Followers

Tuesday, November 08, 2011

Kalau siswa-siswi sokong lagi Umno/Bn memang tak cerdik!!

Jika masih ada pelajar terutama yang belajar di institusi dan universiti masih menyokong kerajaan Umno/Bn, memang pelajar itu bodoh! Masa depan tak terjamin, pekerjaan tak tahu hujung pangkal, PTPTN pula mahu menghentikan pinjaman perbelanjaan! Apa yang para pelajar dan mahasiswa miskin nak makan? Lu fikirlah sendiri!


Harga barang naik, harga makanan juga naik, maka bakal kebulurlah pelajar yang merantau demi mencari ilmu buat jaminan masa depan! Isteri menteri terus joli sakan bershoping sana sini. Beg tangan berjuta harga, cincin pun harga berjuta juta, para siswa-siswi sibuk berjimat maggie!!!


Hentikan pinjaman PTPTN tindakan tidak waras

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 7 Nov: Jangan binasakan masa hadapan negara dengan cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pinjaman perbelanjaan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Tindakan itu akan mengganggu tumpuan para pelajar kepada pelajaran mereka dan akhirnya negaralah yang akan menanggung kerugian jika tindakan itu mengakibatkan pertambahan peratusan yang gagal atau amat sederhana pencapaian mereka," kata beliau.


Ketika menolak cadangan yang disifatkannya tidak adil dan tidak waras itu, Mohamad meminta para pemimpin kerajaan membuat tinjauan sendiri untuk melihat penderitaan para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari keluarga miskin.


"Lihat sendiri berapa ramai pelajar IPT yang terpaksa mengikat perut malah ramai yang sering menahan lapar dalam keadaan PTPTN masih lagi memberikan pinjaman perbelanjaan. Bayangkan jika diragut dari mereka kemudahan itu.


"Saya harap para pemimpin kerajaan datang tengok sendiri beban dan penderitaan mereka kerana saya tidak yakin PTPTN berani mengumumkan cadangan hendak menamatkan pinjaman perbelanjaan itu tanpa restu pemimpin kerajaan," kata beliau.


Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 dan hanya memberikan pinjaman pembiayaan yuran pengajian sahaja.


"Tidak cukup meragut poket rakyat dengan keghairahan memaksakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) termasuk cukai enam peratus ke atas pengguna telefon pra bayar jika mereka menang dalam pilihan raya akan datang, semakin menjadi trend pentadbiran Umno Barisan Nasional (BN) untuk meragut apa sahaja saki baki kemudahan rakyat, dari subsidi hinggalah kepada pinjaman PTPTN," katanya.


Tugas kerajaan yang bertanggungjawab, kata Mohamad, ialah mencari jalan untuk memberikan pendidikan percuma sekurang-kurangnya kepada rakyat miskin.


"Tidak perlu disebut negara-negara seperti Denmark, Finland dan Sweden yang memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat sehingga ke peringkat IPT, negara seperti Sri Lanka pun memberikan pendidikan tinggi dari sekolah rendah hingga ke peringkat IPT walaupun pendidikan percuma di peringkat IPT adalah terhad," katanya.


Mohamad yakin, pendidikan percuma hingga ke peringkat IPT, walaupun terhad, bukan perkara mustahil di negara ini jika wang negara digunakan dengan cara yang betul.


"Lihat laporan Ketua Audir Negara, berapa bilion yang tiris, membazir dan diselewengkan. Itu belum lagi diambil kira subsidi kepada pembekal tenaga bebas (IPP) yang semakin menghampiri jumlah ratusan bilion ringgit," katanya.


Sebab itulah, kata beliau lagi, selagi Umno BN memerintah, jangankan pendidikan percuma hingga ke peringkat IPT, subsidi kepada pelajar miskin pun kerajaan berdolak dalik untuk menyembunyikan hakikat sebenar bahawa kerajaan Umno BN memang tidak mahu memberikan subsidi itu.


"Itu subsidi, memang kerajaan tak mahu bagi, tetapi sekarang kemudahan pinjaman pun kerajaan nak ragut dari para pelajar kita. Melampau," katanya.


Mohamad percaya sikap melampau kerajaan Umno BN itu pasti semakin menjadi-jadi jika menang dalam pilihan raya akan datang.


Sumber: Harakahdaily




1 comment:

Anonymous said...

PTPTN nak batalkan pinjaman start 2013, bukan salah kerajaan. Student yang pinjam pinjaman tersebut previously yang x reti nak bayar balik pinjaman, who's to actually blame here?

Peluang pekerjaan memang x akan dapat dijamin bro. Seluruh dunia macam tu ok? It all depends on macam mana all fresh graduates rebut peluang. Kalau dok goyang kaki, memang lah tak akan dapat kerja. Tak kan semua kerajaan nak sediakan? X boleh usaha sendiri?

Semua adat ok, mahasiswa/siswi makan maggie. Zaman dulu-dulu pun macam tu apatah lagi sekarang? You can't expect them to what, eat Nando's everyday?

And the fact that you told siapa sokong Umno/BN are stupid is stupid. Semua orang ada choice masing-masing.

Ok bye :)