Followers

Saturday, November 19, 2011

Tukar kerajaan , cara mansuh segera PPSMI

Sebenarnya kalau hendak ikutkan kurang ajar, dasar PPSMI ini adalah dasar paling kurang ajar terhadap Bahasa Melayu yang juga Bahasa Malaysia yang pernah dilakukan oleh para pemimpin Umno Baru iaitu Umno Mahathir!

Umno asal dahulu bersusah-payah dan beriya-iya memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pembelajaran baik dari peringkat sekolah hingga ke peringkat Universiti. Namun sebaik datang Perdana Menteri mamak pertama Malaysia, manusia yang dianggap sebagai pemimpin teladan mengikut kajian UIA itu, telah melancarkan dasar kurang ajar teradap bahasa Melayu dengan 'mencampakkan' bahasa Melayu ke kaki lima tamadun moden.

Namun apa boleh buat sebilangan orang Melayu yang mudah diperbodohkan oleh Umno Baru atau Umno Mahathir, mereka turut menyokong dasar PPSMI yang menghancurkan keperkasaan bahasa Melayu yang juga Bahasa Malaysia itu.

Memang susah jika masih ada dalam kalangan bangsa Melayu sendiri, orang yang masih bodoh dan begitu mudah diperbodohkan. Diperbodohkan hanya oleh seorang mamak dengan dasar PPSMInya! Wahai orang Melayu berubah menjadi bangsa yang berjati diri dan cerdik!


Tukar pemerintah, mansuh PPSMI

Golongan pejuang bahasa dan budayawan semakin tidak senang dengan langkah Kementerian Pelajaran yang tidak konsisten dalam menetapkan tarikh mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu. Tarikh yang dianjak dari 2012 kepada sedekad selepas itu, dikritik oleh tokoh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Katanya, langkah kementerian tidak lebih daripada bermain politik tanpa mengambil kira kepentingan masa depan pendidikan negara.

"Pada saya pengumuman Menteri pelajaran itu adalah langkah ke belakang. Dikatakan langkah yang diambil merupakan jalan tengah (antara pihak yang menyokong dan penentang PPSMI). Saya katakan apa yang berlaku ini penangguhan bukannya mansuh (seperti yang dituntut).

"Tempoh waktunya juga amat lam
a, 2021. Boleh jadi waktu itu bukan BN yang memerintah. Jadi semua ini bagi saya hanyalah permainan siasah (politik) untuk meneruskan kuasa.

Dalam hal ini Menteri Pelajaran kelihatannya amat lemah. Tindakannya sekejap ke hadapan dan sekejap berundur ke belakang. Tindakan yang dibuat hanya untuk melestarikan kuasa, bukannya memikirkan masa hadapan pendidikan anak bangsa," katanya.

Samad menggesa agar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) perlu digerakkan semula bagi menyedarkan rakyat terhadap langkah yang membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dalam isu pendidikan bahasa pengantar Melayu.


"Saya mengharapkan akan berlaku regime change (pertukaran pemerintah) yang akan menukar dasar.


"Mengekalkan PPSMI melanggar Perlembagaan Persekutuan. Kita perlu kembali kepada perlembagaan yang cukup menegaskan Bahasa Melayu menjadi bahasa induk, iaitu bahasa pengantar kepada semua pembelajaran. Apabila kita melanggar perlembagaan maka masa hadapan kita sendiri akan menjadi kucar-kacir," ujarnya.


Sumber: Suara Keadilan 41

No comments: