Followers

Monday, November 07, 2011

Nasihat buat mak aji! Kesian pak aji!


Diterima atau tidak ibdah haji seseorang itu adalah urusan dan hak Allah. Allah Maha Mengetahui. Namun diharapkan sebaik pulang dari buat haji, maka akan adalah orang yang akan jual kembali koleksi beg tangan yang katanya harga berjuta ringgit untuk wangnya disedekahkan ke rumah anak-anak yatim dan fakir miskin.

Tiada gunanya berhaji jika koleksi beg tangan masih dijinjing ke hulu ke hilir yang mana punca wang pembeliannya sangat dicurigai umum!

Begitu juga dengan katanya cincin yang harga berjuta. Juallah kembali dan wangnya sedekahkah kepada anak-anak yatim dan fakir miskin juga atau masukkan sahaja wang jualan itu ke dalam tabung pendidikan buat anak-anak muda menggunakannya buat menuntut ilmu. Itukan lebih baik!

Nasihat ini bukan dengki tapi ikhlas kerana ada orang baru selesai buat haji kan? Janganlah haji itu dipermainkan orang dan biarlah haji itu dihormati orang! Lagipun tak eloklah mak aji guna beg tangan harga berjuta, begitu juga dengan cincin yang harga berjuta itu, sebab mak aji pun dah berusia tua, rumah dah kata pergi , kubur kata mari!

Amacam pak aji?

4 comments:

Anonymous said...

Alahmdulilah dah cukup PM aku 5 Rukun Islam... tukang KAROT ni bila lagi???takmampu?takpa jangan MAMPOS dulu sebelum cukupkan Rukun Islam yang 5 nanti MAmPOS DALAM YAHUDI / NASRANI PULAK NAUZUBILLAH.

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILAH SELESAI RUKUN ISLAM KELIMA SELESAI DAH MABRUR KE TAK TU KERJA ALLAH SWT OK! KORANG PENCACA MARBA KAT SANA BILA LAGI????? TAKCUKUP DUIT!!!LEH LAH MINTA DERMA MASA CERAMAH TAKOT MATI NANTI RUKUN ISLAM PUN TAK CUKUP haaahaha dah banyak kumpul DOSA MENGUMPAT BINI ORANG suka sangat makan BANGKAI DOSA LEBIH TINGGI DARI GUNUNG EVEREST.

Anonymous said...

saya setuju............

Anonymous said...

Bukan tak cukup duit, tapi tak sampai giliran. Dengar khabar giliran pun ada b/market macam tiket bola.