Followers

Thursday, November 10, 2011

Umno guna wang zakat serang PAS

Bila sudah duduk dalam Umno tak kira siapa, orang lulusan agama ka, siapa ka, selera tetap besar! Perjuangan menegakkan agama, amal makruf nahi mungkar bukan lagi kerja utama. Yang menjadi keutamaan penuhkan tembolok.


Duit zakat ka, duit anak yatim ka, itu cerita di Padang Mahsyar yang lambat lagi itu, guna sahajalah walau pun ditempat yang tidak sewajib digunakan atau disalahgunakan. Dosa pahala belakang kira!


Itulah kalau dah jadi Umno! Boleh dia serang PAS guna duit zakat!? Ramai yang kebulur sampai pergi minta makan dengan gereja, apa Umno peduli!!! Yang penting ampu bos lebih afdal. Soal aqidah umat kita buat sahaja himpunan sejuta umat, habis cerita!! Duit zakat ka, duit Tabung Haji ka, duit KWSP ka, duit Petronas ka, duit lembu ka, pengampu-pengampu sapu dulu demi ampu Najib and Rosmah! Itulah politikus dan tikus-tikus cap Umno!


Umno guna wang zakat serang PAS


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Seri Jamil Khir Baharom memberi penjelasan kerana di dakwa menggunakan wang zakat untuk memburukkan PAS.


Mahfuz berkata, beliau mempunyai bukti Jamil Khir mengeluarkan arahan kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk Bukti PAS bukan Parti Islam.


Sambil menunjukkan salinan surat arahan, Jamil Khir didakwa mengarahkan Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekalkan buku tersebut kepada sekumpulan imam dan bilal.


“Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang PAS guna wang zakat? Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik Umno?, " katanya pada sidang media di lobi Parlimen.


Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagihkan wang zakat.


Buku itu pula diberikan kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


Petikan surat itu berbunyi "sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit. Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,” kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.


Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.


Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.


“Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada ‘brainwash’ untuk mereka, dan memburuk-burukkan PAS atas nama program Jakim,” kata beliau.


Sumber: Harakah

No comments: