yang maksudkan betapa buta hatinya pelukis kartun akhbar Umno itu, kesian dia kerana sampai bilakah dia akan berkeadaan buta begitu selagi dia terus berhasrat menjadi Tukang cuci Umno melalui akhbar Umno yang hampas itu?

Kedua, tidak buta mata hatikah apabila seorang pemimpin yang diakui baik dan berkualiti oleh bukan seorang manusia malah orang rakyat satu negeri dan negara, didesak agar berhenti berkhidmat atas alasan semata-mata tua? Umur tua sahaja mungkin boleh didesakk berhenti, tetapi Tok Guru seorang tua yang kreatif, istiqamah dan berkesan dalam kepimpinan dan tindakannya, wajarkah pemimpin seperti ini didesak berhenti bertanding pilihan raya?

Bertanding pilihan raya bukan boleh suka-suka sendiri kerana dalam pilihan raya orang itu akan dipilih rakyat. Hingga ke setakat dan saat ini semua orang yakin Tok Guru akan terus dipilih lagi walaupun Umno tak mahu Tok Guru!

Dalam soal ini siapakah akhbar Umno itu yang menyebuk urusan pemilihan calon PAS? Bagaimana kalau orang PAS kata tak mahu lagi Najib kerana zaman pemerintahnya rasuah terlalu teruk dan memalukan Malaysia di mata dunia?

Inilah yang dimaksudkan betapa buta hatinya akhbar Umno dan pelukis kartun itu? Apa tidak buta hatinya, seorang tua yang masih sanggup bertanding dan masih terlalu dikehendaki rakyat kerana bersih dan berkesan, diperli-perli suruh berhenti berkhidmat! Ini bukan buta mata hati lagi malah sangat berniat jahat, bodoh dan tongong caranya!


Ketiga, tidak buta hatikah seorang pemimpin PAS yang masih relevan dalam kalangan rakyat dan partinya, mungkin konon disuruh contohi langkah Dr Mahathir yang berhenti kerana didesak oleh rakyat dan orang-orang Umno sendiri. Woi Mahathir berhenti kerana dia tua tetapi orang sudah tak ingin dia, walaupun dia mungkin masih ingin, sedangkan Tok Guru tak kisah dia dipilih bertanding atau tidak dalam keadaan rakyat Kelantan serta orang PAS masih inginkan dia...lagi pun Tok Guru tidak pernah pun kata dalam muktamar PAS, 'dah lama dahhh!!!'....kan berbeza tu dengan Mahathir! Tidakkah buta mata hatinya pelukis kartun itu seolah-olah mahu mendesak Tok Guru untuk ikut langkah Mahathir yang bagai langit dengan bumi itu? Dasar penghasut yang buta hati!

Kesimpulannya, tak payahlah akhbar Umno dan pelukis kartun buta mata hati yang cuba menghina Tok Guru Nik Aziz itu, berangan-angan bahawa Umno akan selamat dengan tiadanya Tok Guru Nik Aziz dalam politik PAS dan Malaysia kerana orang tua yang kamu gambarkan terbongkok-bongkok itu masih sangat berkesan untuk 'membalo' lumpuh Umno dengan tongkatnya. Umno akan buat apa sahaja kerana kian hampir terkencing sekarang ini kerana penangan politik Tok Guru! Jom ABU - Asalkan Bukan Umno!!




1 comment:

Anonymous said...

Aku sudah lama meluat dengan perangai orang politik nie. Bagi puak-puak nie fitnah, mengumpat, mengampu, rasuah adalah darah daging depa. Mana pie maruah depa aku pun tak tau. Depa berpolitik seolah-olah depa semua nie tak akan mampus...atau dengan lain perkataan tak dak pembalasan selepas mati....Ingatlah yang dok sokong hampa hanya penyokong hampa dan kami yang tengok dan dengar rasa nak termuntah.....insaflah