Followers

Thursday, November 24, 2011

Rakyat Kedah buat silap atau Muhyiddin yang silap?

Di Kelantan Muhyiddin memberitahu rakyat Kelantan bahawa Umno kini sudah tidak indah lagi, dan akan menjadi indah jika PAS dan Umno bersama. Begitulah keadaan Umno pimpinan Rosmah kini mengikut pandangan Muhyiddin. Apa nak buat, itu pandangan Muhyiddin Yasin Timbalan Presiden Umno!


Bagi pemimpin PAS pula, PAS tetap indah walaupun bersendirian apatah lagi apabila bersama Pakatan Rakyat kerana perjuangan PAS adalah menegakkan cara hidup dan keadilan Islam. Islam tetap indah setiap masa dan di mana sahaja.


Di Kedah pula, Muhyiddin Yasin cuba memperbodohkan rakyat Kedah apabila memberitahu rakyat Kedah agar kononya tidak mengulangi kesilapan sekali dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (maksudnya calon Pakatan Rakyatlah tu)!


Soalnya apakah rakyat Kedah sependapat dengan Muhyiddin, bahawa pilihan mereka pada PRU 2008 dahulu adalah silap? Bagaimana jika rakyat Kedah beranggapan ingatan Muhyiddin itu sebenarnya yang silap dan salah!


Muhyiddin memberi pilihan kepada rakyat Kedah, sama ada untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar!


Iya…bukan tidak berterima kasih, terima kasih banyak-banyak, tetapi apa istimewanyanya bantuan daripada Perdana Menteri kalau hanya sekadar belanja awal persekolahan RM100 setahun bagi setiap pelajar, berbanding RM250 juta projek lembu untuk satu keluarga pemimpin Umno?


Apa istimewanya bantuan daripada Perdana Menteri yang sebanyak RM100 seorang pelajar itu berbanding dengan sebentuk cincin berharga RM24 juta untuk seorang isteri VVIP?


Apa istimewanya bantuan daripada Perdana Menteri sebanyak RM100 seorang pelajar berbanding dengan pemborosan, kalau dikira hampir-hampir RM1 bilion oleh seorang isteri VVIP negara ini?


Apa istimewanya bantuan persekolahan daripada Perdana Menteri bernilai RM100 seorang pelajar berbanding dengan peruntukan RM84 juta buat mengupah FBC Media, bagi menaikkan imej seorang pemimpin tertinggi Umno?


Apa istimewanya bantuan daripada Perdana Menteri sebanyak RM100 seorang pelajar sedangkan duit yang diagih-agihkan secara tak malu itu, bukan duit peribadi Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin Umno melainkan semua itu duit rakyat belaka?


Oleh yang demikian, tak ada istimewanya bantuan daripada Perdana Menteri seperti yang diwar-warkan oleh Muhyiddin Yasin, kerana terlalu banyak penyelewengan untuk kepentingan tembolok sendiri, yang dilakukan oleh para pemimpin Umno/Bn di pelbagai peringkat sama ada yang telah terbongkar, mahu pun yang belum.


Jadi tak payahlah Muhyiddin mahu menjadi ‘mursyid’ mengajar rakyat Kedah kononnya pilihan mereka dalam PRU 2008 yang lalu sebagai silap! Hakikat yang sebenar, rakyat Kedah yang belum berubah dan terus memilih Umno/Bn-lah yang silap kerana memilih parti yang banyak membwa kepada kesilapan, Umno/Bn. Maka itu mereka ini perlu membuat perubahan segera untuk bersama-sama mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti bagi menjauhkan daripada kesilapan!


1 comment:

Anonymous said...

1: Rakyat Malaysia amnya dan Umat Islam khasnya telah tersilap memberikan kepercayaan untuk menerajui pemerintahan negara kepada segerombolan penyamun sejak 54 tahun lalu.
2: Jika kesilapan ini tiadak dilakukan nescaya taraf kehidupan rakyat jauh lebih baik dari apa yg sedia ada .
3: Jika kesilapan tidak dilakukan juga negara tidak akan kehilangan banyak aset berharga seperti Pulau Batu Putih, Kawasan laut berisi telaga minyak, hakmilimk di Pulau Spartly dan lebih meyakinkan lagi negara tidak dikenali sebagai pusat perjudian sekaligus Malaysia tetap terkeluar dari Lingkaran Negara yg terkesan dgn ledakan gunung berapi. Semua ini angkara pengkhianatan KERAjaan umnoapco.
4: Semoga dengan semua pengkhianatan itu ALlah akan hulurkan pertolonganNYA dengan meruntuhkan KERAjaan umnoapco dengan sebangsat-bangsat kejatuhan. Itu lah doa ham,baNYA yg telah dan sdg dikhianati oleh KERAjaan um,noapco kini. Insya ALlah janji AL:lah tetap benar.