Followers

Saturday, November 05, 2011

Para pemimpin Umno suka 'gali lubang'!

Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.

Nampak gaya Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara juga sebagai bahasa ilmu akan terus terumbang-ambing dalam pemerintahan lemah Umno/BN. Entah apa pula yang akan diucapkan oleh Menteri Pelajaran Umno pada 2016 jika Umno/Bn masih memerintah pada waktu itu? Kelemahan Umno yang banyak menipu dan berdolak-dalih telah menghampakan rakyat Malaysia yang cintakan Bahasa Melayu dan ini telah menjadi titik tolak kepada kelemahan Bahasa Melayu kini.

Dengan datangnya yang bernama Mahathir sebagai Perdana Menteri maka Bahasa Melayu telah ‘dikurungnya’ dalam negara sendiri. Inilah bapak yang ‘mengurung’ Bahasa Melayu secara jahat, yang pada waktu itu Bahasa Melayu sedang mendaki tahap yang amat istimewa!

Namun diwaktu itu juga parti Umno yang katanya pejuang ketuanan Melayu menjadi lembik bagaikan cendul masam, membiarkan Mahathir melaksanakan idea ‘gilanya’ menghapuskan Bahasa Melayu dengan melaksanakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik untuk para pelajar Malaysia.

Dulu Bahasa Melayu tidak ditentang sebagai bahasa ilmu sehingga ke peringkat Universiti tapi dengan usaha haramjadah Mahathir, kini telah wujud segelintir rakyat yang mempertikai keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Inilah yang dikatakan bahawa parti Umno ini sebenarnya bertindak ‘tiada beban batu digalas’, iaitu secara bodh mencari masalah! Tiada lubang, Umno buat lubang yang menyusahkan diri sendiri dan bangsa Melayu sebagai rakyat bumiputra negara ini.

Telah banyak lubang yang para pemimpin Umno gali kerana dasarnya pemimpin Umno suka 'menggali lubang' dan lubang-lubang ini walaupun menyedapkan para pemimpin Umno untuk kesinambungan kuasa politik rakus mereka namun ianya bakal menjerumuskan orang Melayu dalam kehinaan dan dilemma kehilangan jati diri, jika orang Melayu terus berpihak kepada politik bodoh dan lemah Umno.

Lubang apa lagikah yang akan digali oleh Umno untuk memerangkap terus orang Melayu dalam usaha mengekalkan kuasa politiknya? Iya...jika Umno terus dibiarkan berkuasa kita bakal melihat lubang-lubang yang lebih dalam dan berbahaya hadiah Umno buat bangsa ini di tanah air sendiri!

No comments: