Followers

Friday, November 04, 2011

Padah dari kesilapan selama Umno 54 tahun!

Nampaknya ancaman kepada aqidah dan budaya Islam umat Islam di negara ini kian terancam dengan pelbagai aktiviti atau tuntutan yang bertentangan dengan hukum Allah dari bukan Islam dan segelintir golongan beragama Islam yang jahil dan yang berfahaman konon liberal agama.


Apa yang berlaku ini adalah kesalahan pemerintah sendiri dan dalam soal ini kesilapannya adalah dilakukan oleh Umno yang selama ini, konon katanya menjadi teras kekuatan kepada pemerintahan negara ini! Teras pemerintahan taik kucing!


Kelemahan kefahaman Islam dalam kalangan rakyat dalam tempoh 54 tahun Umno memerintah menjadi lubang dalam yang mampu menjerat aqidah dan budaya luhur umat! Kelemahan yang sengaja dibina oleh Umno kerana pegangan secular yang tegar anutan mereka, memberi cerun dalam untuk pihak bukan Islam yang tertentu untuk menggasak umat Islam di negara ini sehingga ke tebing cerun! Sepatutnya atas alasan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, Institusi raja-raja Melayu dan budaya hidup rakyat tempatan, perkara seumpama Pesta Seksualiti Merdeka tidak wujud!


Tapi apa yang boleh dikatakan kerana kelemahan dan kegagalan Umno mendidik rakyat dengan ajaran agama Islam yang sebenar dan kelemahan serta sikpa lalai pihak yang konon menjaga agama maka pelbagai percikan ‘bunga api ‘ dipercikkan dalam masyarakat yang menyajung nilai budaya murni dan luhur rakyat tempatan!


Inilah akibatnya dari dasar nak berpesta sakan, bagi! Nak berkelab malam sampai pagi, bagi! Nak tak nak belajar agama, bagi! Nak tangkap pendakwah yang berdakwah di masjid-masjid, bagi! Rakyat asing nak kerakyatan, bagi! Nak hapuskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang utama dalam negara, bagi! Nak teruskan PPSMI, bagi! Nak konsert gay, bagi!


Semua ini hakikatnya adalah salah Umno!! Tengok Brunei yang tak rela buat salah dari awal segera dengan keazamannya mahukan Islam memerintah negara mereka! Pemerintahan Umno hakikatnya bodoh lagi cuai dulu kini dan boleh jadi selepas ini jika terus menang PRU!


PAS sokong tuntutan Bersih bukan Ambiga

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 3 Nov: PAS menegaskan sokongan parti itu terhadap Datuk S Ambiga hanyalah terhadap isu yang dibawanya terutama mengenai tuntutan Bersih baru-baru ini, tetapi bukanlah sokongan ke atas batang tubuhnya.


Oleh itu, PAS tetap tidak bersetuju malah menentang keras pendirian Ambiga terhadap hak asasi manusia yang diperjuangkannya mengenai seksualiti termasuk sokongannya terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit baru-baru ini.


Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, perkara itu perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan untuk menegakkan Islam di tanah air.


"Dalam hubungan ini, saya sememangnya bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Dewan Ulamak PAS yang menentang penganjuran Pesta Seksualiti Merdeka dan sebarang aktiviti seks luar tabie melibatkan lesbian dan gay," katanya.


Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab pertanyaan kontroversi Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu (Bebas), Zulkifli Noordin mengenai sokongan PAS ke atas Ambiga, sedangkan Ambiga jelas menyokong Pesta Seksualiti Merdeka atas alasan hak asasi manusia.


Menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Zulkifli ketika mencelah ucapannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, sejak dulu sokongan PAS terhadap seseorang bergantung kepada isu, bukan ke atas batang tubuh seseorang dan ia tidak terkecuali dengan Ambiga.


Menurutnya, sokongan PAS dalam isu Bersih yang dibawa oleh Ambiga sesuai dengan tuntutannya yang selaras dengan perjuangan PAS, tetapi dalam isu seksualiti yang membawa sokongan Ambiga terhadap Pesta Seksualiti Merdeka berbeza sama sekali.


"Dalam isu Pesta Seksualiti Merdeka, PAS tidak menyokong Ambiga kerana isu tersebut ternyata bertentangan dengan perjuangan PAS," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.


Sebelum itu, beliau menjelaskan, dalam perkara perjuangan hak asasi manusia oleh pihak-pihak terbabit, ada perkara yang diterima oleh PAS dan ada pula yang ditolak oleh parti itu.

Katanya, penolakan PAS terhadap sesuatu perkara melibatkan hak asasi manusia itu berdasarkan sebab-sebab tertentu selaras dengan dasar perjuangannya dan parti itu tetap mempunyai hujah mengenai perkara itu.

Begitu juga, tegasnya, dengan penolakan PAS terhadap aktiviti seks luar tabie dan perzinaan tetap mempunyai hujahnya kerana ia diharamkan dalam Islam dan amalan itu bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan serta mengundang kemusnahan individu terbabit, keluarga dan masyarakat

Sungguhpun begitu, beliau menyarankan agar pihak-pihak terbabit mengambil langkah lunak terhadap mereka yang terlibat dengan aktiviti haram itu untuk menyedarkan mereka supaya kembali menjalani hidup dengan cara normal.

"Tapi kalau kita guna undang-undang sahaja ke atas mereka, takut nanti mereka akan menjalani aktiviti bawah tanah. Ini pasti lebih merumitkan untuk diatasi," katanya.


Sumber:harakahdaily

No comments: