Followers

Sunday, November 20, 2011

Lain kali siapkan dulu kajian bebanan tugas guru moden, sebelum beragam-ragam nak buat projek yang bukan-bukan!

Kawan aku seorang guru berkata, tak payah kerajaan Umno/Bn dan Pak Menterinya itu nak buat tempoh kerja guru 9 jam.


“Penarikan balik projek 9 jam itu sangat bagus dan amat dialu-alukan, “katanya.


Katanya, kalau kerajaan Umno/Bn tak ada kerja sangat nak buat terhadap guru-guru, eloklah sebaik pemansuhan projek 9 jam yang mengarut itu, Menteri Muhyiddin pastikan perkara-perkara berikut di bawah ini dilaksanakan dahulu:


1. Guru-guru adalah pendidik lantas ditetapkan sebagai pengajar atau fasilator sahaja.

2. Lantik pegawai khas untuk membuat kerja-kerja pengrekodan dan perkeranian yang terpaksa dibuat boleh para guru selama ini.

3. Batalkan tuntutan tambang teksi yang memalukan, yang diberikan kepada para guru setiap kali menghadiri program rasmi di luar. Orang tak tuntut dah tambang teksi sekarang ini katanya. Berikan kepada guru-guru tuntut perbatuan seperti mana kakitangan kerajaan yang lain. Sejak akhir-akhir ini para guru mendapat surat rasmi untuk hadir tugas rasmi di luar dengan hanya bayaran kata-kata , “terima kasih”. Tuntutan Tambang teksi untuk guru-guru yang digelak oleh pekerja-pekerja jabatan lain pun telah tidak ada lagi!

4. Sediakan segala peralatan mengajar dan perkeranian kepada guru seperti mana diberikan kepada kakitangan awam yang lain. Ini apa ini, marker guru kena beli. Kertas pendua pun kena beli sendiri, pen pensil kena beli sendiri, dakwat printer pun kena beli sendiri, hantar pelajar ke hospital minyak kereta sendiri! Hantar pelajar bersukanpun guna duit sendiri!

5. Naikkan kadar peruntukan perkapita sekolah yang telah lapuk dan tiada nilai ekonomi lagi itu.

6. Naikkan nilai KG guru sekarang berdasarkan bilangan kelas yang sudah lapuk dan sudah tidak mencukupi bagi menambah dan mencukupkan bilangan guru di sekolah-sekolah!

7. Benarkan guru-guru melaksanakan akitiviti luar seperti sukan, perkhemahan dan seumpamanya pada hari persekolahan agar hujung minggu guru tidak terpaksa datang ke sekolah.

8. Hapuskan kerja dua hari Sabtu itu seperti mana tidak bekerja para pegawai di Jabatan lain.

9. Lantik warden-warden asrama bukan dalam kalangan para guru yang terpaksa mengajar pelbagai mata pelajaran di sekolah. Guru-guru yang jadi warden ada yang terpaksa mengajar kelas peperiksaaan yang perlu mengejar Straight A dan pada masa yang sama terpaksa menjaga pelajar yang tinggal di asrama 24 jam. Kalau berlaku apa-apa kepada pelajar yang tinggal di asrama, guru-guru warden dan guru disiplin itu akan diterpa oleh para ibubapa dan pegawai-pegawai PPD serta JPN!

10. Lantik Jurulatih dan Setiausaha sukan khas serta Pegawai data di sekolah yang bukan para guru.

11. Kalau semua maklumat hendak menggunakan internet, tolonglah perkasakan apparatus ekses internet termasuk server yang kukuh . Sekarang ini kadang-kadang guru-guru terpaksa menggunakan broadband sendiri untuk memasukkan maklumat yang macam-macam. Lambat hantar maklumat guru-guru akan kena ‘sound’ oleh PPD dan JPN! Server pulak macam haram jadah, mungkin di India lebih daripada di Malaysia. Kat Malaysia menteri sahaja cakap berdegar-degar konon kat Malaysia semua canggih-canggih dan semua e- itu e-ini, tapi untuk key in maklumat guru-guru terpaksa bangun pukul 2 atau 3 pagi atau guna broadband sendiri! Siapa kisah?

12. Satu lagi kata kawan aku itu, matlamat pembelajaran di Malaysia kini makin tersasar jauh, tak peliklah makin ramai anak luar nikah dan makin ramai rakyat akan sakit jiwa dalam tempoh 5 tahun lagi seperti kajian Kementerian Kesihatan itu, kerana semua sekolah, baik sekolah rendah atau sekolah menengah mesti kejar straight A seramai mungkin. Kejayaan sekolah hanya diukur pada Straiaght A. Tak dapat straight A sekolah itu dianggap teruk dan merosot! Ini dasar yang paling pandir yang dilaksanakan oleh Pak Menteri dan Para pegawai KPM. JPN dan PPD akan meletak sekolah mengikut ranking Straight A! Maka para guru terpaksa bekerja bukan untuk memberi ilmu tapi buat apa sahaja program asalkan dapat Stragiht A! Kat negara maju adakah dasar macam ini?

13 Kata kawan aku lagi, hari ini sudah ada kecenderungan pegawai-pegawai PPD dan JPN mengungkit elaun yang para guru dapat. Kata mereka elaun yang para guru dapat adalah untuk membeli segala peralatan mengajar! Habis kalau kerajaan Umno/Bn minta guru-guru guna elaun mereka untuk membeli keperluan kerja para guru, kerajaan dan KPM buat apa? Sekali lagi guru yang hanya mendapat tuntutan tambang teksi dikerah menggunakan elaun mereka untuk para pelajar!

Katanya kalau mahu dicerita banyak lagi beban sebagai guru moden hari ini. Katanya kami bukan mahu merungut dengan apa yang kami lakukan tetapi, betul…katanya jangan jadikan para guru tikus putih, ia itu sebagai bahan ekperimen politikus-politikus politik dan balaci mereka yang tidak ingin pun menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah-sekolah kerajaan, kerajaan Umno/Bn pimpinan mereka sendiri!

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....ader jugak yang tau aper guru buat dan bagaimana sepertikan di listkan tu walaupun sikit tp dah cukup....kepada yang bukan dalam bidang ni cukuplah mendengki atau tak senang duduk dengan guru....kebelakangan ini seperti ade tangan yang cuba memburukkan golongan pendidik. Ya ...Allah lindungilah kami golongan pendidik dari insan-insan yang tertutup hatinya itu dari hidayah mu

Anonymous said...

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TUNGGU APA LAGI???

GUNALAH POINT DI DALAM ARTIKEL INI UNTUK MEMBUAT KAJIAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN SISTEM PERGURUAN DI MALAYSIA!!!!!!

Ada ratusan ribu guru di Malaysia yang menantikan reformasi yang mampu meyakinkan sistem kerjaya mereka yang boleh diterjemahkan kepada tumbangnya BN di tangan guru-guru. Bantu cikgu-cikgu tu untuk membolehkan UMNO/BN terpaksa belajar semula ABC123.

BANGKIT CIKGU BANGKIT!!!! CIKGU-CIKGU HARUS BERSUARA, TUNTUT HAK KAMU.